Anda di halaman 1dari 9

PROGRAM TRANSISI

DAN

HARI PENGURUSAN DIRI

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK. PARIT KUDUS,

PONTIAN, JOHOR

TARIKH :

1 Mac hingga 4 Mac 2021

MASA :

8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi

TEMPAT :

Bangunan PPKI SK. Parit Kudus dan kawasan sekitar sekolah


PENDAHULUAN

Program ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada semua murid
Program Pendidikan Khas Integrasi SK. Parit Kudus Pontian dengan suasana
persekitaran di sekolah. Sesi persekolahan bagi tahun 2021 sepatutnya bermula
pada 17 Januari 2021, tetapi memandangkan kes Covid 19 semakin meningkat
maka semua murid dikehendaki belajar secara PDPR. Kementerian Pelajaran telah
menetapkan tarikh 1 Mac akan bermulanya sesi persekolahan secara bersemuka.
Justeru, situasi ini amat memerlukan kepada beberapa sesi penerangan kepada
semua murid agar mereka lebih bersedia untuk belajar dan memahami norma-
norma baru ketika berada di sekolah. Pada tahun ini juga Program Pendidikan Khas
Integrasi SK. Parit Kudus telah menerima seorang guru, seorang pembantu
pengurusan murid dan seorang murid baru. Keadaan ini menjadikan program yang
dirancang amat perlu dilaksanakan bagi kebaikan semua pihak.

TARIKH/ MASA

1 Mac hingga 4 Mac 2021/ 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi

TEMPAT

Bangunan PPKI SK. Parit Kudus dan kawasan sekitar sekolah


MATLAMAT

Murid akan lebih bersedia mengikuti sesi persekolahan tahun 2021 dengan suasana
yang kondusif.

OBJEKTIF

Untuk mencapai matlamat, beberapa objektif telah digariskan iaitu:

1. Semua murid dapat mengenali dan bermesra dengan barisan pentadbir, guru-
guru, PPM dan rakan-rakan sekeliling bagi mewujudkan suasana yang
harmoni ketika berada di sekolah.
2. Semua murid dapat membiasakan diri dengan norma-norma baru ketika
berada di sekolah.
3. Semua murid hadir ke sekolah dalam keadaan yang segar dan bersih.
4. Semua murid dapat mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

ANGGARAN KOS

BIL PERKARA HARGA/ UNIT JUMLAH (RM)


1. Cenderamata murid RM5 X 19 unit 95.00
2. Hadiah Murid RM15 X 2 unit 30.00
JUMLAH BESAR 125.00

SUMBER

PCG

JAWATANKUASA
PENASIHAT : Ustaz Reduan bin Muhamad

PENYELARAS PROGRAM : Zanariah binti Kaab

PENGACARA MAJLIS : Zanariah binti Kaab

SETIAUSAHA : Nor Affazila binti Abd Ghani

BENDAHARI : Noor Hadilawati binti Basari

KAWALAN MURID : Nik Khairul Anuar bin Nik Kob

Semua PPM

HADIAH : Noor Hadilawati binti Basari

PERALATAN : Nik Khairul Anuar bin Nik Kob

Semua PPM

DOKUMENTASI : Zanariah binti Kaab

JURUGAMBAR : Hazirah binti Mohd Haris

TENTATIF PROGRAM
ISNIN (1 Mac 2021)

BIL MASA GURU PENYELARAS AKTIVITI


1. 8.00 pagi Zanariah binti Kaab Pengenalan Program/ Suaikenal
 Murid berkumpul/ bacaan
Kawalan Murid doa/ penerangan program
Semua guru & PPM  Sesi suaikenal (guru, PPM
dan murid)
9.30 pagi REHAT
2. 10.15 Nor Affazila binti Abd Ghani Peraturan dan pengamalan
pagi dengan norma baru
Kawalan Murid  Murid berkumpul/ bacaan
Semua guru & PPM doa/ penerangan aktiviti
 Tatacara pemakaian
topeng muka/ membasuh
tangan/ penjarakan/ laluan
keluar dan masuk
 Murid menampal gambar
tatacara pemakaian topeng
muka/ penjarakan dan
membasuh tangan di sudut
yang bersesuaian
11.30 Tahap 1 Balik
Tahap 2 (Pengurusan Kelas) dan
balik jam 12.00 tengahari

SELASA (2 Mac 2021)


BIL MASA GURU PENYELARAS AKTIVITI
1. 8.00 pagi Noor Hadilawati binti Basari Suaikenal bersama pentadbir/
Ikrar
Kawalan Murid  Murid berkumpul/ bacaan
Semua guru & PPM doa/ penerangan aktiviti
 Sesi suaikenal (pentadbir)
9.00 pagi
 Bacaan Ikrar Rukun
Negara/ Ikrar Sekolah
9.30 pagi REHAT
2. 10.15 Nik Khairul Anuar bin Nik Kob Kawasan-kawasan larangan/
pagi tempat-tempat khas
Kawalan Murid  Murid berkumpul/ bacaan
Semua guru & PPM doa/ penerangan aktiviti
 Kawasan larangan
(kantin/ kawasan
pembinaan)
 Tempat-tempat khas
(Makmal Komputer/
Padang/ Dewan/ Tandas)
11.30 Tahap 1 Balik
Tahap 2 (Pengurusan Kelas) dan
balik jam 12.00 tengahari

RABU (3 Mac 2021)

BIL MASA GURU PENYELARAS AKTIVITI


1. 8.00 pagi Hazirah binti Mohd Haris Adab makan
 Murid berkumpul/ bacaan
Kawalan Murid doa/ penerangan aktiviti
Semua guru & PPM  Tatacara makan dengan
betul pada waktu rehat
(pesanan makanan/ basuh
tangan/ lap tangan)
 Tatacara menggosok gigi
9.30 pagi JAMUAN/ REHAT
2. 10.15 Noor Hadilawati binti Basari Tatacara pakaian seragam
pagi & sekolah
Nor Affazila binti Abd Ghani  Murid berkumpul/ bacaan
doa/ penerangan aktiviti
Kawalan Murid  Tatacara pemakaian
Semua guru & PPM uniform sekolah/ tshirt
 Cara-cara pemakaian kasut
sekolah
11.30 Tahap 1 Balik
Tahap 2 (Pengurusan Kelas) dan
balik jam 12.00 tengahari

KHAMIS (4 Mac 2021)

BIL MASA GURU PENYELARAS AKTIVITI


1. 8.00 pagi Nik Khairul Anuar bin Nik Nyanyian lagu
Kob  Murid berkumpul/ bacaan doa/
& penerangan aktiviti
Hazirah binti Mohd Haris  Nyanyian lagu Negaraku/
Bangsa Johor/ Sekolah
Kawalan Murid
Semua guru & PPM
9.30 pagi REHAT
2. 10.15 Zanariah binti Kaab Majlis Penutup
pagi
Kawalan Murid  Juruacara Majlis
Semua guru & PPM  Ucapan Penyelaras/ Guru
Besar
 Penyampaian Cenderamata
- Murid
 Penyampaian Hadiah
- Anugerah pelajar paling
aktif
- Anugerah pelajar paling
berdisiplin
11.30 Tahap 1 Balik
Tahap 2 (Pengurusan Kelas) dan
balik jam 12.00 tengahari

PENUTUP

Diharap dengan adanya program ini semua warga Program Pendidikan Khas
Integrasi dapat menjalani suasana pembelajaran dalam keadaan yang kondusif.
Mudah-mudahan semua pihak dapat membiasakan diri dengan suasana
pembelajaran norma baharu dan ianya tidak menjadi alasan untuk merasa lemah,
bosan dan tidak gembira ketika berada di sekolah. Melalui program ini juga diharap
semua pihak akan lebih memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan
dapat mengikutinya dengan penuh rasa tanggungjawab dan saling bekerjasama.

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH:

…………………………… …………………………

(ZANARIAH BINTI KAAB)

Anda mungkin juga menyukai