Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KHAS KALI KE- 4 2013 SEKOLAH

KEBANGSAAN SERI LINDUNGAN RAJA 09700 KARANGAN, KEDAH DARUL AMAN


Hari
Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

: Ahad
: 10 November 2013
: 1.30 petang
: Bilik Pendidikan Khas
: Zurainan Bin Arif
: Khatijah Bt Yahya
: Muhamad Arifin Bin Sulaiman
: Salwani Bt Yusof,
: Halimatussaadiyah Bt Hashim
: Azura Bt Abdul HAdi
: Yuslina Bt Othman
: Muhammad Muizzuddin Bin Mahbut
: Haslina Bt Abu Bakar
: Fathiyyah Bt Muhammad Shukeri
: Mardiana Bt Jaafar
: Norzamzila Bt Mahmood

Tidak Hadir

: Siti Fatimah Bt Mahat ( Kursus )


: Zalina Bt Ali ( Urusan Peribadi )

I.

Ucapan Pengerusi

1.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana Penolong Kanan Pentadbiran dan guruguru serta staf sokongan sudi menghadiri mesyuarat panitia Pendidikan Khas Kali Ke-4
bagi tahun 2013.
Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana menjalankan
segala tugas dan tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun 2013.

2.
II.
3.

III.
4.
IV.
5.
6.

Aluan Guru Besar


Wakil Guru Besar, En Zurainan, Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan ribuan
terima kasih kepada guru-guru yang hadir mesyuarat panitia Pendidikan Khas kali ke-4
bagi tahun ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana menjalankan
tugas dengan baik.
Membentang Dan Mengesah Minit Mesyuarat
En. Arifin mencadangkan minit mesyuarat lalu disahkan dan disokong oleh Pn Haslina
Bt Abu Bakar.
Perkara Berbangkit.
Terdapat masalah pada system pengisian markah SPPBS Online. Pn Khatijah meminta
guru mengemaskini rekod transit sebagai bukti pelaksanaan. Sistem pengisian online
perlu dikemaskini selepas system berjalan lancar.
Permohonan Elaun Murid Khas (EMK) bagi fasa ke-2 untuk 7 orang murid baru masih
belum terdapat sebarang jawapan dari pihak kerani.

7.
8.

V.

EMK fasa 2 masih belum dibayar kerana wang tersebut masih belum masuk ke dalam
akaun sekolah.
Terdapat seorang murid PPKIBP tahun 4 tidak mahu ke sekolah. Pn Khatijah
mencadangkan ibu bapa murid tersebut membuat surat pengecualian persekolahan
untuk mengelakkan sebarang perkara berlaku.
.
Isu Kurikulum
Penilaian Kurikulum Berkualiti.
11. Pemantauan berjalan dengan lancar dan guru-guru memberikan kerjasama yang
baik semasa pemantauan dijalankan.
12. Buku RPH dihantar secara konsisten dan tidak terdapat sebarang masalah.
13.Pn Khatijah meminta guru menyemak semula buku murid pada bahagian pembetulan
latihan sebelum buku tersebut diserahkan semula kepada murid.
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
14. Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi murid tahun 1,2 dan 3 dijalankan secara
berterusan.
15. Guru-guru diminta memasukkan data eviden dan pencapaian murid di dalam system
SPPBS online dan merekodkan data tersebut di dalam rekod.
Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
16. Guru-guru diminta untuk membuat penilaian dan mengemaskini fail RPI murid.
17. Membuat RPI yang baru jika terdapat murid yang telah mencapai objektif yang
disasarkan.
18. Guru juga diminta untuk mengemaskini temuduga ibu bapa.
Peperiksaan Pertengahan Tahun.
19. Terdapat 2 orang murid yang gagal dalam Bahasa Inggeris.
20. Terdapat seorang murid yang mengalami kemerosotan dalam pencapaian.

VI.

Hal Ehwal Murid


Elaun Murid Khas (EMK)
21. En. Arifin menyatakan pembayaran
EMK tertangguh disebabkan masalah
tandatangan Guru Besar. Kerani akan menyelasaikan masalah pembayaran EMK
dengan segera.
Disiplin Murid
22. Pn Khatijah meminta guru-guru pendidikan khas sentiasa memantau murid-murid
tahun 4 kerana telah berlaku beberapa kejadian seperti buli dan kecurian. Masalah
disiplin tersebut biasanya berlaku pada waktu rehat
23. Terdapat seorang murid yang tidak berminat ke sekolah. Murid tersebut hanya hadir
ke sekolah sekali seminggu iaitu pada hari Isnin atau hari-hari yang terdapat aktiviti luar.
24. Guru-guru diminta untuk mencari penyelesaian bagi masalah kehadiran murid
tersebut.

