Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGETUA

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,


Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,
- Yang Dihormati, Ustaz Hj.Mohd Razif bin Shahid, Ketua Unit
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam
Melaka, (sebagai wakil kepada Tuan Ketua Sektor Pendidikan Islam)
- Yang dihormati, Ustaz Hj.Hassan bin Md.Said, Penolong PPD
(Bahagian Pendidikan Islam) di Pejabat Pelajaran Daerah Melaka
Tengah
- Yang dihormati, YDP PIBG SMK Bukit Rambai, Tn.Hj.Jaafar bin
Seman
- Yang Berusaha, barisan pentadbir SMK Bukit Rambai,
- Pengetua-pengetua Sekolah Kawasan Tanjung,
- Wakil-wakil pengetua yang hadir
- Ahli-ahli jawatankuasa bagi Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat
Kawasan Tanjung,
- Para guru dan Guru-guru pengiring
- Peserta-peserta yang bertanding
- serta hadirin dan hadirat sekalian
Alhamdulillah. Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t, kerana
dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutupan Majlis Tadarus al Quran
Peringkat Kawasan Tanjung bagi tahun 2015.
Syukur juga kepada Allah s.w.t kerana MTQSS (Majlis Tadarus al-Quran
Sekolah-sekolah) kawasan Tanjung pada kali ni telah berjaya dilaksanakan
oleh pihak sekolah ini dan Alhamdulillah, ianya berjalan sebagaimana yang
telah dirancang.
Para hadirin sekalian,
Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan
Pelajaran Melaka khususnya Ketua Sektor Pendidikan Islam kerana memilih
SMK Bukit Rambai sebagai pengelola MTQSS pada tahun ini. Terima
Kasih juga kepada Ustaz Hassan bin Md.Said dari PPD Melaka Tengah

kerana banyak membantu kami dalam menjayakan Majlis Tadarus ini. Serta
semua yang terlibat menjayakan majlis ini diperingkat Jabatan, PPD dan
sekolah, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Kepada barisan Para Hakim yang arif lagi bijaksana, saya mengucapkan
ribuan terima kasih kerana sudi hadir untuk menghakimi pertandingan
MTQSS di sekolah ini. Tanpa penghakiman yang telus dan adil, nescaya
majlis kita tidak dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Saya juga, mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan syabas kepada semua
sekolah yang berjaya menghantar peserta bagi setiap acara yang
dipertandingkan. (Tilawah al-Quran, Hafazan dan Syarahan Agama)
Bagi pelajar-pelajar yang berjaya dalam pertandingan ini, saya mengucapkan
tahniah dan syabas, kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah anda
dan seterusnya membanggakan ibu bapa dirumah.
Pelajar-pelajar yang berjaya dalam pertandingan ini akan mewakili kawasan
tanjung ke peringkat negeri. Saya berdoa agar wakil daripada kawasan
Tanjung ini mendapat tempat di peringkat negeri nanti dan seterusnya
berjaya mewakili negeri Melaka ke peringkat Kebangsaan. Sama-samalah
kita berdoa agar matlamat kita itu tercapai.
Manakala, pelajar-pelajar yang tidak berjaya pada kali ini, diharapkan
jangan berputus asa. Tingkatkan usaha, insya Allah pada masa akan datang
anda juga boleh berjaya.
Para Hadirin sekalian,
Antara objektif MTQSS diadakan ialah:
1. Mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang Tilawah, Hafazan
dan Syarahan.
2. Membentuk pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan
kokurikulum.
3. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani dan Rohani serta
mempunyai akhlak yang terpuji.

4. Melatih pelajar supaya berani untuk menonjolkan bakat masingmasing ke arah yang positif dan bermanafaat.
Saya percaya, matlamat MTQSS yang murni ini tidak akan tercapai,
sekiranya tidak mendapat kerjasama yang padu daripada pelajar-pelajar,
guru-guru, pentadbir-pentadbir sekolah serta pihak di Jabatan serta PPD.
Semoga usaha-usaha kita ini mendapat ganjaran terbaik daripada Allah s.w.t
dan menjadikan kita semua agar istiqamah dalam mendidik anak-anak
bangsa kita.
Sebelum mengundur diri saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran pada tahun
ini.
Sekiranya terdapat kekurangan dalam pengelolaan pertandingan pada kali
ini, saya bagi pihak warga SMKBR memohon kemaafan diatas kekurangan
tersebut. Insya Allah kami bersedia untuk memperbaikinya ke tahap yang
lebih baik pada masa hadapan.
Akhir Kalam, wabillahit taufiq wal hidayah, Wassalamu alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai