Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKT GERIK Kod Sekolah: ABD7048

1. Nama Guru
Sharvina A/P Gunaseelan
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan Pemulihan
Pendidikan Disleksia
4. Tarikh Pembentangan 26 Oktober 2017 5. Masa: 9.00 – 10.00 pagi

6. Tempat Pembentangan
Pusat sumber
7. Sinopsis
Istilah ‘disleksia’ berasal daripada dua perkataan Latin dan Greek iaitu ‘dys’ bermaksud
‘kesukaran’ dan ‘lexis’ yang bererti ‘perkataan’. Oleh hal yang demikian, disleksia dapat
didefinisikan sebagai kesukaran menggunakan perkataan yang dihadapi oleh murid yang
mengalami kecelaruan bahasa. Disleksia bukan satu penyakit, tetapi merupakan salah
satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak – kanak
bermasalah pembelajaran. Disleksia congenital oleh menyekat perkembangan bahasa
kanak – kanak kerana otak penghidap disleksia sukar menghubungkan bunyi dengan
kata yang didengar atau dilihat. Masalah yang dihadapi oleh kanak – kanak disleksia
semasa membaca adalah berpura – pura membaca dengan berpandukan gambar yang
dilihat atau mereka – reka cerita, teragak – agak apabila disuruh membaca, dan
menunjukkan teks bacaan dengan jari semasa membaca. Berlaku pembalikan serta
kekeliruan huruf, kata dan perkataan. Oleh hal yang demikian, guru perlu membantu
murid –murid disleksia mempertingkatkan aspek perkembangan bahasa. Guru perlu
mengajar mereka menggunakan semua pancaindera, latih tubi yang mencukupi,
pengajaran secara terus dan jelas dan menggunakan penggabungan bunyi menjadi suku
kata dan suku kata menjadi perkataan. Usaha sebegini diharap dapat mempertingkatkan
perkembangan berbahasa dan komunikasi kanak – kanak disleksia.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Kaedah mengingat atau pemprosesan maklumat merupakan kaedah yang perlu
dipelajari oleh murid – murid. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran mengingat
yang boleh dilaksanakan ialah secara latih tubi, ulangan, chunking, mnemonics, kategori,
konfigurasi, hubung kait dan klasifikasi, Guru disleksia perlu mempelbagaikan kaedah
dan mengikut kreativiti guru sendiri sejajar dengan aras dan kebolehan murid. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran mengingat sangat berkait rapat dengan strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran. Guru perlu memikirkan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sama ada menggunakan strategi
pemusatan guru, strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan pelajaran.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Langkah – langkah pengurusan program disleksia
 Pencalonan
 Ujian saringan
 Ujian diagnostik
 Perancangan pengajaran dan pembelajaran disleksia
Dalam modifikasi tingkah laku, guru perlu:
 Menekankan aspek dan pemikiran yang positif.
 Meneguhkan tingkah laku positif dengan secepat mungkin.
 Mengelak daripada mengenakan hukuman.
 Meninjau apa yang digemari oleh murid – murid agar peneguh yang digunakan
berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai