Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN MGKK 2019

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil
tempat tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
(k.gee) sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-
tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan
terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan En Abdul Hannan bin Khairy


(zaza) Pegawai Khas Menteri Pendidikan Malaysia, dengan
diiringi oleh En Nor Ahmad bin Abdul Rahim, Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Raub, En Asmawi bin Daud,
Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor
Pembangunan Murid dan En Zaidi bin Kamarudin,
Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah
Raub. Hadirin dimohon berdiri.

Solutasi Kompang Bergema Pusaka Bangsa


(k.gee) Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم ا الرحمن الرحيم‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang diraikan, En Abdul Hannan bin Khairy Pegawai Khas


Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha En Nor
Ahmad bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Pendidikan
Daerah Raub, En Asmawi bin Daud, Ketua Penolong
Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid,
En Zaidi bin Kamarudin, Pengerusi Majlis Guru
Kaunseling Kebangsaan Daerah Raub, serta barisan
Guru-guru kaunseling Daerah Raub sekalian.
zaza Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-
sama berkumpul di sini bagi mengikuti Jamuan akhir
Tahun Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Raub
2019.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
(k.gee) Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan En Bunyamin bin Mat untuk memimpin
bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************
Majlis merakamkan terima kasih kepada En Bunyamin bin
Mat atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis
yang berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari
Ilahi.

Warga dewan yang dimuliakan,


Ucapan Guru
Besar Majlis dimulakan dengan ucapan daripada En Nor Ahmad
(zaza) bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Raub. Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN KPPD*************
(lokman)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Nor Ahmad
bin Abdul Rahim atas ucapan sbentar tadi.

Ucapan 2 Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,


(k.gee) majlis menjemput dan mempersilakan En Asmawi bin
Daud, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor
Pembangunan Murid untuk menyempurnakan bingkisan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.
*************ucapan KETUA PENOLONG
PENGARAH*************

Terima kasih diucapkan kepada En Asmawi bin Daud,


atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan 3 Hadirin yang dimuliakan,


(zaza)
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Ucapan yang dirai hajatnya kami.
Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat
berbesar hati memberi laluan, peluang dan kesempatan
kepada En Abdul Hannan bin Khairy Pegawai Khas
Menteri Pendidikan Malaysia untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan En Abdul Hannan bin Khairy Pegawai


Khas Menteri Pendidikan Malaysia
*************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Abdul


Hannan bin Khairy atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian (k.gee)Hadirin sekalian majlis akan diteruskan lagi


Cenderahati dengan penyampaian cenderahati. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput En Abdul Hannan bin Khairy
Pegawai Khas Menteri Pendidikan Malaysia dengan
diiringi En Nor Ahmad bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Raub dan En Asmawi bin Daud Ketua
Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor
Pembangunan Murid untuk menyampaikan cenderahati
bagi menghargai jasa dan sumbangan ahli MGKK Daerah
Raub

(zaza)Dipersilakan....
1. En Zaidi bin Kamarudin, Pengerusi MGKK Daerah
Raub
2. Pn Rosliza bt Alias, Timb Pengerusi MGKK Daerah
Raub
3. Pn Jamilah bt Abdul Salam, Setiausaha MGKK Daerah
Raub
4. Cik Nuruhaizar bt Ruzman, Naib setiausaha MGKK
Daerah Raub
5. Pn Norfuziah bt Mahpoth, Bendahari MGKK Daerah
Raub
6. (k.gee) Rujuk senarai ahli MGKK yang lain

Terima kasih diucapkan kepada En Abdul Hannan bin


Khairy Pegawai Khas Menteri Pendidikan Malaysia atas
penyampaian cenderahati itu tadi.
Hadirin sekalian,
Penyampaian Bagi menghargai kehadiran dan kesudian yang dirai pada majlis
Cenderahati kita hari ini, MGKK Daerah Raub berbesar hati untuk
kepada yang menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan
dirai kepada En Abdul Hannan bin Khairy Pegawai Khas
(zaza) Menteri Pendidikan Malaysia. Majlis dengan ini menjemput
En Zaidi bin Kamarudin, Pengerusi MGKK Darah Raub, untuk
menyampaikan cenderahati. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,
Jemput minum
VIP Kalau ada jarum yang patah,
(k.gee) Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap pepatah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Marilah kita bersama-sama memberikan tepukan yang gemuruh


kepada En Abdul Hannan bin Khairy Pegawai Khas
Menteri Pendidikan Malaysia atas kesudian beliau
memeriahkan majlis kita pada hari ini.

Seterusnya saya menjemput semua tetamu serta hadirin sekalian


untuk menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan.

Penutup

(zaza) Sekian dahulu daripada kami. Wabillahitaufik wal hidayah


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai