Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN


SEKOLAH KEBANGSAAN UJONG PASIR
JALAN UJONG PASIR 75050 MELAKA

KERTAS KERJA
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT
BERUNIFORM
PENGAKAP ISTIMEWA

TARIKH
6 dan 7 OKTOBER 2018

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM PPKI
DAN
BADAN KEBAJIKAN IBU BAPA DAN GURU
PENDIDIKAN KHAS

1
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP ISTIMEWA

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik
darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk gejala sosial. Salah
satu aktiviti wajib bagi setiap unit beruniform adalah perkhemahan. Perkhemahan dapat
membantu murid-murid membina jati diri di samping mendidik mereka untuk lebih
berdikari dan yakin dengan kemampuan diri sendiri.
Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, murid akan didedahkan dengan suatu
persekitaran baharu di mana keberanian dan kemahiran mereka akan teruji. Selain itu,
aktiviti-aktiviti ini juga diharap dapat membantu mereka bersiap sedia berhadapan dengan
zaman moden yang serba mencabar dan penuh liku ini. Berbekalkan semangat dan
kepercayaan, adalah diharapkan program ini dapat mencapai objektifnya.
Selaras dengan hasrat negara untuk memasyarakatkan golongan berkeperluan
khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara
langsung kepada murid-murid berkeperluan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan
mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu,
program seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka
minda dan memberi inspirasi kepada murid-murid untuk meneroka masa depan yang lebih
baik di samping mengeratkan lagi silatur rahim dalam kalangan murid dengan murid, murid
dengan guru dan juga guru dengan guru.

2.0 MATLAMAT

Aktiviti ini bermatlamatkan untuk meningkatkan keyakinan diri murid-murid


berkeperluan khas agar dapat berfikir secara rasional apabila berhadapan dengan situasi
mencabar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan ketahanan diri dalam kalangan peserta.


3.2 Meningkatkan disiplin kendiri dalam setiap peserta.
3.3 Menanamkan sikap suka dan meminati gerak kerja kokurikulum.
3.4 Menanam sikap bertoleransi, kerjasama,tolong-menolong dan sentiasa bermuafakat
dalam segala perkara dengan menjauhkan segala perasaan dengki, mementingkan
diri sendiri dan menyalahkan orang lain.
3.5 Membina dan memupuk semangat kepemimpinan dalam kalangan peserta.
3.6 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan
diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup.

4.0 SASARAN

Program perkhemahan ini dibuka kepada murid-murid Kelas Pendidikan Khas


Pembelajaran SK Ujong Pasir, Melaka.
2
5.0 MODULAR PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

MATA
PELAJARAN/ STANDARD KANDUNGAN (SK) STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
NO.
KOMPONEN
1 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi
MELAYU respons dalam pelbagai respons terhadap ayat
situasi perintah
1.1.2 Melafazkan ayat perintah
dalam pelbagai situasi

2 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi


MELAYU respons dalam pelbagai respons terhadap ayat
situasi perintah
1.1.2 Melafazkan ayat perintah
dalam pelbagai situasi
3 PENGURUSAN 1.1 Kenali rakan 1.1.1 Menyatakan nama, umur dan
DIRI jantina rakan
1.1.2 Mengenalpasti panggilan yang
sesuai semasa berkomunikasi
dengan rakan
4 MATEMATIK 5.1 Waktu dalam unit jam dan 5.1.1 Mengenal senggatan minit pada
minit muka jam.
5 PENDIDIKAN 4.1 Bacaan dan perlakuan solat 4.1.2 Menunjukkan perlakuan solat
ISLAM
4.1.3 Menerangkan kebaikan menunaikan
solat
6 PENGURUSAN 2.2 Penjagaan alatan dan 2.2.1 Menamakan jenis alatan dan
DIRI kebersihan diri bahan kebersihan diri.
2.2.2 Menyatakan cara membersih
dan menyimpan alatan dan
bahan kebersihan diri.
2.2.3 Membersih dan menyimpan
alatan dan bahan kebersihan
diri dengan cara yang betul.
7 PENDIDIKAN 5.2 Mempunyai keyakinan dan 5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok
JASMANI tanggungjawab kendiri melakukan aktiviti baharu dalam
semasa aktiviti fizikal
melakukan aktiviti fizikal 5.2.2 Mengamalkan semangat kesukanan
yang tinggi semasa melakukan
aktiviti
5.2.3 Menunjukkan reaksi positif semasa
menerima kemenangan atau
kekalahan
8 MATEMATIK 1.5 Nombor dalam 1.5.3 Mengaplikasikan nombor
kehidupan harian dalam kehidupan seharian
9 KEMAHIRAN 2.1 Pergerakan motor halus 2.1.2 Menunjukkan cara pergerakan
MANIPULATIF menggunakan alatan/bahan motor halus dengan alatan/ bahan
dalam aktiviti seni dan
kraf.
10 PENDIDIKAN 5.1 Mematuhi dan 5.1.1 Mengamalkan kaedah persediaan
JASMANI mengamalkan pengurusan diri sebelum, semasa dan selepas
3
dan keselamatan melakukan aktiviti

MATA
PELAJARAN/ STANDARD KANDUNGAN (SK) STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
NO.
KOMPONEN
5.1.2 Memilih peralatan yang selamat

5.1.3 peralatan di tempat yang selamat


selepas melakukan aktiviti.

5.4 Membentuk kumpulan dan 5.4.3 Melaksanakan aktiviti dalam


saling kumpulan
bekerjasama dalam kumpulan
5.4.4 Memperlihatkan rasa seronok
melakukan aktiviti dalam kumpulan
11 PENDIDIKAN 3.1 Tanggungjawab diri dari 3.1.4 Menunjukkan cara melaksanakan
MORAL aspek kesihatan dan tanggungjawab diri dari aspek
keselamatan di sekolah kesihatan dan keselamatan di
sekolah
12 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi
MELAYU respons dalam pelbagai respons terhadap ayat
situasi perintah

** RPH MODULAR PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM – rujuk Lampiran 4

6.0 BUTIRAN PROGRAM (CONTOH)

Jangkamasa Aktiviti : 2 hari 1 Malam


Tarikh Aktiviti : 6 dan 7 Oktober 2018
Hari Aktiviti : Rabu dan Khamis
Bilangan murid : 30 orang
Bilangan guru dan PPM : 15 orang

7.0 AHLI JAWATANKUASA (CONTOH)

Pengerusi : Pn Janna Bt Daud (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Siti Hamidah Bt Selamat (GPK PK)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Veronica De Mello (GPK 1)
Naib Pengerusi 3 : Pn Almiah Pakiah bt hj. Jusoh (GPK HEM)
Naib Pengerusi 4 : Pn Norhamiza Bt Kamarudin (GPK KOKU)
Penyelaras Program : En Rahimin bin Ibrahim
Penolong Penyelaras : En Ahmad Yunus bin Selim
Setiausaha Program : Pn Norainie Bt Abu Bakar
Naib Setiausaha : Pn Nurul Huda Bt Saat
Bendahari : Cik Nur Natijah Zaihariahmah Bt Zainurrashid

4
AHLI JAWATANKUASA KERJA

Urusetia / Pendaftaran Pengacara Majlis Penutup


Pn. Zainon binti Jantan Pn. Roslinda binti Yusuf
Pn. Nurul Syahirah binti Muhd Salim
AJK Makanan
Buku Program Pn. Hasnah binti Talib
Pn. Haslina binti Othaman Pn. Rohaizah binti Rozali
Pn. Noorakmal bt Saidi
AJK Pengangkutan
En. Muhd Firdaus bin Jauri Dokumentasi
Pn. Nurul Syazana binti Mohd Sam En. Muhd Badrul Hisham bin Ali

Kerohanian & Moral Keselamatan & Kecemasan


En. Muhd Badrul Hisham b. Ali En. Yahaya bin Arip
Pn. Sabariah binti Salleh Pn. Nor Azwin binti Azlan
Pn. Fauziahwati bt Mahat
Kebersihan
Jurugambar & Kawalan Murid En. Muhd Syah bin Hamid
Semua Guru
Semua guru

8.0 TENTATIF PROGRAM

Lihat Borang BP57

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Lihat Borang BP57 Lampiran 2

10.0 SENARAI NAMA GURU DAN MURID

Lihat Borang BP57 Lampiran 3

11.0 PENUTUP

Pihak jawatankuasa mengharapkan agar program yang dirancang ini bakal


melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Murid-murid juga dilatih
supaya mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan
seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling
penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti
yang telah disusun untuk mereka.
Program ini juga diharapkan agar berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang
kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan
dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber
rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program
seumpama dengan lebih baik.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disokong oleh,

………………………………… ……………………………………. ………………………

5
(SETIAUSAHA PROGRAM) (GPK PENDIDIKAN KHAS) (GURU BESAR)

Anda mungkin juga menyukai