Anda di halaman 1dari 8

BIRO KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS

NEGERI MELAKA

Modul
AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
PENDIDIKAN KHAS
KSSR PK TAHUN 3 (SEMAKAN 2017)

KSSR PK
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas
KANDUNGAN

Prakata Pengarah Pendidikan Negeri Melaka


Prakata Ketua Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan
Khas
Prakata Ketua Unit Pendidikan Khas
Seulas Bicara Pengerusi Teknik Kurikulum Rendah Negeri
Melaka
Aktiviti Luar : Lawatan Sambil Belajar

Aktiviti Luar : Aktiviti Berenang dan Bermain Boling

Aktiviti Luar : Pengurusan Wang Saku

Aktiviti Luar : Program Ziarah Hari Raya

Aktiviti Luar : Perkhemahan

Aktiviti Luar : Aktiviti Audiovisual

Aktiviti Luar : Bermain Pasir

Aktiviti Luar : Aktiviti Berkuda

Program : Program Usahawan Muda

Program : Minggu Pendidikan Khas

Senarai Jawatankuasa Pembina Modul


PRAKATA
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam


Sejahtera,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpahan rahmat serta keizinan-Nya, Jabatan Pendidikan Negeri
Melaka melalui Unit Pendidikan Khas dapat merealisasikan pembinaan Modul Kertas Kerja
Program Dan Aktiviti Pendidikan Khas Tahun 3 (Semakan 2017).

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Unit Pendidikan Khas Negeri
Melaka khususnya Biro Kurikulum Pendidikan Khas Negeri Melaka atas penghasilan modul
ini. Saya yakin modul ini berupaya menjadi panduan dan rujukan yang bermanfaat khasnya
dalam bidang Pendidikan Khas di Melaka dan seluruh Malaysia amnya. Selain itu, saya
berharap penghasilan modul ini menjadi pemangkin kepada penulisan yang kreatif dalam
bidang pendidikan khas pada masa hadapan. Justeru, membuktikan bahawa tiada yang
mustahil dalam usaha melonjakkan mutu pendidikan dan kemenjadian modal insan
pendidikan khas.

Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah
SWT. Sesungguhnya, membangunkan Modal Insan istimewa ini merupakan tugas dan
tanggung jawab bersama. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya
kepada semua yang telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk menghasilkan Modul
Kertas Kerja Program Dan Aktiviti Pendidikan Khas Tahun 3 (Semakan 2017).
Sekian, wassalam

HAJI ABU BAKAR BIN SAHARI


PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
PRAKATA
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN
KHAS

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam


Sejahtera,

Puji dan syukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa atas segala rahmat, hidayah dan kasih
sayangNya. Alhamdulillah berkat hasil usaha Unit Pendidikan Khas Negeri Melaka melalui
Biro Pembangunan Kurikulum Pendidikan Khas Negeri Melaka serta atas dasar
tanggungjawab terhadap anak-anak istimewa maka, Modul Kertas Kerja Program Dan
Aktiviti Pendidikan Khas Tahun 3 (Semakan 2017).

Modul ini dibina berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran di mana ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan
pendidikan seumur hidup.

Bagi memenuhi keperluan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, modul yang
dihasilkan adalah fleksibel dan bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) Julai 2013. Pembinaan Modul Kertas Kerja Program Dan Aktiviti
Pendidikan Khas Tahun 3 (Semakan 2017) ini diharap mampu menjadi panduan dan
modul sokongan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah selain
menjadi medium untuk membantu menjana idea dan kreativiti guru bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan akan lebih jelas, menarik, menyeronokkan
dan bermakna. Semoga modul ini dapat digunakan secara maksimum dan memberi
manfaat kepada semua pihak.

TN. HJ. SHAMSUDDIN BIN HARUN


KETUA SEKTOR
PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA
PRAKATA
KETUA UNIT PENDIDIKAN KHAS

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam


Sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t atas limpah dan kurniaNya yang memberi peluang
kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Modul Kertas Kerja Program
Dan Aktiviti Pendidikan Khas Tahun 3 (Semakan 2017) ini. Ucapan jutaan terima kasih
dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa modul ini yang telah mencetuskan idea
sehingga modul ini dihasilkan.

Modul ini mengandungi Rancangan Pelajaran Harian bagi Kurikulum Standard


Sekolah Rendah Tahun 3 (Semakan) ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru
bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara penggabungjalinan
pelbagai mata pelajaran yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi menjadikan sesi
pembelajaran lebih menarik dan kreatif. Selaras dengan konsep pembelajaran abad ke-21
di mana proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.

Kepelbagaian Keupayaan Kognitif murid sangat menuntut para pendidik lebih kreatif
semasa merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah supaya ia
bersifat didik hibur dan efektif. Justeru, diharapkan usaha murni yang disumbangkan oleh
semua pihak dalam pembinaan Modul Kertas Kerja Program Dan Aktiviti Pendidikan
Khas Tahun 3 (Semakan 2017) ini, dapat menjadi pemangkin kepada pembinaan modul-
modul seterusnya pada masa akan datang. Kolaboratif yang disepadukan dengan idea-idea
yang bernas pasti dapat memberi impak yang maksima terhadap usaha melahirkan modal
insan cemerlang pada masa kini dan akan datang.

MD. AZIZ BIN HAJI LANI


KETUA UNIT PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA
SEULAS BICARA
PENGERUSI TEKNIK KURIKULUM RENDAH

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam


Sejahtera,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak khususnya ahli jawatankuasa pembina modul yang terdiri dalam kalangan guru-guru
pendidikan khas seluruh negeri Melaka, atas sumbangan dalam pelbagai aspek sehingga
terhasilnya Modul Aktiviti Luar Bilik Darjah Pendidikan Khas yang berteraskan DSKP
KSSR PK Tahun 3 (Semakan 2017).

Modul ini sebagai panduan kepada semua warga guru khususnya bagi guru-guru baharu
yang umumnya kurang berpengalaman untuk mengendalikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah murid berkeperluan khas yang mempunyai kepelbagaian
tahap kognitifnya. Penyusunan aktiviti pembelajaran yang dijalankan secara kelas dan juga
dalam kumpulan-kumpulan kecil membantu guru untuk lebih fokus kepada murid-murid
mengikut tahap keupayaan mereka di samping guru perlu mengetahui di mana peranan
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) diperlukan semasa sesi pembelajaran berlangsung.
Konsep didik hibur dan penggabungjalinan beberapa komponen mata pelajaran yang
diterapkan melalui modul ini juga diharapkan menjadikan pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas murid berkeperluan khas lebih bermakna dan menyeronokkan. Saya berharap
modul in idapat membantu para guru lebih kreatif semasa merancang dan melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

HAJAH SITI HAMIDAH BINTI SELAMAT


PENGERUSI TEKNIK KURIKULUM RENDAH
NEGERI MELAKA
SENARAI JAWATANKUASA PEMBINAAN MODUL

Bil Nama Sekolah / Unit Bidang Tugas

Ketua Sektor Pendidikan Swasta Dan


1. Tn. Haji Shamsuddin Bin Harun Unit Pendidikan Khas
Pendidikan Khas

Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri


2. En. Md. Aziz Bin Haji Lani Unit Pendidikan Khas
Melaka
Pn. Hajah Siti Hamidah Binti Teknikal – Semakan Modul
3. SK Ujong Pasir
Selamat Keseluruhan
Teknikal – Rancangan Pengajaran
4. Cik Johaidah Binti Othman SK Kem Terendak 2
Tahunan (RPT)
Teknikal – Rancangan Pelajaran
5. Pn. Aiman Sabaryni Binti Yahya SK Kuala Linggi
Harian (RPH)
Teknikal – Kertas Kerja Dan Program
6. Pn. Noranninah Binti Abu Bakar SK Bukit Rambai
Lawatan
Pembina dan Semakan
Pn. Hajah Siti Zalena Binti Haji
7. SK Simpang Empat Pembentangan Kertas Kerja Program
Abdullah
Dan Aktiviti
Pembina Kertas Kerja Program Dan
8. Pn. Nora Hasni Binti Abd. Rani SK Padang Sebang
Aktiviti
Pembina Kertas Kerja Program Dan
9. Cik Hajah Khadijah Binti Jusin SK Simpang Empat
Aktiviti
Pembina Kertas Kerja Program Dan
10. Amirah Binti Abd. Rahman SK Ujong Pasir
Aktiviti
Pembina dan Semakan
11. Pn. Hajah Hanisah Binti Bador SK Bukit Beruang Pembentangan Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT)
Pembina Rancangan Pengajaran
12. Pn. Haslinda Binti Othman SK Terentang
Tahunan (RPT)
Pembina Rancangan Pengajaran
13. Pn. Jamaliah Binti Hassan SK Kampung Gelam
Tahunan (RPT)
Pembina Rancangan Pengajaran
14. Pn. Rahayu Binti Mohd Yusof SK Parit Gantong
Tahunan (RPT)
Pembina Rancangan Pengajaran
15. Pn. Norhasiken Binti Othman SK Batu Gajah
Tahunan (RPT)
Pembina dan Semakan
16. Pn. Norashikin Binti Abu Hassan SK Batang Melaka Pembentangan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH)
Pembina Rancangan Pengajaran
17. Pn. Norbaizura Binti Mohamad Ali SK Pulau Sebang
Harian (RPH)
Pembina Rancangan Pengajaran
18. Pn. Ainun Jariah Binti Jameran SK Belimbing Dalam
Harian (RPH)
Pembina Rancangan Pengajaran
19. Pn. Julitah Binti Minhad SK Tehel
Harian (RPH)
Pembina Rancangan Pengajaran
20. Pn. Azlinda Binti Abdullah SK Felda Bukit Senggeh
Harian (RPH)
PENGHARGAAN JUGA KEPADA
SEMUA PESERTA KURSUS
KSSR PK TAHUN 3
NEGERI MELAKA
TAHUN 2018

Anda mungkin juga menyukai