Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KEM TERENDAK 1 Kod Sekolah: MBE 0045


1. Nama Guru RAFEAH BINTI MAT DAUD
PETUA MENDIDIK ANAK MENJADI
2. Judul 3. Bidang: MOTIVASI
INSAN POSITIF
DATO DR HJ MOHD FADZILAH
4. Pengarang KAMSAH, HJ MUHAMMAD ZAKARIA & 5. Muka surat: 104
HUSNA HASSAN

6. Terbitan TELAGA BIRU SDN.BHD.

7. Sinopsis
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif
yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa
kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun
sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
              Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca
al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian   jika ingin dilihat positif. Di
samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak,
kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
     Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-
royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan
komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen
sosial yang baik.
       Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil
untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat
diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri
individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat
menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-
citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa
kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.
Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan
berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada
positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibubapa kepada
pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya
dengan nilai keagamaan dan moral.
     Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti menyediakan makanan malam. Ianya
proses berterusan yang memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan
persekolahannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................................... ........................................................
(RAFEAH BINTI MAT DAUD)

Anda mungkin juga menyukai