Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

PRKA 3012
PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Nama : MAITHILLI A/P THANGARAJ


No. K/P : 010112-08-0682
Angka Giliran : 2020242340055
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : V3
Nama Pensyarah : DR MOHD TAUFIK BIN HAJI
AHMED
Tarikh Hantar : 4 APRIL 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan adalah hasilMODERATOR
kerja kursus iniPELAJAR
PENGESAHAN kerja saya sendiri kecuali
Markah
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya sayaMarkah
jelaskan sumbernya.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Tandatangan
Tandatangan Pelajar : Tarikh : 4 APRIL 2022
------------------
Tandatangan
Cop Pelajar: Cop Tarikh : 4 APRIL 2022

Tarikh Tarikh

pg. 1
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan atas limpahan
rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyiapkan tugasan kelima, kerja kursus ‘Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran’
(PRKA3012), ini dengan jayanya.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mendedikasikan ucapan
penghargaan ini kepada pensyarah saya, Dr. Mohd Taufik B Haji Ahmed kerana dengan tunjuk
ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Keikhlasan mereka
memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga, kemudahan internet dan menyediakan
suasana kondusif untuk membuat kerja kursus serta sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya menyempurnakan tugasan ini, amat saya sanjungi.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang mengambil kursus
ini bersama saya, banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa.
Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada
mereka.

Akhir madah, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kerja Kursus kelima
PRKA 3012 ini. Tidak dapat dinafikan, pemberian tugasan kerja kursus ini telah memberikan
saya pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang bermakna serta dapat diaplikasikan di
sekolah kelak nanti. Sekian, terima kasih.

pg. 2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 OBJEKTIF KERJA KURSUS……………………………………………………………..…………4

2.0 PENGENALAN……………………………………………………………………………..………...4

3.0 PENGALAMAN MEMBINA RPH, PERBINCANGAN, REFLEKSI

DAN PELAKSANAAN PDP…………………………………………………………………….…4-5

4.0 KEBERKESANAN LESSON STUDY MENGGUNAKAN STRATEGI KOMUNITI

PEMBELAJARAN PROFESIONAL………………………………………………………………5-6

5.0 KESIMPULAN…….……………………………………………………….………………………….6

RUJUKAN………………………………………………………………..………..……………..……….7

pg. 3
1.0 OBJEKTIF KERJA KURSUS

Dalam kerja kursus ini, saya dapat:

a) Menghasilkan penulisan akademik yang komprehensif berkaitan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran dengan menggunakan strategi Komuniti Pembelajaran Profesional
berbantukan pelbagai sumber

2.0 PENGENALAN

Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) merupakan satu platform kepada para guru
untuk meningkatkan kualiti mereka secara professional dan berkongsi amalan terbaik untuk
melonjakkan kemenjadian murid. Bagi memenuhi tugasan kerja kursus PRKA 3012, saya
dikehendaki menghasilkan sebuah penulisan akademik berdasarkan pengalaman pelajar dalam
membina RPH, perbincangan, refleksi dan juga pelaksanaan PdP, pelajar perlu menjelaskan
sejauh mana lesson study terbukti berkesan dengan menggunakan strategi Komuniti

Pembelajaran Profesional berbantukan pelbagai sumber.

3.0 PENGALAMAN MEMBINA RPH, PERBINCANGAN, REFLEKSI DAN PELAKSANAAN

PDP

Mok S.S (2003) menyatakan bahawa sebelum seseorang menjadi guru, dia perlu menerima
latihan dalam pengurusan untuk menjadi seorang guru bertauliah. Sesungguhnya, pengajaran
mikro merupakan platform kepada siswa guru untuk melengkapkan diri dengan ilmu pedagogi
pengajaran sebelum menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat dari segi
pengalaman, saya membina rph berdasarkan nota-nota dan format rph yang telah diberikan
oleh En Mohd Taufik, pensyarah kami. Beliau juga memberikan bimbingan semasa kuliah agar
kami tidak berlengah dan menangguhkan tugasan kelima ini. Jika beliau tidak melakukan
perkara ini, nescaya saya tidak dapat menyiapkan pembinaan RPH dan penulisan reflektif itu

pg. 4
dan akan melakukannya pada masa-masa akhir. Dengan ini, saya dapat menghantar tugasan
pada masa yang ditetapkan dan RPH yang saya hasilkan turut berkualiti.

Semasa pelaksanaan pengajaran makro bagi rph terdapat beberapa kelebihan dan
kelemahan dikenalpasti. Jika dilihat dari aspek kekuatan, saya telah menggunakan ‘traffic light’
dalam pdp bagi mengenalpasti tahap kefahaman murid. Contohnya, semasa saya sedang
mengajar mengenai ayat songsang ada murid (ahli kumpulan) yang menunjukkan traffic light,
warna kuning. Pembabitan murid secara aktif dalam P&P penting dalam memastikan proses
pembelajaran itu berlaku (Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Binti Mat Lazim & Rosnah
Ahmad Zain, 2009). Selain itu,saya juga menggunakkan slaid powerpoint bagi menerangkan
perbezaan antara ayat susunan biasa dan songsang.

Berdasarkan pengajaran mikro tersebut, terdapat juga kelemahan yang diperbaiki pada
masa hadapan. Saya menggunakan kad manila untuk murid menyusun ayat susunan biasa dan
songsang. Saiz manila yang kecil juga mengehadkan daya pemikiran murid. Hal ini kerana
murid-murid tidak dapat menggambarkan dan membayangkan secara abstrak apa yang
diperkatakan dan ditulis kecuali mereka telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Jika bahan
bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang
disampaikan akan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan & Nurdalina, 2010).

Kualiti sesuatu pengajaran akan dipantau dari segala kelemahan maka, penambahbaikan
berterusan akan menjamin kelicinan sesi pengajaran (Garvin dalam Mumtaz Begum Abdul
Kadir, 2009). Dalam pada itu, penambahbaikan perlu dilihat kepada perkembangan murid dan
penerimaan mereka berdasarkan kepada langkah-langkah pengajaran yang disusun secara
berperingkat-peringkat (Suriati Aziz, 2016).

4.0 KEBERKESANAN LESSON STUDY MENGGUNAKAN STRATEGI KOMUNITI

PEMBELAJARAN PROFESIONAL

Menurut DuFour, Eaker, dan Many (2006), Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
merujuk kepada komitmen para pendidik yang bekerja secara bekerjasama dan berterusan
dalam usahamembuat kajian tindakan untuk mencapai pretasi yang lebih baik untuk murid-
murid mereka. Sebenarnya, Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson
Study) merujuk kepada strategi yang sangat bermanfaat untuk guru dalam proses pengajaran
yang berkesan. Untuk melaksanakan strategi ini, saya perlu mengkaji dan membincang isu-isu
seperti tingkah laku murid yang tidak memberikan perhatian semasa sesi (PdP), keberkesanan

pg. 5
sesuatu rangka PdP yang ingin dilaksanakan dan pelbagai lagi. Kajian tersebut juga mesti
merangkumi isu-isu seperti matlamat kurikulum dan sukatan pelajar untuk memastikan (RPH)
yang dihasilkan sesuai degan sukatan pelajaran. Seperti kita sedia maklum, Lesson study
membentuk individu guru yang belajar sepanjang hayat serta dapat mencipta kaedah
pengajaran yang menarik.

Dalam langkah kedua, saya menghasilkan RPH selaras dengan tajuk dalam pengajaran
dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan untuk tahap penguasaan murid yang
disasarkan. Segala permasalahan yang berkemungkinan murid hadapi bagi setiap tajuk perlu
diambil kira untuk memudahkan proses pembelajaran murid dengan lebih baik. Semasa sesi
pengajaran,saya akan melakukan pengajaran dan siswa guru yang lain akan melaksanakan
pemerhatian serta mengumpul data-data untuk sesi refleksi pengajaran. Bagi sesi refleksi
pengajaran, perbincangan akan dimulakan dengan merujuk terlebih dahulu matlamat utama,
kemudian akan dibincangkan mengenai maklumat yang diperoleh hasil pengajaran sama ada
kelebihan, kelemahan RPH dan sebagainya. Jadi, strategi ini sesuai untuk diaplikasikan bagi
RPH saya untuk meningkatkan keberkesanan pengajarannya seterusnya mampu menyumbang
kepada penyelesaian kepada masalah tingkah laku murid-muridnya.

5.0 KESIMPULAN

Ringkasnya, Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional ini sememangnya lebih


berfokuskan kepada perkembangan pengetahuan dan kemahiran sesorang guru sama ada
dalam kaedah pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran atau pengurusan dan
pengawalan murid di dalam kelas. Strategi ini juga merupakan peluang untuk guru berkongsi,
berbincang, bertukar-tukar pendapat, menilai dan menambahbaik sesuatu strategi pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan. Dengan itu, pastilah bahawa menerusi strategi ini saya
mampu untuk membimbing muridnya dan dapat menghasilkan RPH yang berkualiti kelak nanti.
Menurut Huffman (2003:21), pembangunan kapasiti individu dan guru-guru dilakukan bersama-
sama melalui program-program penambahbaikan sekolah yang membawa kepada perubahan
terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Jadi, guru
beropsyen BM haruslah menguasai kesemua modul dalam DSKP Bahasa Melayu Sekolah
Rendah, serta meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengakses maklumat berkaitan dengan
adanya teknologi dan maklumat pada alam pendidikan kini ( Mohd. Noorhadi dan Zurinah Tahir,
2017) demi merancang pengajaran yang bersistematik dan teratur sejajar dengan hasrat FPK.
Lebih mencabar lagi, paradigma baru PAK21 memerlukan PdP berbentuk dinamik untuk

pg. 6
mendidik generasi muda yang dipengaruhi globalisasi dan revolusi teknologi digital (Benade, L.,
2015).

RUJUKAN

Benade, L., (2015). Teachers‟ Crtitical Reflective Practice in The Context of Twenty-first
Century Learning. Open Review of Educational Research, Vol. 2 (1), 42-54.
DuFour, Eaker, dan Many (2006). Defining a professional learning community: A literature
review.

Mumtaz Begum, A. (2009). Integriti Peningkatan Kualiti Organisasi. Kuala Lumpur:  

        Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Huffman (2003). The Role of Shared Values and Vision in Creating Professional Learning
Communities. NASSP Bulletin, 87, 21-34.
http://dx.doi.org/10.1177/019263650308763703
Mohd. Noorhadi dan Zurinah Tahir, (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi
Maklumat Dalam Pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 12,
1823-1884.
Mok S.S (2003). lmu Pendidikan Untuk KPLI: Komponen 3: Profesionalisme Keguruan Sekolah 
Rendah: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Noor Azlan & Nurdalina, (2010). Retrieved 16 March 2022, from

http://eprints.utm.my/id/eprint/10261/2/Nurdalina_binti_Daud.pdf

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Binti Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain, (2009).

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Suriati binti Abdul Aziz (2016). Model Konsep Persembahan Multimedia Bersepadu Bagi Guru  

pg. 7
           Di Malaysia. Universiti Utara Malaysia 2016.

pg. 8

Anda mungkin juga menyukai