Anda di halaman 1dari 4

UCAPAN TIMBALAN YANG DIPERTUA PIBG SMKTTF MAJLIS

PERASMIAN KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN SMK TAMAN


TUN FUAD, KOTA KINABALU 2017

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Terima kasih Pengacara Majlis.

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia

Yang Berhormat , Tuan Haji Bad Hamid Bin Haji Musli, Ketua Sektor Bahagian
Penilaian dan Peperiksaan

Yang Berusaha. Hajah Wanihim Binti Othman, Pengetua SMK Taman Tun Fuad,

Barisan Penolong Kanan

para jemputan khas,

Guru-guru

Ibu bapa dan

Para murid yang dikasihi

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya , saya dapat berdiri di sini bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-
puan khususnya seluruh warga SMK Taman Tun Fuad sempena program pada hari
ini.

Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah


atas kesudian menjemput saya untuk memeriahkan majlis pada hari ini dan saya
amat berbesar hati kerana dapat sama-sama menjayakan majlis pada hari ini.
Saya difahamkan bahawa program pada hari ini merupakan anjuran bersama Smk
Taman Tun Fuad, Pihak PIBG dan Pihak UITM melalui Badan Peers UITM
Cawangan Sabah. Syabas saya ucapkan, banyak usaha telah dijalankan bagi
membantu para pelajar ini untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan kejayaan usaha guru-guru di
sekolah ini yang tidak pernah berasa putus asa dalam mendidik anak-anak kita.
Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama yang
terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah swt. Dalam
usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG menyokong segala usaha
pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti.

Sidang hadirin,

Program seumpama ini amat sesuai untuk menjentik minda murid agar terus
bersemangat dan bermotivasi untuk menduduki peperiksaan SPM yang bakal
menjelang. Selain itu, program sebegini juga dapat mentransformasikan bakat
masing-masing terutama dalam bidang akademik dan merangsang murid supaya
dapat memberikan yang terbaik dalam semua aspek. Sejajar dengan harapan dan
kesungguhan dalam mencapai KPI SPM Negeri Sabah.

Sidang hadirin yang dihormati,

Peranan PIBG dalam pendidikan anak-anak di sekolah semakin mencabar. Selaras


dengan perubahan zaman, kesedaran perlu ada dalam kalangan ibu bapa
mengenai pentingnya peranan PIBG. Hal ini kerana PIBG merupakan platform
terbaik bagi ibu bapa dan guru berinteraksi secara bersemuka untuk berkongsi dan
bertukar pendapat serta maklumat mengenai kemajuan dan prestasi akademik
pelajar serta perkara-perkara berkaitan disiplin, sahsiah dan akhlak pelajar. Ibu
bapa seharusnya bekerjasama membantu pihak sekolah untuk kecemerlangan
anak-anak kita di sekolah ini.
Hadirin sekalian,

Melalui PIBG juga sekolah boleh menyalurkan maklumat mengenai pendidikan


semasa seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan yang terkini maklumat
berkenaan KSSM Baru bagi Tingkatan Satu. Ibu bapa juga boleh memberikan
cadangan untuk meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum anak-anak
di sekolah. PIBG juga perlu memainkan peranan sebagai orang tengah antara guru
dan ibu bapa bagi meleraikan sebarang salah faham yang timbul antara kesua-dua
pihak. Tidak seperti dulu, kebanyakan ibu bapa hari ini lebih percaya aduan anak-
anak berbanding fakta sebenar sehingga guru sering kali disalahkan termasuklah
soal prestasi akademik dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Justeru
dengan adanya PIBG sebagai orang tengah, kemungkinan segala salah faham itu
dapat diatasi melalui perbincangan.

Hadirin yang dihormati,

Saya percaya setiap penyertaan dan penglibatan ibu bapa dalam setiap program di
sekolah dapat memberikan manfaat kepada kedua- dua pihak iaitu pihak sekolah
dan ibu bapa sendiri. Kecemerlangan anak-anak kita pada hari ini amat
memerlukan kerjasama daripada semua pihak kerana hidup kian mencabar yang
memerlukan kekuatan fizikal dan emosi anak-anak kita. Oleh itu, persekitaran
anak-anak sangat penting untuk menjadikan anak-anak kita seorang yang kental
daripada segala bentuk cabaran dan berdaya saing agar berguna untuk nusa dan
bangsa .

Sidang hadirin yang dihormati,


Sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sama-sama berganding
bahu bagai aur dengan tebing untuk kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita.
Kejayaan mereka kepuasan kita.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai