Anda di halaman 1dari 9

BIRO KURIKULUM PENDIDIKAN

KHAS
NEGERI MELAKA

Modul
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SECARA MODULAR
KSSR PK TAHUN 3 (SEMAKAN 2017)

KSSR PK
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas
KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA
SURAT

1 Prakata
2 Modular Bahasa Inggeris 1–5
3 Modular Matematik 6–9
4 Modular Bahasa Melayu dan Pengurusan Diri 10 – 14
1
5 Modular Bahasa Melayu dan Pengurusan Diri 15 – 19
2
6 Modular Bahasa Melayu dan Pengurusan Diri 20 – 24
3
7 Modular Bahasa Melayu dan Pengurusan Diri 25 – 29
4
8 Modular Bahasa Melayu, Pendidikan Moral 30 -34
dan Pendidikan Islam
9 Modular Matematik dan Pendidikan Muzik 35 – 39
10 Modular Pendidikan Islam dan Pendidikan 40 – 43
Moral
11 Modular Kemahiran Manipulatif dan 44 -48
PRAKATA
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat serta keizinan-
Nya, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka melalui Unit Pendidikan Khas dapat merealisasikan pembinaan Modul Rancangan Pengajaran
Harian Secara Modular KSSR Pendidikan Khas Tahun 3 (Semakan 2017).

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Unit Pendidikan Khas Negeri Melaka khususnya Biro Kurikulum Pendidikan Khas
Negeri Melaka atas penghasilan modul ini. Saya yakin modul ini berupaya menjadi panduan dan rujukan yang bermanfaat khasnya dalam
bidang Pendidikan Khas di Melaka dan seluruh Malaysia amnya. Selain itu, saya berharap penghasilan modul ini menjadi pemangkin kepada
penulisan yang kreatif dalam bidang pendidikan khas pada masa hadapan. Justeru, membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam usaha
melonjakkan mutu pendidikan dan kemenjadian modal insan pendidikan khas.

Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT. Sesungguhnya, membangunkan Modal Insan
istimewa ini merupakan tugas dan tanggung jawab bersama. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua
yang telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk menghasilkan Modul Rancangan Pengajaran Harian Secara Modular KSSR
Pendidikan Khas Tahun 3 (Semakan 2017).

Sekian, wassalam

HAJI ABU BAKAR BIN SAHARI


PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
PRAKATA
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Puji dan syukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa atas segala rahmat, hidayah dan kasih sayangNya. Alhamdulillah berkat hasil usaha Unit
Pendidikan Khas Negeri Melaka melalui Biro Pembangunan Kurikulum Pendidikan Khas Negeri Melaka serta atas dasar tanggungjawab
terhadap anak-anak istimewa maka terhasillah Modul Rancangan Pengajaran Harian Secara Modular KSSR Pendidikan Khas Tahun 3
(Semakan 2017).

Modul ini dibina berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di mana ia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.

Bagi memenuhi keperluan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, modul yang dihasilkan adalah fleksibel dan bertepatan dengan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Julai 2013. Pembinaan Modul Rancangan Pengajaran Harian Secara Modular
KSSR Pendidikan Khas Tahun 3 (Semakan 2017) ini diharap mampu menjadi panduan dan modul sokongan bagi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah selain menjadi medium untuk membantu menjana idea dan kreativiti guru bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan akan lebih jelas, menarik, menyeronokkan dan bermakna. Semoga modul ini dapat digunakan secara
maksimum dan memberi manfaat kepada semua pihak.

HJ. SHAMSUDDIN BIN HARUN


KETUA SEKTOR
PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA
PRAKATA
KETUA UNIT PENDIDIKAN KHAS

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t atas limpah dan kurniaNya yang memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata
dalam Modul Rancangan Pengajaran Harian Secara Modular KSSR Pendidikan Khas Tahun 3 (Semakan 2017) ini. Ucapan jutaan
terima kasih dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa modul ini yang telah mencetuskan idea sehingga modul ini dihasilkan.

Modul yang mengandungi Rancangan Pelajaran Harian bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 3 (Semakan) ini boleh
dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara penggabungjalinan pelbagai
mata pelajaran atau standard pembelajaran yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan
kreatif. Selaras dengan konsep pembelajaran abad ke-21 di mana proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.

Kepelbagaian Keupayaan Kognitif murid sangat menuntut para pendidik lebih kreatif semasa merancang dan melaksanakan aktiviti
pembelajaran di dalam bilik darjah supaya ia bersifat didik hibur dan efektif. Justeru, diharapkan usaha murni yang disumbangkan oleh semua
pihak dalam pembinaan Modul Rancangan Pengajaran Harian Secara Modular KSSR Pendidikan Khas Tahun 3 (Semakan 2017) ini,
dapat menjadi pemangkin kepada pembinaan modul-modul seterusnya pada masa akan datang. Kolaboratif yang disepadukan dengan idea-
idea yang bernas pasti dapat memberi impak yang maksima terhadap usaha melahirkan modal insan cemerlang pada masa kini dan akan
datang.

MD. AZIZ BIN HAJI LANI


KETUA UNIT PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA
SEULAS BICARA
PENGERUSI TEKNIK KURIKULUM RENDAH
NEGERI MELAKA

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak khususnya ahli jawatankuasa pembina modul
yang terdiri dalam kalangan guru-guru pendidikan khas seluruh negeri Melaka, atas sumbangan dalam pelbagai aspek sehingga terhasilnya
Modul Rancangan Pengajaran Harian Secara Modular KSSR Pendidikan Khas Tahun 3 (Semakan 2017).

Modul ini sebagai panduan kepada semua warga guru khususnya bagi guru-guru baharu yang umumnya yang masih kurang pengalaman
untuk melaksanakan PdPc murid-murid berkeperluan khas yang mempunyai kepelbagaian tahap kognitifnya. Penyusunan aktiviti pembelajaran
yang dijalankan secara kelas dan juga dalam kumpulan-kumpulan kecil membantu guru untuk lebih fokus kepada murid-murid mengikut tahap
keupayaan mereka di samping guru perlu mengetahui di mana peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) diperlukan semasa sesi
pembelajaran berlangsung. Konsep didik hibur dan penggabungjalinan beberapa komponen mata pelajaran yang diterapkan melalui modul ini
juga diharapkan menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas murid berkeperluan khas lebih bermakna dan menyeronokkan. Saya
berharap modul in idapat membantu para guru lebih kreatif semasa merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di
luar bilik darjah.

HAJAH SITI HAMIDAH BINTI SELAMAT


PENGERUSI TEKNIK KURIKULUM RENDAH
NEGERI MELAKA
SENARAI JAWATANKUASA PEMBINAAN MODUL

Bil Nama Sekolah / Unit Bidang Tugas

1. Tn. Haji Shamsuddin Bin Harun Unit Pendidikan Khas Ketua Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas

2. En. Md. Aziz Bin Haji Lani Unit Pendidikan Khas Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri Melaka

Pn. Hajah Siti Hamidah Binti Teknikal – Semakan Modul Keseluruhan


3. SK Ujong Pasir
Selamat
4. Cik Johaidah Binti Othman SK Kem Terendak 2 Teknikal – Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

5. Pn. Aiman Sabaryni Binti Yahya SK Kuala Linggi Teknikal – Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

6. Pn. Noranninah Binti Abu Bakar SK Bukit Rambai Teknikal – Kertas Kerja Dan Program Lawatan

Pn. Hajah Siti Zalena Binti Haji Pembina dan Semakan Pembentangan Kertas Kerja Program Dan Aktiviti
7. SK Simpang Empat
Abdullah

8. Pn. Nora Hasni Binti Abd. Rani SK Padang Sebang Pembina Kertas Kerja Program Dan Aktiviti

9. Cik Hajah Khadijah Binti Jusin SK Simpang Empat Pembina Kertas Kerja Program Dan Aktiviti

10. Amirah Binti Abd. Rahman SK Ujong Pasir Pembina Kertas Kerja Program Dan Aktiviti

11. Pn. Hajah Hanisah Binti Bador SK Bukit Beruang Pembina dan Semakan Pembentangan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

12. Pn. Haslinda Binti Othman SK Terentang Pembina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

13. Pn. Jamaliah Binti Hassan SK Kampung Gelam Pembina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

14. Pn. Rahayu Binti Mohd Yusof SK Parit Gantong Pembina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

15. Pn. Norhasiken Binti Othman SK Batu Gajah Pembina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
16. Pn. Norashikin Binti Abu Hassan SK Batang Melaka Pembina dan Semakan Pembentangan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

17. Pn. Norbaizura Binti Mohamad Ali SK Pulau Sebang Pembina Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

18. Pn. Ainun Jariah Binti Jameran SK Belimbing Dalam Pembina Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

19. Pn. Julitah Binti Minhad SK Tehel Pembina Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

20. Pn. Azlinda Binti Abdullah SK Felda Bukit Senggeh Pembina Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
PENGHARGAAN JUGA KEPADA
SEMUA PESERTA KURSUS
KSSR PK TAHUN 3
NEGERI MELAKA
TAHUN 2018

Anda mungkin juga menyukai