Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN

MIZAN,
22200 BESUT, TERENGGANU

NAMA : MU’AZ BIN AHMAD SHUKRI

NO.KP : 970710-02-5593

NO. ANGKA GILIRAN : 2016102340078

UNIT : 8 PISMP RBT 2

EDUP3083
ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME

NAMA
PENSYARAH : PN. ROSLIZA BINTI AWANG
EN. ZULKIFLI BIN DAUD

JABATAN : JABATAN ILMU PENDIDIKAN

TARIKH
HANTAR : 8 MAC 2020
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KAMPUS SULTAN MIZAN, KOTA PUTRA,
22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.

Borang Maklum Balas Kerja Kursus

Nama Pelajar: MU’AZ BIN AHMAD SHUKRI Angka Giliran/ No. KP :970710025593

Unit/Kump : RBT2 Ambilan: JUN 2016


Tajuk tugasan: LAPORAN TEMUBUAL
Kod/Mata pelajaran: EDUP3083 Pensyarah: PN. ROSLIZA BINTI AWANG
EN. ZULKIFLI BIN DAUD

Tarikh Hantar: 8 MAC 2020 Tarikh Terima:

Pengakuan pelajar:
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya, saya jelaskan sumbernya

T/tangan: ………………………………….. Tarikh:


( )

MAKLUM BALAS
Pemeriksa Moderator(jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan

Aspek boleh dibaiki: Aspek boleh dibaiki:

T/tangan: Tarikh: T/tangan: Tarikh:

PENGESAHAN PELAJAR TERHADAP MAKLUMBALAS

Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuk dan fahami

Tandatangan pelajar: Tarikh:


LAPORAN TEMUBUAL

Saya telah menjalani program internship selama satu bulan di Sekolah Kebangsaan Kuala
Besut, Kuala Besut, Terengganu. Program internship ni berlangsung dari 23 Februari 2020.
Sepanjang program internship ini berlangsung, saya telah ditugaskan untuk menemubual
salah seorang guru panitia sekolah. Oleh itu, sebelum saya melaksanakan temubual
tersebut, saya telah menyediakan beberapa soalan seperti yang dikehendaki oleh kerja
kursus Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDUP 3083) dan juga
sedikit soalan-soalan yang berkaitan secara spontan. Guru yang ditemu bual merupakan
guru RBT di sekolah tersebut dan mempunyai pengalaman mengajar selama 11 tahun.
Bentuk temu bual yang telah saya laksanakan adalah temu bual separa berstruktur untuk
membolehkan saya melakukan penyoalan lebih lanjut berdasarkan jawapan yang
dikemukakan oleh responden.

Semasa melaksanakan temu bual, saya telah mengajukan beberapa soalan yang
merangkumi kefahaman responden terhadap konsep kepimpinan, peranan guru sebagai
pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pembelajaran dan pemudahcaraan serta
beberapa soalan lanjutan. Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan, terdapat
beberapa peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam konteks pembelajaran dan
pemudahcaraan dalam pelbagai aspek kepemimpinan yang telah saya kemukan.

Menurut beliau, kepimpinan itu sendiri luas dan membawa bayak maksud. Dalam
konteks guru RBT sendiri kepimpinan dalam PdPc itu adalah dimana guru ini sebagai
penyampai atau fasilitator. Dengan kata lain, guru ini mempengaruhi perbuatan murid
Contoh dalam subjek rbt, banyak aktiviti amali yang murid kena laksanakan, jadi guru
memainkan peranan penting untuk memeastikan murid tu lakukan dengan betul. Menurut
Hoy dan Miskel (2008), kepimpinan merupakan satu proses sosial di mana seorang ahli
kumpulan atau organisasi mempengaruhi berdasarkan faktor dalaman dan luaran, pemilihan
matlamat, aktiviti organisasi, motif dan kebolehan individu, hubungan kuasa dan
perkongsian pandangan. Dalam konteks kepimpinan guru, guru merupakan individu dalam
sesebuah organisasi sekolah yang harus mempengaruhi pelajarnya. Guru merupakan agen
yang paling berpengaruh dalam memimpin pelajar ke arah matlamat institusi pendidiakan.
Dalam konteks sekolah, 2 aktiviti pelajar banyak bergantung kepada kepimpinan guru
seperti aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Aspek kepemimpinan profesional yang seterusnya adalah pengelolaan. Berdasarkan


konsep yang dikemukakan oleh Noriati A. Rashid, Pong & Kiet (2010), pengelolaan merujuk
kepada peningkatan penyempurnaan perancangan untuk mencapai matlamat. Menurut
responden, peranan responden dalam aspek pengelolaan sebagai guru RBT ialah
mengelola aktiviti amali untuk subjek RBT yang mana melibatkan kemahiran dan juga
pengetahuan. Perkara ini bertepatan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
ingin melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial (Noriati A. Rashid et.al, 2010). Perkara ini adalah untuk memberi peluang kepada
murid menyerlahkan potensi diri masing-masing menerusi penglibatan dalam aktiviti amali.
Selain itu, untuk melaksanakan amali, guru terlebih dahulu perlu memastikan bahan yang
diperlukan seperti peralatan, bahan kayu dan pencantum.

Manakala berkaitan pengurusan bilik darjah pula dikatakan bahawa pengurusan bilik
darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang
pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada
pengajaran yang berkesan. Berdasarkan hasil temubual, guru ini mengatakan apabila
berbicara mengenai pengurusan bilik darjah yang terlintas di fikiran kita ialah susun atur
perabot dan peralatan di dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun pengurusan bilik darjah
sebenarnya merangkumi lebih banyak elemen selain daripada susun atur. Dalam
pengurusan bilik darjah seorang guru perlu tahu menyusun tempat duduk murid, mengurus
pergerakan murid serta mengawal tingkah laku murid di dalam bilik darjah bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Iklim pembelajaran mencakupi
semua elemen yang ada di sekeliling pelajar dan berupaya mempengaruhi pembelajaran
dan tingkah laku pelajar (Abdullah Sani, Abdul Rashid & Abdul Ghani, 2007). Maka, bilik
darjah perlu diurus dengan baik dapat membentuk satu iklim pengajaran dan pembelajaran
yang positif dan kondusif

Salah satu contoh pengurusan bilik darjah yang perlu dititiberatkan oleh guru rbt
ialah ruang di dalam dalam bengkel perlu mempunyai pembahagian sudut. Pembahagian
pusat penting supaya murid nampak lebih jelas guru di hadapan dan memberi keselesaan
kepada murid semasa menjalankan aktiviti amali. Contohnya, bahagian belakang bengkel
bagi mempamerkan dan menyimpan alatan yang bersesuaian. Jadi murid dapat
melaksanakan amali tanpa gangguan yang mana peralatan bersepah di atas meja amali.
Untuk memberi ruang yang selesa, bahan-bahan amali yang tidak digunakan lagi disimpan
di dalam stor agar ruang dalam bengkel lebih luas dan selesa.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh para guru ialah masalah susun atur dan
peralatan yang tidak cukup atau telah rosak. Masalah ini akan memberi impak kepada
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Bengkel yang kecil tetapi meja
bengkel besar yang menyebabkan ruang dalam bengkel sedikit mengganggu dan menjadi
sempit. Murid yang ramai menyebabkan terdapat segelintir murid yang perlu duduk di meja
belakang yang menyebabkan mereka tidak dapat melihat papan tulis dengan jelas. Fokus
murid terhadap sesi pengajaran guru akan terganggu kerana murid dan secara tidak
langsung akan mengakitkan sesetengah murid tidak dapat mencapai objektif pembelajaran
pada hari berkenaan. Pada masa yang sama, pergerakan guru menjadi terhad serta tiada
ruang yang mencukupi untuk murid menyimpan bahan. Ini jelas menunjukkan bahawa
seseorang guru perlu menguasai pengurusan bilik darjah bagi mengelakkan permasalahan
seperti ini terjadi.

Dalam temubual yang dilakukan, guru prasekolah ini turut mencadangkan beberapa
perkara bagi memastikan pengurusan bilik darjah terjaga. Pertama, meja murid disusun
secara berkelompok berbanding dalam bentuk barisan. Penyusunan seperti ini akan
memastikan tiada murid yang akan membelakangi kawasan pengajaran utama. Sekiranya
guru meletakkan pameran di skrin projector, semua murid boleh menontonnya dengan
hanya memusingkan badan sedikit di tempat duduk masing-masing. Hal ini juga akan
memudahkan murid untuk menyalin bahan yang ditunjukkan pada papan tulis. Selain itu,
guru perlu memastikan bahawa semua murid berada pada kedudukan yang dapat dilihat
oleh guru. Perkara ini sangat perlu untuk ditekankan bagi memastikan keselamatan murid
terjaga. Sekiranya murid duduk atau berada pada kedudukan yang sukar dipantau oleh guru
akan mengakibatkan guru sukar untuk mengawal tingkah laku murid bermasalah. Murid juga
berisiko untuk cedera semasa sesi pengajaran dijalankan.

Sebagai kesimpulan, beliau berpendapat bahawa bilik darjah adalah medan


perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di sini warga pendidik menunjukkan kebolehan dan
keupayaan melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Oleh itu,
bilik darjah perlulah sentiasa terurus dengan baik, selesa, ceria dan menarik kerana ia
membolehkan murid mengikuti pengajaran dengan mudah dan berkesan. Pengurusan bilik
darjah berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Seorang guru
seharusnya mampu mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan tanpa gangguan
(Mohd Hasani Dali dan Mohamad johdi Salleh, 2009).
RUJUKAN

Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah. (2007). Guru
sebagaipemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Hoy Wayne K. dan Miskel Cecil G. (2008). Educational Administration: Theory, Research
and Practice. Edisi ke-8. New York: McGraw-Hill. 420.

Mohd Hasani Dali dan Mohamad johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik darjah, Dalam
Noraini Idris dan Shuki Osman, “Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis”. Kuala
Lumpur: Mc Graw Hill. Pps 161-188.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah 2010. Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru (Siri Pendidikan Guru). Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
LAMPIRAN
Transkrip temubual

Saya : Assalamualaikum cikgu. Maaf ganggu cikgu. Saya Muaz, pelajar intern
di SK Kuala Besut. Boleh tak kalau saya nak temubual berkenaan
subjek kerja kursus saya
Responden Ye waalaikumussalam.. Haa muaz boleh saja kat ws ni.
:
Saya : Okay boleh juga. Temubual saya berkaitan kepimpinan dan pengurusan
bilik darjah. Pada pendapat cikgu, apakah konsep kepimpinan? Dan
bagaimana cikgu sendiri mengaplikasikan kepimpinan dalam aspek
sebagai seorang guru reka bentuk dan teknologi.
Responden Kepimpinan ni luas sebenarnya. Dalam konteks sebagai guru rbt
: sendiri, kepimpinan dalam pdp tu guru sebagai penyampai atau
fasilitator yang mana seorang pemimpin ni perlu membimbing anak
buahnya dalam sesuatu perkara. Contoh dalam subjek rbt, banyak
aktiviti amali yang murid kena laksanakan, jadi guru memainkan
peranan penting untuk memeastikan murid tu lakukan dengan betul.

Saya : Okay. Selain itu, apa lagi aspek kepimpinan yg cikgu rasa penting untuk
diterapkan
Responden Semua aspek kepimpinan penting utk guru-guru aplikasi. Contoh lagi
: satu pengelolaan.. Pengelolaan ni mcm kita kelola aktiviti untuk murid.
Misalnya seperti aktiviti amali itu sendiri, sebagai guru rbt kita perlu
menyediakan bahan-bahan untuk amali. Guru rbt lah yang
bertanggungjawab dalam penyediaan bahan ni dengan peruntukan
yang disediakan untuk projek amali rbt

Saya : Macam tu. Mengenai pengurusan bilik darjah pula. Apakah pendapat
cikgu?
Responden Pengurusan blik darjah pun penting.. Sebab kalau cikgu tidak jaga
: Pengurusan jadi aktiviti pengajaran akan terganggu.
Saya : Apa yang cikgu faham mengenai konsep pengurusan bilik darjah?
Responden Pengurusan bilik darjah meliputi banyak aspek.. Tapi kebanyakkan guru
: selalu memandang pengurusan blik darjah ni seperti susun atur meja,
perabot. Namun, contoh lain pengurusan ni ialah urus tingkah laku, urus
pergerakan murid-murid dan penyusunan tempat duduk murid sebab
kalua dalam bengkel kan bahaya kalau murid bermain-main jadi guru ni
kena kawal pergerakan murid ni.
Saya : Begitu, baiklah cikgu. Boleh tak cikgu berikan contoh pengurusan bilik
darjah yang perlu ditekankan oleh para guru
Responden Cthnya...paling ketara ialah pembahagian sudut pengajaran. Contoh
: dalam bengkel ada meja untuk murid lakukan kerja amali dan belajar.
Dan di belakang bengkel terdapat meja yang menyediakan bahan yang
mana bahan untuk amali kita sediakan, kemudian peralatan yang
diletakkan bahagian blakang dan terdapat stor untuk simpan bahan-
bahan yang lebih untuk aktiviti kemudian.

Saya : Apa pula pendapat cikgu mengenai masalah yang sering dihadapi oleh
guru dalam pengurusan bilik darjah?
Responden Masalah nya cara susun tempat duduk murid. Perkara ni jadi masalah
: sebab bengkel di sekolah kita ni kecil tapi meja bengkel kan besar. Jadi
perkara ini menyebabkan ruang dalam bengkel tu sempit sedikit. Dan
murid ramai menyebabkan mereka perlu duduk hingga ke belakang jadi
timbul satu isu bila guru mengajar dekat dengan papan tulis dan jauh
dari murid. Masalah ni menyebabkan murid sukar membaca apa yang
ditulis oleh guru. Dan guru akan susah nak kawal murid. Selain itu
peralatan yang tidak cukup dan telah rosak menganggu proses amali.
Jadi penting lah utk guru ni kuasai pengurusan blik darjah untuk
pastikan kelancaran pdp
Saya : Boleh tak cikgu cadangkan satu atau dua cadangan yang boleh
diaplikasikan oleh guru dalam mengurus bilik darjah
Responden 1. Susun meja mrd berkelompok jangan dlm barisan
: 2. Susun meja kerusi murid jangan membelakangi papan utama blik
darjah
3. Pastikan kedudukan murid berada pada kedudukan yang boleh
dilihat supaya senang guru pantau bagi elakkan berlaku masalah
Saya : Baiklah. Terima kasih cikgu kerana sudi meluangkan masa untuk
ditemubual oleh saya.
Responden Sama-sama. Bilik darjah ni umpama tempat perjuangan utama untuk
: guru. Sebab tu pengurusan yang terurus sangat penting supaya murid
dapat belajar dalam keadaan selesa. Itu saja perkongsian hari ni.
Semoga dapat membantu.
Saya : Baik cikgu. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai