Anda di halaman 1dari 1

Tujuan & Objektif

Kem Bina Insan Guru dilaksanakan dengan tujuan utama iaitu menunjukkan dan mengetahui cirri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.Ia juga dapat memberi sesorang guru itu untuk memiliki ketahanan fizikal, mental dan semangat juang antara satu sama lain. Melalui Kem Bina Insan Guru juga ia dapat memberi seseorang itu kemahiran asas interpersonal. Melalui penguasaan kemahiran asas interpersonal, guru seterusnya dapat menguasai kemahiran mengurus diri, contohnya bersiap sedia pada waktunya, menepati masa yang diberi walaupun singkat; mengurus kumpulan dengan membentuk keyakinan diri untuk mengetuai dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya kepada anak buah kumpulan. Ia juga memberi perkembangan potensi sebagai seorang insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkanrefleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas. Tujuan yang terutama juga adalah membentuk insan yang saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak kira bangsa ataupun agama untuk membentuk sebuah kumpulan atau sebuah institusi guru yang professional. Melalui sikap yang positif antara satu sama lain, ia dapat memberi satu komuniti yang saling bantu membantu seperti di dalam kem, membantu insan untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan dan memberi motivasi di dalam kumpulan. Oleh itu, tujuan kem yang dilaksankan adalah penting untuk sesorang insan yang mengejar profession sebagai seorang guru yang boleh mendidik anak bangsa dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai