Anda di halaman 1dari 10

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN DESA TEBRAU Kod Sekolah: JEA 1080

1. Nama Guru
SITI SALLEHA BINTI MD SHAPI
3. Bidang: KESIHATAN
2. Judul
KESIHATAN DI TEMPAT KERJA FIZIKAL DAN MENTAL
4. Pengarang NORR HASSIM ISMAIL 5. Muka Surat : 197

6. Terbitan
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
7. Sinopsis

Kesihatan Di Tempat Kerja adalah sebuah buku yang ditulis oleh Noor Hassim Ismail
dan Emilia Zainal Abidin. Buku ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 2014. Jumlah halaman buku ini adalah sebanyak 197 halaman.
Tempat kerja merupakan salah satu faktor yang penting dalam menentukan taraf
kesihatan pekerja. Pekerja memperuntukkan lebih daripada satu per tiga masanya
setiap hari di tempat kerja. Oleh yang demikian, keadaan tempat kerja yang baik akan
menghasilkan pekerja yang sihat dan bermanfaat kepada keadaan tempat kerjanya,
keluarga, agama dan negara. Keadaan tempat kerja yang sihat akan melahirkan
generasi yang sihat manakala keadaan tempat kerja yang mudarat akan mendatangkan
masalah kepada kesihatan fizikal, mental dan sosial pekerja.
Kemudaratan dari aspek kesihatan yang disebabkan oleh keadaan di tempat kerja juga
merupakan antara faktor penting yang perlu diambil berat kerana ia berpotensi serta
menyebabkan kecacatan yang sementara dan kecacatan yang kekal. Perubahan masa
dan peningkatan teknologi yang begitu pesat di tempat kerja menyebabkan pekerja
terdedah kepada bahaya yang baharu di tempat kerja.
Buku ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan mengenai beberapa aspek yang
asas dalam bidang kesihatan pekerjaan. Buku yang mengandungi 23 bab ini
menjelaskan secara terperinci tentang sesuatu penyakit, kesan, faktor-faktor beserta
dengan gambarajah, jadual, formula pengiraan dan statistik bagi sesuatu kes serta
contoh borang penilaian dan borang diagnosis penyakit pekerjaan. Pelbagai
pendedahan mengenai punca, kesan dan faktor-faktor yang mengakibatkan sesuatu
penyakit di tempat kerja dijelaskan secara terperinci. Dengan ini, pembaca akan dapat
gambaran dengan lebih jelas dan dapat menarik minat pembaca untuk membaca buku
ini.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pengajaranya kita haruslah meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai kesihatan di tempat kerja.
Selain itu kita perlu sentiasa mengawasi dan mengambil langkah pencegahan
daripada segala faktor yang boleh membawa mudarat di tempat kerja. Semua faktor
yang bermudarat yang terdapat di tempat kerja boleh dicegah supaya tidak
mendatangkan risiko yang besar kepada pekerja
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Mengenal pasti cara-cara mengatasi kemudaratan dari aspek kesihatan di tempat kerja.
- Menglahirkan organisasi yang sihat dan bermanfaat kepada keadaan tempat kerja.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI SALLEHA BINTI MD SHAPI ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN DESA TEBRAU Kod Sekolah: JEA 1080
1. Nama Guru
SITI SALLEHA BINTI MD SHAPI

2. Judul PETUA MENDIDIK ANAK MENJADI 3. Bidang: MOTIVASI


INSAN POSITIF
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,
4. Pengarang Hj Muhammad Zakaria dan Husna 5. Muka Surat : 104
Hassan
6. Terbitan
TELAGA BIRU SDN. BHD
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam
iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-
anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik
anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor
keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
       Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk,
nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
       Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak
positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan
kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi
sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
       Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan
seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-
anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian  jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak
perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti
lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan
alam sekitar.
     Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu
masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja
sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan
menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
       Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga
doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh
Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif.
Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya
dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai
cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang
berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap
adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

   Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan
anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan
Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu
cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah
kuihnya”.
   “Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang
menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-
pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru
untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
     Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-
anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan
menghormati ibu bapa. Inilah  kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah
pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
    Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti
menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama.
Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.
   
10. Kesimpulan

Secara izharnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana menggunakan bahasa yang
mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh dari al
Quran, al Sunnah serta kontemporari,  ilustrasi menarik dan dipersembahkan dalam bentuk yang
agak santai tetapi padat dengan nilai-nilai keilmuan

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI SALLEHA BINTI MD SHAPI ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMK TAMAN DESA TEBRAU Kod Sekolah: JEA 1080

1. Nama Guru
SITI SALLEHA BINTI MD SHAPI
2. Judul 3. Bidang: MOTIVASI
MENANGANI SIFAT MARAH
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,
4. Pengarang Mumtazah Tumian dan Mahfuzah 5. Muka Surat :104
Omar
6. Terbitan
TELAGA BIRU SDN.BHD
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri.
Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa
yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan
garang. Ianya digelar raja binatang.
     Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga
kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,
     Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah.
Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi
tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
    Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang
terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia
tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta
menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
   Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.
       Selain  itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran
dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang
disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak
terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya.
Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan,
menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua,
sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
   Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang
sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri
bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia
bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang
yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk
dan bersembahyang sunat.
 “Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar”. (Al Ankabut : 45)
  

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan
dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah
seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu,
guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan
berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal
akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan
manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya
dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka..
   
10. Kesimpulan

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan,
kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal
kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI SALLEHA BINTI MD SHAPI ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMK TAMAN DESA TEBRAU Kod Sekolah: JEA 1080

1. Nama Guru
SITI SALLEHA BINTI MD SHAPI

2. Judul MENGURUSKAN DISPLIN 3. Bidang: KAUNSELING


PELAJAR
4. Pengarang Abdullah Sani Yahaya 5. Muka Surat : 244

6. Terbitan
PTS PUBLICATIONS & DISTRBUTIONS SDN.BHD
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak
tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar
tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan
bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih
gemilang.
     Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan
budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang
membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi
muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk
menguasai minda anak watan kita.
   Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah
individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai
salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah
kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan
& kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
   Oleh itu, harapan dan impian semua pihak  agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi
orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi
sekolah sebagai tempat tahanan dan  kongkongan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

      Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan
di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak
membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan
motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
    Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus
dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh
rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat
yang tidak lagi memainkan peranannya
    Di samping itu, terdapat saranan untuk  membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam
bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan  nilai
di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program
Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan
mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar
yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap
kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya
permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal
disiplin dengan bijak supaya tidak  akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing
pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai
yang baik.
   
   
10. Kesimpulan

Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras,
bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar
adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI SALLEHA BINTI MD SHAPI ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMK TAMAN DESA TEBRAU Kod Sekolah: JEA 1080

1. Nama Guru
SITI SALLEHA BINTI MD SHAPI

PENGURUSAN KESELAMATAN
3. Bidang: PENGETAHUAN
2. Judul KEBAKARAN DI PEJABAT
DAN PROFESIONAL
-PEJABAT KERAJAAN DAN
SWASTA
BAHAGIAN PENCEGAH DAN
4. Pengarang 5. Muka Surat : 36
KESELAMATAN KEBAKARAN
6. Terbitan
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
7. Sinopsis

Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan
anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami
justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains
kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada
mengubati” akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca penyalaan,
tindak balas kimia dan reaksi berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula
hendaklah bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti persekitaran, kemalangan, atau
perbuatan khianat. Pengetahuan tentang cara api marak dan merebak boleh membantu
pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan kecederaan atau kehilangan nyawa
penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian bangunan (sehelai sepinggang) hendaklah
dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap tebal boleh membunuh dalam beberapa
saat, manakala api boleh marak dalam beberapa minit sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga kebakaran, iaitu
dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api. Bahagian akhir buku
menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan undang-
undang yang berkenaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa


2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains kebakaran
   

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI SALLEHA BINTI MD SHAPI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai