Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEK KEB KG TUN RAZAK Kod Sekolah: MBA2047

1. Nama Guru
MAZNAH BINTI MD YASIN
3. Bidang : AMALAN DAN
2. Judul SEDEKAH AGAR HIDUP LEBIH
BERKAT NILAI
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini dikarang dengan menyatakan ayat suci Al-Quran dan Hadis yang Sahih sebagai
pendorong kepada pembaca untuk terus beramal tanpa rasa ragu. Di samping itu, buku ini
banyak mengupas tentang ganjaran yang akan diterima bagi mereka yang bersedekah dan
teguran bagi mereka yang tidak bersedekah. Dalam pada itu, pembaca juga dapat
menghayati maksud dan pengertian sebuah nilai kehidupan yang lebih baik dalam rumpun
manusia yang pelbagai taraf dan pangkat untuk dikongsikan bersama rezeki yang
diperolehi agar lebih diberkati.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Saya mendapati buku ini dengan jelas mencoretkan antologi ayat-ayat Al-Quran tentang
zakat, infaq dan sedekah yang amat penting diketahui bagi mereka yang bekerja samada
penjawat awam atau swasta. Sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Ali' Imran ayat ke
134 maknanya "(iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya) samada di waktu lapang
mahupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.
Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan".

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Selaku pendidik dan penjawat awam di sekolah, banyak tugas dan perkara yang
dilaksanakan samada melibatkan rakan setugas dan juga klien iaitu murid dan para ibu
bapa mendorong seseorang guru untuk lebih bersedia mencurahkan tenaga, masa dan
harta sekalipun. Melalui buku ini, banyak mendorong saya selaku guru untuk lebih
bermotivasi dalam menghalalkan segala yang diberi dan lebih sikap terbuka untuk siap
sedia memohon maaf mahupun memaafkan pihak lain. Di samping itu, menyedarkan saya
bahawa setiap tugas hendaklah dilaksanakan dengan kesungguhan dan berkongsi hasil
titik peluh bersama insan lain terutama pihak yang lebih memerlukan dalam masa yang
mendesak mahupun lapang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEK KEB KG TUN RAZAK Kod Sekolah: MBA2047

1. Nama Guru
MAZNAH BINTI MD YASIN

2. Judul Petua Mendidik Anak Menjadi 3. Bidang : MOTIVASI


Insan Positif
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik
anakanaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka
Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana
anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata
“Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan
faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang. Justeru, siapa yang
harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau
masyarakat? Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan
anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor,
dan kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan
aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”. Menerusi “latih anak
kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti bersyahadah, solat,
membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi
dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan
dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran
berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan
aktivitiaktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu
masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja
sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan
menanamkan minat komitmen sosial yang baik. Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan
juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk
mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doadoa yang disarankan untuk menjadi
amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-
anak positif berjaya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif.
Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya
dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai
cita-cita sekiranya citacitanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang
berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap
adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.
Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan
anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan
Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu
cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah
kuihnya”. “Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang
menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah
tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga
masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di
sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk
mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral. Kita boleh meniru pendekatan yang
diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anakanaknya. Pertamanya anak-anak perlu
diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa
positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah Allah
dan makhluk-makhluk ciptaanNya. Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas
mendidik ini bukannya mudah seperti menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan
yang memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini
menamatkan bangku persekolahannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai