Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh peristiwa Tajuk Jurnal

: 11 : Kesebelas : 10 April 2013 : Pemilihan aktiviti.

1. Masalah Peristiwa Saya telah mengajar mata pelajaran Matematik bagi murid-murid tahun 3

Pintar.. Apa yang menjadi masalah ialah mereka cenderung bermain dan tidak mahu mengikuti aktiviti dalam P&P yang telah saya rancang. Saya tidak boleh

membenarkan mereka bermain sahaja semata-mata kerana ada sukatan pelajaran yang perlu diikuti. Selain itu, ia akan mendatangkan masalah kepada saya

apabila Pensyarah pembimbing saya hadir untuk membuat penyeliaan dan muridmurid tidak menjalani pembelajaran seperti yang ada di dalam sukatanpelajaran.

Analisis

Saya telah mengajar mata pelajaran pemulihan bagi murid-murid ini sejak dari awal fasa praktikum. Pada permulaan, memang agak sukar untuk mendapatkan kerjasama semua murid terutamanya murid lelaki untuk terlibat dalam aktiviti P&P yang saya jalankan. Saya akui, pada awal fasa praktikum, saya tidak begitu mahir dan kurang yakin untuk mengajar subjek ini. Ini kerana ketika di maktab, saya tidak mempelajari sukatan pelajaran yang akan diajar di sekolah. Saya hanya diberikan sukatan pelajaran dan belum tahu murid sasaran yang akan diajar dan fokus pengajaran terhadap tahun berapa yang harus ditekankan.

2. Cadangan Tindakan Susulan

Mengikut prinsip-prinsip pengajaran, guru perlu merancang pengajaran mereka terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran (Zaidatol Akmaliah & Habibah, 2000). Namun, apabila guru tidak menguasai kandungan di dalam kurikulum Pendidikan Jasmani, maka guru tidak dapat menyediakan satu rancangan pengajaran yang baik. Oleh itu, guru perlu mendapatkan bimbingan dan pandangan orang yang mahir contohnya pensyarah pembimbing atau guru pembimbing bagi

mendapatkan penjelasan yang sewajarnya berkenaan kandungan pelajaran, rancangan strategi pengajaran dan pembelajaran, bahan dan sumber pengajaran, dan hasil pembelajaran. Perancangan adalah kunci kepada pembentukan pengajaran yang baik (Schempp, 2003). Aktiviti pengajaran yang akan dijalankan juga mestilah dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar (Schempp, 2003). Guru boleh memasukkan elemen muzik dan permainan bagi menarik minat murid untuk terus terlibat dalam aktiviti yang dirancang. Jangan biarkan ada waktu senggang yang akan menyebabkan mereka berasa bosan. Isikan setiap detik masa dengan aktiviti yang dirancang. Strategi demonstrasi merupakan cara yang paling sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Ini kerana sebahagian besar objektif Pendidikan Jasmani boleh dicapai melalui aktiviti fizikal. Oleh yang demikian guru Pendidikan Jasmani perlu membuat demonstrasi dengan cara betul dan selamat tentang sesuatu pergerakan fizikal agar pelajar dapat mengikuti dan memahami setiap kemahiran fizikal yang diberikan. Untuk memastikan murid boleh menguasai sesuatu kemahiran yang diajar, guru membuat demonstrasi dengan ansur maju. Murid juga wajar diberi peluang untuk melakukan lakuan berulang kali bagi mereka menguasai kemahiran tersebut. Dalam masa yang sama, guru boleh membuat penilaian penguasaan murid tentang kemahiran tersebut berdasarkan objektif P&P yang telah ditentukan. Selain itu, dengan adanya rancangan pengajaran yang baik belum dapat memastikan pelaksanaannya dilakukan dengan baik. Guru boleh meminta pensayarah pembimbingan atau guru bimbingan membuat pemerhatian dan memberikan komen dan pendapat membina tentang P&P yang telah dijalankan bagi memastikan P&P seterusnya dapat dilakukan dengan lebih baik mengambil kira kelemahan-kelemahan di dalam P&P yang lepas-lepas.

3. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan mengingatkan diri saya jika memilih subtajuk tertentu yang mana saya belum begitu mahir dan tidak yakin untuk mengajarnya kepada murid-murid, saya wajar meminta pandangan dan bimbingan individu lain agar P&P yang berkesan tetap dapat dijalankan. Rujukan haruslah dibuat kepada orang yang mahir

dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani seperti pensyarah atau guru pembimbing. Pemilihan tajuk yang sesuai dan dapat menarik minat murid juga penting.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai