Anda di halaman 1dari 1

 ُ‫سالَ ُم َعلَ ْي ُك ْم َو َر ْح َمةُ هللاِ َوبَ َر َكاتُه‬

َّ ‫ال‬
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia
dan Salam Perlis Indera Kayangan, Bersama Menjana Transformasi

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan hidayahNya,
saya diberi kesempatan untuk merakamkan kata alu-aluan di dalam buku program
sempena Kejohanan Olahraga PKP Simpang 4 kali ke 55 Tahun 2020 di negeri Perlis ini.
Terima kasih diucapkan kepada penganjur kejohanan atas penghormatan yang diberikan
selaku penganjur bersama untuk mengelola kejohanan Olahraga kali ke 55.

Kesempatan ini, saya mengucapkan selamat datang ke negeri Perlis Indra Kayangan dan
selamat bertanding kepada semua pegawai, jurulatih dan peserta ke Kejohanan Olahraga
PKP Simpang 4 kali ke 55 Tahun 2020.

Sukan merupakan satu wadah ke arah pemupukkan perpaduan di kalangan rakyat


Malaysia. Melalui sukan juga nilai-nilai murni yang dipelajari dapat dipraktikkan dan
melalui sukan juga jurang integrasi kaum dapat dirapatkan. Sesungguhnya melalui sukan
juga perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat dijana berlandaskan
Falsafah Pendidikan Negara selaras dengan gelombang Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM).

Pegawai, jurulatih dan peserta yang bertanding diingatkan agar sentiasa mengamalkan
semangat kesukanan yang tinggi. Kemenangan bukanlah segalanya tetapi bagaimana kita
memperoleh kejayaan itu amat penting. Jangan kerana terlampau mengejar kejayaan kita
lupa akan nilai-nilai kesukanan dan jangan pula kita korbankan perpaduan yang ada demi
satu kejayaan.

Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Sepak, Kriket dan Bola Jaring yang
telah bekerjasama dalam memastikan kejayaan pengelolaan yang cemerlang.

"Sukan Memupuk Pencapaian 1Malaysia"

Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Izmi bin Haji Ismail


Pengarah Pendidikan Perlis
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Anda mungkin juga menyukai