Anda di halaman 1dari 5

NAMA MURID : ALYSSA PREETIYSHA HERMAN

TAHAP : TAHAP 1
NAMA SEKOLAH : SK ULU MOSOPOH
TAJUK CERITA : MENGAPA MUSANG MAKAN AYAM?

Salam sejahtera dan salam Pensiangan Sumingkot. Yang dihormati Tuan

Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru yang

disayangi dan rakan-rakan yang saya kasihi.

Hai kawan-kawan. Pada hari ini saya nak ajak kawan-kawan semua dengar

cerita saya. Seronok! Tapi sebelum itu, saya nak tanya kawan-kawan semua.

Adakah anda tahu mengapa musang gemar makan ayam? Hurm. Begini ceritanya.

Pada zaman dahulu, ayam dan musang berkawan baik. Ke mana-mana

sahaja mereka pergi, pasti berdua. Ibarat isi dengan kuku. Mereka juga mempunyai

selera yang sama. Kawan-kawan nak tahu apa?

Jagung! Ya, mereka suka makan jagung. Mereka menanam jagung bersama-

sama. Hasil tanaman jagung itu akan dibahagikan sama rata antara mereka.

Pada suatu hari, isteri musang hamil di hutan. Musang terpaksa balik

menjaga isterinya hingga anak mereka lahir. Oleh itu, musang berharap supaya

ayam dapat menjaga pokok jagung mereka baik-baik. Musang juga berpesan

kepada ayam, “Apabila jagung kita suda berbuah, tolong simpankan bahagian aku,”

Ayam pun berjanji akan menjaga pokok jagung mereka dengan baik.

Selepas itu, musang pun balik ke hutan dengan senang hati untuk menjaga

isterinya. Tidak lama kemudian, pokok jagung itu pun berbuah. Ayam berasa sangat

teruja. Hatinya berbunga-bunga! Tiba-tiba timbul perasaan tamak dalam hatinya.


“Hurm, Musang tidak ada. Semua jagung ini aku yang punya. Kalau dia

datang nanti, pandai-pandailah aku memberi alasan,” kata ayam sendirian sambil

tersenyum jahat.

Kemudian, ayam pun memanggil semua rakannya yang lain berkumpul di

ladang jagung itu. Mereka berasa sangat teruja melihat pokok jagung yang berbuah

itu lalu memakan jagung itu sehingga habis dan kekenyangan termasuklah jagung

milik musang.

Tidak berapa lama kemudian, musang pun keluar dari hutan. Dia pergi

menemui ayam. “Aku datang untuk mengambil jagung bahagian aku,” kata musang

kepada ayam. Ayam menggunakan helah bela diri untuk menyelamatkan dirinya.

“Pokok-pokok jagung yang kita tanam itu tidak berbuah. Aku pun tidak dapat makan

walau sebiji,” kata ayam yang cuba menipu.

“Kau bohong! Kalau tidak berbuah, bagaimana tongkol-tongkol jagung ini ada

di sini? Soal musang dengan marahnya.

Ayam terdiam. Dia mula berasa takut.

“Kau sahabat yang tidak setia! Kau mungkir janji. Baiklah, aku beri engkau

tempoh tiga hari. Kalua engkau tidak dapat ganti jagung bahgian aku, aku akan

makan engkau,” kata musang.

Namun begitu, tiga hari telah berlalu. Ayam tidak dapat mencari jagung untuk

musang sebagai ganti. Dia pun memberitahu kaum kerabatnya.

“mulai hari ini, berhati-hatilah kamu semua. Musang sudah menjadi musuh

kita,” pesan ayam kepada rakan-rakannya.


Musang tahu ayam tidak dapat menggantikan bahagian jagungnya.

Dia pun bersumpah. “Mulai hari ini, aku akan menangkap ayam sebagai makanan.

Aku akan menangkapnya pada waktu malam kerana pada waktu malam mata ayam

rabun!”

Sejak dari itulah ayam dan musang bermusuhan. Baiklah, kawan-kawan. Apa

pengajaran yang boleh kita dapat daripada cerita ini? Pengajarannya ialah kita tidak

boleh tamak. Berdosa! Tuhan marah.

Segak putera memakai tanjak,

Datang dari tanah seberang,

Jangan kita menjadi tamak,

Kelak nanti dibenci orang.

Sekian, terima kasih! Jumpa lagi!


BAHAGIAN 2

Salam sejahtera dan salam Pensiangan Sumingkot. Yang dihormati

Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan

guru yang disayangi dan rakan-rakan yang saya kasihi.

Hai kawan-kawan. Pada hari ini saya nak ajak kawan-kawan semua dengar

cerita saya. Seronok! Tajuk cerita saya ialah …….

PADA SUATU HARI…..

PENGAJARAN CERITA INI IALAH….

Anda mungkin juga menyukai