Anda di halaman 1dari 2

TEKS EMCEE SEMPENA PROGRAM JOM KE SEKOLAH & MAJLIS PELANCARAN

SISTEM KELUARGA ASRAMA (SisKA) SK NANGA DAYU 2023

MASA ATURCARA CATATAN


07:50 Perhatian kepada semua hadirin, hadirin diminta untuk berkumpul di Pengumuman
dewan sekolah kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. Awal
08:00 Selamat pagi dan salam sejahtera, semua warga Dayu diminta untuk Nyanyian Lagu
berdiri tegak bagi menyanyikan lagu kebangsaan, Lagu Negaraku dan Negaraku &
lagu kebesaran negeri Sarawak, Lagu Ibu Pertiwiku. Ibu Pertiwiku
Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Memimpin Doa
Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. ( Cg Jason)

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan ini majlis
menjemput Encik Jason Anak Anon untuk memimpin dalam doa.
Dipersilakan…
Terima kasih Encik Jason atas pimpinan doa sebentar tadi.
Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Ucapan alu-
Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. aluan Pengacara
Majlis
Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua.

Yang dihormati Yang Dipertua PIBG, Encik Juna Anak Ugik, Naib
YDP, Encik Ranggau Anak Irie, Tetamu jemputan, Pegawai
Perhubungan Sekolah, Koperal Azmil Bin Omar Hasim dan
rombongan.
Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Juna Anak Jelani, yang
berusaha Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Chiu Chee Kiong,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cik Halianawatie Binti Maliki,
Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Sanusi Bin Berawi, ibu bapa,
rakan – rakan staff dan murid – murid yang disayangi sekalian.

Saya Yvonne Asong Anak Anthony dan saya Michelle Anak Kamar
selaku pengacara majlis pada pagi ini ingin mengucapkan:

Selamat Datang ke Program Jom ke Sekolah dan Majlis


Pelancaran Sistem Keluarga Asrama (SisKA).

Majlis kita pada pagi ini merupakan aktiviti Anjuran Unit HEM.
Untuk pengetahuan semua warga dewan, Program Jom ke sekolah
merupakan kerjasama KPM dan PDRM.
Bersehubungan dengan ini juga, Unit HEM SK Nanga Dayu turut
menggunakan kesempatan ini bagi melancarkan Program SisKA iaitu
Sistem Keluarga Asrama.
Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Ucapan Aluan
Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. PKHEM
(Cik
Dengan ini, majlis menjemput Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cik Halianawatie)
Halianawatie Binti Maliki untuk menyampaikan ucapan aluan
mengenai majlis kita pada pagi ini. Dipersilakan…
Terima Kasih atas ucapan aluan daripada Cik Halianawatie sebentar
tadi.
Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Ucapan Pegawai
Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Perhubungan
Sekolah
Dengan ini, majlis menjemput Koperal Azmil Bin Omar Hasim selaku
Pegawai Perhubungan Sekolah untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih Koperal Azmil atas ucapan sebentar tadi.


Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Ucapan
Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Perasmian Guru
Besar
Dengan segala hormatnya, majlis menjemput, Tuan Guru Besar, (Encik Juna
Encik Juna Anak Jelani untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya Anak Jelani)
merasmikan majlis kita pada pagi ini. Dipersilakan….

Warga Dewan yang dihormati, kita telah sampai ke kemuncak Majlis


program kita pada pagi ini. Kita akan sama - sama menyaksikan Penyerahan
Majlis Penyerahan Anak Angkat. Diminta staff yang diumumkan Anak Angkat
untuk sama - sama berada di atas pentas bersama anak angkat
mereka. Dimulai dengan….

(Sila rujuk lampiran nama)


Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan sesi fotographi. Dengan Sesi
ini dijemput Tuan Guru Besar bersama dengan tetamu jemputan Fotographi
beserta dengan Penolong- Penolong Kanan serta Exco PIBG untuk
bergambar sebagai kenang - kenangan.

Sidang dewan yang dihormati, kita akan memberi laluan untuk Jamuan Rehat
berhenti sejenak untuk berehat selama 30 minit. Selepas rehat,
kita akan berkumpul semula di dewan untuk program Asrama
Terbuka, gotong royong serta keceriaan asrama.

Terima Kasih.
Untuk Mengakhiri Majlis kita pada pagi ini, warga dewan diminta Nyanyian Lagu
berdiri untuk sama- sama menyanyikan Lagu Sekolah. Sekolah

Hadirin dipersilakan duduk. Akhir kata, kita sudah sampai ke


penghujung majlis pada pagi ini. Dengan ini, terimalah serangkap
pantun dari kami.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita;


Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, Terima Kasih. Selamat berjumpa di lain hari.

Anda mungkin juga menyukai