Anda di halaman 1dari 3

Teks Seminar Keibubapaan

Bismillahirrohmanirrohim Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata ,Saya sembah pembuka bicara

.Yang berhormat,Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia,Merangkap Ahli Parlimen P175 Papar, DATUK ROSNAH HJ. ABDUL RASHID SHIRLIN Yang Dihormati,Pegawai Pelajaran Daerah Papar ENCIK ABIDIN BIN MARJAN Yang Berusaha,Guru Besar, SK. Kuala Papar, ENCIK AWANG SOBUDIN BIN PANGIRAN ASSAN Yang Berusaha,Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa dan Guru,SK. Kuala Papar, ENCIK ABDUL RAHMAN BIN HAJI AKOP

Dif-dif jemputan,Guru-guru,Seterusnya, Ibu bapa yang dihormati sekalian.Assalamualaikum Warrohmatullahi Taala Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN PERASMIAN DAN PENUTUPANSEMINAR KEIBUBAPAAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PAPAR DANPELANCARAN PROGRAM LONJAKAN UPSR 2011.

Hadirin yang dihormati sekalian,Alhamdulilah,syukur ke hadrat Allah SWT, atas perkenan limpah dan inayahNya jua, dapat kita berhimpun di majlis pada petang yang berkat ini.Seminar Keibubapaan dan Program Lonjakan UPSR 2011 adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta perkongsian mengenai halatuju, cabaran dan

persekitaran sekolah serta isu-isu pembelajaran anak-anak murid. Disamping itu,ianya merupakan satu usaha untuk membina kekuatan emosi, mental dan jati diri di kalangan ibubapa dalam menghadapi cabaran semasa. Dengan itu, adalah menjadi satu harapan agar prestasi UPSR 2012 akan turut dapat dilonjakkan. Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat.

Hadirin yang dihormati sekalian,Untuk keberkatan dan kesejahteraan,Majlis menjemput al-Fadhil Ustaz Harris Bin Azahar untuk menyempurnakan bacaan doa. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas pimpinan bacaan doa tersebut.

Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan,Guru Besar SK. Kuala Papar, ENCIK AWANG SOBUDIN BIN PANGIRAN ASSAN Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan,Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan,Yang Berusaha,Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa dan Guru,SK. Kuala Papar, ENCIK ABDUL RAHMAN BIN HAJI AKOP

Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan,Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan,Yang Dihormati,Pegawai Pelajaran Daerah Papar ENCIK ABIDIN BIN MARJAN Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan,Majlis mempersilakan.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.Daun semulur di pekan sari,Batang jerami rebah ke bumi;Madah dihulur sembah diberi,Kata perasmi hajatnya kami.Majlis dengan penuh takzimnya, menjemput dan mempersilakan,Yang

berhormat,Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia,Merangkap Ahli Parlimen P175 Papar, DATUK ROSNAH HJ. ABDUL RASHID SHIRLIN

Anda mungkin juga menyukai