Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.
Yang berusaha En. Zulkaimi Bin Muhammad,
Guru Besar Sk Seri Indah, yang berusaha
Pn. Roslinawati Binti Yusoff , GPK Pentadbiran dan Kurikulum,
Pn. Sivasakhti A/P Packirisamy, GPK Hal Ehwal Murid,
En. Roshisham Bin Ee Niam @Rosli GPK Kokurikulum,
Pn. Shamshinar Binti Mohd Darus , GPK Pendidikan Khas.
Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid yang saya hormati dan
pelajar-pelajar yang saya kasihi. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Tuan-puan, para hadirin sekalian sekalian.


Terlebih dahulu saya ingin merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT,
kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka kita dapat berkumpul
bersama-sama pada majlis Minggu Pendidikan Khas di pagi yang mulia
ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih
kepada pihak penganjur yang telah mengundang saya ke majlis ini
sekaligus meyempurnakan minggu pendidikan khas ini sebentar sahaja
lagi.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa


pelaksana atas komitmen dan dedikasi yang tinggi sehingga mesyuarat
ini dapat diadakan pada hari ini. Harapan saya semoga minggu ini akan
dapat berjalan lancar dengan jayanya.

Para hadirin & hadirat, puan-puan sekalian,


Minggu Pendidikan Khas diadakan untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat termasuk warga sekolah tentang program Integrasi
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran agar mereka yang sesuai
masuki program ini mendapat akses kepada pendidikan yang sesuai
dengan mereka. Objektif yang lain ialah untuk meningkatkan
persefahaman, kolaborasi dan kerjasama semua pihak yang terlibat
dengan PPKI supaya dapat meminimumkan masalah dan
memoptimumkan potensi pelajar PPKI. Saya di fahamkan Sempena
Minggu Pendidikan Khas ini, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti
pameran, pengenalan dan pertandingan sukaneka antara pelajar aliran
perdana dengan pelajar PPKI.
Pelajar, guru- guru sekalian. Dalam dunia kita ini terdapat insan yang
dilahirkan dengan ketidakupayaan tertentu atau kelainan upaya. Ada di
antara mereka tidak dapat bercakap atau berkomunikasi dengan
sempurna, cepat lupa, emosi tidak stabil, tidak dapat mempelajari
kemahiran yang mudah, tidak dapat mengikuti arahan, menunjukkan
tingkah laku yang luar biasa atau aneh atau kurang senonok dan
sebagainya. Saya pasti mereka tidak meminta dilahirkan dengan
ketidakupayaan dan memang bukan kehendak mereka untuk
berkelakuan sebegini.
Golongan yang bermasalah pembelajaran ini seperti juga insan lain
mempunyai hak untuk mendapat pendidikan. Hak ini diistiharkan dalam
”Universal Declaration of Human Right 1948” dan diperkukuhkan oleh”
The World Declaration on Education For All” yang mana Malaysia turut
menandatangani dan melaksanakan pendidikan untuk golongan istimewa
ini yang digelar sebagai pendidikan khas.
Seiring dengan FPK, falsafah Pendidikan Khas mempunyai
matlamat yang hampir sama iaitu:
”Pendidikan Khas di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat
yang seimbang dan produktif, selaras dengan FPK”.
Mengikut Akta Pendidikan 1996, tempoh pendidikan untuk pelajar
PKBP tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendan
atau menengah. Ini bermakna seseorang pelajar boleh berada di sekolah
rendah sehingga 12 atau paling maksima 14 tahun dan berada di sekolah
menengah dari 13 hingga 19 tahun.
Dalam peraturan-peraturan pendidikan(Pendidikan Khas) 1997,
kelayakan untuk memasuki program pendidikan Khas di sekolah-sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan adalah kanak-kanak berkeperlauan khas
yang ’boleh dididik” dan disahkan oleh suatu panel terdiri daripada
pengamal perubatan, pegawai di Kementerian Pelajaran dan Jabatan
kebajikan Masyarakat. Mengikut Jabatan Pendidikan Khas, kategori
kanak-kanak PKBP termasuklah mereka dengan Sindrom Down, autisme
ringan, Attention Deficit and Hyperactive Disorder, terencat akal minimum
dan mereka yang bermasalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.
Dalam peraturan-peraturan pendidikan(Pendidikan Khas) 1997 juga
dinyatakan bahawa ”Dalam melaksanakan kurikulum Pendidikan Khas,
guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau
pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan
bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan
khas”.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan
tahniah atas kejayaan penganjuran majlis yang bermanfaat ini. Semoga
PPKI SK Seri Indah akan terus berkembang maju dan sejahtera.
Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan ini merasmikan
Minggu Pendidikan Khas kali Ke-1.
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai