Anda di halaman 1dari 4

formula: ( HTM- 1

hari)
Karangan Catatan

Kamu telah melakukan beberapa aktiviti semasa cuti hujung


minggu.
Tulis catatan tentang aktiviti-aktiviti tersebut.

Ahad, 10. Mei. 2016


7.00 Pagi
Selepas solat Subuh, saya bingkas bangun lalu mandi. Kemudian
saya bersarapan bersama keluarga. Saya membantu ibu di dapur
dan mengemas meja makan. Saya juga menolong ibu mencuci
pinggan mangkuk.

9.00 pagi
Selepas mencuci pinggan-mangkuk, saya mengemas rumah. Mula-
mula saya mengemas bilik tidur saya. Mana-mana pakaian yang
kotor saya asingkan dan diisikan ke dalam mesin basuh. Kemudian,
saya membersihkan ruang tamu.

11.00 pagi
Selepas berehat sekejap, saya ke dapur menolong ibu memasak.
Saya membantu ibu menyiang ikan dan sayur. Saya rasa sangat
gembira kerana dapat membantu ibu di dapur. Ibu berasa bangga
kerana mempunyai anak yang ringan tulang.

2.00 petang
Selepas solat dan makan tengah hari, saya berehat sebentar,
kemudian saya membaca buku cerita yang saya pinjam dari
perpustakaan. Masa itu emas. Saya tidak mahu membuang masa.
Ada kelapangan, saya suka membaca buku atau novel kerana
membaca ialah jambatan ilmu. Kemudian, saya menonton televisyen
kerana ada rancangan yang saya minati.
5.00 petang
Selepas solat Asar, saya keluar bermain bersama kawan-kawan di
taman permainan yang berhampiran dengan rumah. Saya rasa
gembira dapat bermain bersama kawan-kawan. Selepas bermain
saya pulang ke rumah.

7.00 malam
Selepas mandi, kami sekeluarga solat Maghrib berjemaah dan
mengaji al-quran. Selepas itu, kami makan malam dan solat Isyak.
Pada kelazimannya, saya akan menelaah buku sehingga jam 10.00
malam dan masuk tidur.
formula: ( HT-
2@3 hari)

Kamu telah bercuti di rumah datuk kamu selama tiga hari di


kampung. Pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang kamu berada di
sana.

Tulis catatan kamu sepenuhnya semasa kamu bercuti di sana.

Jumaat, 29.Mei.2017 -Petang


Saya tiba bersama keluarga di rumah datuk pada pukul 3.30
petang. Datuk dan nenek berasa gembira menyambut ketibaan
kami. Saya dan bapa mengangkat beg dan buah tangan naik ke
rumah.

Sabtu, 30.Mei .2017 - Pagi


Kami bersarapan bersama kerana selepas itu datuk mengajak kami
pergi ke dusun untuk mengambil buah-buahan di sana. Sampai di
dusun saya menolong datuk mengutip buah durian, mengait
rambutan, manggis dan pulasan. Banyak buah-buahan yang kami
perolehi. Datuk memang terkenal dengan sikap ringan tulang.
Dusunnya dijaga dengan baik.

Sabtu, 30.Mei .2017 - Petang


Selepas sahaja minum petang datuk mengajak saya dan sepupu
memancing di hujung kampung. Saya begitu teruja kerana aktiviti
merupakan hobiku Bersama ayah. Oleh itu, ini merupakan peluang
keemasan bagiku.
Sabtu 30.Mei .2017 - Malam
Pada sebelah malam saya mengikut datuk pergi kenduri jiran
kampung. Sememangnya hubungan penduduk kampung seperti aur
dengan tebing. Mereka saling ziarah-menziarahi dan bergotong-
royong dlam setiap majlis yang diadakan ibarat berat sama dipikul
ringan sama dijinjing.Aku berkesempatan menikmati hidangan
kampung kegemaranku iaitu gulai kambing dan sayur lemak pucuk
paku.

Ahad, 31.Mei .2017 - Pagi


Seawal pagi, saya dan datuk sudah bersarapan. Saya tidak sabar
menolong datuk membersihkan reban kambing dan memberi
kambing makan.

Ahad, 31.Mei .2017 - Petang


Setelah solat Zohor, aku mula mengemas barang-barangku sambil
ditemani nenek dan datuk kerana sudah tiba masanya aku
meninggalkan kampung datukku. Aku berasa sebak. Namun ayah
berjanji akan membawa aku balik ke kampung pada cuti akhir
tahun nanti. Aku melonjak kegembiraan.

Anda mungkin juga menyukai