Anda di halaman 1dari 2

Teks ucapan YDP PIBG sempena Hari Guru

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


selamat pagi dan salam 1 Malaysia.

Yang Dihormati, Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha, Encik Thamotharan A/L Govindasamy Guru Besar SK Yaacob


Latif 2.

Yang Berusaha, Pn. Roseni Binti Yahya, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,

Yang Dihormati, En. Mohd Faizuddin Bin Miswan, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,

Pn. Rohanida Binti Johari, Penolong Kanan Kokurikulum,

Para jemputan, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Pertama sekali, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat


Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama
meraikan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2017. Semoga Hari
Guru ini disambut dan diraikan dengan penuh bermakna dalam suasana yang
ceria dan harmoni bertepatan dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa.

Hadirin yang saya kasihi sekalian;

Sebelum saya meneruskan ucapan ini saya terlebih dahulu mengambil peluang
ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya ialah satu
pengiktirafan dan penghargaan kepada guru yang diberi kepercayaan untuk
mendidik anak bangsa. Jadi, amat wajar sekali jika Sambutan Hari Guru ini
diraikan oleh murid, ibu bapa dan masyarakat sebagai pengiktirafan kepada
guru. Inilah cara yang terbaik untuk menyatakan rasa terima kasih,
penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.
Kepada semua murid yang dikasihi sekalian. Hargailah jasa guru-guru kamu!
Kalau seorang doktor dikagumi kerana boleh menyelamatkan nyawa, jika polis
dan tentera disanjung kerana boleh mempertahankan negara, jika tokoh
korporat dibanggakan kerana menjana ekonomi negara, jangan lupa
bimbingan seorang guru biasa sahaja boleh menjadikan seseorang yang biasa
kepada insan luar biasa.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan
cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan
disanjung tinggi.

Pada kesempatan ini saya menyeru semua warga guru supaya berusaha
menjadi lebih kreatif, inovatif, dan mampu mencipta kelainan yang boleh
memberi manfaat kepada murid-murid. Sesungguhnya, mendidik adalah tugas
yang amat mulia dan tidak ternilai harganya. Jalankanlah tugas dengan lebih
gigih, jujur dan terus bekerja sebagai satu pasukan.

Sekian, wabillahi taufik wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai