Anda di halaman 1dari 6

( No. Ruj SKPR.600.

-3/2/8 )

KERTAS CADANGAN
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN &
MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2023
SK PULAU RUSA, 26600 PEKAN, PAHANG

Ybrs. GURU BESAR SK PULAU RUSA

TAJUK: MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN &


MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2022 SK PULAU RUSA, 26600 PEKAN,
PAHANG

2.0 PENGENALAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia adalah
bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya dinantikan, perginya
ditangisi oleh para sahabat dan mukminin. Maka, rugilah mereka yang tidak menggunakan
kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk berada dalam bulan yang mulia ini dengan sebaik
mungkin. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan
ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid
dan warga sekolah. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan


mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu ”
(Riwayat Bukhari).

Oleh yang demikian, bagi menyambut seruan daripada Rasulullah S.A.W. tersebut,
Bina Insan & Panitia Pendidikan Islam SK Pulau Rusa telah menyatakan kesediaan untuk
merebut ganjaran yang berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. dengan
menjayakan suatu program pembentukan Rohani dalam kalangan guru, kakitangan serta murid
yang dinamakan sebagai “PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SK PULAU
RUSA 2022”.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti,
berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan
Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam
mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan
warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang
kurang bernasib baik.
3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati
keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga sekolah dengan
masyarakat setempat dan para ibu bapa murid.

4.0 KUMPULAN SASAR


4.1 Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6, Pra Sekolah, guru-guru dan staf SK.
Pulau Rusa

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM


5.1 Tarikh : 19 APRIL 2023
Hari : RABU
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKPR

6.0 JAWATANKUASA INDUK IHYA RAMADHAN

Pengerusi : Encik Azhar Bin Jamin (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Encik Fadzrul Nizam Bin Mohd Idrus GPK Kokorikulum)
Encik Marzuki bin AB Ghani (GPK Pentadbiran)
Encik Mohd Harmimi Bin Kamaluddin (GPK HEM)
Penyelaras/ : Puan Nursyahida Binti Mohamed
Setiausaha
Bendahari : Puan Arbaiyyah Binti Mohd Fuad
Ahli Jawatankuasa Kerja :

Pengacara Majlis : Pn Nursyahida Binti Mohamed


Naqib Tadarus : Encik Mohd Harmimi Bin Kamaluddin
Pamflet : Pn Nursyahida Binti Mohamed
Gegantung : Cik Sharifah Fadzilah Binti Syed Abbas
Dokumentasi : Pn Radzita Binti Ismail
Hadiah : Pn Rubiatul ‘Adawiah Binti Kamaruddin
: Pn Wan Fatimatul Zaharah Binti W.A.Hamid
: Pn Norhanani Binti Mohni
Latar Pentas : Pn Nurasikin Bin Malek
: Pn Radzita Binti Ismail
: Pn Ruhana Binti Hassan
Kawalan Murid : Pn Norfarahah Binti Basri & Semua Guru
Pengurus Peserta : En Mohd Harmimi Bin Kamaluddin
Siaraya & Fotografi : En Marzuki Bin Ab Ghani

Kutipan Tabung Ihya Ramadhan : Murid Tahun Enam

Khatam Al-Quran : Sila Rujuk Lampiran 2

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Peruntukan : kegiatan Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral


7.2 Sumbangan

8.0 PENUTUP

Semoga usaha yang sedikit ini akan dinilai oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan mendapat
ganjaran yang setimpal daripada-Nya.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

……………………………………………. ……………………………………
( NURSYAHIDA BINTI MOHAMED ) (FADZRUL NIZAM BIN MOHD
IDRUSI)
Setiausaha Program Ihya’ Ramadhan & Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Majlis Khatam Al-Quran SK Pulau Rusa
SK Pulau Rusa

Disahkan oleh ,
……………………………………………..
( AZHAR BIN JAMIN )
Guru Besar ,
SK Pulau Rusa
LAMPIRAN PERBELANJAAN

JUMLAH (RM)
BIL. PERKARA
1. Backdrop, banner dan bunting 80.00

2. Hadiah Pertandingan Melukis Poster Ramadhan


Tahap 2
Johan : RM8 x 3 = RM24 66
Naib Johan : RM6 x 3= RM18
Tempat ketiga: RM4 x 3 =RM12
Saguhati : RM 2 x 6 =12
3. Hadiah Pertandingan Mewarna Ramadhan Tahap 1 &
Pra Sekolah
Johan : RM7 x 4 = RM28 80
Naib Johan : RM5 x 4 = RM20
Tempat ketiga: RM4 x 4 =RM16
Saguhati : RM 2 x 8 =16
4. Bunga Telur 100.00

5. Majlis Khatam Al-Quran/ Saguhati Majlis Khatam Al- 540.00


Quran
45 orang x RM12
6. Hadiah Hafazan Surah Al Kahfi Ayat 1-10 dan surah
Toha Ayat 1-5 75.00
Johan : RM10 x 3= RM30
Naib Johan : RM7 x 3= RM21
Tempat ketiga: RM5 x 3 =RM15
Saguhati : RM 3 x 3 = RM 9

JUMLAH 941.00
La
mp
ira
n2

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2023

PENGERUSI En. Azhar Bin Jamin

En Fadzrul Nizam Bin Mohd Idrus


NAIB PENGERUSI En Marzuki Bin Ab Ghani
En Mohd Harmimi Bin Kamaluddin

SETIAUSAHA Pn. Nursyahida Binti Mohamed


BENDAHARI Pn. Arbaiyyah Binti Mohd Fuad
PENYELARAS PROGRAM Pn Nursyahida Binti Mohamed

JAWATANKUASA KECIL TUGAS

PENYELARAS
- Merancang segala pengisian aktiviti program.
Pn Nursyahida Binti Mohamed - Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan
selamat.

PENGACARA MAJLIS - Mengacara majlis sehingga selesai

Pn Nursyahida Binti Mohamed

NAQIB TADARUS & PEMBACA DOA KHATAM - Mengetuai majlis tadarus


- Membaca doa khatam setelah selesai majlis khatam
En Mohd Harmimi Bin Kamaluddin

SIARAYA.& FOTOGRAFI - Menyediakan alatan siaraya untuk program dan aktiviti


berkaitan.
En Marzuki Bin AB Ghani - Memastikan alatan siaraya dapat berfungsi dengan
sempurna sepanjang program berlangsung
- Mengambil foto untuk tujuan dokumentasi

DISIPLIN& KESELAMATAN - Memastikan pergerakan murid-murid terkawal di sepanjang


aktiviti.
Cik Sharifah Fadzilah Binti Shaari - Mengawal disiplin murid sepanjang program.
Pn Norfarahah Binti Basri

PAMFLET / DOKUMENTASI - Menyediakan buku program


- Membuat dokumentasi
Pn Nursyahida Binti Mohamed

LATAR PENTAS DAN TEMPAT KHATAM - Merancang perhiasan pentas yang sesuai dengan program
- Menyediakan susun atur kedudukan peserta khatam
Pn Norasikin Binti malek
Pn Radzita binti Ismail
Pn Ruhana Binti Hassan

GEGANTUNG - Menyediakan dan memasang gegantung program

Cik Sharifah Fadzilah Binti Syed Abbas

HADIAH DAN CENDERAMATA - Menyediakan hadiah yang sesuai untuk peserta khatam
- Membungkus hadiah dan menyediakan tagging untuk
Pn Rubiatul ‘Adawiah Binti Kamaruddin hadiah
Pn Wan fatimatul Zaharah Binti W.A.Hamid - Membantu membuat agihan cenderamata dan hadiah
Pn Norhanani Binti Mohni

Anda mungkin juga menyukai