VII.

Kokurikulum

Fail Kokurikulum
25. Pn Khatijah meminta guru-guru untuk mengemaskini fail kokurikulum masing-masing
setiap masa.
26. Pn Khatijah juga menyatakan bahawa ada lawatan dari pegawai Pejabat Pelajaran
Daerah untuk pemantauan fail kokurikulum
Kem Motivasi
27. Pn Halimahtussaadiyah menyatakan tarikh perkhemahan yang dicadangkan ialah
pada 21/8/2013 hari rabu.
28. Pn Khatijah akan meminta bantuan daripada En Zain untuk membantu
perkhemahan murid pendidikan khas.
29. Pn Khatijah meminta guru-guru menyenaraikan barang-barang yang diperlukan
untuk perkhemahan tersebut.
Lawatan Sambil Belajar
30. Tarikh lawatan murid pendidikan khas dicadangkan pada 29.8.2013.
31. Tempat lawatan yang dicadangkan ialah Muzium Kayang, Padang Besar, Gua
Kelam dan Muzium Ular.
32. Pn Khatijah meminta Pn. Halimatussaadiyah memaklumkan semula kepada pihak
JPN berkenaan dengan lawatan tersebut .
Terapi Boling Pendidikan Khas
33. Aktiviti terapi boling akan dijalankan pada bulan September.
VIII.

Hal-hal Lain
34. En Arifin mencadangkan untuk membeli air penawar untuk murid.
35. Pn Halimahtussaadiyah mencadangkan mengadakan majlis perpisahan untuk guruguru yang berpraktikum. Majlis tersebut dicadangkan pada bulan September.
Mesyuarat tamat pada jam 2.30 petang.

Disediakan Oleh

.........................................................

(MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN MAHBUT)


Setiausaha,
Panitia Pendidikan Khas,
Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja.

Borang Tindakan Mesyuarat


Bil
1

Agenda
IV.(5)

Perkara
Puan Khatijah meminta guru
mengemaskini fail RPI. Guru diminta
untuk membuat penilaian dan membuat
RPI yang baru.

Tindakan
Semua Guru

IV.(6)

Berdasarkan kepada RPI Wan Haikal,


guru diminta memberikan penekanan
tahap penguasaan ejaan dan bacaan
murid tersebut.

Semua Guru

V.(12)

Bagi bulan julai, Pn Khatijah akan


menjalankan pemantauan terhadap Pn
Azura, Pn Yuslina dan En Muhd
Muizzuddin.

Pn Azura, Pn Yuslina,
En Muhammad
Muizzuddin

V.(13)

En Arifin dan Pn Salwani diminta untuk


menghantar buku kerja murid bagi
subjek sains dan matematik.

En Arifin, Pn salwani

V.(15)

Guru-guru diminta memasukkan data


eviden dan pencapaian murid di dalam
system SPPBS online dan merekodkan
data tersebut di dalam rekod transit.

Semua Guru

V.(16)

Guru-guru diminta untuk membuat


penilaian dan mengemaskini fail RPI
murid.

Semua Guru

V.(18)

Guru diminta untuk mengemaskini


temuduga ibu bapa

Semua Guru

VI.(21)

En. Arifin menyatakan pembayaran


EMK tertangguh disebabkan masalah
tandatangan Guru Besar. Kerani akan
menyelasaikan masalah pembayaran
EMK dengan segera.

En Arifin

VI.(22)

Pn Khatijah meminta guru-guru


pendidikan khas sentiasa memantau
murid-murid tahun 4 kerana telah
berlaku beberapa kejadian seperti buli
dan kecurian. Masalah disiplin tersebut
sentiasa berlaku pada waktu rehat

Semua Guru

VII.(25)

Pn Khatijah meminta guru-guru untuk


mengemaskini fail kokurikulum masingmasing setiap masa.

Semua Guru

Maklumbalas

VII.(27)

Pn Halimahtussaadiyah menyakan tarikh


perkhemahan yang dicadangkan ialah
pada 21/8/2013 hari rabu.

Semua Guru

VII.(29)

Pn Khatijah meminta guru-guru


menyenaraikan barang-barang yang
diperlukan untuk perkhemahan tersebut.

Semua Guru

VII.(32)

Pn Khatijah meminta guru yang


berkenaan memaklumkan semula
kepada pihak JPN berkenaan dengan
lawatan .

Pn Salwani

Anda mungkin juga menyukai