Anda di halaman 1dari 1

PN Kena Tanding Sendiri

SAYA terkejut dengan kenyataan Pengerusi BPN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang
mahu menjalinkan kerjasama dengan BN dalam PRN Melaka yang bakal diadakan.

Mohd Rafiq selaku Naib Presiden Bersatu tidak sedarkah selama ini Umno menghina Pengerusi PN,
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dengan pelbagai kejian dan nista.

15 MP Umno tarik sokongan terhadap TSMY baru sangat berlaku. Kita semua nampak bukan? Bila
sampai masa nak adakan PRN, kita pelawa mereka bekerjasama. Apakah kita takut dengan
BN/Umno?

Bersatu Melaka perlu yakin bahawa inilah peluang terbaik untuk memperkenalkan PN kepada orang
Melaka, sebelum PRU-15. Andaikata pencapaian PN tidak memberangsangkan dalam PRN ini,
jadikan ia sebagai titik tolak untuk terus bekerja bagi tujuan menarik sokongan rakyat kepada PN.

Cukuplah berbincang dengan BN/Umno ini. Mereka tidak sudi. Bersatu kena ada sikap, “pinggan tak
retak, nasi tak dingin. BN tak hendak, PN tak ingin”. PRN Sabah satu contoh, bahawa rakyat memilih
PN dan bukan BN. Di Sabah, PN mempelawa BN untuk sama-sama menggunakan lambang PN,
mereka tolak.

Bukan setakat tolak, mereka buat kempen “mereka dibuli” oleh Bersatu. Padahal, Bersatu
membantu semua calon BN di Sabah dengan pelbagai bantuan termasuk wang ringgit, tetapi apa
balasan mereka kepada PN/Bersatu?

Dari mulut orang Umno, kecuali beberapa orang sentiasa menghina Bersatu/PN. Jadi, mengapa kita
terhegeh-hegeh mengajak bekerjasama?

Adakah Bersatu Melaka takut dengan pengaruh BN? Atau Bersatu Melaka tiada keyakinan dapat
memenangi PRN kali ini. PN mesti belajar “berperang” dengan kekuatan sendiri. Jangan lagi
bergantung kepada sesiapa, lebih-lebih lagi Umno.

Tahukah Datuk Mohd Rafiq, selama ini Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Senator Mohamad Ali
sedang berkempen siang dan malam mahu membunuh Bersatu? Apakah maklumat ini Datuk Mohd
Rafiq tidak terima?

Senator Mohamad Ali ini adalah Timbalan Speaker Senat yang dilantik zaman TSMY jadi PM. Itu pun
dia tidak tahu berbudi bahasa bila bercakap tentang Bersatu. Cukuplah berkira dengan Umno/BN ini.
Perkukuhkan PN dan kerjasama dengan PAS diperbaiki lagi. Buang perasaan benci, eloklah
berbincang dengan Datuk Seri Idris Harun dan bekas ADUN Bebas untuk bersama-sama PN.

Insyaallah, PN tetap menjadi pilihan rakyat Melaka.


Melaka be….

Daud Haji Ibrahim


Penulis Politik

Anda mungkin juga menyukai