Anda di halaman 1dari 3

Noor Ainahusna bt Azahan

SK Telok Kepayang

Lelaki tua di dalam bakul

Mari kawan-kawan dengar ini cerita


Kisah bakul besar dengan lelaki tua
Anak derhaka punya angkara
Untuk teladan kita semua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berdirinya saya di sini ingin


menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Lelaki Tua Di Dalam Bakul.”

Pada zaman dahulu, tinggal sekeluarga petani di sebuah kampung. Petani


mempunyai bapa yang telah tua dan seorang anak. Setiap hari isteri petani
menenun pakaian untuk menambah pendapatan keluarga. Mereka hidup susah
tetapi bahagia.

Beberapa tahun berlalu, lelaki tua semakin lemah. Semasa muda, dia
bekerja dengan gigih. Sekarang dia tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan
lagi. Petani dan isterinya menganggap lelaki tua sebagai satu beban. Oleh itu
mereka tidak mempedulikan lelaki tua seperti dahulu.

Lelaki tua diberi sisa makanan dan pakaian yang koyak sahaja. Kadangkala
tanpa pengetahuan ibu bapanya, anak petani memberi makanan yang baik
kepada datuknya. Dia sayang pada datuknya. Apabila perbuatannya diketahui,
ibu dan bapanya memarahinya. Lelaki tua berasa sedih dan kerap kali
merungut sendirian.

Lelaki tua semakin susah hati. Dia sentiasa mengeluh mengenangkan


nasibnya yang malang. Petani dan isterinya semakin tidak sabar. Mereka cuba
mengusir lelaki tua itu.

Petani mencadang supaya membeli sebuah bakul yang besar. Kemudian


dengan memasukkan lelaki tua ke dalam bakul tersebut, dia akan
menghantarnya ke kawasan yang jauh dan membiarkannya tinggal di situ.
“Bagaimana sekiranya jiran-jiran mengetahui orang tua itu hilang?” Tanya
isterinya. Dia mula berasa bimbang.

“Beritahu mereka yang dia tinggal di kawasan yang suci untuk menghabiskan
sisa-sisa hidupnya,” kata petani itu.

Petani dan isterinya tidak sedar percakapan mereka terdengar oleh anak
mereka.

Pada keesokkan paginya, petani keluar untuk membeli bakul tersebut.


Setelah melihat bapanya keluar, anak petani bertanya kapada ibunya,
“Mengapa mahu menghalau datuk?”

“Oh, tidak!” jawab ibunya ingin menyembunyikan hal yang sebenar. “Kami
hanya membawa datuk ke tempat yang lebih baik dan suci kerana kita tidak
ada masa untuk menjaganya dan datuk ingin beramal ibadat tanpa gangguan.

“Ke mana datuk hendak dibawa?” Tanya anaknya. “Jangan banyak soal. Kamu
masih budak-budak. Lagipun tempat tersebut selamat,” jawab ibunya.

Pada petang itu. Petani pulang dengan membawa sebuah bakul yang besar.
Sebaik sahaja menjelang senja, petani pun memasukkan lelaki tua ke dalam
bakul tersebut.

“Apa yang kamu cuba lakukan?” Tanya lelaki tua. “Ke mana kamu ingin
membawa aku?” lelaki tua berasa sangat bimbang.

“Ayah, kami tidak boleh menjaga ayah tetapi kami ingin membawa ayah ke
tempat yang selamat. Di sana ayah akan dijaga dengan baik,” kata petani
sambil memikul bakul tersebut.

Anak petani terlihat apa yang telah berlaku, tetapi dia masih tidak
memahami perkara itu. Petani pun berjalan pergi dengan langkah yang berat.

Sebelum bayang-bayang petani hilang daripada penglihatan, anak petani


menjerit dengan sekuat hati, “Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!”
Petani kehairanan. Dia berhenti sambil berkata, “Mengapa?” Anak petani
berlari ke tempat ayahnya. Tidak lama kemudian, dia pun sampai ke hadapan
ayahnya.

“Ayah,” kata anak petani dengan termengah-mengah. “Apabila ayah tua


kelak, saya akan gunakan bakul ini untuk memikul ayah. Ayah pun akan saya
hantar ke tempat yang suci.”

Kaki petani menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia terdiam sebentar. Air
mata jernih kelihatan dipipinya.Kepalanya memandang ke bawah. Selepas
beberapa ketika, dia memeluk dan memohon maaf pada lelaki tua itu sambil
mencium tangan ayahnya. Dia pun berkata kepada anaknya, “Marilah kita
pulang semula ke rumah. Anaknya berjalan di sebelahnya sambil memimpin
tangan datuknya pulang ke rumah. Isterinya turut menangis dan berjanji akan
menjaga bapa mertuanya dengan baik sehingga ke akhir hayat.

Pengajaran yang boleh kita dapati daripada cerita ini ialah:


1)

2)

3)

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai