Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,

guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Sang Monyet yang
Degil”.

Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayuran bersama rakannya Sang
Kura-kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan amat
lapar sekali. "Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata Sang Monyet dengan
sedih. "Bolehkah kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan", kata Sang Monyet. Sang Kancil dan
Sang Kura-kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Sang Monyet seperti itu. "Baiklah Monyet, ambillah
apa saja yang kau mahu", kata Sang Kancil. "Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura", kata Sang Monyet dengan
gembira. Melihatkan pepohon buah-buahan di hadapannya, mulalah Sang Monyet berasa tamak. Tiba-tiba, dia
ternampak pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang merah menyala. "Aku mahu itu-, aku mahu itu!", teriak Sang
Monyet. "Jangan Monyet, nanti kau yang menahan pedihnya", halang Sang Kurakura. "Betul tu Monyet, pilihlah buah
yang lain", sokong Sang Kancil.

"Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet. Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan
Sang Kura-kura, Sang Monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik buah cili yang merah menyala itu dan terus
memakannya dengan gelojoh. Tiba-tiba Sang Monyet menjerit, "Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!"
Pengajaran daripada cerita ini ialah kita harus mendengar nasihat orang. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakanrakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Belalang yang malas”. X2
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana
dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga
raya, mawar, dahlia, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan
menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di
dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.
Pada suatu hari, belalang mencari rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari
makanan. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama
menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat
lapar tetapi di rumahnya tiada makanan. “ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati.
Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal
kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit.
Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan
belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di
atas katil di rumah. “Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu
lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh

dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya. Pengajaran daripada cerita ini ialah kita
tidak boleh malas. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakanrakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat,
lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di
dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini. Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi
semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Haiwan-haiwan lain mula menjauhkan
diri daripadanya. Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di
tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu. “Hai Arnab, cantik sungguh gigi!” Kata buaya itu
kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu. “Bagaimana
engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti
banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.” Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Tolong
periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri
buaya lalu memeriksa gigi buaya. Tanpa berlengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka
tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Kawan-kawan, pengajaran daripada
cerita ini ialah kita harus berfikir sebelum bertindak. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakanrakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Penebang Kayu Dengan
Anaknya”.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa
yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya
ke dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ. “Bagaimana nanti kalau jiran kita bertanya tentang ayah?” tanya
isteri penebang kayu. “Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya,”
kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah didengari oleh
anak mereka. Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pekan untuk membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik
waktu senja, penebang kayu itu memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut. “Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya
bapanya. “Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin,” kata penebang kayu itu sambil memikul bakul
tersebut. Orang tua itu berasa sedih. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan kearah hutan. Sebelum bayang
penebang kayu itu hilang, anak penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!”
“Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan. “Ayah,” kata anak penebang kayu itu, “Apabila ayah tua kelak, saya
akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.” Penebang kayu itu tunduk sambil terfikir. Air matanya mengalir.
Penebang kayu itu dengan menyesal sambil berkata kepada anaknya. “Marilah kita pulang ke rumah.” Kawan-kawan,
pengajaran daripada cerita ini ialah kita harus mengenang jasa ibu bapa kita. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-

rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa yang Sombong”. Dalam sebuah hutan,
tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.
Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk
menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “ Wahai kawan-kawan,
kehidupan kita sekarang semakin terancam. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan
singa itu. “ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain. “ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil Semua
terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawankawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain
ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk
menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. “ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau.” Kata
Tebuan dengan berani. “ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa. “ Belum cuba, belum
tahu.” Jawab Tebuan penuh semangat. Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-
pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil
kesempatan ini lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Semakin lama, semakin
kuat gigitan Tebuan itu.Tidak lama kemudian, Singa itu pun mati dengan kesakitan. Pengajaran daripada cerita ini ialah
kita jangan memandang rendah kepada orang lain.

Anda mungkin juga menyukai