Anda di halaman 1dari 8

HARI ANUGERAH APRESIASI SMK CHALOK MODEL KHAS 2019

Teks Pengacara Majlis

PEMBACA SKRIP ATURAN


MAJLIS

Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat


masing-masing di dalam dewan kerana majlis kita akan bermula
sebentar lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan majlis pada


hari ini, di sini dibacakan beberapa pengumuman:

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat


mematikan nada deringan telefon bimbit masing-masing atau
menukarkan kepada mode senyap.
2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-tetamu yang hadir
dapat memenuhkan ruangan tempat duduk di bahagian hadapan
terlebih dahulu, bagi memudahkan kemasukan tetamu-tetamu
yang akan datang seterusnya.
3. Pihak majlis juga mengharapkan agar para tetamu dapat
berdiri semasa pengumuman ketibaan tetamu kehormat.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan


kerjasama hadirin sekalian.

Mengumumkan ketibaan
 Yang Berbahagia Tuan Haji Yasmin bin Yusof , Tuan
PPD Daerah Setiu,

**** Persembahan Silat****


UCAPAN
ALUAN
Hadirin diminta berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku
PENGERUSI
MAJLIS
**** Lagu Negaraku****

Hadirin dipersilakan duduk

NAYLIEZA 2015 Page 1


HARI ANUGERAH APRESIASI SMK CHALOK MODEL KHAS 2019

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum


W.B.TBismillah….

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia
Tuan Haji Yasmin bin Yusof , Tuan PPD Daerah Setiu,

Yang Berbahagia
Encik ____________________,
Yang Dipertua PIBG SMK Chalok Model Khas

Yang Berusaha, Puan Hajah Rusmawati Bt Mahmood, Pengetua


SMK Chalok Model Khas

Yang Dihormati, Puan Zuzaina Bt Samsuddin, Penolong Kanan


Rendah SMK Chalok Model Khas

Barisan guru-guru, guru KAFA dan PPM penjana modal insan


gemilang,

Para ibu bapa dan penjaga pendukung generasi berwawasan,

dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekelian.

Selamat datang ke Hari Anugerah Apresiasi Sekolah Menengah


Kebangsaan Chalok Model Khas bagi tahun 2019.

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di
dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang
pendidikan.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat


memeriahkan lagi suasana majlis pada pagi yang damai ini, di
samping dapat mengukuhkan lagi tautan kemesraan serta
jalinan kerjasama di antara guru-guru dan ibu bapa dan penjaga
serta murid-murid sekalian.

BACAAN DOA
Hadirin dihormati,

NAYLIEZA 2015 Page 2


HARI ANUGERAH APRESIASI SMK CHALOK MODEL KHAS 2019

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz
Mohd Sabri Bin . Dipersilakan…

--------- Bacaan doa ---------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada AlFadhil Ustaz


atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan kita diberi
hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis hari anugerah
cemerlang pada tahun ini dengan jayanya.

Hadirin yang budiman,

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan
Hajah Rusmawati Bt Mahmood, Pengetua SMK Chalok Model
Khas untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
UCAPAN
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. PENGETUA

------ Ucapan Pengetua ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Tuan Pengetua atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin yang dihormati,


Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia________________, Penolong Pegawai Daerah
Setiu, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan UCAPAN
majlis Hari Anugerah Apresiasi Cemerlang 2019. PERASMI
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Ucapan Perasmian ****

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Encik _______________ di atas
ucapan perasmian itu tadi.

NAYLIEZA 2015 Page 3


HARI ANUGERAH APRESIASI SMK CHALOK MODEL KHAS 2019

Majlis diteruskan dengan tayangan video montaj. Marilah sama


– sama kita saksikan ucapan Penolong Kanan Rendah seterusnya
tayangan video aktiviti murid-murid Model Khas sepanjang TAYANGAN
tahun ini. VIDEO
MONTAJ
**** Tayangan Video Montaj ****

Hadirin yang dimuliakan,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih


dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.

Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi


penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat
untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian Sijil


kepada murid -murid Tahun 6

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia
_______________ diiringi oleh Yang
Berusaha________________untuk menyampaikan sijil .

**** SIJIL TAHUN 6 ****


SIJIL TAHUN
6
Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SMKC, banyak
jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan. Untuk itu sekolah
berbesar hati untuk menghargai pengorbanan yg diberikan
dengan pemberian sijil.

penyampaian sijil Tahun 6, dijemput


Muhd. Adib Bin Abd Aziz

- senarai murid tahun 6-

Acara dimulakan dengan Anugerah Kecemerlangan Model Khas

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Encik Faizal bin Jaafar atas penyampaian sijil itu
tadi.

NAYLIEZA 2015 Page 4


HARI ANUGERAH APRESIASI SMK CHALOK MODEL KHAS 2019

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,


Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini,
antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada
para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap
bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam
kokurikulum.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil bagi Anugerah


Kecemerlangan Model Khas. Anugerah ini dibahagikan kepada
tiga kategori iaitu – cemerlang kelas, cemerlang matapelajaran
dan cemerlang HEM

Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hajjah


Rusmawati bt Mahmood, Pengetua SMK Chalok Model Khas
diiringi Yang Dihormati Puan Zuzaina Bt Samsuddin, Penolong
Kanan Rendah SMK Chalok Model Khas , ke atas pentas untuk
menyempurnakan acara. Dipersilakan.

**** Anugerah Cemerlang Kelas****

Kita mulakan dengan penerima sijil cemerlang kelas. Pemilihan


anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian akademik yg
cemerlang sepanjang tahun.

Dari Kelas 4 USA dijemput


Aliff Zaquan bin ………
SIJIL
Dari Kelas 5 UMK dijemput CEMERLANG
Siti Hajar

Dan dari Kelas 6 ABAS dijemput


Nik Nor Maisarah

**** Anugerah Cemerlang Matapelajaran****

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut


tahun :

Tahun 4

Aliff Zaquan
( Penerima sijil ini telah mendapat keputusan yang cemerlang
dalam subjek - BM Pnulisan, BM Pmham, Matematik, Sains,
Pen Agama Islam, Pjk, )

Tahun 5

( Penerima sijil ini telah mendapat keputusan yang cemerlang


dalam subjek - BM Pnulisan, BM Pmham, Matematik, Sains,
Pen Agama Islam, Pjk, )

Tahun 6

NAYLIEZA 2015 Page 5


HARI ANUGERAH APRESIASI SMK CHALOK MODEL KHAS 2019

( Penerima sijil ini telah mendapat keputusan yang cemerlang


dalam subjek - BM Pnulisan, BM Pmham, Matematik, Sains,
Pen Agama Islam, Pjk, )

**** Anugerah Cemerlang HEM ****

Seterusnya, penyampaian sijil penghargaan untuk Anugerah


Kecemerlangan KAFA. Dengan itu, Majlis menjemput Yang
Dihormati Puan Zuzaina Bt Samsuddin, Penolong Kanan
Rendah SMK Chalok Model Khas diiringi oleh Ustazah
………..KAFA untuk menyempurnakan majlis.

****Anugerah Kecemerlangan KAFA****

Bagi anugerah UPKK 2018 dijemput

Seterusnya, bagi penerima anugerah KEHADIRAN TERBAIK


dijemput SIJIL KAFA

Bagi kategori MENGAJI TERBANYAK dijemput

Majlis seterusnya menjemput penerima KEDUDUKAN


TERBAIK iaitu

Penerima sijil seterusnya adalah bagi kategori


MATAPELAJARAN TERBAIK , dijemput

SAHSIAH TERBAIK

Warga dewan sekalian,

Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas


untuk menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid.
Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih
berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka
menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.

Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan


sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para
pelajar yang Berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam
pelajaran dan dalam kokurikulum.

Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak


majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha, Puan Hajah

NAYLIEZA 2015 Page 6


HARI ANUGERAH APRESIASI SMK CHALOK MODEL KHAS 2019

Rusmawati Bt Mahmood, Pengetua SMK Chalok Model Khas


diiringi oleh

Puan Zuzaina Bt Samsuddin, Penolong Kanan Rendah SMK


Chalok Model Khas untuk tampil ke pentas bagi acara yang
seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan tokoh murid.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

ANUGERAH KHAS
MURID POTENSI CEMERLANG AKADEMIK
MURID POTENSI CEMERLANG KOKURIKULUM
TOKOH NILAM
TOKOH KURIKULUM
TOKOH KOKURIKULUM
TOKOH MURID

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis tak lengkap tanpa persembahan khas daripada anak –
anak model khas. Persembahan Bicara Berirama ini diharap
dapat menceriakan majlis penutup Hari Anugerah Apresiasi
kitaini. Marilah sama-sama kita nikmati persembahan yang
dipimpin oleh adik Muhammad Adib Irsyad bin Abd Aziz.

Dipersilakan....

Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk anak-anak kita yang


cukup berbakat ini...

NAYLIEZA 2015 Page 7


HARI ANUGERAH APRESIASI SMK CHALOK MODEL KHAS 2019

Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan


sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda
ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Haji
Hassan B Hashim kerana telah sudi hadir dan menyerikan
acara ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2010’ pada kali
ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha
PuanHajjah Rokiah Bt Ismail, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Padang Besar (S) bagi menyempurnakan
agenda.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih


kepada Yang Berusaha Tuan Haji Hassan B Hashim
Hadirin sekalian,
Dengan ini selesailah sudah

Hari Anugerah Cemerlang sekolah Kebangsaan Bukit Piatu


bagi tahun 2015.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan
menjayakan majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada para Ibu Bapa dan Warga


Sekolah serta mereka yang terlibat secara langsung mahu pun
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin


sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak
akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari
Alah SWT dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari
kami insan biasa. Sebelum mengundur diri, sambutlah salam
manis untuk dan disudahi dengan lafaz suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.

NAYLIEZA 2015 Page 8

Anda mungkin juga menyukai