Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS

TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 2 TAHUN 4
TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : NURULHANUN BINTI ZULKIFLI

ANGKA GILIRAN : 2017092340073

NO KAD PENGENALAN : 970720115170

KUMPULAN/UNIT : PISMP SAINS UNIT 2

KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN


PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
GURU

NAMA PENSYARAH : TUAN HAJI MOHD ANUWI BIN HUSAIN

TARIKH HANTAR : 05 MAC 2021

TARIKH TERIMA :

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, pada Allah Taala jua saya panjatkan syukur di atas segala nikmat anugerah-
Nya yang tidak terkira banyaknya yang diberikan secara percuma, tanpa sedikit pun bayaran
tuntutan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. yang
membawa sinar cahaya kehidupan yang lurus menuju Allah, meniti jalan bahagia yang
hakiki. Dengan segala nikmat yang telah diberi Allah Taala, dapat saya menyiapkan tugasan
kerja kursus subjek Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru
(EDUP3083) menurut garis panduan yang ditetapkan. Insyallah…

Pertamanya, sejuta penghargaan buat pensyarah pebimbing subjek, Tuan Haji


Anuwi bin Husain dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Di bawah
bimbingan Tuan Haji, saya dan sahabat telah mendapat pendedahan yang mantap tentang
pengetahuan subjek Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru ini.
Perkongsian ilmu tersebut sangat bermakna dan dijadikan panduan.

Tidak dilupakan juga, penghargaan buat sahabat-sahabat saya dari kelas Sains 2
yang turut sama menggembeleng tenaga mengumpul bahan dan sumber berkaitan tugasan
EDUP3083Cini. Sedikit sebanyak perbincangan kecil yang telah dijalankan bersama-sama
telah banyak membantu saya dalam menjayakan tugasan. Semangat dan dorongan
daripada kalian menyuntik tekal dalam jiwa.

Akhir sekali, tidak dilupakan juga, saya titipkan sekalung penghargaan dan budi buat
pemilik cinta abadi saya khususnya ibu bapa saya yang telah banyak membantu dan
sentiasa memberi sokongan serta dorongan sejak kecil dalam apa jua aktiviti yang saya
lakukan. Segala nasihat dan yang diberikan tidak akan saya lupakan sepanjang hayat saya.
Wassalam… 

2
SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat

Penghargaan 1

Senarai Kandungan 2

1.0 Pengenalan 3

2.0 Pelan Pembanguanan Diri Dan Kerjaya 3

3.0 Isu Dan Cabaran 5

4.0 Cabaran Semasa Yang Dihadapi Oleh Kepimpinan Sekolah 4

5.0 Peranan Guru Sebagai Pemimpin Profesional Dalam Meningkatkan 6


Kualiti Pelbagai Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran

6.0 Penutup 7

Bibliografi 8

Lampiran 8

2
1.0 PENGENALAN

Perubahan zaman telah membawa manusia kepada kancah Revolusi Industri 4.0. Menurut
pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial
Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan
superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan
perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan
fungsi otak.

Revolusi ini melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua
sektor di Malaysia yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan
transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing. Sehubungan dengan itu, bagi
mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi Revolusi Industri 4.0 ini, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

Sebagai seorang siswa guru yang bakal berkhidmat di sekolah kerajaan mendidik
anak bangsa, saya perlu mempersiapkan diri secara mental dan fizikal untuk menjayakan
pelan-pelan ini. Revolusi Industri 4.0 adalah berkait rapat dengan opsyen pendidikan saya,
iaitu Sains. Perkembangan bidang teknologi adalah berkait rapat dengan perkembangan
ilmu Sains. Justeru itu, bagi mendukung hasrat KPM untuk melahirkan generasi yang
mampu bersaing dalam Revolusi Industrii 4.0 ini, saya perlu menjadi seorang guru yang
professional dan versatile.

2.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA

Sebagai seorang bakal guru Sains, saya telah merangka pelan pembangunan diri dan
kerjaya saya yang tersendiri. Dalam masa 5 tahun perkhidmatan, saya ingin mengenal pasti
bakat dan kebolehan diri saya dalam Pendidikan. Yang paling utama ialah menonjolkan
Kemahiran Insaniah (KI) yang telah saya mahiri sepanjang 5 tahun belajar di Institut
Pendidikan Guru (IPG). Menurut Mohd Salleh et.al (2010), KI merupakan kemahiran yang
perlu dimiliki oleh seseorang untuk digunakan semasa melakukan pekerjaan yang
melibatkan kemahiran-kemahiran khusus dan ianya boleh berkembang melalui proses
tumbesaran, kematangan dan penuaan.

2
Memahiri KI adalah satu kriteria yang sangat penting untuk menjadi seorang guru
yang profesional dan versatile. Kemahiran insaniah yang perlu saya tonjolkan oalah
kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran
keusahawanan, moral dan etika profesional dan kemahiran kepimpinan. Saya yakin bahawa
KI yang saya ada boleh membantu saya menjadi seorang guru yang kreatif, profesional
kompeten dan versatile.

Perkembangan ilmu Sains mencambah inovasi di serata dunia. Bahkan di Malaysia


sendiri, inovasi dalam pendidikan amatlah diberi perhatian. Sepanjang belajar di IPG, saya
telah beberapa kali menyertai pertandingan inovasi sehingga ke peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Justeru itu, saya merancang untuk mencipta sesuatu di sekolah kelak. Saya
akan libatkan murid yang berminat bagi mengasah kreativiti dan bakat mereka. Inovasi yang
saya bina ini akan saya ketengahkan sehingga ke peringkat lebih tinggi.

Profesion keguruan sememangnya satu pekerjaan yang profesional. Namun,


seseorang guru itu akan dilabel seorang yang profesional hanya apabila beliau cemerlang
dalam kurikulum. Saya ingin mengangkat diri saya sebagai seorang yang sangat mahir
dalam subjek Sains, memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Sains serta fasih dalam pedagogi Sains baik secara bersemuka atau secara atas talian.
Saya juga menyimpan hasrat untuk menjadi pemeriksa UPSR untuk mata pelajaran Sains
dan menjadi Jurulatih Utama (JU) Sains Kebangsaan. Sasaran saya sepanjang berkhidmat
ialah untuk menjadi guru cemerlang di sekolah.

Guru yang versatile tidak boleh hanya fokus dalam bidang kurikulum sahaja, tetapi
perlu libatkan diri dalam bidang kokurikulum juga. Di IPG, elektif teras saya ialah Pendidikan
Jasmani (PJ). Oleh itu, saya mempunyai kelayakan untuk mengajar PJ apabila berkhidmat
sebagai guru kelak. Saya menyimpan cita-cita untuk menubuhkan Kelab Sofbol dan
menjadi jurulatih yang menguruskan pasukan sofbol di sekolah. Melalui sesi Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) PJ, saya dapat mengenal pasti murid yang berbakat dalam sukan
sofbol untuk dilatih menjadi atlet sofbol sekolah.

Di samping itu, bagi membangunkan kerjaya saya, saya berhasrat untuk menjadi
seorang guru yang boleh mengendalikan acara sukan sekolah dan pelbagai pertandingan
peringkat sekolah seperti pertandingan nasyid dan teater. Bakat-bakat murid ini boleh digilap
dan ditonjolkan ke peringkat yang lebih tinggi seperti negeri dan kebangsaan. Saya juga
berhasrat untuk terus membangunkan diri dan kerjaya dalam bidang kepegawaian Kesatuan
Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Segala ilmu dan pengalaman yang ditimba di IPG tidak

2
akan saya sia-siakan dan akan terus cuba memajukan diri dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.

Akhir sekali, saya juga merancang untuk membangunkan kerjaya saya dalam
Persatuan Pengakap. “Once a scout, forever a scout.” Begitulah slogan pengakap yang
tersemat dalam hati semua ahli pengakap seluruh dunia. Saya telah menjadi anggota
pengakap semenjak di bangku sekolah dan berhasrat untuk menjadi guru pengakap yang
aktif supaya murid berpeluang menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Persekutuan
Pengakap Malaysia seperti Jambori Pengakap Malaysia atau Jambori Pengakap
Antarabangsa. Jambori Pengakap merupakan satu program tahunan yang mengumpul ahli
pengakap dari seluruh negeri atau negara. Ia merupakan satu program gah yang memberi
pengalaman yang sangat bermakna.

3.0 ISU DAN CABARAN YANG AKAN DIHADAPI

“Tidak semua pentadbir dan guru boleh menerima inovasi”. Demikian kata-kata Guru
Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam, Encik Zamrai bin
Jusoh. Tetapi hal ini tidak boleh dijadikan sebagai satu batu halangan untuk saya
melaksanakan perancangan saya untuk membina inovasi di sekolah. Dalam menangani isu
ini, saya perlu bijak menggunakan KI yang saya mahiri ketika berhujah untuk
memperjuangkan matlamat saya. Cabaran kedua yang saya akan hadapi ialah masalah
kekurangan dana untuk menyertai pertandingan inovasi atau pertandingan sukan. Saya
perlu meluaskan rangkaian kenalan saya bagi memudahkan saya mendapatkan dana bagi
tujuan memajukan diri dan kerjaya.

Pada pendapat saya, cabaran yang paling utama dalam usaha menjadi seorang guru
yang profesional, kompeten, kreatif dan versatile ialah beban kerja yang terlalu banyak
sehingga mengganggu waktu rehat dan tugas hakiki saya sebagai seorang guru. Saya juga
berpendapat bahawa budaya kerja di Malaysia agak toksik di mana seseorang yang
dianggap berkebolehan akan diberi tugasan yang sangat banyak. Perkara ini berpunca
daripada pembahagian tugas yang tidak sekata. Guru cemerlang tidak diberi penghargaan,
sebaliknya mendapat tugasan demi tugasan sehingga wujud perasaan tidak mahu
‘menonjolkan diri’ dalam kalangan guru. Situasi ini saya perhatikan sendiri semasa
berpraktikum di sekolah sekitar Terengganu.

2
Di samping itu, saya merasakan bahawa saya mungkin akan berhadapan dengan
masalah rakan sekerja atau pentadbir sekolah yang tidak sehaluan dengan matlamat saya.
Perkara ini mungkin akan melemahkan semangat saya dalam usaha membangunkan diri
dan kerjaya. Untuk menjadi guru yang versatile, saya perlu memahiri pelbagai kemahiran.
Sedangkan sepanjang menjalani latihan di IPG, saya hanya memahirkan diri dalam bidang
Sains dan PJ. Oleh itu, memahiri pelbagai kemahiran merupakan satu cabaran yang besar
buat saya.

Akhir sekali, semasa berpraktikum selama 3 bulan di dua buah sekolah, saya
mengalami kesukaran melaksanakan PdPc Sains dan PJ dengan baik dek kerana masalah
fasiliti sekolah yang tidak lengkap Hasrat saya dalam bidang kokurikulum ialah untuk
menubuhkan Kelab Sofbol bagi melahirkan atlet sofbol. Namun begitu, sukan sofbol
bukanlah satu sukan yang popular di Malaysia. Oleh itu kelengkapan sukan ini tidak
dititiberatkan sebagaimana bola sepak. Justeru, saya berpendapat bahawa saya akan
berhadapan dengan masalah kelengkapan sofbol yang tidak mencukupi untuk menubuhkan
Pasukan Sofbol di sekolah kelak.

4.0 PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN PROFESIONAL DALAM MENINGKATKAN


KUALITI PELBAGAI ASPEK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2010), kepimpinan
profesional dalam kalangan guru dapat diklasifikasikan kepada empat iaitu perancangan,
pengelolaan, pengarahan dan pengawalan. Perancangan merupakan antara aspek
kepemimpinan profesional dalam konteks guru. Secara amnya, “perancangan merujuk
kepada penentuan matlamat jangka panjang dan jangka pendek.” (Ragbir Kaur Joginder
Singh, 2012). Guru perlu merangka dan membina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT),
Mingguan (RPM) dan Harian (RPH) bagi membolehkan sesi PdPc berjalan dengan
sistematik dan teratur. Perancangan yang teliti boleh membantu guru memilih pendekatan
dan pedagogi yang paling sesuai untuk memudahkan murid memahami sesuatu topik
pembelajaran.

Aspek kepimpinan professional yang kedua ialah pengelolaan. Berdasarkan konsep


yang dikemukakan oleh Wong Kiet Wah et al. (2018), pengelolaan merujuk kepada
peningkatan penyempurnaan perancangan untuk mencapai matlamat. Untuk meningkatkan
kualiti PdPC, guru perlu menyediakan diri dengan ilmu dan kemahiran yang berkaitan
dengan topik sebelum melaksanakan PdPc agar berjalan dengan lancar. Sewaktu
melaksanakan PdPc, guru perlu bersikap profesional dan tidak boleh terbawa-bawa emosi
kerana boleh mengganggu emosi dan motivasi murid untuk belajar.
2
Seterusnya, pengarahan merujuk kepada cara pemimpin melaksanakan tugas dan
mempengaruhi individu yang dipimpin untuk mendapatkan kerjasama bagi melaksanakan
tugas. Dalam aspek PdPc, Di dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai seorang
pemimpin yang arif tentang cara yang sesuai untuk mengawal orang bawahannya. Semasa
PdPc berlangsung, guru perlu bijak memberi arahan yang bersesuaian dengan tahap
pemikiran murid. Jika arahan yang diberikan terlalu kompleks, murid akan mengalami
kesukaran untuk mengikutinya dan seterusnya akan menimbulkan kekecohan seperti tidak
melakukan tugasan, mengganggu rakan dan sebagainya.

Aspek kepimpinan profesional yang terakhir ialah pengawalan iaitu proses untuk
menentukan dan menjamin agar kegiatan individu yang dipimpin terarah pada pencapaian
matlamat yang telah ditetapkan (Syed, 2010). Guru berperanan mengawal kelas dengan
baik sehingga sesi PdPc berakhir. Guru juga berperanan memastikan semua murid faham
dan boleh melaksanakan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika guru gagal
mengawal kelas, maka guru itu diklasifikasikan sebagai seorang guru yang tidak kompeten.

5.0 PENUTUP

Tuntas kata, saya memasang impian setinggi gunung untuk menjadi seorang guru yang
kreatif, profesional, kompeten dan versatile serta bersedia menerima sebarang perubahan.
Saya akan memastikan segala pelan pembangunan diri dan kerjaya yang saya rancang
akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Sebagai seorang bakal guru Sains, saya
menyokong seratus peratus Pelan Pembangunan Pendidikan yang dirangka oleh KPM dan
akan lakukan yang terbaik untuk melahirkan generasi yang mampu bersaing dalam Revolusi
Industri 4.0.

2
BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim, A. R. (2003). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Cheras:


Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad, S. M. (2010). Asas kepimpinan dan perkembangan profesional. Penerbitan
Multimeda Sdn, Bhd.

Dahalan, A. S. B. M. (2020, May 11). MOE - Kenyataan Media: Tema Hari Guru Tahun
2020: “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.” Kementerian Pendidikan
Malaysia. https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/media-statement/kenyataan-
media-tema-hari-guru-tahun-2020-berguru-demi-ilmu-bina-generasi-baharu

Esah, S. (2014). Pengenalan pedagogi. Universiti Teknologi Malaysia.

Hussin, M. A. A. B. A. (2019, July 19). Contoh Laporan Temu Bual Peranan Guru sebagai
Pemimpin Profesional dalam Pelbagai Aspek Pembelajaran dan Pemudahcaraan.
Muhammad al Afzan. https://cikguafzan96.blogspot.com/2019/07/contoh-laporan-
temu-bual-peranan-guru.html

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025 (Pendidikan tinggi). Kementerian Pendidikan Malaysia.
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/pppm-2015-2025-pt

Kurniawati, K. (2018, Disember 25). Revolusi industry 4.0: perlu bersiap, perubahan pantas

pensyarah. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/457633

M. Taufiq, A. (2016). Inovasi Pendidikan melalui problem based learning: bagaimana


pendidik
memperdayakan pemelajar di era pengetahuan. Kencana.

Mohd Salleh, A., Kamaruddin, M. I., Abu Bakar, Z., Ibrahim, M. A., Megat Zakaria, M. A. Z.&
Bunyamin, M. A. H. (2010). Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Guru
Pelatih Fakulti Pendidikan UTM. Kertas Institusi. Fakulti Pendidikan, UTM

Raja, P. K. A., & Saya, L. P. L. (n.d.). Pengetahuan tentang pengakap. Pasukan Pengakap
Kelana Zon Parit Raja. Retrieved March 5, 2021, from
http://kelana4ever.blogspot.com/p/pengetahuan-tentang-pengakap.html

2
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan ilmu pendidikan untuk DPLI pedagogi.
Subang
Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2009). Amalan Pengajaran

Berkesan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Syed, I. S. M. & Ahmad, S. M. (2010). Guru dan cabaran semasa. Penerbitan Multimedia.

Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar. (2006). Kerjaya Sebagai Guru. Kuala Lumpur: PTS

Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Wong, K. W. et. al. (2018). Asas kepimpinan dan pembangunan profesionalisme guru edisi
kedua. Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai