Anda di halaman 1dari 12

ANAK BANGAU MENYANGKA DIRINYA HODOH

Selamat sejahtera kawan-kawan,guru-guru dan hadirin sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Anak Bangau Menyangka Dirinya Hodoh. Pada suatu hari, seekor anak bangau bersiar-siar di tepi sawah.Anak bangau melihat bayangnya di dalam air. Anak bangau terkejut melihat bayang dirinya. Wah, rupa-rupanya leherku ini sangat panjang! Kakiku juga sangat panjang, kata anak bangau dalam hatinya. Anak bangau berasa sangat sedih. Anak bangau berasa dirinya sangat hodoh. Anak bangau berasa malu kerana lehernya panjang dan kakinya juga panjang. Ibu, mengapakah rupa saya sangat hodoh? Anak bangau bertanya kepada ibunya.Ibunya terkejutnya mendengar kata-kata itu. Ibu bangau lalu berkata kepada anaknya, Wahai anakku, tidak baik berkata begitu! Janganlah menyangka dirimu sangat hodoh. Rupamu sangat cantik. Tetapi anak bangau tetap tidak percaya pada kata-kata ibunya. Anak bangau menyangka dirinya sangat hodoh.Lama-kelamaan, besarlah anak bangau. Dengan kaki panjangnya, anak bangau mudah mengharung air dan lumpur di dalam sawah.Dengan leher panjangnya, anak bangau mudah menangkap ikan. Benarlah kata ibuku. Aku seekor bangau yang cantik. Dengan kaki panjang dan leher panjangku, aku mudah mencari makanan, kata anak bangau dalam hatinya. Jikalau kakiku pendek, tentulah aku tidak dapat berjalan di dalam air dan lumpur. Jikalau leherku pula pendek, tentulah aku tidak dapat menangkap ikan, fikir anak bangau lagi. Pada suatu hari, anak bangau berehat di tepi kolam. Anak bangau dapat melihat bulunya putih, bersih,dan cantik. Aku memang seekor bangau yang cantik, katanya dalam hati dengan perasaan sangat gembira. Sesungguhnya, setiap kejadian yang diciptakan oleh Tuhan mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

ANAK RUSA BERSAHABAT DENGAN ANAK HARIMAU Selamat sejahtera kawan-kawan,guru-guru dan hadirin sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Anak Rusa Bersahabat dengan anak harimau. Pada suatu hari, seekor ibu rusa hendak pergi mencari makanan.Ibu rusa lalu berpesan kepada kedua-dua ekor anaknya. Janganlah kamu keluar merayau-rayau. Nanti kamu akan dibaham harimau, pesan ibu rusa.Baiklah! kata kedua-dua ekor anaknya. Tetapi kedua-dua ekor anak rusa itu tidak patuh pada nasihat ibu mereka. Mereka keluar merayau-rayau.Mereka terjumpa anak harimau. Kamu ini siapa? salah seekor anak rusa itu bertanya kepada anak harimau.Aku ialah anak harimau, jawab anak harimau. Kami pula ialah anak rusa,kedua-dua ekor anak rusa itu memperkenalkan diri mereka. Semenjak hari itu, kedua-dua ekor anak rusa itu bersahabat baik dengan anak harimau. Mereka bermain bersama-sama. Pada suatu hari, ibu rusa itu bertanya, Wahai anak-anakku, ke manakah kamu pergi bermain? Kami bermain-main dengan anak harimau, jawab anak rusa itu.Terkejutlah ibu rusa apabila mendengar jawapan itu. Janganlah kamu bersahabat dengan anak harimau. Kelak kamu akan dimakan oleh harimau itu,nasihat ibu rusa. Tetapi kedua-dua ekor anak rusa itu tidak mengendahkan nasihat ibu mereka.Mereka pergi berjumpa anak harimau itu lagi. Tanpa disangka-sangka, mereka bertemu dengan ibu harimau.Ibu harimau berjaya menangkap salah seekor anak rusa itu. Seekor lagi berjaya melarikan diri. Menyesallah anak rusa itu kerana tidak mendengar nasihat ibunya.Itulah akibatnya, jika tidak patuh pada nasihat ibu.

ARNAB DAN KAMBING BEREBUT KARUNG GUNI Selamat sejahtera kawan-kawan,guru-guru dan hadirin sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Arnab dan kambing berebut karung guni. Pada suatu pagi, arnab terjumpa sebuah karung guni di tepi jalan.Arnab terus menggigit untuk membuka karung guni itu. Karung guni itu penuh dengan sayursayuran. Namun, sebelum sempat arnab makan sayur-sayuran itu, tiba-tiba datanglah kambing. Kambing mahu makan sayur-sayuran itu. Marilah kita beradu siapa lebih kuat. Jikalau sesiapa yang dapat menumbangkan tiang di sana, ia dapat makan semua sayur-sayuran ini, cadang arnab. Kambing bersetuju. Mereka segera pergi ke tempat tiang itu.Tanpa membuang masa, kambing terus berlari kencang. Kambing mahu menumbangkan tiang itu. Kambing terus menanduk tiang itu dengan sekuat-kuat hatinya.Aduh! Aduh! kambing meraung-raung kesakitan. Kedua-dua batang tanduknya patah. Tibalah pula giliran arnab. Arnab terusmenggali.Aku pasti akan berjaya menumbangkan tiang ini, kata arnab dalam hatinya. Tiang itu bergoyang-goyang hendak tumbang. Arnab sangat gembira. Tiang itu tumbang. Tetapi tiang itu menimpa kaki arnab. Kaki arnab patah.Aduh! Aduh! arnab meraung-raung kesakitan. Arnab dan kambing berasa menyesal kerana tidak mahu berkongsi sayur-sayuran itu. Mereka lalu pergi ke tempat karung guni itu semula. Tetapi mereka melihat, seorang peladang sudah datang mengambil karung guninya yang tercicir itu.Peladang itu terus pergi dari situ. Menyesallah arnab dan kambing atas perbuatan tamak mereka itu.Perbuatan tamak memang selalu rugi.

BANGAU DENGAN KETAM Selamat sejahtera kawan-kawan,guru-guru dan hadirin sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Bangau dengan ketam. Di pinggir hutan, terdapat sebuah kolam. Air di dalam kolam itu sudah hampir kering kerana musim kemarau. Semua ikan di dalam kolam itu berasa bimbang. Matilah kita kalau air ini kering, kata mereka.Beberapa hari kemudian, datanglah seekor burung bangau ke tempat itu. Bangau itu berkata, Wahai ikan, tidak lama lagi, air di dalam kolam ini akan kering! Aku boleh menolong kamu berpindah ke sebuah kolam lain. Kolam itu tidak kering. Semua ikan bersetuju. Bangau lalu terbang berulang-alik membawa ikan itu berpindah dari situ. Kemudian, tibalah pula giliran ketam. Bangau segera membawa ketam berpindah. Apabila tiba, di tempat itu rupa-rupanya tiada kolam. Ketam melihat di situ terdapat banyak tulang ikan. Tahulah ketam bahawa bangau itu penipu. Bangau telah makan semua ikan itu. Ha! Ha! Ha! Bangau ketawa.Engkau juga akan menjadi makananku, kata bangau pada ketam. Tetapi ketam dengan pantas terus menyepit leher bangau.Matilah bangau itu disepit oleh ketam.Setiap perbuatan jahat tentu akan menerima padahnya.

HARIMAU TAMAK Selamat sejahtera kawan-kawan,guru-guru dan hadirin sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Harimau Tamak. Pada suatu hari, seekor harimau lapar menangkap seekor arnab.Harimau mahu makan arnab itu. Janganlah makan aku! Rusa lebih besar daripada diriku, kata arnab itu.Harimau lalu melepaskan arnab. Harimau pergi mencari rusa.Harimau terjumpa rusa sedang minum air di tepi tasik. Harimau segera menangkap rusa itu. Harimau mahu makan rusa tersebut.Janganlah makan aku! Kerbau lebih besar daripada diriku, kata rusa. Harimau lalu melepaskan rusa itu.Harimau pergi mencari kerbau pula.Harimau terjumpa kerbau sedang berjemur di tepi sawah. Harimau segera menangkap kerbau itu. Kerbau menjerit minta tolong.Seorang petani terdengar jeritan itu. Petani itu segera mengambil sepucuk senapang. Dia terus menembak harimau itu. Matilah harimau tersebut. Demikianlah, sikap tamak akhirnya akan membawa rugi.Jangan amalkan sikap tamak.

Ibu angsa dengan anak-anaknya Selamat sejahtera kawan-kawan,guru-guru dan hadirin sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Ibu angsa dengan anak-anaknya. Pada suatu hari, seekor ibu angsa pergi ke tepi kolam.Ibu angsa itu membawa anak-anaknya. "Marilah kita berenang," kata ibu angsa. Tetapi anak-anaknya takut hendak berenang. Anak-anaknya takut tenggelam di dalam air. "Nanti kami akan lemas," kata anak-anaknya. Ibu angsa itu ketawa."Kamu tidak akan lemas," kata ibu angsa. "Kamu dapat berenang sebab kamu adalah anak-anak angsa,"kata ibu angsa itu lagi. Anak-anak angsa itu percaya pada kata-kata ibu mereka. Anak-anak angsa segera turun ke dalam air. Mereka berenang di dalam kolam itu."Kita boleh berenang, kata anak-anak angsa. Mereka berenang bersama-sama dengan ibu mereka.Mereka berenang sambil bermain bersama-sama. Mereka sangat gembira.

Sang ketitir dengan sang gagak Selamat sejahtera kawan-kawan,guru-guru dan hadirin sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah sang ketitir dengan sang gagak. Pada suatu hari, Sang Gagak mencari makanan di tempat buangan sampah sarap. Gak, gak, gak! Sang Gagak itu bersuara. Sang Gagak gembira kerana di situ terdapat banyak makanan. Gak, gak, gak! Sang Gagak bersuara lagi. Tiba-tiba Sang Gagak terdengar suara ketawa. Rupa-rupanya Sang Ketitir berada di atas sebatang pokok. Mengapakah engkau ketawa, wahai Sang Ketitir? Sang Gagak berasa hairan. Aku ketawa kerana bunyi suaramu sangat buruk. Suara aku lebih merdu, Sang Ketitir bermegah.Semenjak itu, setiap hari Sang Ketitir datang ke situ. Apabila melihat Sang Gagak datang mencari makanan, Sang Ketitir pun bernyanyi. Sang Ketitir berbangga dengan suaranya yang merdu itu. Sang Gagak berdiam diri sahaja.Sang Gagak tidak mahu diejek oleh Sang Ketitir. Pada suatu hari, Sang Ketitir tiada lagi di situ. Sang Gagak berasa hairan. Pada suatu hari yang lain pula,Sang Gagak pergi mencari makanan ditepi sebuah rumah. Terkejutlah SangGagak apabila melihat Sang Ketitir berada di dalam sebuah sangkar. Sang Gagak lalu berkata, Wahai Sang Ketitir! Mujurlah suaraku sangat buruk. Orang tidak mahu memeliharaku. Engkau ditangkap orang kerana suaramu sangat merdu. Sekarang engkau boleh menyanyi di dalam sangkar itu, kata Sang Gagak.Sang Ketitir berasa sangat malu.

Sang Musang mencari buah Selamat sejahtera kawan-kawan,guru-guru dan hadirin sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah sang musang mencari buah. Pada suatu pagi, Sang Musang keluar mencari makanan. Sang Musang sangat lapar. Sang Musang cuba mencari makanan di sana sini. Namun, Sang Musang tidak menemui sebarang makanan. Tiba-tiba Sang Musang teringat pada sebatang pokok mangga. Sang Musang segera pergi ke tempat pokok itu. Pokok itu berbuah lebat. Tetapi Sang Musang malas memanjat.Sang Musang cuba mencari buah yang gugur. Namun, tiada sebiji pun buah yang gugur. Ah, buah mangga ini rasanya masam! kata Sang Musang. Sang Musang terus pergi dari situ.Buah mangga itu sebenarnya sangat manis. Sang Musang terpaksa berlapar.Itulah akibatnya kalau mempunyai sifat malas.

SEMUT MELAWAN GAJAH Selamat sejahtera kawan-kawan,guru-guru dan hadirin sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah SEMUT MELAWAN GAJAH. Dalam sebuah rimba, segala haiwan tinggal dengan aman dan bahagia. Namun, pada suatu hari, rimba itu menjadi hingar-bingar. Semua haiwan kecoh kerana ada seekor gajah baharu datang. Gajah itu sungguh garang dan suka berkelahi. Gajah-gajah lain melarikan diri. Mereka tidak berani melawan gajah itu. Malah, haiwan lain turut menjadi mangsa gajah itu. Semua haiwan dalam rimba itu menjadi susah hati.Mereka tidak berani menghalau gajah itu. "Aku tidak berani berlawan dengannya. Gajah itu lebih besar dan kuat, kata salah seekor gajah dalam rimba itu. Aku pun tidak berani juga, ujar Sang Beruang.Tiba-tiba terdengarlah pula suatu suara, "Biarlah aku cuba melawannya. Rupa-rupanya Sang Semut bersuara. Semua haiwan ketawa."Engkau sangat kecil, wahai Sang Semut! kata Sang Badak. Namun, Sang Semut tidak peduli.Keesokan harinya, Sang Semut pergi ke tempat gajah itu. Sang Semut merayap perlahan-lahan. Sang Semut masuk ke dalam telinga gajah. Meraung-raunglah gajah itu kerana sangat kesakitan. Telinganya digigit oleh Sang Semut. Siang dan malam, gajah itu asyik meraung kesakitan. Akhirnya, gajah itu pun meninggalkan tempat itu.Beberapa hari kemudian, Sang Semut pulang ke rimba itu semula. Semua haiwan berasa hairan.Bagaimanakah Sang Semut boleh mengalahkan gajah itu? Mereka berasa malu pada Sang Semut. Engkau sungguh gagah dan berani, kata Sang Badak kepada Sang Semut.Semenjak hari itu, semua haiwan sangat menghormati Sang Semut.

SANG BUAYA TERIMA BALASAN Selamat sejahtera kawan-kawan,guru-guru dan hadirin sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Sang buaya terima balasan. Pada suatu hari, Sang Kerbau pergi ke tebing sungai. Sang Kerbau hendak minum air. Tiba-tiba Sang Kerbau terdengar suara Sang Buaya. Sang Buaya minta tolong. Sang Buaya ditimpa sebatang pokok yang tumbang. Sang Kerbau berasa kasihan. Sang Kerbau mengangkat batang pokok itu.Sang Buaya terselamat. Tetapi Sang Buaya segera menangkap kaki Kerbau.Sang Buaya mahu makan Sang Kerbau. Mujurlah Sang Kancil kebetulan datang. Sang Kerbau minta tolong pada Sang Kancil. Tetapi Sang Kancil berpura-pura tidak percaya. Sang Kancil menyuruh Sang Kerbau mengangkat batang pokok itu semula. Sang Buaya bersetuju. Sang Kerbau meletakkan semula batang pokok itu di atas belakang Sang Buaya. Sang Buaya tidak dapat bergerak lagi. Tolonglah aku! Sang Buaya meraung. Tetapi Sang Kancil dan Sang Kerbau tidak peduli. Terimalah balasan akibat perbuatan jahatmu itu! kata Sang Kancil pada Sang Buaya.Sang Kerbau mengucapkan terima kasih pada Sang Kancil.

RUMAH TIGA EKOR TIKUS Selamat sejahtera kawan-kawan,guru-guru dan hadirin sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Sang buaya terima balasan. Pada suatu hari, tiga ekor tikus bercadang hendak membina rumah masing-masing. Tikus pertama sangat pemalas.Tikus pertama membina rumah diperbuat daripada straw. Tikus kedua pula memberitahu,Saya akan bina rumah yang lebih kukuh. Tikus kedua lalu membina rumah diperbuat daripada ranting kayu. Tikus ketiga pula berkata, Saya akan bina rumah yang lebih kukuh lagi. Tikus ketiga tekun bekerja. Tikus ketiga membina rumah diperbuat daripada batu-bata. Pada suatu hari, seekor kucing datang ke rumah tikus pertama.Buka pintu! kata kucing itu.Tidak boleh! jawab tikus pertama. Puf! Puf! Kucing menolak rumah itu. Rumah itu runtuh.Matilah tikus pertama itu dimakan oleh kucing. Kemudian, kucing itu pergi ke rumah tikus kedua pula.Buka pintu ini! kata kucing. Tidak boleh! jawab tikus kedua. Kucing itu meruntuhkan rumah tersebut. Matilah tikus kedua dimakan oleh kucing. Akhirnya, kucing itu pergi ke rumah tikus ketiga pula.Buka pintu ini! kata kucing. Tidak boleh! jawab tikus ketiga. Kucing itu cuba meruntuhkan rumah tikus ketiga. Namun tidak berjaya. Tikus ketiga terselamat. Demikianlah, sekiranya kita membuat sesuatu perkara, kita mestilah lakukan yang terbaik.

LEMBU KURUS DAN LEMBU GEMUK Selamat sejahtera kawan-kawan,guru-guru dan hadirin sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah LEMBU KURUS DAN LEMBU GEMUK. Seorang petani ada memelihara dua ekor lembu. Seekor ialah lembu kurus. Seekor lagi lembu gemuk. Lembu kurus selalu dibawa ke sawah. Lembu kurus terpaksa bekerja. Banyaklah kerja yang selalu dilakukan oleh lembu kurus. Lembu kurus terpaksa membajak sawah. Lembu kurus juga terpaksa menenggala sawah. Namun, lembu kurus tetap rajin bekerja. Pada suatu hari, lembu kurus diejek-ejek oleh lembu gemuk. Aku tidak perlu bekerja. Aku boleh berehat sepanjang masa.Badan aku gemuk. Badan engkau kurus macam papan, lembu gemuk itu mengejek. Lembu kurus berdiam diri sahaja.Lembu kurus tidak mempedulikan ejekan itu. Pada suatu hari, petani itu berkata kepada isterinya, Esok saya akan sembelih lembu gemuk. Dagingnya banyak. Saya akan jual dagingnya.Kita boleh dapat banyak wang. Terkejutlah lembu gemuk mendengar kata-kata itu. Lembu gemuk sangat takut. Mujurlah badan aku kurus! Aku terselamat, ujar lembu kurus.Lembu gemuk berasa menyesal kerana pernah mengejek lembu kurus. Oh, alangkah baiknya kalau badan aku kurus! kata lembu gemuk dalam hatinya. Namun, menyesal kemudian tidak berguna lagi. Keesokan harinya, matilah lembu gemuk itu kena sembelih.

Anda mungkin juga menyukai