Anda di halaman 1dari 3

Mengapa Musang Makan Ayam?

Terima kasih tuan pengerusi majlis Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Hai, kawan-kawan ! Apa khabar? Pada hari ini saya hendak mengajak
kawan-kawan mendengar sebuah cerita. Seronok ! Tapi sebelum itu saya hendak
bertanya, kawan-kawan tahu mengapa musang makan ayam ? Inilah tajuk cerita
saya.

Hurm! Begini ceritanya, kalau kawan-kawan hendak tahu, kononnya

pada zaman dahulu ayam dan musang berkawan baik. Ke mana-mana sahaja
mereka pergi pasti berdua ibarat isi dengan kuku. Mereka juga mempunyai selera
yang sama. Kawan-kawan hendak tahu apa? Mereka suka sangat makan jagung.

Kerana itu, mereka bercadang untuk menanam jagung bersama-sama. Hasil


tanaman jagung itu akan dibahagikan sama rata. Pada suatu hari, musang
memberitahu ayam yang isterinya hamil di hutan. Dia terpaksa balik untuk
menjaganya hingga anak mereka lahir. Oleh itu musang berharap agar ayam
dapat menjaga pokok jagung mereka baik-baik.

Apabila berbuah nanti, musang meminta tolong daripada ayam untuk menyimpan
bahagiannya. Selepas itu musang pun balik ke hutan menjaga isterinya.

(lagu)

Ibu ayam dikejar musang.


Anak ayam cari ibunya.
Ibu ayam berlari.
Terus lari dan ditangkap musang.
Anak ayam mencari
Terus cari ibunya yang hilang
Oh kasihan, oh kasihan, aduh kasihan.
Tidak lama kemudian, pokok jagung itu pun berbuah.

Ayam berasa sangat teruja. Hatinya berbunga-bunga. Tiba-tiba timbul perasaan


tamak haloba dalam hatinya. Lupa kawan lupa persahabatan.

“Hurm! Musang tidak ada. Semua jagung ini aku yang punya. Kalau dia datang
nanti, pandai-pandailah aku memberi alasan,” kata ayam sendirian tersenyum
tersenyum jahat

Kemudian, ayam pun memanggil rakan-rakannya. Mereka makan


j a g u n g i t u s e h i n g g a habis, termasuklah jagung milik musang.

Tidak berapa lama kemudian, musang pun keluar dari hutan. Dengan perasaan
gembira, dia pergi menemui ayam untuk mengambil jagung bahagiannya .

“Pokok-pokok jagung yang kita tanam itu tidak berbuah. Aku pun tidak dapat makan
walau sebiji,” kata ayam cuba menipu.

Engkau bohong ! Kalau tidak berbuah, bagaimana tongkol-tongkol jagung ini ada
di sini? Soal musang dengan marahnya. Ayam terdiam. Dia mula berasa takut. Kau
sahabat yang tidak setia. Kau mungkir janji.

Tempoh tiga hari yang diberi oleh musang, telah berlalu. Ayam t i d a k
dapat mencari jagung untuk musang sebagai ganti.
Dia pun memberitahu kaum kerabatnya supaya berhati-hati kerana
musang sudah menjadi musuh mereka .

Musang tahu ayam tidak dapat menggantikan bahagian jagungnya. Dia pun
bersumpah, mulai hari itu dia akan menangkap ayam sebagai
makanannya. Musang a k a n menangkapnya pada waktu malam kerana
pada waktu ma[am mata ayam rabun.

Begitulah ceritanya kawan-kawan, kononnya mengapa musang suka hendak


menangkap dan makan ayam.

Apa yang boleh kita ambil sebagai pengajaran dari cerita ini adalah, pertama
kita tidak boleh bersikap tamak. Berdosa, Allah marah. Kedua, janganlah menipu
apatah lagi menipu kawan-kawan kita sendiri kerana ini akan menjejaskan
persahabatan dan akhir sekali yang terpenting adalah tidak mungkir janji. Janji mesti
ditepati kalau tidak hilanglah kepercayaan orang terhadap kita.

Tegak bersandar bunga manggar,


Rambut didandan senangnya hati;
Bukan sekadar seronok mendengar,
Ambillah tauladan semat di hati.

Sekian daripada saya, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai