Anda di halaman 1dari 2

ANAK GAGAK BERDIKARI

1. ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan selamat pagi diucapkan kepada para


guru , para juri yang adil lagi bijaksana , tuan-tuan dan puan puan serta
kawan-kawan yang saya kasihi sekalian.

2. Saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ANAK GAGAK


BERDIKARI.

3. Ada seekor anak gagak terbang mencari makanan. Anak gagak selalu
teringat akan nasihat ibunya. Anakku selalu berhati-hati nanti
diperdaya mereka yang berniat jahat.

4. Anak gagak sedar yang ia masih kecil dan tentu orang akan
memperdayanya.

5. Anak gagak terbang menuju ke pantai. Di pantai, ada banyak makanan


untuk aku, katanya.

6. Anak gagak ternampak sesuatu bergerak-gerak di dalam pasir. Ia


terbang rendah lalu hinggap di atas pasir.

7. Anak gagak menguis-nguis pasir dengan paruh dan kakinya. Ia


mendapat sebiji kerang. Kerang mengatup kulitnya.

8. Anak gagak mematuk-matuk kulit kerang itu supaya terbuka. Namun


begitu, kulit kerang masih terkatup. Kalau ibu ada, tentu kerang ini
dapat dibuka dengan mudah, kata anak gagak.

9. Apa yang kaurungutkan itu? Tanya gagak. Ia memerhati perbuatan


anak gagk itu sejak dari tadi.

10.Saya mahu makan isi kerang ini tetapi kulitnya terkatup. Sudah
beberapa kali saya cuba membukanya, kata anak gagak.
11. Kamu guna cara yang salah untuk membuka kulit kerang itu, kata
gagak.

12.Ada cara lainkah untuk membuka kulit kerang itu? Bolehkah ajar saya
untuk membukanya. Saya sudah tidak sabar mahu makan isi kerang itu.
kata anak gagak.

13. Kau terbang tinggi lalu lepaskan kerang, kata gagak.

14.Mengapakah perlu berbuat begitu? Tanya anak gagak.

15.Kulit kerang akan pecah apabila terhempas pada batu, jawab gagak.

16.Ayuh, pergi cepat. Aku sudah tidak sabar untuk melihat kerang itu
pecah, kata gagak.

17.Anak gagak mencengkam kerang dengan paruhnya lalu terbang. Anak


gagak mencari batu yang sesuai untuk melepaskan kerang itu dan
melepaskannya.

18.Anak gagak terbang kea rah batu tersebut untuk melihat kerangnya.
Anak gagak mendapati isi kerang sudah tiada di situ.

19.Anak gagak berasa terkejut. Isi kerang sudah dimakan oleg gagak.
Anak gagak diperdaya gagak. Anak gagak teringat nasihat ibunya agar
selalu berhati-hati agar tidak diperdaya.

20. Pengajaran daripada cerita ini adalah pertolongan yang diberikan


haruslah ikhlas dan sentiasa berhati-hati agar tidak diperdaya.

21.Sekian sahaja cerita saya pada hari ini. Sekian Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai