Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Saya _________________________________ dari Kelas ______________.


Saya akan menyampaikan sebuah cerita bertajuk bertajuk ‘Gagak dan Musang’.
Ada seekor musang kelaparan. Dia merayau-rayau mencari makanan.

Ketika itu, seekor gagak sedang terbang.

Dia membawa daging di mulutnya. Gagak tersebut bertenggek di atas dahan


pokok berhampiran dengan Musang.

"Daging tu akan jadi milik aku," kata Musang dalam hatinya. Dia berjalan ke
arah gagak.

"Indahnya hari ini wahai gagak”, sapa Musang dengan mesra.

‘Gagak, aku lihat kau sungguh memikat. Bulu kau berkilat, mata kau cantik”.
Aku rasa suara kau mesti merdu.

Cuba kau nyanyikan sebuah lagu. Aku teringin mendengar suara kau yang
merdu itu," pujuk Musang.

Mendengar pujian Musang, Gagak segera mengangkat kepala.

Gagak tersenyum bangga dan mula menyanyi.

Apabila dia membuka mulut, daging pun jatuh ke tanah.

Musang segera merebut daging tersebut.

"Aku hanya mahukan daging ini sahaja,"kata Musang kepada gagak.

Gagak menyesal. Gagak sedih. Daging miliknya telah dimakan oleh Musang.

Pengajarannya, jangan mudah percaya dan berasa bangga dengan kata-kata


pujian.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.


Saya _________________________________ dari Kelas ______________. Saya
akan menyampaikan sebuah cerita bertajuk ‘Monyet yang Degil.
Pada suatu hari Kancil dan Kura-kura sedang makan buah-buahan di kebun. Tiba-
tiba mereka terdengar suara Monyet.

"Tolong..tolong…, aku lapar. Sudah tiga hari aku tak makan", kata Monyet dengan
sedih.

"Bolehkah kamu memberi aku sedikit makanan?" kata Monyet

Kancil berkata, "Ambillah apa sahaja yang kamu suka Monyet".

"Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura" Jawab Monyet.

Monyet melompat-lompat gembira. Dia ternampak pokok lada yang merah.

"Aku nak itu, aku nak itu" Monyet berteriak sambil menunjuk ke arah pokok lada.

"Engkau tak boleh makan buah itu, Monyet. Buah itu pedas," beritahu Kancil.

"Aku tak kira, aku nak jugak…aku nak jugak…." jerit Monyet dengan sombong.

Monyet berlari ke arah pokok lada itu dan terus makan dengan begitu gelojoh
sekali.

Tiba-tiba Kancil dan Kura-Kura terperanjat mendengar jeritan Monyet.

"Tolong...Tolong..Pedas.. Pedas... Aku nak air."

Monyet menjerit sambil melompat-lompat.

Muka Monyet kelihatan begitu merah. Monyet terus berlari untuk mencari air.

Kancil dan Kura-Kura melihat Monyet itu sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Pengajarannya ialah kita hendaklah mendengar nasihat orang.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.


Saya _________________________________ dari Kelas ______________. Saya
akan menyampaikan sebuah cerita bertajuk ‘Arnab yang Sombong.

Arnab  seekor  haiwan  yang  sombong.

Dia  selalu mengejek Kura-kura kerana Kura-kura berjalan  lambat.


Kura-kura  amat marah.

Lalu Kura-kura  mencabar   Arnab berlari.

Arnab berasa geli hati kerana Kura-kura yang kecil serta berjalan lambat itu
mengajaknya berlumba lari.

Arnab menerima cabaran Kura-kura.

Pada waktu pertandingan Arnab berlari laju sementara Kura-kura berlari secepat
mungkin .

Di persimpangan jalan Arnab terjumpa kebun lobak .

Arnab makan sehingga kenyang.

Oleh kerana terlalu penat , Arnab pun tertidur.

Kura-kura ternampak Arnab sedang tidur.

Kura-kura pun berjalan perlahan-lahan supaya Arnab tidak terjaga.

Apabila   Arnab  bangun  Kura-kura telah menang.

Arnab berasa sangat malu lalu dia pun meminta maaf kepada Kura-kura.

Sejak peristiwa itu Arnab pun menjadi kawan baik Kura-kura.

Pengajarannya, kita janganlah bersikap sombong.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai