Anda di halaman 1dari 9

Hai kawan-kawan, Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Si Doktor dengan Nenek Tua.

Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Ada seorang nenek tua yang tinggal keseorangan di sebuah rumah yang cantik. Matanya hampir buta, dia tidak dapat melihat apa-apa pun. Nenek tua itu ingin berjumpa dengan seorang doktor tetapi tidak dapat berjalan. Oleh sebab itu, dia pun menyuruh orang lain menjemput doktor itu ke rumahnya. Setelah doktor tiba, nenek tua pun berkata, Tuan doktor, jika tuan boleh mengubati mata saya, saya akan membayar berapa sahaja bayarannya. Baiklah, saya akan cuba mengubati mata nenek, tetapi ia akan memakan masa yang agak lama Doktor pun menyuruh nenek tua itu bertenang dan mula memeriksa matanya. Setelah memeriksa dan merawati mata nenek tua, dia pun hendak pulang. Tetapi dia berfikir, Nenek tua ini sudah tidak dapat melihat. Jikalau saya mengambil barangbarangnya, dia tentu tidak akan tahu, Diapun mencuri satu barang yang berharga dari nenek tua sebelum pulang. Pada keesokan harinya, setelah merawati nenek tua, diapun mencuri barng lagi. Barangbarang berharga di rumah nenek tua itu telah hampir habis dicuri oleh doktor. Setelah menerima rawatan doktor selama dua bulan, mata nenek tua mulai pulih. Tidak berapa lama kemudian, nenek tua sudah dapat melihat sedikit.Nenek tua berasa sangat gembira apabila doktor memberitahunya matanya akan pulih sepenuhnya. Setiap hari, doktor yang tamak itu mencuri lebih banyak barang berharga kepunyaan nenek tua itu. Dia mencuri meja, kerusi, almari dan sebagainya. Akhirnya apabila mata nenek tuaa pulih, tidak ada apa-apa barang lagi yang tinggal di rumah nenek itu. Si Doktor sangka nenek tua tidak tahu apa yang telah berlaku. Dia meminta bayaran dari nenek tua. Tetapi nenek tua itu enggan memberinya.Doktor itu meminta nenek tua membayarnya tetapi nenek tua tetap tidak mahu membayar. Doktor itu tidak boleh buat apa-apa selain daripada mendakwa nenek tua itu di mahkamah. Si Doktor pun membawa nenek tua ke balai polis. Setelah mendengar cerita mereka, polis tidak dapat memutuskan siapa yang bersalah. Nenek, nenek telah menerima rawatan doktor ini, kenapa tidak membayarnya seperti yang telah dijanjikan? tanya polis itu.

Tuan, pada mulanya, sya memang berkata demikian. Apabila mata nenek pulih dirawatnya, nenek akan membayarnya. Jadi, nenek, bukankah mata nenek sudah pilih sekarang? Nenek harus membayarnya! Tuan, kata tuan memang benar. Tetapi, setelah menerima rawatan dari doktor ini, mata saya tidak pulih bahkan menjadi lebih teruk lagi. Tetapi, nenek, bukankah mata nenek sudah sembuh? tanya polis dengan perasaaan hairan. Nenek tua itu menjawab, Begini tuan, pada mulanya, nenek dapat melihat barangbarang di rumah nenek. Tetapi setelah menerima rawatan dari doktor ini, nenek sudah tidak dapat melihat apa-apa perabot di rumah lagi. Selepas mendengar penerangan dari nenek tua, polis pun menangkap doktor itu. Barangbarang yang dicuri oleh doktor itu pula dikembalikan kepada nenek tua itu. Sekian terima kasih.

Hai kawan-kawan, Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Telaga ajaib. Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Di suatu kawasan ada banyak pohon nangka. Buahnya pun banyak juga. Orang tidak habis makan buah nangka itu. Banyak pula buah nangka itu yang jatuh ke tanah. Bijinya bersepahsepah dan tumbuh pula anak-anak nangka yang baru. Di situ juga ada banyak kambing. Kambing itu Pak Supiah yang punya. Hari-hari Pak Supiah membawa kambing-kambingnya ke kawasan pohon nangka itu. Kambing memang suka makan daun nangka. Daun nangka itu sedap rasanya. Pucuknya lembut dan lemak. Kawasan itu dekat dengan hutan. Di dalam hutan itu ada harimau, kancil dan binatangbinatang lain. Harimau tidak berani adatang ke situ untuk menangkap kambing. Harimau takut kerana ada ramai orang di situ. Lain punya halnya dengan kancil. Kancil berani datang ke kawasan pohon nangka itu. Siang hari selalunya ia tidur dan bersembunyi di dalam hutan. Apabila malam, ia datang ke tempat pohon nangka. Kadang-kadang ia datang juga pada siang hari apabila tiada orang. Kancil sangat suka makan biji nangka. Amboi, lemaknya, kata kansil. Ia makan sampai kenyang, barulah ia balik ke dalam hutan. Esok malam, ia datang lagi. Begitulah kerjanya setiap hari. Di kawasan pohon nangka itu ada sebuahy perigi buta.Perigi itu sangat dalam. Airnya tinggal sedikit dan jauh ke bawah. Pada suatu malam kancil terjatuh ke dalam telaga buta itu. Kancil tidak dapat naik ke atas. Malam pun sangat gelap. Apa boleh buat sekarang, fikir kancil. Ia sangat susah hati. Kalau lama di bawah ini, tentu aku mati, fikir kancil itu lagi. Nasib kancil memang baik. Air telaga tidak banyak. Kalau banyak atau dalam, tentu kancil lemas. Hari pun siang. Cuaca indah dan terang. Kancil terdengar ada kambing berjalan dekat telaga itu. Mereka datang hendak makan daun nangka. Seekor daripadanya, menjenguk ke dalam telaga. Apa buat di situ, kancil? tanya kambing itu. Kancil pura-pura tersenyum dan ketawa. Inilah dia telaga ajaib, kata kancil. Telaga ajaib! Apa ajaibnya? tanya kambing. Oh...telaga ini memang ajaib. Airnya sedap, manis macam air sirap, kata kancil. Mana manis dengan air batu Bandung? tanya kambing. oh...air telaga ini lebih manis lagi< kata kancil. Kanbing pun terjun ke dalam telaga. Boleh aku minum bersama-sama?

tanya kambing. Kancil tidak menjawab lagi. Cepat-cepat ia melompat ke atas belakang kambing.Dari situ, ia melompat ke atas tebing. Kambing pun minum air telaga itu. Cih, sikit pun tak manis! kata kambing. Tak apa, kambing. Minumlah puas-puas. Aku nak pergi. Selamat tinggal, kata kancil. Kambing sudah tahu. Ia sudah kena tipu. Tuan kambing datang ke situ. Kambing aku ada sepuluh. Sekarang ada sembilan sahaja. Ke mana hilangnya yang satu lagi? kata tuan kambing . Dia mencari kambingnya itu di meraka tempat. Kemudian dia ternampak kambing itu di dalam telaga. Kancil dah tipu saya, kata kambing itu kepada tuannya. Dan hari itu, tuan kambing berjaga-jaga. Kalau kancil datang , ia hendak bunuh sahaja. Pada suatu hari, kancil datang ke tempat kambing-kambing itu. Ia hendak makan biji-biji nangka. Kqmbing-kambing sedang makan daun nangka. Tuan kambing ada pasang jerat. Kancil tidak nampak jerat itu. Tiba-tiba kancil terkena jerat itu. Ha, ini dia kancil yang penipu ityu. Sekarang siapa lebih pandai? tanya tuan kambing. Kancil sangat takut dan mencari akal. Ia buat pura-pura mati. Tuan kambing pun mencampakkan kancil ke dalam semak. Dah mati mati, nak buat apa? katanya. Kancil bangun dan lari. Aku kena tipu lagi, kata tuan kambing. Sekian terima kasih.

Hai kawan-kawan,

Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Akal Si Kancil. Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Kancil seekor binatang yang cerdik. Walaupun cerdik, kadang-kadang ia juga tertipu. Begitulah juga cerita Si Kancil. Kancil memang suka makan sayur-sayuran. Di mana ada orang berladang, kancil pun pergi ke situ makan sayur. Cih, bodoh Pak Tani ini. Mereka yang penat tanam sayur, tetapi aku yang puas makan, fikir kancil. Pada suatu hari, kancil pergi ke sebuah kebun sayur-sayuran. Wah... lembutnya sayursayuran ini, kata kancil sambil menari dan menyanyi.Di situ ada jerat, tetapi kancil sudah tahu. Ia tidak lalu dekat jerat itu. Manusia ini ingat , aku ini bodoh? kata kancil dengan sombong. Ia terus juga makan sayur-sayuran itu. Sambil makan matanya menengok Pak Tani. Kalau dia datang aku boleh lari, kata kancil. Di Kebun itu juga ada orang-orang atau patung orang. Patung ini diganting dekat kebun sayur. Gunanya untuk menakut-nakutkan kancil. Kalau kancil nampak patung itu tentu ia takut. Tentu ia ingat betul-betul manusia, kata Pak Tani. Malangnya kancil bukan bodoh. Sedikit pun ia tidak takut pada orang-orang itu. Orangorang itu dipecah dan dikoyaknya. Pak Tani sangat marah. Nanti, suatu hari nanti, tentu akau dapat tangkap kancil ini, kata Pak Tani. Esoknya, Pak Tani buat patung orang sebuah lagi, Patung itu di sapu dengan getah. Getah itu boleh melekat kuat. Tentu kancil boleh lekat, kata Pak Tani. Dua hari kemudian, kancil datang lagi. Ia nampak patung itu Kancil sangat marah. Dulu aku sudah koyakkan patung itu. Sekarang Pak Tani buat lagi, kata kancil. Dengan geram ia menendang patung itu.Malangnya kaki kancil terlekat pada patung itu. Kancil menendang lagi. Kaki yang satu lagi terlekat pula. Kancil tumbuk patung itu. Tangannya pula terlekat.Sekarang kancil tidak boleh bergerak lagi. Matilah aku hari ini, kata kancil. Tidak lama kemudain, Pak Tani datang. Sekarang siapa pandai, kancil? kata Pak Tani. Pak Tani membawa kancil itu pulang ke raumahnya. Kancil itu dikurungnya dai dalam reban di bawah rumah. Pintu reban itu dikunci dari luar. Kancil sangat susah hatu sambil mencari akal. Anak perempuan dan isteri Pak Tani menggiling cili di atas rumah. Mereka hendak buat gulai kancil itu. Pak Tani pula mengasah parang. Kenyang makan gulai kancil hari ini, kata Pak Tani.

Tiba-tiba datang seekor anjing dekat reban itu. Ia bertanya kancil, Mengapa kamu duduk di dalam reban ini? Kancil pura-pura susah hati sambil menjawab. Pak Tani suruh aku kahwin dengan anaknya. Aku tidak mahu, itu sebabnya aku dikurung! Anjing gembira mendengar cerita kancil. Baiklah, aku mahu kahwin gantikan engkau. Biar aku buka pintu reban ini dan kau boleh keluar, kata anjing.Anjing membuka pinti dan masuk ke dalam reban. Kancil pula keluar dari reban itu. Selamat tinggal anjing,kata kancil. Pak Tani datang membuka pintu reban. Cih, anjing sial! Apa kau buat di sini? tanya Pak Tani. Saya nak kahwin dengan anak tuan. Saya gantikan kancil. Kancil dah saya halau, kata anjing. Anak dan isteri Pak Tani menangis. Semuanya dah siap tetapi kancil sudah hilang, kata mereka. Pak Tani hendak bunuh anjing itu. Mujurlah anjing itu dapat lari. Pak Tani pergi mengejar anjing itu. Anjing itu pantas berlari. Ia lari sekuat-kuat hati. Pak Tani terus mengejar dari belakang. Kalau dapat, aku bunuh anjing itu. Bodoh. Mudah saja aku ditipu oleh kancil, katanya. Lama juga Pak Tani mengejar anjing itu. Anjing terus lari dengan pantas. Kalau aku ditangkap oleh Pak Tani tentu aku dibunuhnya, fikir anjing. Anjing lari di keliling kampung. Kemudian ia bersembunyi di dalam semak. Pak Tani tidak nampak ia bnersembunyi di situ. Pak Tani pulang ke rumahnya. Ia berasa sangat letih. Apa kata anjinmg itu, Pak? anak gadis itu bertanya kepada ayahnya.Ia kata, ia hendak kahwin dengan engkau, jawab Pak Tani. Gadis itu menangis lagi. Bijak kancil itu menipu, kata isteri Pak Tani. Sekian terima kasih.

Hai kawan-kawan, Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Sang Singa dengan Si Pemotong Kayu. Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada suatu hari, sedang Sang Singa mencari makanan di dalam hutan, ia terpijak sebatang kayu. Duri itu tercucuk ke dalam tapak kakinya. Sang Singa berasa sangat sakit dan tidak dapat berjalan deengan selesa. Tiba-tiba, ia berjumpa dengan soerang pemotong kayu lalu merayu dengan sedihnya sambil menunjukkan kakinya yang luka itu kepada Si Pemotong kayu itu. Pada mulanya, Si Pemotong kayu berasa takut bila terjumpa dengan Sang Singa itu. Dia tidak berani menghampirinya. Apabila dia mendapati bahawa singa itu telah tercedera dan meminta pertolongan daripadanya, barulah dia berani menghampiri Singa itu. Si Pemotong kayu berasa kasihan dengan singa itu, lalu menghampirinya dan cuba mengeluarkan durinya itu. Sang Singa tahu bahawa pemotong kayu itu adalah seorang yang baik hati. Oleh itu, sebelum meneruskan perjalanannya, Sang Singa menjilat muka dan tangan Si Pemotong kayu sebagai tanda berterima kasih. Pada suatu hari, Si Pemotong kayu itu telah difitnah orang. Sultan telah memerintahkan askar-askarnya supaya menangkap Si Pemotong kayu itu, lalu dipenjarakan.Sebenarnya, Si Pemotong kayu itu adalah seorang yang jujur dan peramah. Dia tidak pernah membuat apaapa kesalahan. Sultan memerintahkan supaya dia bertarung dengan seekor singa yang kelaparan. Pada mulanya singa itu kelihatan garang dan hendak menerkam Si Pemotong kayu. Tetapi tibatiba, singa itu menjadi jinak. Ia berbaring di sisi kaki Si Pemotong kayu.Singa itu tidak mahu menyerang Si Pemotong kayu itu, dia beramah mesra dengan Si Pemotong kayu itu. Sebenarnya, ia adalah singa yang pernah diselamatkan oleh Si Pemotong kayu apabila ia terpijak duri dahulu.Semua penonton berasa sangat hairan melihat apa yang sedang berlaku. Sultan pun memerintah Si Pemotong kayu itu mengadap baginda. Kemudian, dia diminta untuk menerangkan keadaan yang telah berlaku. Si Pemotong kayu pun menceritakan segala yang telah berlaku di antara dia dan singa itu kepada sultan. Baginda berasa terharu lalu melepaskan Si Pemotong kayu dan singa itu. Rakan-rakan sekalian, cerita ini memberi pengajaran kepada kita bahawa budi yang baik akan dibalas baik. Sekian, terima kasih.

Hai kawan-kawan, Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Serigala yang Bijak. Salam sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Harimau, anjing hutan dan serigala adalah berkawan baik. Pada suatu hari, mereka bersama-sama pergi mencari makanan. Mereka telah dapat menangkap seekor kambing, seekor arnab dan seekor ayam. Mereka sangat gembira kerana dapat makanan. Harimau sangat tamak, ia ingin makan semua makanan itu. Ia tidak mahu anjing hutan dan serigala makan bersama-sama. Kata harimau, Kita sama-sama mencari makanan ini, tetapi macam mana kita hendak bahagi? Harimau pun minta anjing hutan bahagikan makanan itu. Sekarang awaklah bahagi, tetapi mesti adil. Anjing hutan sangat suka hati, ia pun berkata, Badan abang besar dan kuat, abang makanlah kambing, badan serigala pula kecil, biarlah ia makan ayam, tetapi saya makan arnab. Harimau marah benar dengar kata-kata anjing hutan. Ini tidak adil, kenapa mesti adik makan ayam dan engkau makan arnab? Tak boleh, engkau tidak boleh makan sedikit pun. Harimau pun menghalau anjing hutan pergi dari situ. Anjing hutan sangat takut, ia minta dibahagi sekali lagi. Tetapi harimau tidak dibenarkan, ia halau anjing hutan pergi dari situ. Sekarang adik serigala pula bahagi, hanya kita berdua sahaja, kata harimau kepada serigala. Serigala faham maksud harimau. Ia pun memuji harimau badannya besar dan kuat, dia patut makan semua binatang itu.Abang harimau, ayam itu untuk sarapan abang, arnab untuk abang makan tengah hari dan malam abang boleh makan kambing, kata serigala dengan suara lembut. Harimau sangat gembira, tetapi ia pura-pura tanya, Eh, mana boleh, engkau tidak dapat apa-apa makanan? Oh ,tidak mengapa abang harimau, badan saya kecil, tidak makan satu atau dua hari pun tidak mengapa, jawab serigala. Ha, ha, ha, harimau tamak itu ketawa sekuat-kuat hatinya. Sungguh bijak adik serigala, siapa yang mengajar adik berbuat demikian? Saya belajar dari anjing hutan tadi, kata serigala. Kemudian ia pun pergi dari situ dan mencari makanan lain. Sekian, terima kasih.

Hai kawan-kawan, Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Cerita Helang Dengan Katak. Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada suatu hari katak bermain sendiri di padang. Ia tidak tahu burung helang hendak menangkapnya.Tiba-tiba, helang terbang ke bawah dan menyambar katak. Ia membawa katak terbang ke tempat lain. Katak sangat takut, ia takut helang hendak memakannya. Katak tanya helang, Abang helang, ke mana abang hendak bawa saya pergi? Kata helang, Saya hendak bawa awak ke atas bukit, kemudian baru saya makan awak. Katak sangat takut, tetapi ia pura-pura gembira. Terima kasih abang helang helang, ibu bapa saya tinggal di bukit itu, sebelum saya mati, bolehkah saya berjumpa dengan ibu bapa saya? Helang tidak beri katak berjumpa ibu bapanya. Ia takut mereka dapat selamatkan anaknya. Iapun membawa katak ke arah sungai. Katak tidak tahu ke mana helang hendak bawa ia pergi. Ia bertanya lagi, Abang helang, sekarang abang helang hendak ke mana? Sekarang saya bawa awak ke tepi sungai, jawab helang. Katak sangat gembira, tetapi ia pura- pura susah hati. Tolonglah abang helang, janganlah bawa saya ke sungai, ibu bapa saya tidak tinggal di sana. Katak terus pura-pura minta helang jangan bawa ia ke sungai. Helang tidak peduli, ia terus terbang ke sungai. Ia hendak makan katak itu.Sampai di sebuah jambatan, helang letakkan katak di atas jambatan itu. Katak sangat gembira, ia cuba hendak lari.Sekarang, biar aku tajamkan kuku, barulah aku makan awak, ha, ha, ha, kata helang sambil ketawa. Ketika itu, katak pun segera melompat ke dalam sungai. Ia tidak mahu dibunuh oleh helang.Oh, abang helamg, selamat tinggal, inilah rumah saya, di sinilah saya dapat berjumpa ibu bapa saya, terima kasih abang helang. Katak sangat gembira, ia melompat masuk ke dalam air. Helang sangat marah, ia telah kena tipu. Ia hendak sambar katak, tetapi sudah terlambat, katak sudah hilang di dalam air. Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai