Anda di halaman 1dari 11

NAMA : NORMAWADDAH BT MOHAMAD

ZOLKIFLI

NO.KP : 960606-29-5180

NO. ANGKA GILIRAN : 2016102340034

EDUP3083
ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN
PROFESIONAL GURU
(TUGASAN 2)
NAMA
PENSYARAH : DR HAZLINA BINTI AWANG LAH
EN NIK GHAZALI BIN NIK AMIN

JABATAN : JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK


JABATAN ILMU PENDIDIKAN
TARIKH
HANTAR : 8 MAC 2020

MARKAH
KESELURUHA
N

/100
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN MIZAN
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : NORMAWADDAH BT Angka Giliran : 2016102340034


MOHD ZOLKIFLI
Kod :EDUP3083 Nama Kursus : Asas Kepimpinan
dan Pembangunan
Profesional Guru
Pensyarah : DR HAZLINA AWANG LAH
Tarikh Hantar : 8 Mac 2020 Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tanda tangan : Tarikh : Tanda tangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


LAPORAN TEMU BUAL GURU PRASEKOLAH

Pada 26 Februari 2020, saya telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan salah
seorang guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud. Tujuan saya melakukan sesi temu
bual tersebut adalah untuk mengetahui berkenaan dengan peranan guru sebagai pemimpin
profesional dalam aspek pengurusan bilik darjah. Perkara tersebut bertepatan dengan
keperluan tugasan kursus asas pendidikan iaitu EDUP3083 Asas Kepemimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru yang mana memerlukan saya untuk menjalankan sesi
temu bual terhadap guru di sekolah pilihan saya semasa menjalani internship. Guru yang
ditemu bual merupakan Ketua Panitia Prasekolah di sekolah tersebut. Bentuk temu bual
yang telah saya laksanakan adalah temu bual separa berstruktur untuk membolehkan saya
melakukan penyoalan lebih lanjut berdasarkan jawapan yang dikemukakan oleh responden.
Temu bual tersebut telah dilaksanakan pada 26 Februari 2020 di kelas prasekolah bermula
pukul 12.50 pm sehingga 1.10 pm.Semasa melaksanakan temu bual, saya telah
mengajukan beberapa soalan yang merangkumi kefahaman responden terhadap
pengetahuan guru tentang aspirasi murid, peranan guru sebagai pemimpin dalam
pengurusan bilik darjah serta beberapa soalan lanjutan.

Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan, guru menunjukkan bahawa
mereka didedahkan dengan enam aspirasi murid yang dituntut dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Melalui temu bual tersebut, guru menegaskan bahawa
aspirasi murid perlu diberikan keutamaan dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan
(pdpc). Aspirasi murid adalah elemen yang ditekankan dalam PPPM yang terdiri daripada
enam aspirasi iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, identiti sosial, etika dan kerohanian,
kemahiran memimpin dan kemahiran dwibahasa. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan
dari segi kepimpinan dalam mengurus bilik darjah dengan efektif. Terdapat beberapa
peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam menguruskan bilik darjah. Perancangan,
pengelolaan, pengarahan dan pengawalan adalah kepimpinan profesional yang sepatutnya
wujud dalam kalangan guru (Syed Ismail & Ahmad Subki,2010). Dalam temu bual yang telah
dilaksanakan, responden telah menyatakan responden memerlukan kemahiran memipin
kerana kepimipinan guru sangat mempengaruhi keberkesanan pengurusan bilik darjah
dalam kerana guru ni perlulah menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri
dan berkomunikasi dengan yang lain. Kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan
tanggungjawab guru untuk mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk
menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada murid.
Peranan responden sebagai panitia juga memerlukan kemahiran memimpin kerana
dari aspek perancangan, responden perlu mengadakan mesyuarat untuk guru-guru
prasekolah serta pembahagian tugas aktiviti-aktiviti yang dilakukan perlu diagihkan secara
adil untuk memastikan guru-guru prasekolah dapat melaksanakan tugas yang telah
diberikan dengan efektif. Peranan responden dalam aspek pengelolaan sebagai ketua
panitia ialah mengelola pelbagai program berasaskan akademik dan bukan berasaskan
akademik untuk mengembangkan potensi murid dalam pelbagai aspek. Pengarahan
merupakan salah satu aspek kepimpinan profesional guru yang merujuk kepada cara
memimpin melaksanakan tugas dan mempengaruhi individu yang dipimpin untuk
mendapatkan kerjasama mereka bagi melaksanakan tugas (Omar Abdul Kareem dan Khuan
Wai Bing, 2005). Responden sebagai ketua panitia juga memerlukan kemahiran komunikasi
dalam menyampaikan input-input baru yang diperoleh tentang pembaharuan dalam sistem
pendidikan. Dalam melaksanakan tugas, guru perlu menerapkan ciri-ciri kepimpinan.
Antara ciri-ciri guru dari aspek kepimpinan yang dikemukakan oleh responden semasa temu
bual adalah adil dan tekun dalam menjalankan tugas harian. Guru bijak menguruskan masa
dengan memulakan pengajaran menepati masa serta menggunakan masa pengajaran
sepenuhnya, mendisiplinkan pelajar untuk mewujudkan suasana yang kondusif,
berkebolehan dalam menyampaikan kandungan pelajaran kepada pelajar supaya menarik
serta berkesan.

Seterusnya, responden turut menyatakan inisiatif dalam meningkatkan pengurusan


bilik darjah. Beberapa langkah yang telah dilakukan untuk meningkatkan pengurusan bilik
darjah adalah dengan menyediakan bilik darjah abad ke 21. Pengintegrasian elemen
Pembelajaran abad ke-21 kini kian diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
sejajar dengan transformasi yang berlaku dalam sistem pendidikan negara (Badrul Hisham
Alang Osman, 2016). Dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
mengintegrasikan pembelajaran abad ke-21, responden juga melaksanakan proses
pembelajaran dan pemudahcaraan yang mengintegrasikan elemen pembelajaran abad ke-
21 tersebut. Responden turut menetapkan peraturan semasa berada dalam bilik darjah,
makan dan semasa melakukan aktiviti luar supaya pengurusan bilik darjah lebih teratur dan
efisien. Secara tidak langsung, murid-murid akan lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan.
Responden juga akan memastikan penggunaan ruang yang sistematik dan murid mendapat
pencahayaan yang cukup. Hal ini supaya suasana dalam bilik darjah berubah menjadi lebih
dinamik, menarik dan kondusif bagi memupuk pembelajaran merentas disiplin untuk
membolehkan perkongsian ilmu dan pengalaman pembelajaran. Keadaan ini sangat penting
bagi menyemai kemahiran yang sememangnya amat diperlukan oleh murid untuk berjaya
dalam kerjaya dan kehidupan mereka dalam abad ke-21.
Di samping itu, responden juga memberikan contoh-contoh aktiviti yang dijalankan
semasa aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan untuk menerapkan enam aspirasi murid
bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Antaranya adalah melalui aktiviti
berkumpulan, kemahiran memimpin kanak-kanak dapat diterapkan apabila salah seorang
perlu mengetuai kumpulan tersebut. Apabila seorang murid dilantik menjadi seorang ketua,
secara automatiknya mereka akan lebih bertanggungjawab dan berusaha untuk
melaksanakan tugas mereka sebagai ketua kumpulan. Secara tidak langsung, kemahiran
memimpin akan diterapkan semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Pembelajaran secara
kolaboratif ini juga merupakan salah satu ciri-ciri pembelajaran abad ke 21. Dari segi
pengetahuan dan kemahiran berfikir, aspirasi ini dapat diterapkan melalui soalan yang
diberikan iaitu berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Soalan berunsurkan
KBAT ini dapat merangsang murid untuk berfikir secara kritis yang merupakan salah satu ciri
pembelajaran abad ke 21. Justeru, murid-murid akan dapat membanding, membeza,
menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan
pandangan mereka sendiri. Ahmad et al. (2006) juga telah menekankan untuk
mengintegrasikan kemahiran berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian tinggi. Murid
akan memberikan jawapan kepada soalan yang diberikan dalam pelbagai bentuk, idea baru
dan melihat daripada beberapa sudut. Oleh itu, wujudnya pemikiran berbentuk kreatif,
inovatif dan kritis di kalangan murid.

Melalui tunjang-tunjang pembelajaran juga dapat menerapkan aspirasi identiti sosial,


contohnya tunjang kemanusiaan yang memerlukan guru untuk mengajar tentang Negara
kita. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai
kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.
Tuntasnya, murid-murid akan mempelajari tentang budaya masing-masing dan memahami
identiti nasional mereka. Bukan itu sahaja, tunjang komunikasi juga turut membantu guru
menerapkan kemahiran dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam diri
kanak-kanak. Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin
kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini
memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis, serta nilai tambah menaakul sekaligus meningkatkan kemahiran dwibahasa murid.
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai juga mampu menerapkan etika dan kerohanian dalam
diri kanak-kanak (Bahagian Pembangunan Kurikulum,2017) . Murid-murid akan dipupuk
dengan perlakuan-perlakuan bermoral sepanjang berada di prasekoah. Perlakuan ini akan
diterapkan dalam aktiviti harian mereka. Nilai-nilai yang akan difokuskan adalah terkandung
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan diantaranya adalah seperti
kepercayaan kepada tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, berhemah tinggi,
hormat-menghormati dan sebagainya. Kecekapan tenaga akan diterapkan dalam tunjang ini
semasa murid-murid ini melakukan aktiviti harian secara beradab dan bermoral.

Secara holistik, terdapat pelbagai peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam
pengurusan bilik darjah bagi mencapai kesemua aspirasi murid berdasarkan temu bual yang
telah dijalankan. Berdasarkan pernyataan tersebut, peranan guru sebagai pemimpin
profesional dalam pelbagai aspek pembelajaran dan pemudahcaraan dapat diklasifikasikan
kepada perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan. Aspek-aspek tersebut
memainkan peranan yang fundamental dalam konteks guru sebagai pemimpin yang
profesional. Perkara tersebut amatlah penting kerana keberkesanan proses pembelajaran
dan pemudahcaraan bergantung kepada kepimpinan yang dimiliki oleh guru. Responden
turut menyatakan bahawa melalui penerapan keenam-enam aspirasi murid, kepimpinan
guru dalam menguruskan bilik darjah lebih mudah dan efektif.
RUJUKAN

Ahmad, A., Mohamad, M. M., & Subari, K. (2006). Aplikasi Corak Pembelajaram Kemahiran
Berfikir secara Kreatif dan Kritis di kalangan Pelajar Subjek Pengajian Kejuruteraan
Awam Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor. Tidak Diterbitkan.

Badrul Hisham, Alang Osman dan Mohd Nasruddin, Basar (2016). Amalan Pengajaran dan
Pembelajaran Abad Ke- 21 Dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10, 2016. Dimuat turun pada 24 September
2017 dari http://www.ipgmipoh.edu.my/journal/

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2017),Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan


Pendidikan Prasekolah, Putrajaya : Kementerian Pendidikan Prasekolah

Omar Abdull Kareem & Khuan Wai Bing, 2005. Perkembangan Profesional Guru Secara-
berterusan: Perspektif Pembangunan Sumber Manusia. Jurnal Masalah Pendidikan.
Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/4991/

Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
SOALAN TEMU BUAL EDUP BERSAMA GURU PRASEKOLAH

TRANSKRIP TEMU BUAL


Tarikh : 25 Februari 2020
Masa : 11.30 am
Tempat : Prasekolah at-Tawab

Saya : Adakah cikgu didedahkan dengan aspirasi murid dan apakah


pengetahuan guru tentang aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia?

Guru prasekolah : Ya. Aspirasi murid perlu diberikan keutamaan dalam sesi pdp.
Aspirasi murid adalah elemen yang ditekankan dalam PPPM
yang terdiri daripada enam aspirasi iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, identiti sosial, etika dan kerohanian,
kemahiran memimpin dan kemahiran dwibahasa.

Saya : Adakah kepimpinan guru berperanan dalam mempengaruhi


keberkesanan pengurusan bilik darjah?

Guru prasekolah : Kepimpinan guru sangat mempengaruhi keberkesanan


pengurusan bilik darjah dalam kerana guru ni per;lulah
menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya
sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Kepimpinan
guru dalam bilik darjah memerlukan tanggungjawab guru untuk
mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk
menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara
berkesan kepada murid.

Saya : Apakah ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam guru prasekolah?

Guru prasekolah : antara ciri-ciri guru yang dari aspek kepimpinan adalah adil dan
tekun dalam menjalankan tugas harian. Guru bijak
menguruskan masa dengan memulakan pengajaran
menepati masa serta menggunakan masa pengajaran
sepenuhnya, mendisiplinkan pelajar untuk mewujudkan
suasana yang kondusif, berkebolehan dalam menyampaikan
kandungan pelajaran kepada pelajar supaya menarik serta
berkesan.

Saya : Apakah inisiatif guru dalam meningkatkan pengurusan bilik darjah?

Guru prasekolah : Beberapa langkah yang saya lakukan untuk meningkatkan


pengurusan bilik darjah adalah dengan menyediakan bilik
darjah abad ke 21, menetapkan peraturan semasa berada
dalam bilik darjah, makan dan semasa melakukan aktiviti
luar serta memastikan penggunaan ruang yang sistematik
dan murid mendapat pencahayaan yang cukup.

Saya : Adakah tunjang-tunjang pembelajaran dapat menerapkan enam aspirasi murid


tersebut terhadap pelajar?

Guru prasekolah : Ya, enam aspirasi ini dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang dijalankan.

Saya : Apakah contoh-contoh aktiviti dalam tugas yang dapat menerapkan


enam aspirasi murid tersebut?

Guru prasekolah : contohnya ,melalui aktiviti berkumpulan, kemahiran memimpin


kanak-kanak dapat diterapkan apabila salah seorang perlu
mengetuai kumpulan tersebut. Dari segi pengetahuan dan
kemahiran berfikir, aspirasi ini dapat diterapkan melalui
soalan yang diberikan iaitu berunsurkan KBAT. Melalui
tunjang-tunjang pembelajaran juga dapat menerapkan aspirasi
identiti sosial, contohnya tunjang kemanusiaan yang
memerlukan guru untuk mengajar tentang Negara kita. Bukan
itu sahaja, tunjang komunikasi juga turut membantu guru
menerapkan kemahiran dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris dalam diri kanak-kanak serta melalui tunjang
Kerohanian, Sikap dan Nilai yang mampu menerapkan etika
dan kerohanian dalam diri kanak-kanak.

Saya : Adakah enam aspirasi murid ini dapat membantu meningkatkan


tahap kepimpinan guru dan pengurusan bilik darjah ?

Guru prasekolah : Bagi pendapat saya, dengan mempunyai murid yang mempunyai
enam aspirasi ini akan memudahkan saya untuk memimpin dan
mengurus bilik darjah.

Saya : Terima kasih cikgu di atas kerjasama yang diberikan.

Guru prasekolah : Sama-sama.


VIDEO TEMU BUAL GURU PRASEKOLAH

https://youtu.be/5Mx-M5YWtQ0

Anda mungkin juga menyukai