Anda di halaman 1dari 36

SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi II


Kota Belud, Sabah

PERATURAN
SEKOLAH DAN ASRAMA

Berilmu Berwawasan Berintegriti

1|Page
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Peraturan-peraturan ini diwajibkan kepada


semua pelajar dengan tujuan kebajikan dan mendisiplinkan
pelajar-pelajar di samping melicinkan perjalanan dan pentadbiran
sekolah dan asrama mancapai matlamat

Setiap pelajar diwajibkan


mematuhi semua peraturan yang ditetapkan

Peraturan Sekolah Dan Asrama ini digubal untuk:

1. memupuk keperibadian pelajar supaya menjadi individu yang berdisiplin serta mewujudkan
warga sekolah dan asrama yang mampu hidup selesa, harmoni, bertoleransi, hormat-
menghormati, bantu-membantu dan berakhlak mulia.

2. menjadi bahan rujukan yang menjelaskan dan membezakan tentang betul atau salahnya
sesuatu tindakan yang dilakukan oleh pelajar. Ini adalah selaras dengan hasrat para pendidik
untuk menjadikan sekolah dan asrama sebagai saluran pelajar mendapatkan ilmu
pengetahuan dan menerima didikan serta asuhan hidup yang sempurna.

3. mendokumentasikan secara rasmi garis panduan tatacara pelaksanaan dan tindakan-tindakan


untuk menangani isu-isu disiplin di SMK Taun Gusi II, Kota Belud.

Peraturan ini hanya terpakai di SMK Taun Gusi II, Kota Belud selagi ianya tidak
bercangah dengan dasar-dasar Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan
Kementerian Pendidikan Malaysia

2|Page
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Alu Aluan
Pengetua SMK Taun Gusi II

Tahniah dan terima kasih di atas usaha untuk menerbitkan buku peraturan ini. Semoga
dengan penerbitan ini, ianya dapat memberi panduan kepada semua warga SMK Taun
Gusi II untuk mencegah, membetulkan, dan prosedur tindakan yang perlu dilalui bila
kita menangani masalah disiplin. Walau pun buku ini tidak menyediakan semua
jawapan dalam penyelesaian masalah disiplin tetapi dengan budi bicara dan tafsiran
secara kolektif dalam kalangan warga sekolah dapat memastikan satu penyelesaian
yang positif.

Pada dasarnya, buku Peraturan Sekolah dan Asrama SMK Taun Gusi II akan menjadi
punca rujukan di SMK Taun Gusi II, Kota Belud. Dalam memburu sebuah
kecemerlangan, kita harus menerima hakikat bahawa pendisiplinan diri menjadi satu
kemestian. Adalah diharapkan usaha untuk mencegah, mengahadapi dan membaiki
masalah disiplin dapat dilakasanakan dengan lebih berkesan khususnya di peringkat
sekolah.

Pauze Ab Majid
Januari 2014

3|Page
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Kandungan
Tujuan Peraturan Digubal 2
Kata Aluan Pengetua 3
Kandungan 4
Visi Dan Misi Sekolah 5

PERATURAN SEKOLAH
1. Waktu Persekolahan 6
2. Kehadiran 6
3. Perhimpunan 7
4. Pakaian Seragam 7
5. Penampilan Dan kekemasan Diri 9
6. Bilik darjah 9
7. Ujian Dan Peperiksaan 10
8. Aktiviti Kokurikulum 10
9. Amalan Ibadat 11
10. Kenderaan 11
11. Lawatan Dan Pelawat 11
12. Bayaran Tambahan Dan Peralatan 11
13. Larangan-Larangan 12
14. Peraturan Khusus 12
15. Peraturan AM 12

PERATURAN ASRAMA
1 Peraturan AM 13
2 Peraturan Khusus
1. Pakaian 13
2. Kelas Persediaan 14
3. Perhimpunan 14
4. Waktu Makan 15
5. Kiriman Makanan 15
6. Pemeriksaan Kamar 16
7. Kawasan Dan Bilik Asrama 16
8. Bilik Air Dan Bilik Cuci 16
9. Bilik Rehat 17
10. Barang Persendirian 17
11. Barang Larangan 17
12. Kawasan Larangan 17
13. Majalah Dan Penulisan 18
14. Surat Menyurat 18
15. Keluar Masuk 18
16. Kad Keluar Masuk 19
17. Balik Kampung 19
18. Waktu Melawat 19
19. Kecemasan Dan Sakit 20
20. Pelanggaran Peraturan 20
21. Tafsiran Kesalahanktiviti Malam 20
Lampiran 1 : Jenis Dan Kod Salah Laku 21
Lampiran 2 : Jenis Salaku Laku Dan Tindakan 27
Lampiran 3 : Surat Aku Janji 33
Lampiran 4 : Grafik Pakian Pelajar 35

4|Page
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI
Sekolah Pilihan Di Negeri Sabah Menjelang 2018

MISI
Kami warga SMK Taun Gusi II akan merealisasikan impian sekolah dengan melahirkan
pelajar yang berilmu, berwawasan dan berintergriti melalui;
 meningkatkan keberhasilan kurikulum yang berkualiti melalui pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti
 mengoptimum penglibatan dan kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum
 memberi perkhidmatan dan sistem penyampaian yang cekap
 mengamalkan budaya penyayang
 membina persekitaran yang kondusif
MOTO
Berilmu, Berwawasan, Berintegriti

SLOGAN
Berfikiran Ke Hadapan
MATLAMAT SEKOLAH
Memberi pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan berkualiti kepada warga sekolah
untuk melahirkan insan yang seimbang, berketerampilan dan berdaya saing
OBJEKTIF SEKOLAH
1. Meningkatkan keterampilan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
2. Mendedahkan pelbagai disiplin ilmu, kemahiran dan pengalaman kepada pelajar
3. Meningkatkan bilangan pelajar mendapat Skor Sempurna (perfect score) dalam
peperiksaan dan pentaksiran
4. Memberikan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti melalui sistem
penyampaian yang cekap
5. Mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat
BUDAYA KERJA SEKOLAH
1. Memahami dan menghayati : Falsafah Pendidikan Kebangsan, visi, misi dan objektif
sekolah
2. Mengutamakan keberhasilan yang berkualiti
3. Mengamalkan budaya penyayang dan sikap integriti
4. Berfikiran ke hadapan
5. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran berdaya saing
6. Menjadikan tanggungjawab satu ibadat

5|Page
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

PERTURAN SEKOLAH

1. WAKTU PERSEKOLAHAN

HARI MASA
Isnin 7:00 pagi hingga 2:10 petang
Selasa - Khamis 7:00 pagi hingga 1:30 tengahari
Jumaat 7:00 pagi hingga 11:35 pagi

1. Waktu ini tidak termasuk aktiviti kokurikulum yang diadakan pada setiap hari Rabu dari jam
2:30 petang hingga 5:00 petang dan aktiviti sokongan yang lain.
2. Kelas tambahan dan kokurikulum juga dikira sebagai hari persekolahan dan kehadiran akan
diambil kira. Semua pelajar mestilah menepati masa datang ke sekolah/kelas tambahan/kelas
amali/aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.
3. Pelajar dinasihatkan berada lima minit awal sebelum waktu persekolahan.
4. Masa persekolahan adalah hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan mana-mana hari
lain yang ditetapkan.
5. Masa rehat ialah masa di mana kegiatan pengajaran dan pembelajaran atau kegiatan luar bilik
darjah diberhentikan sementara iaitu selama masa seperti yang ditentukan oleh pihak sekolah.
6. Masa cuti adalah sebarang masa yang dihentikan masa persekolahan mengikut peraturan
kerajaan atau Kementerian Pendidikan Malaysia

2. KEHADIRAN

1. Kehadiran diambil pada waktu pertama dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh guru-
guru mata pelajaran.
2. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng
sekolah/kelas adalah satu kesalahan. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap
sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri.
3. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah disebabkan sakit atau sebagainya mestilah
memaklumkannya kepada pihak sekolah melalui surat ibu bapa / penjaga, / warden, atau
Surat Akaun Doktor/pegawai kesihatan.
4. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan.
Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada
Pengetua/Guru Tingkatan/Guru Bertugas Harian atau guru-guru yang telah diberi kuasa
oleh Pengetua.
5. Murid-murid yang mendapat kebenaran ke Hospital/Klinik hendaklah pulang segera ke
sekolah/rumah setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah
ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah.
6. Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang
diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah.
7. Murid yang hendak keluar ke tandas atau asrama (pelajar asrama) hendaklah mendapat
kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad
kebenaran
6|Page
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

8. Murid hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya
dari sekolah.
9. Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli kegiataan
tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.
10. Pelajar yang tidak dapat hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari berselang
dalam sebulan ke sekolah/aktiviti kokurikulum/kelas tambahan/kelas amali dan lain-lain aktiviti
sekolah tanpa maklumat daripada ibu/bapa/penjaga, surat makluman akan dikeluarkan. Jika
tiada tindakan ibu bapa/penjaga selepas TUJUH (7) hari surat makluman dikeluarkan, Surat
Amaran 1 akan dikeluarkan diikuti dengan Surat Amaran 2 dan Amaran 3.
11. Pelajar yang tidak hadir selama 30 hari berturut-turut atau berselang, pelajar boleh digantung
persekolahan selama seminggu (1 minggu) dengan makluman ibu/bapa/penjaga.
12. Pelajar yang tidak hadir selama 60 hari berturut-turut atau berselang, pihak sekolah akan
mengambil tindakan menggantungkan pelajar tersebut selama dua minggu (2 minggu)
dengan makluman ibu/bapa/penjaga.
13. Pelajar yang digantung sekolah sama ada satu minggu atau dua minggu, ibu/bapa/penjaga
dikehendaki hadir ke sekolah pada hari terakhir penggantungan untuk menandatangani surat
jaminan berkelakuan baik dan pelajar akan diterima untuk meneruskan persekolahan.
14. Mana-mana pelajar yang tidak hadir melebihi 60 hari, pelajar berkenaan akan dicadangkan
kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk dibuang sekolah.

3. PERHIMPUNAN

1. Perhimpunan adalah acara rasmi sekolah. Pelajar dikehendaki menghadiri semua bentuk
perhimpunan yang diarahkan oleh pihak sekolah
2. Perhimpunan Mingguan akan diadakan pada hari Isnin bermula jam 7.00 pagi. Pelajar perlu
berada di kawasan perhimpunan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum masa perhimpunan
diadakan.
3. Pelajar dikehendaki menjaga adab perhimpunan semasa bergerak ke perhimpunan, semasa
perhimpunan dan sesudah perhimpunan serta bersedia mendengar dan melaksanakan setiap
ucapan / arahan guru / pengawas.
4. Murid-murid yang ditugaskan semasa perhimpunan hendaklah melaksanakannya dengan
serius dan bertanggungjawab
5. Atur cara asas Perhimpunan Mingguan;
 Nyanyian lagu Negara & Negeri
 Bacaan Doa
 Ucapan Guru Bertugas/Disiplin/Guru
 Ucapan Pengetua/Penolong-Penolong Kanan
 Nyanyian Lagu Sekolah

4. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

1. Pelajar hendaklah berpakaian seragam sekolah sama ada ke sekolah atau ke suatu tempat
mewakili sekolah atau kelas-kelas tambahan yang diselenggarakan oleh guru di sekolah.

2. Pakaian seragam sekolah LELAKI


a. Baju putih berkolar sama ada lengan pendek atau panjang dan mempunyai satu poket
b. Seluar panjang warna hijau tua (kehitam-hitaman), Mengikut potongan biasa iaitu tidak
terlalu ketat atau terlalu longgar. Lilitan kaki seluar mestilah antara 40-45cm.
c. Kasut kanvas berwarna putih.

7|Page
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

d. Tali pinggang berwarna hitam atau gelap yang tidak berkepala besar, berhias atau
melambangkan simbol tertentu.
e. Stokin berwarna putih dan menutup atas buku lali.
f. Kasut getah atau kanvas bewwarna putih dan tidak melebihi paras buku lali.

3. Pakaian Seragam PEREMPUAN


a. Baju kurung
i. Berwarna putih
ii. Kain daripada jenis cotton
iii. Labuh sehigga paras lutut
iv. Lengan panjang
v. Potongan tradisional dan leher teluk belanga
vi. Mestilah meletakkan butang atau kerongsang
b. Kain kurung
i. Warna biru laut
ii. Panjang/ labuh kain sehingga paras tumit kaki
iii. Kain daripada jenis cotton
c. Tudung
i. Tudung mini bentuk 3 segi dua sama
ii. Warna putih
iii. Kain jenis lembut polyster
iv. Ukuran :
a. Dari sisi - di bawah paras bahu
b. Dari depan- hujung di bawah paras pusat
c. Dari belakang – hujung di bawah paras pingang
v. Mesti dilipat dan diletakkan peniti yang bersaiz kecil dan tidak berwarna.
vi. Tiada hiasan di tepi tudung contoh: renda atau sulaman dan sebagainya.
vii. Anak tudung:
a. Warna putih untuk hari persekolahan.
b. Boleh warna hitam untuk aktiviti sekolah/ko-kurikulum
d. Pinafore
i. Warna biru laut
ii. Kain jenis cotton
iii. Panjang mestilah sehingga paras lutut
e. Baju kemeja
i. Warna putih
ii. Lengan pendek/panjang
iii. Berkolar
f. Baju dalam (singlet) dan kain dalam
i. Pelajar perempuan mesti memakai baju dalam dan kain dalam.
ii. Mestilah berwarna gelap dan tidak bercorak.
iii. Ukuran baju dalam mestilah sehingga paras pinggang.
iv. Ukuran kain dalam mestilah paras atas buku lali bagi kain kurung dan paras
atas lutut bagi pelajar yang memakai skirt atau pinafore.
g. Stokin berwarna putih dan menutupi buku lali.
h. Kasut getah atau kanvas berwarna putih dan tidak melebihi paras buku lali.

8|Page
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

4. Pakaian PJPK/Sukan
1. Pelajar boleh membeli pakaian PJPK di koperasi sekolah.
2. Baju PJPK/Sukan berlengan pendek untuk lelaki dan lengan panjang untuk perempuan.
3. Semasa PJPK pelajar lelaki dan perempuan hendaklah berkasut sekolah, dan boleh
berkasut sukan semasa menjalankan aktiviti kokurikulum

5. PENAMPILAN DAN KEKEMASAN DIRI

1. Pelajar lelaki dilarang berambut panjang. Istilah panjang adalah seperti berikut ;
a. Belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga
b. Depan : Rambut menutupi garisan tengah dahi
c. Tepi : Rambut menutup kedua-dua belah telinga atau sebahagian daripadanya
atau sideburn ( jambang ) melebihi garisan tengah hidung
d. Atas : Rambut melebihi 2 inci panjang @ 5 cm
2. Bagi pelajar perempuan, rambut hendaklah jangan jatuh ke bahu. Sekiranya ada pelajar
perempuan berambut panjang mereka hendaklah mengikat rambut mereka sebagai toncang
atau ekor kuda dengan reben berwarna biru, putih atau hitam.
3. Rambut mestilah kelihatan kemas dan potongan rambut hendaklah mengikut stail yang
dibenarkan dan bukan mengikut fesyen semasa.
4. Mewarna rambut tidak dibenarkan.
5. Pelajar dilarang mengenakan fesyen-fesyen tertentu dan memakai barang kemas atau
bukan kemas seperti subang, rantai leher, rantai tangan, gelang dan cincin emas dan lain-lain
6. Kuku hendaklah sentiasa dipotong pendek dan bersih.
7. Pemakaian tali leher yang telah ditetapkan oleh sekolah.
8. Lencana sekolah dan tanda nama dijahit dengan menggunakan benang putih di sebelah kiri
atas poket baju atau ditudung atau dibaju kurung atau pinefore atau kemeja. Lencana mesti
dijahit di sebelah atas tanda nama.
9. Kuku hendaklah pendek, bersih dan tidak berwarna walaupun dengan menggunakan inai.
10. Bulu kening tidak dibenarkan dicukur atau dicabut.
11. Dilarang menggunakan celak mata atau mascara atau apa-apa sahaja alat solek.

6. BILIK DARJAH

1. Pelajar dikehendaki memberi salam apabila masuk ke bilik darjah.


2. Pelajar diwajibkan mengikuti kesemua mata pelajaran yang diajar dalam bilik darjah dengan
tekun dan penuh minat.
3. Pelajar tidak dibenarkan keluar ke tandas atau ponteng pada masa pembelajaran atau
pertukaran mata pelajaran / guru, kecuali dalam keadaan terdesak atau dengan kebenaran
guru
4. Pelajar mesti memberi perhatian dan berkelakuan baik dan tidak dibenarkan membuat bising
walaupun ketiadaan guru di bilik darjah
5. Setiap pelajar hendaklah sentiasa patuh kepada guru / ketua kelas / pengawas.
6. Pelajar dikehendaki memakai kad keluar / masuk apabila keluar.
7. Pelajar dikehendaki beratur berdua-dua tanpa bising semasa ke;
a. perhimpunan
b. naik rehat
c. berpindah ke kelas lain
d. ke padang permainan/ke kebun
e. semasa balik
8. Berikut adalah perkara asas yang mesti dipamerkan di dalam setiap bilik darjah ;
9|Page
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

a. Carta organisasi kelas


b. Jadual bertugas kebersihan kelas
c. Jadual mata pelajaran bagi kelas tersebut
d. Peraturan Kelas
e. Inventori
9. Setiap bilik darjah digalakkan memenuhkan ruang kenyataan dengan maklumat, poster atau
fakta-fakta yang berkenaan pengetahuan am atau pembelajaran.
10. Kerusi meja mestilah sentiasa kemas dan teratur. Semua murid adalah bertanggungjawab
menjaga kebersihan, kekemasan dan keceriaan bilik darjah.
11. Pastikan bilik darjah kemas, bersih, ceria dan dilarang sama sekali menconteng dinding,
papan putih, kerusi, meja dan lain-lain.
12. Tidak dibenarkan makan dan minum atau tidur semasa berada di dalam bilik darjah.
13. Pelajar hendaklah memastikan semua kerusi dan meja teratur, tingkap, lampu dan kipas
ditutup sebelum meninggalkan bilik darjah dengan tertib, berakhlak dan dalam keadaan
senyap pada waktu rehat atau balik.
14. Setiap kelas hendaklah ditutup dan dikunci setelah tamat waktu persekolahan setiap hari.
15. Murid-murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan seperti kerusi, meja, kapur
dan lain-lain tanpa kebenaran.
16. Apabila guru / Pengetua / pelawat-pelawat masuk ke bilik darjah, semua murid hendaklah
bangun MEMBERI SALAM dan mengucapkan TERIMA KASIH sewaktu mereka meninggalkan
bilik darjah.

7 UJIAN DAN PEPERIKSAAN

1. Peperiksaan mengukur keberkesanan pembelajaran.


2. Kehadiran dalam semua peperiksaan/ujian adalah wajib.
3. Pelajar hendaklah menjauhi sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan.
4. Pelajar hendaklah mematuhi arahan peperiksaan yang dikeluarkan.
5. Pelajar yang mempersendakan atau memperlihatkan ketidakjujuran dalam apa-apa bentuk
sekalipun adalah satu kesalahan berat.

8 AKTIVITI KOKURIKULUM.

1. Kegiatan kokurikulum ialah gerak kerja yang dijalankan oleh pelajar di luar masa pembelajaran
di kelas seperti;
a. Persatuan/kelab
b. Unit Beruniform
c. Sukan/Permainan
2. Pelajar dikehendaki mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu kegiatan dalam
Persatuan/kelab, Unit Beruniform dan Sukan/Permainan.
3. Pelajar adalah wajib hadir untuk menjalani kegiatan/latihan bagi kegiatan luar.
4. Semasa mengikuti kegiatan/latihan kokurikulum, pelajar hendaklah menunjukkan minat, bakat,
kebolehan dan semangat pertandingan yang sihat serta mencuba untuk mencapai kejayaan.
5. Pelajar yang tidak boleh mengikuti aktiviti kokurikulum atau sukan hendaklah membuktikannya
dengan Surat Akuan Doktor atau surat Ibu bapa/penjaga

10 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

9 AMALAN IBADAT

1. Pelajar Islam digalakkan melakukan amalan ibadat pada masa dan tempat yang
ditetapkan.
2. Pelajar dilarang menghina atau mencemar amalan kesucian Agama Islam dan agama-
agama yang lain.

10 KENDERAAN

1. Kenderaan pelajar (motosikal & kereta) yang berlesen sahaja dibenarkan masuk kawasan
sekolah.
2. Kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dan berkunci.
3. Basikal pelajar hendaklah diletakkan di kawasan yang dikhaskan.
4. Kenderaan mestilah lengkap dan selamat digunakan.

11 LAWATAN & PELAWAT-PELAWAT

1. Lawatan ke luar sekolah oleh lima orang atau lebih pelajar yang diiringi oleh guru dianggap
sebagai rombongan sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pengetua
atau Penolong Kanan. Prosedur lawatan hendaklah dipatuhi.
2. Ibu bapa/Penjaga yang berhajat membawa keluar pelajar kerana sesuatu kecemasan perlu
mendapatkan kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan. Prosedur membawa keluar pelajar
perlu diikuti/dipatuhi.
3. Pelajar dibenarkan dibenarkan berjumpa dengan pelawat di bilik yang telah dikhaskan.

12 BAYARAN TAMBAHAN DAN PERALATAN SEKOLAH

1. Setiap pelajar dikehendaki menjelaskan yuran tambahan atau bayaran yang telah ditetapkan
oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan.
2. Peralatan dan harta benda sekolah adalah segala benda kepunyaan sekolah. Jika ianya
dirosakkan, sama ada sengaja/tidak sengaja, secara individu/kumpulan yang terlibat akan
dikenakan hukuman seperti yang telah ditetapkan atau berdasarkan budi bicara pihak sekolah
yang difikirkan sesuai.
3. Buku Teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan dipinjamkan kepada
pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar menjaga kebersihan dan keselamatan buku.
Setiap pelajar dikehenndaki menyampul atau membalut buku-buku tersebut.
a. Pelajar dilarang
i. mencontengkan atau mengotorkan buku itu.
ii. merosakkan buku seperti menggunting gambar atau mana- mana bahagian
dalam buku.
iii. meninggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah setelah tamat tempoh waktu
belajar pada hari itu.
b. Jika didapati pelajar merosakkan, mengotor atau mengabaikan keselamatan buku
tersebut, pihak sekolah berhak merampas, meminta ganti sama ada dengan buku
atau membayar harga buku.
c. Pelajar hendaklah menyerahkan semua buku yang dipinjam itu apabila diarahkan
berbuat demikian oleh pihak sekolah. Mereka yang gagal menyerahkan buku teks
pada masa yang ditetapkan, pihak sekolah berhak mengambil tindakan ke atas murid
tersebut.
11 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

13 LARANGAN-LARANGAN

1. Pelajar dilarang menulis surat kepada badan-badan sama ada di dalam atau di luar
negeri/negara tanpa kebenaran Pengetua.
2. Pelajar yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badan luar hendaklah mendapat
kebenaran Pengetua.
3. Menyebar atau menyebab disebarkan apa-apa penulisan politik, dokumen atau lain-lain
propaganda bagi pihak atau untuk menyokong sesuatu parti atau pertubuhan
4. Pelajar tidak dibenarkan menyertai sebarang bentuk pertandingan ratu cantik atau
pertunjukkan fesyen.
5. Pelajar dilarang berada di kawasan larangan yang diwartakan oleh pihak sekolah tanpa
kebenaran guru.
6. Pelajar tidak dibenarkan berkahwin sepanjang masa persekolahnnya di sekolah ini.
7. Lain-lain yang tidak disebut di atas yang menjadi kesalahan dalam undang-undang awam.

14 PERATURAN KHUSUS

Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan khusus

1. Pejabat Am Sekolah
2. Makmal Sains
3. Makmal Komputer
4. Bilik Persalinan
5. Bilik Kesihatan
6. Bilik Skim Pinjam Buku Teks
7. Bilik-Bilik Persatuan
8. Bilik Guru
9. Bilik Mesyuarat
10. Bilik Disiplin
11. Bilik Unit Bimbingan Dan Kaunseling
12. Bilik Setiausaha Peperiksaan
13. Surau
14. Kantin
15. Koperasi
16. Kawad kecemasan kebakaran di sekolah
17. Lain-lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah.

15 AM

1. Pelajar hendaklah sentiasa


a. mengamalkan nilai-nilai yang baik pada setiap masa.
b. menjaga nama baik sekolah.
c. peraturan/arahan lain yang dikeluarkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

12 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

PERATURAN ASRAMA

1. PERATURAN AM

1. Pelajar asrama adalah terikat dengan peraturan sekolah pada setiap masa.
2. Pelajar asrama dikehendaki
a. menghormati dan mematuhi segala arahan warden , HEP , Ketua asrama dan ketua-ketua
yang dilantik.
b. mengucapkan Assalamualaikum (pelajar muslim) dan Salam Sejahtera (pelajr bukan
muslim) apabila bertemu dengan para guru , warden , kakitangan sekolah, kawan-kawan
dan para tetamu yang hadir.
c. mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan asrama serta bertanggungjawab
menjaga keselamatan harta benda asrama dan sekolah.
d. menjaga nama baik dan imej diri sendiri, asrama dan juga nama baik sekolah.
e. tegah membuat bising apabila berada di asrama.
f. tegah membuat hubungan dengan sesiapa sahaja yang bukan muhrimnya samada melalui
surat menyurat , telefon dan lain-lain yang berkaitan.

2 PERATURAN KHUSUS

1. PAKAIAN

1. Setiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas semasa menghadiri kelas persediaan,


pemeriksaan kamar dan menghadiri sebarang acara rasmi asrama.
2. Setiap pelajar mesti memakai pakaian rasmi asrama yang lengkap dan kemas apabila
keluar dari kawasan asrama seperti keluar ke bandar, mengikuti rombongan dan pulang
ke rumah.
3 Pakaian Pelajar Lelaki
a. Penghuni dikehendaki memakai pakaian rasmi sekolah pada waktu
persekolahan, perjumpaan aktiviti atau perpustakaan. Mereka juga dikehendaki
memakai pakaian asrama semasa mewakili asrama atau semasa pulang ke
rumah masing-masing dan sebaliknya.
b. Penghuni dilarang sama sekali memakai barang kemas dan alat-alat solek kecuali
jam tangan.
c. Penghuni dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan sopan sepanjang masa.
d. Kegiatan badan beruniform hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang
dikenakan oleh badan-badan tersebut.
e. Jika tiada apa-apa syarat pakaian ditentukan, pakaian bebas tetapi kemas.
Pengecualian pada warna dibenarkan.
4 Pakaian Pelajar Perempuan
a. Penghuni dikehendaki memakai pakaian rasmi sekolah
b. Wajib memakai baju kurung atau jubah atau sebarang fesyen yang longgar dan
labuh sepertinya.
c. Tudung digalakkan dan tudung tiga segi tidak dibenarkan

13 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

d. Kasut atau sandal dibenarkan. Selipar jepun atau sejenisnya hanya untuk
kegunaan ke tandas sahaja.
e. Pelajar digalakkan memakai pakaian yang bersopan seperti baju kurung dan
jubah di kawasan asrama.
f. Pakaian masuk asrama; pakian menutup aurat (Muslim) dan tidak menjolok mata
atau pakaian rasmi sekolah.
g. Pakaian menutup aurat bagi muslim dan tidak menjolok mata untuk sepanjang
masa. Seluar pendek adalah dilarang.

2 KELAS PERSEDIAAN

1. Semua pelajar diwajibkan meghadiri kelas-kelas persediaan petang dan malam seperti
yang telah ditetapkan. Pelajar mestilah mematuhi semua peraturan kelas persediaan
2. Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua, Ketua
Warden dan warden bertugas.
3. Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk akademik tidak dibenarkan.
4. Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan membaca majalah, komik, menulis surat, berjalan-
jalan atau berbual-bual kosong atau tidur sewaktu kelas persediaan.
5. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan menjalankan kelas persediaan di kelas masing-
masing sahaja.
6. Waktu kelas persediaan petang akan ditetapkan oleh warden. Waktu persediaan
malam ialah dari jam 8:00 – 10:30 malam. Pada waktu ini pelajar wajib berada di kelas-
kelas yang telah diperuntukkan.
7. Berpakaian sebagaimana yang ditetapkan ;
a. Bagi pelajar lelaki ;
i. Berpakaian kemas
ii. Beseluar slack / Baju-T / Kemeja
iii. Kain pelikat / batik tidak dibenarkan
b. Bagi pelajar perempuan ;
i. Berjubah / Baju Kurung / Bertudung
ii. Berpakaian kemas
8. Pelajar tidak dibenarkan membawa atau makan ke dalam bilik bacaan/persediaan.
9. Pelajar dikhendaki menjaga tatatertib dan ketenteraman semasa di bilik bacaan.
10. Semua lampu bilik mesti dipadamkan jam 11:00 malam. Pelajar mesti berada di katil
masing-masing selepas lampu padam.
11. Menonton TV / Video hanya dengan kebenaran Pengetua / Guru HEP / Warden
berpandukan jadual yang telah ditetapkan.

3 PERHIMPUNAN

1. Roll Call
a. Roll Call akan diadakan setiap kali pelajar kembali ke sekolah selepas minggu
pulang bermalam atau cuti sekolah atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh
Ketua Warden.
2. Semua pelajar dikehendaki hadir semasa perhimpunan diadakan .
3. Ketua kamar hendaklah membantu warden bertugas untuk mengambil kedatangan
pelajar mengikut kelas atau kamar masing-masing.
4. Perjumpaan blok / kamar
a. Perjumpaan blok / kamar mestilah terlebih dahulu dimaklumkan kepada warden
bertugas

14 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

b. Perjumpaan hendaklah diketuai oleh ketua Blok / ketua kamar


c. Perjumpaan hendaklah tidak melewati jam 11.00 malam

4 MAKANAN

1. Pelajar perlu mamatuhi masa makan


2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan
makan
3. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan basah ke dalam kamar.
4. Pelajar yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu mestilah memaklumkan
kepada penyelia asrama untuk tindakan.
5. Penghuni hendaklah berpakaian kemas dan bersih ketika berada di dewan makan.
6. Makan tengah hari pada hari-hari persekolahan dikehendaki dengan pakaian sekolah.
7. Penghuni hendaklah menepati masa semasa berada di dewan makan..
8. Dilarang berebut-rebut semasa makan.
9. Dilarang bersifat tamak dan mengambil makanan yang berlebihan.
10. Dilarang membuat bising seperti berteriak-teriak, melaga-lagakan sudu dan garfu ,
pinggan mangkuk dan sebagainya.
11. Jangan dibiarkan tulang-tulang atau sisa-sisa makanan di atas meja. Selepas makan,
sisa makanan hendaklah dibuang ke tempat yang disediakan.
12. Makanan dari dewan makan tidak dibenarkan dibawa keluar atau dibawa ke asrama.
13. Pelajar hendaklah mematuhi peraturan-peraturan dewan makan seperti berikut ;
a. Jadual makan adalah sebagaimana di dalam jadual harian pelajar
b. Pelajar lewat tidak dibenarkan masuk ke dewan makan.
c. Pelajar -pelajar dilarang berkeliaran di kawasan dewan makan selain dari waktu
makan dan dilarang juga masuk ke dapur.
d. Pelajar yang memerlukan makanan lebih awal / lewat sebab berpuasa atau pulang
dari rombongan , hendaklah memberitahu Pengurus Domestik / Penyelia Kantin /
Tukang Masak terlebih dahulu.
e. Pinggan , mangkuk , cawan , dulang dan lain-lain peralatan dapur / kantin tidak
dibenarkan bawa keluar dari dewan makan.
f. Pelajar mesti beratur semasa mengambil makanan.
g. Selepas makan , pelajar-pelajar dikehendaki mencuci pinggan dan cawan sendiri,
membersih meja makan dan membuang lebihan makanan ke dalam bekas yang
disediakan.

5 KIRIMAN BUNGKUSAN MAKANAN

1. Bungkusan makanan boleh diterima dari rumah masing-masing. Ibu / Bapa / Penjaga
adalah dinasihatkan supaya tidak menghantar makanan yang mudah basi / busuk.
2. Makanan tidak boleh dibawa ke bilik kuliah, makmal, musolla, kelas, bilik komputer,
dewan utama dan perpustakaan.
3. Penghuni dibenarkan menyimpan makanan kering sahaja seperti biskut.
4. Makanan tersebut hendaklah disimpan di dalam bekas yang baik , bagi mengelakkan
semut dan lipas.

15 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

6 PEMERIKSAAN KAMAR/ASRAMA

1. Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan dijalankan oleh pengawas/ketua kamar


sebelum sarapan pagi untuk memastikan tempat tidur pelajar dalam keadaan kemas
dan bersih.
2. Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan hendaklah dijalankan oleh warden
bertugas/warden blok bagi memastikan :
a. kebersihan kamar pelajar
b. kebersihan asrama
c. setiap pelajar mempunyai peralatan peribadi yang lengkap
d. perkara-perkara lain yang diperlukan oleh pihak sekolah
3. Pemeriksaan asrama pada hari Sabtu jam 7:00 pagi dijalankan oleh warden dan
diiringi oleh AJK tertinggi blok. Semasa pemeriksaan semua pelajar mesti berada di
kamar masing-masing dan dalam keadaan bersedia.
4. Pemeriksaan mengejut diadakan pada bila-bila masa oleh Pengetua/Penolong Kanan
HEM/ Ketua warden / Warden / Guru Disiplin /mentor atau pengawas.

7 KAWASAN DAN BILIK ASRAMA

1. Bilik-bilik tidur , tandas dan kawasan asrama hendaklah dijaga dengan bersih.
Penghuni hendaklah membuang sampah sarap di tempat-tempat yang disediakan.
2. Kasut, pakaian, buku dan lain-lain barang kepunyaan sendiri mestilah disimpan dan
disusun dengan baik.
3. Tempat tidur hendaklah dikemaskan dengan rapi setiap hari. Kain selimut hendaklah
dilipat dan diletakkan di hujung katil. Kain cadar / sarung bantal berwarna putih
hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.
4. Tuala dan pakaian basah hendaklah disidai di penyidai kain yang telah disediakan.
Adalah dilarang menyidai di tingkap, di katil dan di kaki lima bangunan.
5. Semua pakaian dan kasut yang hendak dibasuh , dilarang diletakkan ataupun
direndamkan di dalam sinki.
6. Penghuni asrama tidak dibenarkan mengubah katil, almari atau barang lain dan
alatan asrama mengikut sesuka hati.
7. Penghuni dilarang duduk atau tidur dua orang di atas katil.
8. Penghuni dikehendaki berada di tempat tidur selewat-lewatnya pada pukul 11:00
malam.
9. Penghuni dilarang menggunakan bilik rehat selepas pukul 8:30 malam kecuali pada
hari kelepasan sekolah.
10. Penghuni tidak dibenarkan baring-baring, berehat-rehat atau tidur di surau asrama.
11. Lampu / kipas hendaklah dimatikan ketika meninggalkan asrama kecuali jika terdapat
penghuni yang sakit.
12. Operasi membersih bilik hendaklah diadakan pada tiap-tiap minggu atau pada bila-
bila masa yang diperlukan. Ketua bilik hendaklah memastikan semua penghuni
mengambil bahagian.

8 BILIK AIR DAN BILIK MEMBASUH

1. Penghuni tidak dibenarkan meninggalkan baldi di merata-rata tempat. Baldi


hendaklah disimpan di tempat yang disediakan.

16 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

2. Paip-paip yang digunakan hendaklah ditutup rapat selepas digunakan walaupun


pada masa ketiadaan air.
3. Jangan membuang pembalut sabun, sisa makanan dan sebagainya di merata-rata
tempat. Gunakan tong sampah yang disediakan.
4. Tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam sinki. Dilarang membuang sebarang
objek seperti tuala wanita, sabun dan seumpamanya di dalam lubang tandas.
Selepas menggunakan tandas, hendaklah dibersihkan dengan menggunakan berus
tandas yang disediakan. Pastikan tandas dan bilik asrama sentiasa bersih.

9 BILIK REHAT

1. Semua penghuni adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan


alatan di dalam bilik rehat.
2. Penghuni hendaklah menyimpan semula surat khabar atau majalah yang dibaca ke
tempat yang telah disediakan dan dilarang membawa keluar sama sekali.
3. Penghuni dilarang membawa makanan dan minuman atau makan dalam bilik ini.
4. Penghuni dilarang berbaring atau duduk dengan cara yang kurang sopan.

10 BARANG PERSENDIRIAN

1. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga barang milik persendirian.


2. Buku-buku persendirian, pakaian atau apa-apa juga barangan hak milik pelajar
hendaklah ditulis nama dan dijaga dengan cermat dan sempurna.
3. Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas, kamar
atau tempat-tempat yang terdedah. Pelajar hanya dibenarkan menyimpan wang
sebanyak RM 10.00 pada setiap masa. Wang selebihnya hendaklah disimpan oleh
guru mentor / guru tingkatan atau warden.
4. Sebarang wang atau benda-benda lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada
pengawas, guru disiplin, guru bertugas harian atau warden untuk diumumkan dan
dipulangkan kepada pemiliknya.

11 BARANG LARANGAN

1. Sebarang bentuk alatan media elektronik dan apa-apa jua jenis alat komunikasi
adalah tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah.
2. Rokok, gula-gula, kuaci, minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian
berharga, cermin mata hitam, pakaian menjolok mata, pakaian beraneka fesyen, baju
T ala rockers, seluar Jeans, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan,
gambar/buku/majalah berunsur negatif, bahan-bahan/permainan berbahaya dan
sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah.
3. Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan
peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan
sekolah.

12 KAWASAN LARANGAN

1. Semua dorm dan blok asrama menjadi kawasan larangan kepada semua pelajar
pada waktu-waktu yang ditetapkan :

17 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

a. Hari-hari persekolahan.
b. Setiap waktu sembahyang.
c. Aktiviti persatuan / kelab / penghayatan Islam
d. Aktiviti rasmi sekolah .
2. Mendapat kebenaran bertulis dari Pengetua atau Ketua Warden adalah satu
kemestian kepada pelajar-pelajar yang balik ke dorm.
3. Pelajar dilarang berkeliaran di hadapan rumah guru / kakitangan dan warden
asrama.
4. Pelajar dilarang masuk ke dalam makmal, bilik komputer, perpustakaan,bengkel,
pejabat sekolah / warden, bilik sakit dan bilik audio melainkan dengan kebenaran
pengetua atau guru .
5. Kawasan asrama perempuan bagi pelajar lelaki pada setiap masa.
6. Kawasan pelajar lelaki bagi pelajar perempuan pada setiap masa.

13 MAJALAH DAN PENULISAN

1. Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah asrama, makalah, risalah, berita,


pengumuman dengan menggunakan surat atau bahan bercetak mestilah mendapat
kebenaran daripada Pengetua.
2. Semua tulisan yang bertujuan untuk disebar/dicetak dan diedar hendaklah melalui
guru penasihat untuk semakan.
3. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak akhbar
atau badan-badan lain tanpa pengetahuan dan kebenaran Pengetua.
4. Segala perkara yang berhubung dengan penerbitan majalah, risalah, adalah
tertakluk kepada peraturan sekolah.

14 SURAT MENYURAT

1. Semua surat yang diterima dan dikirim mesti ada nama dan alamat pengirim.
2. Pihak pengurusan asrama berhak menapis semua surat jika dirasakan perlu.
3. Penerima surat berdaftar mesti membawa kad pengenalan dan mengambil surat
berdaftar di pejabat asrama selepas waktu persekolahan dan tidak dibenarkan untuk
mewakilkan orang lain untuk mengambil bagi pihak pelajar.

15 KELUAR MASUK

1. Pelajar dibenarkan keluar asrama/ ke bandar mengikut jadual yang ditetapkan oleh
pengurusan asrama.
2. Setiap pelajar mestilah menyerahkan kad pelajar/kad kebenaran keluar di pondok
pengawal/warden sewaktu keluar dan mengambilnya semula semasa memasuki
kawasan asrama.
3. Kebenaran keluar asrama pada waktu lain hanya dibenarkan untuk rawatan pesakit,
kecemasan, atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja.
4. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran Ketua Warden atau
warden bertugas.
5. Permohonan untuk keluar bermalam selain daripada tarikh yang telah ditetapkan
oleh sekolah perlu dihantar oleh ibubapa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum
permohonan untuk dipertimbangkan oleh Pengetua atau Ketua Warden.

18 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

6. Pelajar tidak dibenarkan keluar mengikut penjaga pelajar lain kecuali dengan surat
kebenaran ibu bapa pelajar atas sebab-sebab yang dinyatakan.

16 KAD KELUAR PELAJAR

1. Setiap orang pelajar akan memiliki sekeping kad / buku pelajar bagi kegunaan
keluar / masuk asrama.
2. Semasa hendak keluar meninggalkan asrama , kad pelajar ini hendaklah
ditandatangani oleh ketua warden dan waris yang dibenarkan sahaja.
3. Kad / buku ini hendaklah ditinggalkan bersama warden asrama semasa
meninggalkan asrama.
4. Bagi pelajar perempuan, hanya dibenarkan keluar / balik kampung bersama waris
yang tercatat di dalam kad keluar masuk sahaja dan sekiranya waris tersebut tidak
dapat hadir, maka wakilnya hendaklah dimaklumkan kepada pengetua / warden
secara lisan dan bertulis.
5. Pelajar tidak dibenarkan keluar dengan mengikut kawan atau ibu bapa / penjaga
pelajar lain kecuali mendapat keizinan daripada pengetua dan ibu bapa / penjaga.
6. Kad keluar masuk pelajar hendaklah disimpan dengan baik dan selamat. Sebarang
kehilangan boleh didenda dengan bayaran sebanyak RM 10.00.

17 BALIK KAMPUNG

1. Pelajar dibenarkan balik kampung / bermalam di rumah sekali dalam sebulan (


rujuk takwim sekolah )
2. Untuk tujuan keselamatan, ibu bapa / penjaga pelajar ( digalakkan bagi pelajar
lelaki / diwajibkan bagi pelajar perempuan ) menjemput atau menghantar wakil (
yang telah direkodkan dalam kad keluar masuk ) dan menghantar kembali dengan
cara yang sama , kad lawatan / buku keluar masuk mestilah ditunjukkan kepada
warden yang bertugas.
3. Dilarang bermalam di rumah kawan kecuali mendapat kebenaran penjaga.
4. Dalam keadaan kecemasan pelajar mestilah :
a. Mendapat kebenaran daripada Pengetua.
b. Menunjukkan surat atau bukti waris yang menjemput pelajar. Ini adalah
untuk menentukan bahawa keadaan kecemasan itu adalah sah.

18 MELAWAT

1. Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut :-


Sabtu : 12:00 tengah hari – 4:00 petang
Ahad : *10:00 pagi – 4:00 petang *Tertakluk kepada aktiviti sekolah dan asrama
2. Pelawat terlebih dahulu perlu menunjukkan kad pelawat di pejabat warden sebelum
dibenarkan untuk bertemu dengan pelajar.
3. Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibu bapa atau penjaga boleh
melawat dengan kebenaran Pengetua / Ketua Warden / warden bertugas.
4. Semua pelawat hendaklah dilayan di tempat yang disediakan. Pelawat dilarang
masuk ke bilik kamar dan kawasan-kawasan larangan yang lain.
5. Pelajar perempuan tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki kecuali bapa atau
saudara lelaki yang memegang kad pelawat.

19 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

6. Semua pelawat mestilah mempunyai kad pelawat dan memenuhi syarat-syarat


yang tercatat pada kad pelawat tersebut.
7. Pihak pengawal/warden berhak menahan pelawat-pelawat yang tidak mempunyai
kad pelawat atau yang diragukan kesahihannya.
8. Pelawat tidak dibenarkan bertemu dengan pelajar sebelum sesuatu aktiviti yang
sedang dijalankan tamat.

9. Pada waktu persekolahan, sekiranya ada kecemasan atau hal yang penting,
pelawat mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Pengetua.
10. Pelawat tidak dibenarkan pergi ke bilik belajar/kelas untuk bertemu pelajar.
11. Pakaian pelawat mestilah sopan dan beradab.

19 KECEMASAN / SAKIT

1. Pelajar yang sakit hendaklah dilaporkan kepada warden bertugas.


2. Pelajar yang sakit kronik , demam yang kuat dan penyakit berjangkit, dibenarkan
balik ke rumah/ kampung

20 PELANGGARAN PERATURAN ASRAMA

1. Pelanggaran peraturan asrama adalah satu kesalahan.


2. Hukuman yang akan dikenakan adalah berdasarkan keseriusan kesalahan
3. Kategori hukuman adalah
a. Amaran dan kaunseling
b. Memanggil ibu bapa / penjaga
c. Gantung Asrama : 1 Minggu dan 2 Minggu
d. Buang Asrama

21 TAFSIRAN KESALAHAN

1. Klausa peraturan yang tidak jelas dan mana-mana peraturan dan kesalahan yang
tidak tercatat dalam peraturan asrama, Lembaga Pengurusan Asrama yang
dipengerusi oleh Pengetua boleh dengan budi bicara mentafsirkan kesalahan dan
hukuman yang akan dikenakan
.

20 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

LAMPIRAN 1

JENIS DAN KOD SALAH LAKU

21 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Jenis Dan Kod Salahlaku

1 Kod Salah laku Jenayah - D1

D1.1 Berjudi
D1.2 Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah.
D1.3 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pentadbir, murid,
kakitangan sekolah, guru
D1.4 Melawan/mengancam/mencederakan pengawas
D1.5 Memeras ugut
D1.6 Membuli
D1.7 Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap
D1.8 Menyalahgunakan dadah
D1.9 Membawa senjata merbahaya
D1.10 Mencabul kehormatan
D1.11 Mengancam/memukul/mencederkan murid lain
D1.12 Menceroboh bilik kelas, bilik khas/kedai kantin/koperasi/pejabat
sekolah.
D1.13 Mengedar dadah
D1.14 Menunjukan perasaan/menganggu ketenteraman sekolah
D1.15 Bertaruh secara besar-besaran
D1.16 Membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah
D1.17 Membakar/menyebabkan kebakaran
D1.18 Memusnah/merosakkan dokumen rasmi
D1.19 Bergaduh
D1.20 Membawa/bermain mercun di sekolah
D1.21 Minum minuman keras/Mabuk
D1.22 Menghidu gam
D1.23 Membawa bahan-bahan yang menghayalkan.

2. Kod Tingkah laku Lucah/Tidak Senonoh - D2

D2.1 Bercumbu-cumbuan
D2.2 Berkhalwat
D2.3 Berdua-duaan dalam kelas
D2.4 Membawa bahan lucah ke sekolah.
D2.5 Mengintai murid perempuan/menyentuh murid perempuan dengan
niat serong
D2.6 Menggunakan kata-kata dan perkataan lucah
D2.7 Melukis gambar-gambar/ menulis kata-kata lucah

22 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

3 Tingkah Laku Kekemasan Diri - D3

D3.1 Berambut panjang untuk lelaki/fesyen rambut keterlaluan/


bertentangan dengan peraturan sekolah.
D3.2 Berkuku panjang
D3.3 Bermisai dan berjanggut
D3.4 Memakai pakaian seragam yang tidak mengikut peraturan sekolah/
tiada lencana
D3.5 Skirt sekolah atas paras lutut.
D3.6 Baju kurung tidak dikancing.
D3.7 Seluar sekolah berfesyen.
D3.8 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai.
D3.9 Memakai selipar (tanpa kebenaran pihak sekolah)
D3.10 Memakai pakaian luar sekolah
D3.11 Memakai pakaian berwarna di dalam pakaian seragam sekolah
D3.12 Tidak memakai baju sukan semasa waktu PJ
D3.13 Tidak memasukkan kemeja ke dalam baju sekolah (seluar) `Tuck-In’
D3.14 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai

4 Memakai Barang Perhiasan/Menghiaskan Diri - D4

D4.1 Memakai barang kemas ke sekolah


D4.2 Memakai lebih daripada sepasang subang
D4.3 Lelaki memakai subang.
D4.4 Mewarnakan kuku
D4.5 Mewarnakan rambut
D4.6 Membotakkan kepala
D4.7 Mencabut bulu kening
D4.8 Bersolek

5 Membawa Barang-Barang Yang Tidak Dibenarkan – D5

D5.1 Membawa semua jenis alatan tajam


D5.2 Pemotong kuku
D5.3 Membawa Radio/Walkman
D5.4 Gambar-gambar tidak sopan.
D5.5 Membawa liquid paper/marker pen
D5.6 Membawa/pakai pakaian luar sekolah
D5.7 Cermin mata hitam/teropong
D5.8 Kosmetik/cermin/minyak wangi
D5.9 Majalah hiburan/komik
D5.10 Pita video DVD/VCD/CD/kaset.
D5.11 Kad poker/barang untuk berjudi.
D5.12 Tanda-tanda/lencana/label berunsur politik
D5.13 Membawa telefon bimbit ke sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.

23 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

6 Tingkah Laku Tidak Mementingkan Masa – D6

D6.1 Berkeliaran/merayau di kawasan sekolah semasa waktu pengajaran


D6.2 Datang lewat ke sekolah
D6.3 Ponteng perhimpunan
D6.4 Lewat ke perhimpunan dan majlis yang diwajibkan sekolah.
D6.5 Makan di kantin di luar waktu rehat.
D6.6 Lewat masuk ke kelas.
D6.7 Keluar-masuk kelas semasa sesi P & P berjalan.
D6.8 Bermain dalam bilik darjah atau kaki lima
D6.9 Keluar kelas tanpa kebenaran.
D6.10 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
D6.11 Berada di kawasan larangan tanpa kebenaran.
D6.12 Masuk ke kawasan sekolah pada hujung minggu/cuti sekolah tanpa
kebenaran.
D6.13 Berada dalam tandas lebih 10 minit semasa P & P.
D6.14 Berada di kantin di luar kawasan sekolah waktu persekolahan.
D6.15 Tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam jadual
bertugas

7 Tingkah laku Kurang Sopan Dan Biadab – D7

D7.1 Berkelakuan kasar terhadap guru.


D7.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas.
D7.3 Berkelakuan kasar terhadap rakan
D7.4 Memasuki kawasan larangan/kebun/kuarters pekerja sekolah dan
lain-lain.
D7.5 Berbahasa kesat/kasar.
D7.6 Mengedar/menyimpan rokok.
D7.7 Menghisap rokok
D7.8 Menganggu proses pengajaran pembelajaran
D7.9 Tidak menghormati/ membantah arahan guru.
D7.10 Tidak menghormati/ membantah arahan pengawas.
D7.11 Simpan/edar minuman keras/ sebarang minuman yang memabukkan.
D7.12 Membunyikan kereta kuat-kuat di kawasan sekolah.
D7.13 Tidak menghormati lagu kebangsaan/negeri.
D7.14 Menyimpan pemetik api/ mancis.
D7.15 Melanggar peraturan lalu lintas.
D7.16 Meletakkan kenderaan di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.
D7.17 Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkankan nama baik sekolah.
D7.18 Tidak mematuhi peraturan persatuan dan kelab di sekolah
D7.19 Membuat bising dalam kelas ketika guru tidak ada
D7.20 Mengejek seseorang dengan menyebut nama bapa atau emak
dengan tujuan menghina
D7.21 Menggunakan/menjawab telefon dalam kelas semasa guru mengajar

24 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

8 Tingkah laku Memusnah – D8

D8.1 Merosakkan harta benda sekolah


D8.2 Merosakkan harta benda Pengetua dan guru-guru
D8.3 Merosakkan harta benda kantin/kedai koperasi/ stor SPBT
D8.4 Membazir air dan eletrik
D8.5 Menyalahgunakan peralatan eletrik
D8.6 Mengotorkan bangunan/kawasan sekolah.
D8.7 Mengotorkan kelas.
D8.8 Conteng dinding/papan notis/papan hitam/sudut mata pelajaran.
D8.9 Menconteng buku teks/buku latihan.
D8.10 Conteng /tulis perkataan gambar lucah/kesat di atas buku teks/buku
latihan/ buku rekod akademik.
D8.11 Merosak harta murid lain.

9 Tingkah laku Tidak Jujur/Menipu- D9

D9.1 Menghasut rakan untuk bergaduh.


D9.2 Menyebarkan maklumat/ berita yang boleh menyebabkan
pergaduhan.
D9.3 Menjalankan urusniaga yang tidak dibenarkan.
D9.4 Tidak memberi surat dari sekolah kepada ibu bapa.
D9.5 Tidak membawa ibu bapa jumpa pihak sekolah seperti yang
diarahkan.
D9.6 Penipuan melibatkan wang
D9.7 Menipu melibatkan kepercayaan/pecah amanah.
D9.8 Memalsukan keterangan/ rekod rasmi.
D9.9 Tidak memberi salam/ tidak berdiri semasa guru masuk/ keluar kelas
D9.10 Semua tingkahlaku yang dianggap serius oleh sekolah.

10 Tingkah laku Melanggar Peraturan Peperiksaan – D10

D10.1 Bercakap semasa peperiksaan


D10.2 Membawa telefon bimbit ke bilik peperiksaan.
D10.3 Keluar awal dari bilik peperiksaan tanpa kebenaran
D10.4 Menconteng kertas soalan/jawapan peperiksaan
D10.5 Menulis/mencoteng percatan/ gambar lucah/ kesat di atas kertas
soalan/ jawapan peperiksaan/ kad laboran.
D10.6 Meniru semasa ujian/ peperiksaan
D10.7 Lambat masuk ke kelas semasa peperiksaan.

25 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

11 Tingkah laku Ponteng – D11

D11.1 Ponteng kelas (Termasuk kelas di luar sidang).


D11.2 Ponteng sekolah
D11.3 Ponteng perhimpunan/majlis sekolah
D11.4 Ponteng aktiviti kokurikulum
D11.5 Ponteng ujian bulanan
D11.6 Ponteng peperiksaan
D11.7 Ponteng kelas tambahan
D11.8 Ponteng kerja pembersihan

12 Tingkah laku Memcemar Alam Sekitar – D12

D12.1 Membuang sampah merata-rata.


D12.2 Tidak membersihkan kelas dan kawasan sekolah.
D12.3 Tidak mematuhi peraturan pihak kecerian sekolah.
D12.4 Membuang air besar dan kencing dan berkencing di kawasan yang
tidak ditetapkan oleh pihak sekolah.
D12.5 Perkara-perkara lain yang ditentukan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

26 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

LAMPIRAN 2

JENIS SALAH LAKU DAN TINDAKAN

27 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Jenis-Jenis Salahlaku Dan Tindakan-Tindakan Yang Boleh Dikenakan

Kesalahan/
Bil Tema Tindakan sekolah
perlakuan
1 1. Melaporkan kepada Pengarah Pendidikan.
2. Menghubungi pegawai kebajikan masyarakat.
3. Merujuk kepada doktor – melalui pegawai kebajikan masyarakat
untuk pengesanan.
4. Rawatan doktor.
5. Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan
Salahguna dadah Masyarakat.
6. Tindakan Pengetua.
7. Nasihat/amaran – Surat panggilan kepada ibubapa.
8. Melaporkan kepada polis
9. Pengakuan bertulis murid dan ibubapa.
10. Gantung sekolah

2 1. Rujuk kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah (Pengarah


Pendidikan)
Mengedar dadah
2. Melaporkan kepada polis
3. Memanggil ibubapa
3 1. Murid boleh digantung persekolahan atau dibuang sekolah.
2. Tindakan Pengetua
3. Memulangkan balik barang yang dicuri atau mengikut nilai.
4. Meminta maaf pada empunya barang dengan disaksi oleh
Mencuri Pengetua.
5. Amaran
Tingkahlaku 6. Pengakuan bertulis murid dan ibubapa untuk berkelakuan baik.
jenayah 7. Memanggil ibubapa

4 1. Memulang balik barang diambil/nilainya.


2. Diberi amaran keras – akhir.
3. Hukuman rotan/gantung sekolah
4. Akuan bertulis ibubapa dan murid.
5. Memanggil ibubapa
Memeras ugut
6. Hukuman kerja amal
7. Jika melibatkan senjata.
8. Penggantungan sekolah
9. Laporan kepada polis.

5 1. Nasihat
2. Amaran keras
3. Pengakuan bertulis murid dan ibubapa.
Berjudi
4. Kerja amal
5. Digantung persekolahan
6. Laporan kepada polis
6 1. Hukuman rotan
2. Dipaksa berdamai dan meminta maaf.
Memukul, bergaduh 3. Digantung persekolahan.
dan mencedera 4. Kerja amal
5. Memanggil ibubapa
6. Pengakuan bertulis

28 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Kesalahan/
Bil Tema Tindakan sekolah
perlakuan
7 Membawa senjata 1. Senjata dirampas
dan berniat jahat 2. Memanggil ibubapa
3. Digantung persekolahan.
4. Amaran dan dilaporkan kepada polis.
8 Merosak harta 1. Membayar ganti rugi.
benda 2. Panggil ibubapa
3. Digantung persekolahan.
4. Pengakuan bertulis.

9 Ahli kumpulan 1. Rujuk kepada Pek. Iktisas 9/75


haram
10 Fitnah 1. ibubapa dihubungi
2. kaunseling
3. amaran/ digantung sekolah
11 Membaca, 1. Dirampas dan disimpan sebagai bukti.
menunjuk dan 2. Rujuk kepada guru kaunseling
menyebar bahan- 3. Kerja amal
bahan dan gambar
lucah.
12 Mengintai murid- 1. Rujuk kepada guru kaunseling
murid perempuan 2. Kerja amal
13 Menulis surat cinta 1. Amaran dan nasihat
2. Rujuk kepada guru bimbingan
3. Kerja amal
14 Tingkah laku Bercumbu/berdua- 1. Amaran dan nasihat
lucah duan dan bercinta 2. Gantung persekolahan
dalam kawasan 3. Panggil ibubapa
sekolah 4. Buang sekolah
15 Ditangkap kerana 1. Rujuk kepada Pengarah Pendidikan.
berkhalwat dan 2. Panggil ibubapa
didenda di
mahkamah
16 Pelacuran/Zina/ 1.Panggil ibubapa
hamil/homo/ 2.Rujuk kepada Pengarah Pendidikan
lesbian/kahwin/
nikah gantung
17 Sengaja mengotori 1. Kelas tahanan
Tingkah laku sekolah atau kelas 2. Bayar ganti rugi
antisosial 3. Kerja amal
1.
18 Sengaja 1. Kerja amal
mengganggu 2. Rujuk kepada guru kaunseling
ketenteraman
sekolah/kelas

29 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Kesalahan/
Bil Tema Tindakan sekolah
perlakuan
1. Panggil ibubapa
Bergaduh dengan 2. Nasihat dan amaran
19
murid lain 3. Diarah berdamai dan minta maaf
4. Digantung sekolah
1. Rujuk kepada guru kaunseling
2. Amaran dan nasihat
Berkelakuan biadab
20 3. Kerja amal
dan angkuh
4. Panggil ibu bapa
5. Digantung sekolah
Conteng 1. Kelas tahanan
21
menconteng 2. Bayar ganti rugi
Benci dan tidak 1. Diberi nasihat
menghormati 2. Kerja amal
22 peraturan sekolah 3. Panggil ibu bapa
dan undang-undang 4. Digantung sekolah
negara 5. Dilapor kepada polis
1. Nasihat
23 Makan dalam kelas
2. Membersihkan kelas
Tidak menghormati 1. Nasihat
24 NegaraKu, lagu 2. Amaran
Negeri 3. Digantung sekolah
1. Amaran
Ponteng
2. Nasihat
25 perhimpunan/ majlis
3. Kerja amal
rasmi
4. Panggil ibu bapa
Sengaja membuat 1. Nasihat/amaran
26 sesuatu yang boleh 2. Kerja amal
memalukan sekolah 3. Digantung sekolah
PONTENG 1. Surat pemberitahuan kepada ibubapa, amaran, nasihat
SEKOLAH 2. Panggil ibu bapa.
(termasuk murid 3. Kerja amal
yang berada di 4. Digantung sekolah
27
sekolah tetapi tidak 5. Jika murid ponteng sekolah 31 hari berturut-turut, Sijil
Tingkahl aku melapor kepada Berhenti Sekolah akan dikeluarkan
tidak jujur guru tingkatan dan 6. Jika murid ponteng sekolah 60 hari secara selang seli, Sijil
masuk ke kelas) Berhenti Sekolah akan dikeluarkan
Ponteng kelas 1. Nasihat
(meninggalkan satu 2. Kerja amal
28
sesi pengajaran dan 3. Digantung sekolah
tidak kembali) 4. Panggil ibubapa

30 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Kesalahan/
Bil Tema Tindakan sekolah
perlakuan
Keluar dari kelas 1. diberi amaran
29 tanpa kebenaran 2. Kerja amal
daripada guru 3. Kaunseling
1. Markah peperiksaan dibatalkan
Meniru dalam 2. Nasihat
30
peperiksaan 3. Kerja amal
4. Memaklumkan kepada ibu bapa
1. Nasihat
2. Rujuk kepada guru kaunseling
31 Membohong
3. Amaran keras
4. Gantung sekolah
Berkelakuan dan 1. Memohon maaf
berbahasa kasar, 2. Nasihat
32 memaki dan 3. Amaran /panggil ibu bapa
Tingkahlaku mencarut 4. Kerja amal
tidak sopan guru/murid 5. kaunseling
Tidak menghormati/
1. Amaran
33 memcabar arahan
2. Kaunseling
pengawas
Tidak berpakaian
kemas (tidak masuk
baju ke dalam
1. Teguran/amaran
seluar, tidak pakai
2. Kerja amal
34 kasut, tidak
3. Panggil ibu bapa
menggunakan
4. Digantung sekolah
tanda nama,
memakai subang,
gelang, rantai)
1. Diberi amaran
Tingkah laku
35 Berambut panjang 2. Rambut dipotong
tabiat
3. Digantung sekolah
(Habitual)
1. Amaran dan nasihat
2. Kaunseling/ panggil ibu bapa
Tidak menepati
36 3. Kerja amal
masa
4. Digantung sekolah

1. Diberi nasihat/amaran
Tidak membawa
2. Kaunseling
buku teks/buku
37 3. Kerja amal
latihan dan lain-lain
4. Panggil ibu bapa
keperluan muridan
5. Digantung sekolah

31 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Kesalahan/
Bil Tema Tindakan sekolah
perlakuan
38 Tidak membawa 1. Diberi nasihat/amaran
buku teks/buku 2. Kaunseling
latihan dan lain-lain 3. Kerja amal
keperluan muridan 4. Panggil ibu bapa
5. Digantung sekolah
39 Tidak menyiapkan 1. Amaran/nasihat
kerja kursus, latihan 2. Kaunseling
dan kerja 3. Kerja amal
rumah/tugasan 4. Panggil ibu bapa
5. Digantung sekolah
40 Membuat bising 1. Diberi amaran
dalam kelas 2. Kaunseling
41 Buang sampah 1. Diberi amaran/nasihat
merata-rata 2. Kkaunseling
3. Diarah membersihkan kawasan
4. Kerja amal
42 Enggan bayar yuran 1. Diberi nasihat
Tambahan sekolah 2. Ibubapa dihubungi
3. Sijil-sijil ditahan
43 Tidak 1. Membayar nilai buku tersebut
memulangkan/ 2. Tidak layak diberi buku teks pada tahun seterusnya
hilang buku teks
44 Merokok 1. Nasihat/kaunseling/panggil ibu bapa
2. Rotan
3. Digantung sekolah
4. Cadangan singkir sekolah
45 Membawa barang 1. Dirampas dan dituntut balik oleh ibu/bapa.
yang dilarang ke 2. Dirampas dan disimpan dan diberi balik pada hujung
sekolah tahun.
3. Dirampas dan dimusnahkan.
46 Membawa/bermain 1. Kaunseling
mercun di kawasan 2. Panggil ibu bapa
sekolah 3. Digantung sekolah
4. Laporan kepada polis

Catatan:
mana-man jenis salah laku dan hukuman yang tidak tercatat
atau tidak jelas dari segi makna yang terkandung dalam buku
peraturan ini, akan ditafsir, dinilai dan ditentukan oleh pihak
pengurusan SMK Taun Gusi II selagi ianya tidak bertentangan
dengan peraturan-peraturan dan arahan-arahan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Jabatan Pendidikan Sabah

32 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

LAMPIRAN 3

SURAT AKU JANJI PELAJAR DAN


PENGAKUAN BAPA

33 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

SURAT AKU JANJI PELAJAR


SMK TAUN GUSI II

NAMA PELAJAR : ___________________________________________ Tingkatan ______________

Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku bahawa saya bersetuju akan mematuhi segala
peraturan sekolah / asrama selama saya belajar di sekolah ini. Sekiranya saya melanggar mana-mana
peraturan yang telah ditetapkan, saya sanggup dan bersedia menerima sebarang bentuk hukuman
yang berkaitan setimpal dengan kesalahan yang saya telah lakukan. Persetujuan ini dibuat atas
kesedaran dan kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan atau paksaan mana-mana pihak.

Tandatangan pelajar

.................... .................................
( )
Tarikh :

PENGAKUAN PENJAGA

Saya _____________________________________________________________________________

penjaga kepada
____________________________________________________________________

mengakui telah membaca buku peraturan ini dan bersetuju menasihati anak/anak jagaan saya supaya
mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini. Saya memberi sepenuh
kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengendali dan menyelesaikan kes disiplin yang melibatkan
anak/anak jagaan saya.

Tandatangan : .....................................................................
Nama : ...............................................................................
No K/P : .............................................................................
Tarikh : ...............................................................................

34 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

LAMPIRAN 4

CONTOH GRAFIK PAKAIAN PELAJAR

35 | P a g e
SMK TAUN GUSI II BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

36 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai