Anda di halaman 1dari 23

”SANG KANCIL DENGAN TALI PINGGANG SAKTI”

”Ha ha ha! Nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku, Sang Kancil. Ha ha ha!” ketawa
Sang Harimau.
”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku. Kasihan dan lepaskanlah aku, Sang Harimau!”
rayu Sang Kancil.

Hai, kawan-kawan. Hendak tahu apa kesudahan cerita ini?


Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk ”Sang Kancil dengan Tali Pinggang Sakti”.
Selamat pagi dan salam sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian.

Di dalam sebuah rimba, tinggal Sang Kancil yang cerdik lagi bijaksana.
Pada suatu hari, Sang kancil keluar mencari makanan. Tiba-tiba dia ternampak Sang Ular yang
besar sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.

            ”Aku harus berhati-hati dengan Sang Ular itu. Jikalau ia terjaga habislah aku dimakannya
nanti”, bisik Sang Kancil dalam hatinya. Tanpa membuang masa Sang Kancil pun beredar dari
tempat itu.
            Kemudian, Sang Kancil meneruskan perjalanannya untuk mencari makanan.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi riuh-rendah suara binatang-binatang di dalam rimba itu.
            ” Lari! Lari! lari Sang Kancil. Sang Harimau hendak makan kita”, jerit Sang Arnab dan
Sang Monyet sambil berlari lintang pukang. Belum sempat Sang Kancil melarikan diri, tiba-tiba
Sang Harimau terus menerkam ke arah Sang Kancil. Sang Kancil mengigil dan menangis
ketakutan.

”Ha ha ha! Nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku, Sang Kancil. Ha ha ha!” ketawa
Sang Harimau.
”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku. Kasihan dan lepaskanlah aku, Sang Harimau!”
rayu Sang Kancil.

         Sang Kancil pun mencari akal untuk melepaskan dirinya.  Dia teringat akan Sang Ular yang
sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.
”Wahai Sang Harimau,  aku mempunyai sebuah tali pinggang sakti yang aku simpan di bawah
sebatang pokok. Jika engkau memakainya sudah tentu semua binatang akan tunduk dan hormat
kepada engkau”, kata Sang Kancil.
            ”Apa? Tali pinggang sakti? Di manakah tali pinggang sakti itu?” tanya Sang Harimau.
            ”Aku boleh tunjuk di mana tali pinggang sakti itu tetapi engkau mestilah melepaskan aku
dahulu”, kata Sang Kancil.
            ”Baiklah Sang Kancil, aku lepaskan engkau. Tapi ingat! Kalau engkau tipu aku, siaplah
engkau!” herdik Sang Harimau.
            Sang Kancil pun membawa Sang Harimau ke tempat Sang Ular yang sedang tidur nyenyak
tadi.
” Ha, itulah tali pinggang yang aku katakan tadi”, bisik Sang Kancil kepada Sang Harimau.
            Tanpa membuang masa, Sang Harimau pun terus memegang badan Sang Ular yang sedang
tidur nyenyak dan melilitkan badan Sang Ular itu ke pinggangnya.
”Wah, hebat sungguh tali pinggang sakti ini! Ha ha, sekarang akulah raja di rimba ini. Semua
binatang akan takut kepada aku. Ha ha ha”, ketawa Sang Harimau.
Sang Ular yang sedang tidur nyenyak pun terjaga apabila terdengar suara Sang Harimau.
Apalagi Sang Ular berasa sangat marah lalu terus membelit pinggang Sang Harimau dengan kuat.
      Sang Harimau pun menjerit meminta tolong. ”Tolong! Tolong! Tolong!” Sang Harimau
meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.

            ”Cis, berani engkau menipu aku Sang Kancil”, marah Sang Harimau.
Akhirnya, Sang Harimau pun mati dibelit oleh Sang Ular. Selamatlah Sang Kancil daripada
dimakan oleh Sang Harimau.
Semua haiwan yang tinggal di dalam rimba itu mengucapkan terima kasih kepada Sang
Kancil kerana telah menyelamatkan nyawa mereka.

....Selesailah sudah... Kisah Sang Kancil... Yang Sangat cerdik lagi bijaksana…berjaya menumpas
musuh yang ganas…Hidupan hutan… Aman dan gembira….

Hai kawan-kawan,
Dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita semua teladan bahawa setiap masalah yang
kita hadapi pasti ada penyelesaiannya, jika kita menggunakan akal seperti Sang Kancil tadi.

Sekian, terima kasih.


Petani, Anak dan Keldai
Pada suatu hari, seorang petani mengajak anaknya keluar ke bandar untuk membeli
perkakas dapur. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya dengan
berjalan kaki.
“Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia
bersenang-lenang menunggang keldai,” kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat
mereka ketika di bandar.
“Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan itu?” tanya petani kepada
anaknya.
“Dengar ayah,” jawab anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah menariknya,” katanya sambil
mengangkat anaknya ke atas belakang keldai.
“Nampakkah kalian betapa anak yang tidak pandai mengenang budi ayahnya yang sudah tua.
Disuruhnya ayahnya menarik keldai sedangkan dia yang masih muda menunggangnya, sungguh
tidak patut,” kata sekumpulan manusia lain yang mereka temui di tengah perjalanan.
“Dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan?” tanya petani kepada anaknya.
Anaknya mengiyakan pertanyaannya itu.
“Sekarang engkau turun dari keldai ini, dan kita sama-sama berjalan kaki,” kata petani.
Anaknya segera turun dari keldai.
Tak berapa lama kemudian mereka bertemu pula dengan sekumpulan manusia yang lain.
“Alangkah bodohnya orang yang menarik keldai itu. Keldai untuk dikenderai dan dibebani dengan
barang-barang, bukan untuk diseret seperti lembu dan kambing,” kata mereka.
“Dengarkah engkau apa yang mereka kata?” tanya petani kepada anaknya lagi.
“Dengar ayah.” anaknya membalas.
“Kalau begitu marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,” ujar petani.
Tidak berapa lama selepas itu mereka terdengar perbualan sekumpulan orang yang lain
pula. “Sungguh tidak bertimbang rasa mereka ini, keldai yang kecil ditunggangi berdua!” kata
mereka.
Petani lalu bertanya kepada anaknya, “Adakah engkau dengar apa yang mereka
perkatakan?”
“Ya ayah, saya dengar.”
“Kalau begitu marilah kita dukung keldai ini,” kata petani
Dengan bersusah payah mengikat keempat-empat kaki, akhirnya mereka berjaya
mendukung keldai itu. Dan dalam keadaan itu jugalah mereka mula berjalan, dengan bebanan
menanggung seekor keldai. Apabila orang ramai melihat gelagat mereka berdua, mereka ketawa
terbahak-bahak.
“Ha! ha! ha! Hoi! Lihatlah orang gila mendukung keldai!”
ANJING DENGAN BANGAU

Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama.Pada suatu hari,
bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan. Tetapi anjing tidak
dapat makan.

Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu. Bangau
boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang dengan
perut lapar.

Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula. Anjing menghidangkan
makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan.
Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper.Anjing makan
sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar.

NILAI MURNI
Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa
berbuat baik.
Sang Bangau Menipu Ikan.

Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah hati.

Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan.

      "Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau.

Semua ikan bersetuju. Mereka sangat gembira.

Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi. Tetapi
semua ikan itu dimakannya.

       Kemudian tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau.

Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu bangau itu penipu.

Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit leher bangau. Matilah bangau itu.

NILAI MURNI
      
Jangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk
daripada Tuhan.
Sang Merak dengan Sang Arnab

Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Arnab ingin benar ekornya panjang dan cantik.

Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji
kecantikan ekor merak.

Pada suatu hari, arnab berjumpa dengan merak. Arnab memuji kecantikan merak. Merak berasa
bangga kerana dapat pujian.

Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Arnab terus memuji kecantikan merak.

Namun, arnab memuji merak kerana ada tujuan lain. Arnab ingin meminjam ekor merak. Merak
bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab.

Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Arnab memakai ekor merak. Merak memakai
ekor arnab.

Alangkah gembiranya arnab apabila mendapat ekor merak. Arnab berlari ke sana dan ke mari.
Arnab menari-menari di tengah padang.

Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya
berekor kontot.

Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Arnab termengah-mengah lari masuk ke dalam hutan.
Arnab pergi berjumpa merak
Arnab menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena
peluru pemburu.

Arnab minta  semula ekornya. Mereka bertukar ekor masing-masing.


Arnab tidak mahu memakai ekor merak lagi. 
"Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir arnab.

NILAI MURNI :
      
Kita haruslah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Setiap kurniaan
Tuhan pastilah ada kebaikannya untuk diri kita.

Ayah,anak dan seekor unta

Kisah ini terjadi diperkampungan orang Badwi di padang pasir, di sebuah negeri Arab. Dikatakan
dua beranak ini, ayah dan anaknya, ingin pergi ke pekan untuk menjual unta. Maka berjalanlah
mereka berdua melalui sebuah kampung.

Selepas melintasi sekumpulan orang kampung, terdengar seorang berkata, "Eh, tengok kedua-dua
orang itu! Betapa bodohnya mereka, ada unta tetapi kedua-duanya berjalan." 

Mereka terfikir benar juga kata orang itu. Lalu ayahnya berkata, "Hai anakku, kautunggangi unta
ini sambil menuju ke pasar!" Lalu anaknya mengikut perintah. 

Beberapa ketika, sampailah mereka di sebuah kampung. Terdengar oleh mereka suatu
percakapan, "Tengok di sana itu. Zalim sungguh anak itu, membiarkan bapanya  berjalan,
sedangkan dia sedap-sedap sahaja menunggang unta." 

Mendengar kata-kata itu, maka anaknya pun memberitahu, "Hai ayahku, naiklah ke belakang unta!
Biar anakanda yang berjalan pula."

Ketika melintasi suatu tempat, mereka mendengar ada orang berkata, "Alangkah zalimnya orang
tua itu! Dia menunggang unta, sedangkan anaknya pula dibiarkannya berjalan kaki."
Lalu mereka berdua pun berjalan kaki.

Mereka  sampai pula di sebuah kampung, melintasi kawasan orang ramai. Lalu, terdengar suara,
"Alangkah bodohnya orang itu! Ada unta berjalan kaki pula, sedangkan unta untuk ditunggangi." 
Mendengar kata-kata itu, kedua-dua mereka berfikir, memang ada betulnya.
Maka berkata ayah kepada anaknya, "Silalah naik ke belakang unta! Mudah-mudahan kita berdua
tidak dikatakan bodoh oleh orang-orang yang melihat."

Mereka sedar, semua yang mereka lakukan hari itu hanyalah kerana ingin memuaskan kata-kata
orang. Apa sahaja yang mereka lakukan, semuanya tidak kena mengikut pandangan orang.  
Berkatalah si ayah itu kepada anaknya, "Mulai saat ini, kita jangan mendengar kata-kata orang.
Lakukan sesuatu yang kita fikir benar dan berbuatlah sesuatu mengikut apa yang kita fikirkan
benar."
NILAI MURNI
Sememangnya begitulah yang sepatutnya kita bertindak. Kita tidak perlu berbuat sesuatu kerana
hanya ingin memuaskan kehendak orang lain. Kita hanya perlu mendengar nasihat orang yang tahu
masalah kita. Jangan sesekali bertindak kerana ingin memuaskan hati orang lain. 

Nilai Moral:
Oleh itu, berhati-hatilah mendengar kata-kata orang. Tidak semuanya benar dan baik untuk kita.
Pada suatu hari, anak katak puru pergi bersiar-siar di tepi sawah.
Anak katak terjumpa seekor lembu. Anak katak belum pernah melihat lembu. Anak katak berasa
sangat takut.

"Wah, besar sungguh haiwan ini!" kata anak katak puru di dalam hatinya.

Anak katak puru terus melarikan diri. Anak katak puru segera pulang.
Anak katak puru memberitahu ibunya, 

"Ibu, tadi saya terjumpa seekor haiwan yang sangat besar!"

Namun, ibunya berkata dengan perasaan sombong, "Dalam dunia ini, ibulah haiwan yang paling
besar."

"Tetapi haiwan itu lebih besar daripada ibu," kata anak katak puru itu.

Ibunya segera menggembungkan badannya.


 
"Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya.

 "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," jawab anak katak puru.

Ibunya mengembungkan lagi badannya.

"Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.


 "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," ujar anak katak puru.

Ibunya terus menggembungkan lagi badannya.


 "Adakah haiwan itu sebesar ini?" ibunya bertanya lagi.

 Anak katak puru menjawab, "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi."

"Sekarang tengok! Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.
Ibu katak puru itu pun cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar lagi.

Pop!

Anak katak puru terkejut mendengar bunyi letupan itu.


KATAK PURU DAN LEMBU

Ibu katak puru itu mati kerana cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar.
Akhirnya, badannya pecah.
Itulah akibatnya kerana sombong dan ingin membangga-banggakan diri.

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali bersikap sombong dan ingin membangga-banggakan diri. Perbuatan ini
merupakan akhlak yang buruk. Perbuatan ini akan mendatangkan akibat buruk terhadap diri
sendiri.

Muafakat Membawa Berkat 

Pada suatu hari, arnab terjumpa sebuah karung guni.  Di dalam karung itu terdapat sayur-
sayuran. Arnab ingin makan sayur-sayuran itu.  Kemudian datang kambing. Kambing juga mahu
makan sayur-sayuran itu. Tetapi arnab tidak mahu berkongsi dengan kambing.  Arnab mendapat
suatu akal.

      Arnab mengajak kambing bertanding. Pertandingan itu ialah menumbangkan tiang pagar.
Kambing bersetuju. Kambing berlari kencang. Kambing terus menanduk tiang itu. 

      Prak! Tanduk kambing patah. "Aduh!" kambing menjerit kesakitan.


Tibalah pula giliran arnab.

      Arnab menggali tanah. Tiang itu tumbang menimpa kaki arnab. 

      Prak! Kaki arnab patah. "Aduh!" arnab menjerit kesakitan.

Arnab berasa menyesal kerana enggan berkongsi makanan dengan kambing. Kedua menyesal dan
saling memohon maaf.  Selepas itu, Arnab dan kambing pergi ke tempat karung guni itu semula.
Tetapi karung guni itu sudah tiada kerana diambil oleh tuannya.

NILAI MURNI
      
Sikap tamak selalu rugi. Sebaliknya, jika bermuafakat tentulah membawa berkat.

Di tepi padang, tumbuh sebatang pokok kelapa. Pokok kelapa itu sangat tinggi. Pokok kelapa itu

selalu mengejek rumput. "Wahai Sang Rumput, engkau sangat pendek! Aku adalah pokok yang

tinggi dan kuat." Setiap hari, rumput selalu diejek oleh  pokok kelapa. Namun, rumput berdiam

diri sahaja.

      Pada suatu hari, datang ribut yang kuat. "Tolong! Tolong!" terdengar suara pokok kelapa
menjerit minta tolong. Dum! Terdengar pula bunyi yang sangat kuat. Pokok kelapa itu tumbang.

Rumput pun berkata, "Wahai Sang Kelapa, walaupun aku pendek, tetapi ribut tidak dapat

menumbangkan diriku!"

    Pokok kelapa berasa malu. Pokok kelapa sangat menyesal kerana pernah mengejek rumput.

Akhirnya, matilah pokok kelapa itu.

NILAI MURNI

      Kita tidak boleh memandang hina pada orang miskin dan lemah. Setiap orang mempunyai

kelebihan dan keistimewaan masing-masing.


Kisah Pendayung Sampan Dengan Profesor 

"Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah
sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari
pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji
kemudian digoyang-goyang.

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian
dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia
berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur
dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu
bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu
tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50
peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu
sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak
tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada
mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar.
Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting.
Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu
menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata
pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Nilai moral

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan
tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang
kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang
tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi..so be
humble in everything we do.
Kaki atau tanduk

Pada suatu pagi yang cerah, seekor rusa sedang minum air di tepi sungai.  Semasa meneguk air di
permukaan yang jernih, ia terlihat bayang-bayangnya di dalam air.  Dia merasa begitu bangga
dengan tanduknya yang begitu cantik.. “Wah, sungguh cantik tanduk aku.  Tanduk aku menjadikan
aku cantik !”

Rusa itu berpaling dan mendapati kakinya kurus dan panjang serta tidak menarik sama sekali. 
”Sayangnya kakiku sebegini rupa,”  rungut rusa itu.  “Jika kakiku cantik seperti tandukku,
tentulah aku kelihatan cantik dari hujung rambut hingga hujung kuku.  Dengan itu aku menjadi
haiwan yang paling cantik!”  Si rusa seperti menyesali kerana memiliki bentuk kaki yang
sedemikian.

Tiba-tiba, seekor singa datang ke kolam itu dan minum air.  Apabila ternampak rusa, singa itu
berhenti  berjalan lalu merangkak perlahan-lahan menuju ke arah rusa.  

Pada ketika singa bersedia menerkam, sang rusa terperanjat lalu melompat untuk menyelamatkan
diri.  Kemudian ia dengan sekuat hati berlari menuju ke arah hutan.

Sebelum sampai ke hutan, rusa merentasi sebuah kawasan terbuka.  Kakinya yang panjang
membolehkannya berlari dengan pantas.  Dalam masa yang singkat rusa berada jauh dari singa. 
Akhirnya ia sampai ke pinggir hutan lalu masuk ke dalam hutan.  Ia berfikir lebih selamat
bersembunyi di dalam hutan.

Apabila sang rusa masuk ke dalam hutan, tanduknya yang bercabang-cabang itu tersangkut pada
dahan-dahan pokok.  Akhirnya ia terperangkap.  Rusa menarik dan menolak tanduknya sekuat
hati.  Malangnya ia tidak berjaya melepaskan tanduknya.  Semasa rusa cuba menarik dan menolak
tanduknya, sang singa pun tiba.  Akhirnya singa berjaya menangkap rusa.

”Oh, aku sungguh bodoh !” Rusa merintih semasa terbaring menunggu nafasnya berakhir. ”Aku
menghina kakiku yang kurusa hodoh tetapi rupa-rupanya kakiku yang menyelamatkan aku.  Tetapi
tanduk yang cantik yang aku bangga-banggakan itu menyebabkan kematianku.

Nilai Moral

Kadangkala ada perkara yang kita tidak suka tetapi memberika manfaat kepada kita dan ada
perkara yang kita suka tetapi merosakkan hidup kita.  Hargailah apa-apa pun yang ada pada kita
selagi kita hidup.

Kisah Jari

Satu hari, dikisahkan bahawa kelima-lima jari di sebelah tangan Ali boleh bercakap.

Ibu jari pun memulakan cerita: Antara kita semua, saya lah yang paling hebat kerana orang lain
akan gembira bila saya berdiri, mereka tahu mereka sedang dipuji.

Jari telunjuk pula mencelah: Eh, mana ada. Saya lebih hebat kerana apabila saya berdiri, semua
orang akan patuh. Mudahnya memberi arahan jika saya berdiri.

Tiba giliran jari hantu: Hei, sebenarnya saya lah yang paling hebat sebab saya paling tinggi
antara kita semua.

Kemudian jari manis berkata: Kamu semua ni perasan lah. Saya yang paling hebat dan terkenal,
sebab cincin yang mahal selalu disarungkan pada saya.

Setelah jari manis selesai berkata, ke-empat-empat jari itu melihat jari kelingking dan menunggu
apakah yang akan diberitahunya. Namun, jari kelingking tertunduk dan berkata: Antara kita
semua, sayalah yang paling tidak penting. Sudahlah rendah, tiada apa-apa kepentingan lagi. Jari-
jari yang lain ketawa.

Ditakdirkan, jari Ali patah kerana dipijak rakannya semasa bermain bolasepak. Akibatnya, Ali
menjadi susah untuk memegang pensil, makan, dan melakukan kerja yang menggunakan tangan.
Setelah itu baru jari-jari yang lain sedar, bahawa mereka semua tidaklah sehebat mana jika
tidak bersatu.

Moral:
1. Jangan menghina orang lain.
2. Dalam sesebuah kelas, tidak ada istilah pelajar yang lembap dan tidak mampu belajar.
3. Bersatu membawa berkat dan kekuatan.
4. Semua murid adalah sama penting dalam sesebuah kelas.

*Cerita ni saya rajin guna masa 1st time masuk kelas. Cerita di atas adalah tulisan semula, jadi
mungkin bahasa agak tunggang langgang. Hehe.
Paku Di Batang Kayu

Tersebutlah kisah di satu ketika, ada seorang lelaki yang sangat cepat dan selalu marah. Kadang-
kadang marah hanya sebab masalah kecil, tapi beliau selalu tidak dapat menahan kemarahan
beliau. Kalau dia tersepak batu pun, habislah batu tersebut disumpah seranahnya.

Si bapa lelaki ini telah dapat memikirkan cara untuk anaknya mengurangkan sifat marah. Si bapa
telah memberikan anaknya yang pemarah itu sekotak paku, tukul dan batang kayu. Kata
bapanya,"Anakku, setiap kali kau marah, benamkanlah sebatang paku ke dalam batang kayu ini." Si
anak patuh dengan arahan bapanya dan dia membenamkan sebatang paku setiap kali beliau marah.
Untuk hari pertama sahaja, beliau telah membenamkan hampir 30 batang paku. Pada hari kedua,
si anak telah mengurangkan marahnya di mana bilang paku yang telah dibenamkan berkurang
kepada 27 batang, dan terus berkurang pada hari-hari seterusnya sehingga tiada lagi paku yang
dibenamkan pada beberapa minggu kemudiannya. Si anak kini telah berubah, beliau tidak lagi
cepat marah.

Melihat perubahan anaknya, si bapa pun berkata kepada anaknya, "Syukurlah, kau bukan lagi
pemarah seperti dahulu. Sekarang, setiap kali kau menahan perasaan marah, cabutlah sebatang
paku daripada batang kayu tersebut." Maka si anak mencabut setiap paku yang ada setiap kali
beliau menahan marah sehingga tiada lagi paku yang ada di batang kayu tersebut.

Si anak yang gembira pun menunjukkan batang kayu yang telah bersih daripada paku tersebut
dengan ayahnya. Seraya ayahnya pun berkata,"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku.
Namun, cuba kau lihat kesan paku pada kayu tersebut. Walaupun tiada lagi paku di situ, namun
kesannya masih jelas kelihatan di batang kayu tersebut. Apabila kau berkata sesuatu dengan
perasaan marah, ia akan meninggalkan kesan sama seperti di kayu ini. Kau boleh menikam
sebatang pisau pada badan seorang lelaki dan mencabutnya. Namun, tidak kira berapa banyak kau
meminta maaf, luka yang tidak dapat dilihat itu akan terus ada. Memarahi seseorang secara
verbal tetap sama dengan menyerang secara fizikal, malah ada ketikanya ia meninggalkan kesan
yang lebih mendalam."

Moral of the story:


1. Jangan cepat marah.
2. Jaga percakapan kita. kadangkala kita tak menyangka apa yang kita cakap boleh mengguris
perasaan orang lain. Sebab itulah kita dianjurkan supaya berdiam diri seandainya tiada perkara
penting yang ingin dicakapkan.
3. Sayangilah dan hargailah rakan anda.
4. Jagalah perasaan orang lain seandainya kita mahukan orang lain menjaga perasaan kita  

SEBERKAS LIDI

 Di hujung kampung ada seorang petani tua. Dia tinggal bersama-sama dengan isterinya yang
sudah uzur. Mereka ada lima orang anak lelaki.

      Anak-anak lelaki mereka sudah besar tetapi mereka malas bekerja. Mereka mahu makan
sahaja. Petani bersedih mengenangkan tabiat buruk anak-anaknya dan mencari jalan untuk
menyedarkan mereka.

Pada suatu petang, petani itu memberi sebatang lidi kepada setiap orang anaknya. Dia menyuruh
anak-anaknya mematahkan lidi itu. Semua anak-anaknya dapat mematahkan lidi itu.

      Kemudian, petani itu mengambil pula seberkas lidi. Dia berikan kepada tiap-tiap orang
anaknya. Dia menyuruh anaknya mematahkan lidi itu.

Mereka tidak dapat mematahkan seberkas lidi itu.

      "Kamu ibarat sebatang lidi. Senang sahaja dipatahkan," kata petani itu.

      "Kalau kamu bermuafakat seperti lidi seberkas, kamu tidak akan dikalahkan oleh orang lain,"
nasihat petani itu lagi.
Anak-anaknya berbaik-baik semula. Mereka bermuafakat menolong ibu bapa mereka. Mereka
membuat kerja bersama-sama.

      Ternakan mereka semakin banyak. Ladang mereka subur. Petani itu sangat gembira kerana
anak-anaknya sudah saling bekerjasama.
NILAI MURNI

      Hidup bermuafakat akan sentiasa membawa berkat.

RNAB YANG PEMALAS


Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.
Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap
hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab,
“Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat
berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu,
hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan
kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata
awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

 Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi
cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih
ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-
geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah
kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok
kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang
pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.

KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti
kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu
dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.
 "Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
 Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
 Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap
mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.
 Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau.
Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu
selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.
 Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan.
Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk
ditangkap lagi.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR


 Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah
seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering
mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan
makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan
Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri
dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku
pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong
jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya
yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau
mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak
mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua
ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia
membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU


Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi
rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain
sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu
ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu.
Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa
belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony
sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu
mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony
menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul
seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung!
Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-
celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba
mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu
semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak
sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

BUJANG TERBOYOI
Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja melahirkan seorang anak
lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh
mendatangkan bencana. Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.
       Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki tujuh gunung.
Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.
       “Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak pulang.
Doakanlah saya. Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat terharu tetapi apalah dayanya Anak
ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda
yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu
bapanya amat merindukannya.
        Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia
berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya. Namun
semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak
mencari ibu bapanya.
        Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah
mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.
        Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya hairan.
Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah gerangannya?
        Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan permohonannya .
Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.
       “Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan  melihat mereka,” kata
Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja istana.
      “Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka ke air
terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia member mereka
makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya.
Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat.
Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.
       “Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan ayah,” kata
Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira. Mereka menangis
kegembiraan.
       Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang
Terboyoi di tabalkan menjadi raja.

Anda mungkin juga menyukai