Anda di halaman 1dari 2

Karangan cerita "Pengalaman bercuti di kampung"

Karangan cerita

Soalan:

Pada cuti sekolah yang lalu, kamu  telah bercuti  di kampung datuk dan nenek kamu.

Ceritakan  pengalaman kamu sepanjang berada di sana.

    Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah berpeluang pulang ke kampung datuk dan nenek saya yang terletak di Pasir Puteh
Kelantan.  Saya bertolak  ke sana pada awal pagi dengan menaiki bas dari Kota Bharu. Datuk menunggu saya di stesen bas Pasir
Puteh.

     Setibanya di rumah datuk, nenek sedang  menunggu dengan hidangan makan tengahari. Saya makan dengan berselera sekali
kerana terlalu lapar,  tambahan pula masakan ikan haruan dan puyu yang nenek sediakan amat menyelerakan.

     Setelah berehat dan bersolat Zohor, datuk mengajak saya ke sungai yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk memancing
dan melihat lukah yang ditahannya. Saya sangat seronok kerana inilah aktiviti yang amat saya tunggu-tunggu. Datuk mengajar
saya teknik  memancing ikan di sungai. Saya bersorak kegembiraan apabila dapat memancing seekor ikan sebarau yang agak besar.
Datuk hanya tersenyum melihat gelagat saya. 

      Pada sebelah petang pula, datuk mengajak saya ke sawahnya. Sawah datuk sangat luas.  Di sini,  saya berpeluang melihat
beberapa orang petani bekerja di sawah mereka.  Ada yang sedang merumput, membaja dan membaiki batas-batas sawah. Datuk
mengatakan bahawa padi-padi tersebut akan dituai pada bulan hadapan. Saya berasa agak kecewa kerana tidak berpeluang
melihat kerja-kerja menuai  padi.

    Keesokan harinya, beberapa orang sepupu saya mengajak saya ke hutan untuk mencari buluh. Mereka bercadang untuk
membuat wau. Saya berasa sangat teruja kerana  ini adalah peluang keemasan kepada saya untuk belajar membuat  wau. Sepupu-
sepupu saya mengajar saya menebang buluh, membelah, dan meraut buluh untuk dibuat wau. Setelah seharian bertungkus-lumus,
saya berjaya membuat sebuah wau kucing yang sederhana besarnya. Wau-wau yang kami buat akan kami terbangkan di padang
berhampiran rumah datuk.
   Setelah seminggu berada di rumah datuk dan nenek, ayah dan ibupun datang menjemput saya pulang kerana cuti akan berakhir
tidak beberapa lama lagi. Walaupun agak keberatan untuk meninggalkan kampung datuk dan nenek, tetapi saya berasa amat
gembira kerana mendapat pelbagai pengalaman menarik pada cuti kali ini.

Anda mungkin juga menyukai