Anda di halaman 1dari 17

TATACARA PENGENDALIAN

PERSATUAN / KELAB / UNIT UNIFORM


BIDANG TUGAS

1. GURU PENASIHAT
 Mengadakan mesyuarat agong persatuan / kelab / unit uniform pada awal
penggal persekolahan.
 Mengadakan peraturan / perlembagaan persatuan / kelab / unit uniform.
 Merancang kegiatan tahunan persatuan / kelab / unit uniform.
 Menyerahkan perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum / Penolong
Kokurikulum (PK KOKU).
# Perlembagaan Persatuan / Kelab / Unit Uniform.
# Senarai AJK dan Keahlian Mengikut Pecahan Tingkatan, Kaum dan Jantina.
# Perancangan Tahunan
 Memastikan aktiviti dijalankan mengikut jadual.
 Menghadiri setiap mesyuarat persatuan / Kelab / Unit Uniform
 Mengawasi papan kenyataan persatuan.
 Menguruskan dan mengiringi setiap rombongan persatuan / kelab / unit uniform.
 Mencatat setiap kegiatan pelajar dalam buku laporan persatuan / kelab / unit
uniform.
 Menguruskan penyertaan ahli dalam kegiatan / pertandingan peringkat sekolah /
daerah dan negeri.

2. PENGERUSI
 Mengadakan urusan pentadbiran persatuan mengikut peruntukan
perlembagaan.
 Melaksanakan ketetapan mesyuarat agong dan mesyuarat jawatankuasa kerja.
 Mempengerusikan semua mesyuarat AJK
 Sentiasa berhubung rapat dengan Guru Penasihat bagi melicinkan aktiviti.
 Mengambil tindakan sewajarnya semasa ketiadaan guru.
 Mematuhi arahan guru dari semasa ke semasa.

3. NAIB PENGERUSI
 Membantu Pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran persatuan / kelab /
unit uniform.
 Menggantikan Pengerusi persatuan / kelab /unit uniform bagi menjalankan tugas
semasa ketiadaan Pengerusi dalam mesyuarat Jawatankuasa.
 Menjalankan semua tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
 Mematuhi arahan Pengerusi / Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

4. SETIAUSAHA
 Menyimpan daftar keahlian dengan teratur.
 Bertanggungjawab dalam surat-menyurat berkaitan persatuan / kelab / unit
uniform.
 Saling bekerjasama dengan Pengerusi bagi mentadbir persatuan / kelab / unit
uniform.
 Menjalankan tugas mengikut ketetapan perlembagaan persatuan.
 Mencatat minit mesyuarat dan membuat laporan persatuan.
5. PENOLONG SETIAUSAHA

 Membantu Setiausaha dalam pengurusan dan pentadbiran persatuan / kelab /


unit uniform.
 Membantu mencatat minit mesyuarat dan membuat laporan semasa ketiadaan
Setiausaha.
 Bertanggungjawab dalam urusan surat-menyurat berkaitan persatuan semasa
ketiadaan Setiausaha.
 Sentiasa bekerjasama dengan Pengerusi dan Setiausaha dalam melicinkan
perjalanan aktiviti persatuan / kelab / unit uniform.
 Mematuhi arahan Pengerusi / Setiausaha / Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

6. BENDAHARI
 Bertanggungjawab mengumpul yuran persatuan / kelab / unit uniform
melalui wakil tingakatan.
 Merekod dan mengemaskinikan kemasukan dan pengeluaran wang.
 Menyediakan penyata kewangan setiap bulan.
 Semua wang mesti diserah kepada Guru Penasihat dan direkodkan dalam
buku laporan.
 Sentiasa bekerjasama dengan Pengerusi dan Setiausaha dalam perjalanan
aktiviti persatuan / kelab / unit uniform.
 Mematuhi arahan Pengerusi / Setiausaha / Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

7. PENOLONG BENDAHARI
 Membantu Bendahari mengumpul yuran persatuan / kelab / unit uniform
melalui wakil tingakatan.
 Merekod dan mengemaskinikan kemasukan dan pengeluaran wang
semasa ketiadaan Bendahari.
 Membantu Bendahari menyediakan penyata kewangan setiap bulan.
 Semua wang mesti diserah kepada Guru Penasihat dan direkodkan dalam
buku laporan.
 Sentiasa bekerjasama dengan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dalam
perjalanan aktiviti persatuan / kelab / unit uniform.
 Mematuhi arahan Pengerusi / Setiausaha / Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

8. JAWATANKUASA KECIL / WAKIL TINGKATAN / KETUA BIRO


 Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang telah
ditetapkan.
 Menjalankan tugas mengikut ketetapan perlembagaan persatuan / kelab / unit
uniform.
 Menjalankan tugas di bawah jawatankuasa kecil yang telah ditetapkan seperti
Biro Persiapan / Biro Penerbitan / Biro Pertandingan / Biro Tatatertib dan lain-
lain.
 Mematuhi arahan Ahli Jawatankuasa Induk / Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.
9. SISTEM FAIL
 FAIL KEAHLIAN
Fail Keahlian mesti mengandungi :
# Maklumat Diri
# Senarai AJK
# Senarai Guru Penasihat
# Senarai Ahli
# Perlembagaan Persatuan / Kelab / Unit Uniform
# Minit Mesyuarat
Fail ini disimpan oleh Pengerusi / Setiausaha.

 FAIL SETIAUSAHA
Fail Setiausaha mesti mengandungi :
# Minit Mesyuarat
# Surat-menyurat berkaitan persatuan / kelab / unit uniform.
# Pekeliling terkini berkaitan aktiviti persatuan / kelab / unit uniform.
# Laporan kegiatan persatuan / kelab / unit uniform.

 FAIL KEWANGAN
Fail kewangan ini mesti mengandungi :
# Penyata Kira-kira persatuan / kelab / unit uniform.
# Semua rekod keluar masuk wang persatuan / kelab / unit uniform.
Fail ini disimpan oleh Bendahari.

10. MESYUARAT
 MESYUARAT AGONG
Notis mesyuarat Agong mesti diedarkan 14 hari sebelum mesyuarat diadakan.
Agenda mesyuarat :
i) Ucapan pengerusi
ii) Membentang dan mengesahkan miniy mesyuarat yang lalu.
iii) Membentang dan menerima penyata tahunan.
iv) Membentang dan mengesahkan penyata kewangan
v) Memilih AJK baru.
vi) Membincang dan meluluskan usul.
vii) Ucapan penangguhan.

 MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA


# Mesyuarat ini bertujuan menggerakkan persatuan / kelab / unit uniform.
# Korum mesyuarat ialah 2/3 Jawatankuasa hadir.
# Perlu diadakan sekurang-kurangnya …………. Kali setahun.
# Agenda mesyuarat:
i) Ucapan Pengerusi
ii) Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
iii) Perkara berbangkit
iv) Laporan Biro (jika ada)
v) Membincangkan program-program / aktiviti persatuan / kelab / unit
uniform.
vi) Hal-hal lain.
vii) Ucapan Penangguhan
Contoh Kertas Cadangan Projek Pergerakan Pengakap,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
1. Nama Projek : …………………………………………………………………...
2. Ketua Guru Penasihat : …………………………………………………………
3. Guru Penasihat : ……………………………………………………………......
4. Pengerusi Projek : ……………………………………………………………....
5. Naib Pengerusi Projek : ………………………………………………………...
6. Setiausaha Projek : ……………………………………………………………...
7. Naib Setiausaha : ………………………………………………………………..
8. Bendahari Projek : ……………………………………………………………....
9. AJK Projek : ……………………………………………………………………...
……………………………………………………………………...
……………………………………………………………………...
……………………………………………………………………...
10. Bilangan peserta projek : Lelaki ………….. Perempuan ………………………
11. Tarikh Projek : ………………… hingga ………………………..
12. Tempat Projek : ……………………………………………………………….
13. Matlamat Projek : ……………………………………………………………
14. Objektif Projek : ……………………………………………………………..
15. Kewangan Projek : …………………………………………………………..
16. Anggaran Perbelanjaan : …………………………………………………….
17. Pengangkutan : ………………………………………………………………
18. Program/jadual atur cara projek : Rujuk lampiran

Tarikh Masa Aktiviti Tindakan

Disediakan oleh,

……………………………. Tarikh : ………………


( BAN AH LEK )
Tandatangan Pengerusi Projek.

Disahkan oleh,

…………………………..
( RAMLI BIN PUTIH )
Tandatangan Ketua Guru Penasihat.
Sekolah ……………………………………….
GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN
PERMOHONAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
(UNDANG-UNDANG (PELANCONGAN)
SEKOLAH 1957
1. Enam ( 6 ) salinan borang permohonan : Undang-undang (Pelancongan) Sekolah 1957
bersama 6 salinan senarai ahli yang melawat untuk dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.
(Mengikut undang-Undang (Pelancongan) Sekolah 1957 lawatan dalam negeri tidak perlu
dipohon akan tetapi pihak sekolah perlu juga diminta memohon untuk tujuan kegunaan
rekod pengurusan di pejabat tuan/puan). Borang pelancongan boleh didapati di Pejabat
Pendidikan Daerah/sekolah masing-masing.

2. Borang permohonan dan senarai nama yang melawat ditambah lagi satu salinan tiap-tiap
satu bagi sebuah negeri yang dilalui atau dilawati.

3. Nama peserta kaum Cina diiringi dengan tulisan Cina ( sama ada guru atau murid).

4. Bilangan guru yang mengelola/mengiringi lawatan murid hendaklah sesuai.Anggarkan


setiap 20 orang murid ada seorang guru yang mengawas.

5. Jantina guru: kalau ada yang bermalam jika ada murid perempuan mesti adakan guru
perempuan semasa mengawasinya.

6. Tidak dibenarkan lawatan dibuat dalam masa persekolahan kecuali ada kelulusan.

7. Semua borang permohonan dan senarai nama lawatan hendaklah ada tandatangan
Pengetua /Guru Besar bersama cop rasmi. Guru Kanan/Guru Penolong Kanan yang
menandatanginya mestilah menggunakan cop rasmi Pengetua/Guru Besar dan dicatat
bagi pihak pada awal sebelum perkataan Pengetua/Guru Besar.Jangan benarkan
menggunakan cop Guru Penolong Kanan.

8. Borang permohonan dan senarai nama yang melawat yang difotostatkan hendaklah
disahkan semula oleh Pengetua/Guru Besar .( Tandatangan bersama cop rasmi).Borang
permohonan/senarai nama yang berbentuk fotostat,satu set yang asal mesti ada bersama.

9. Pihak sekolah tidak dibenarkan mengemukakan borang permohonan/senarai nama yang


melawat dengan menulis satu helai demi satu helai kerana ini adalah membazir tenaga dan
membuang masa sahaja serta akan berlaku kesalahan apabila menyediakan helai yang
berikutnya( tidak sama ). Pihak sekolah hendaklah menyediakan dengan cara : ditaip
serentak dengan menggunakan karbon (satu helai sahaja yang asal dan beberapa helai
lain ( yang diperlukan) mesti sama/serupa dengan yang asal.Dengan cara lain: disediakan
satu helai borang permohonan dan senarai nama yang melawat ditaip atau ditulis , sebelum
dicop dan tandatangan difotostat seberapa yang diperlukan.

10. Lawatan ke Singapura / Thailand mestilah disertakan bersama ‘Jadual Lawatan’ tiap-tiap
set permohonan.Borang / permohonan dan senarai nama yang melawat bersama ‘Jadual
Lawatan’ hendaklah ditambah satu salinan lagi kerana salinan ini untuk Kementeriaan
Pendidikan Malaysia.
BORANG LAWATAN MURID
UNDANG-UNDANG PELANCONGAN SEKOLAH 1957

BAHAGIAN A.
(DIHANTAR 6 SALINAN SERTA DITAMBAH 1 SALINAN BAGI NEGERI-NEGERI YANG DILAWATI
DAN DISAMPAIKAN KEPADA PENDAFTAR 5 MINGGU SEBELUM TARIKH LAWATAN)

1. NAMA SEKOLAH :

2. NAMA PENGETUA/GURU BESAR :

3. GURU BERTANGGUNGJAWAB :

NAMA GURU-GURU YANG MEMBANTU :

BIL NAMA JANTINA NO. K/P ALAMAT

4. TUJUAN MELANCONG :

5. JENIS PENGANGKUTAN : BAS SEKOLAH/ PELANCONGAN/ DAN LAIN-LAIN


(POTONG YANG TIDAK BERKENAAN)

6. NO. PENDAFTARAN BAS :

7. BILANGAN PELAJAR :

8. BILANGAN GURU :PEREMPUAN : LELAKI :


BAHAGIAN B.
PROGRAM LAWATAN

Tempat Yang Dilawati


Nama dan Alamat Penuh
Tarikh Masa (Catatkan nama tempat dan negeri
Tempat Bermalam
yang berkenaan)
BAHAGIAN C.
1. PUNCA KEWANGAN

1.1 Kutipan Peserta : ..................................................................


1.2 Kutipan Guru : ...................................................................
1.3 Sumbangan dan Punca Lain : ...................................................................
JUMLAH : ...................................................................

2. PERBELANJAAN

2.1 TAMBANG BAS/PENGANGKUTAN : RM


2.2 PENGINAPAN : RM
2.3 TIKET MASUK / BAYARAN AKTIVITI : RM
2.4 MAKANAN / MINUMAN : RM
2.5 INSURAN : RM
2.6 PERKHIDMATAN JURUPANDU : RM
JUMLAH : RM

3. Nama dan alamat Pegawai/Guru yang diberi kuasa memungut dan membelanjakan wang:

Nama Penuh No.K/P Umur Jawatan Alamat Tempat Tinggal


BAHAGIAN D.
SENARAI NAMA PELAJAR

Darjah/
Bil Nama Penuh Jantina No.K/P Alamat Tempat Tinggal
Tingkatan
BAHAGIAN E.
Perakuan Guru Besar / Pengetua:

i) Persetujuan bertulis ibu bapa / penjaga murid telah diperolehi.


ii) Murid-murid dan guru-guru yang terlibat telah diberi taklimat berhubung dengan peraturan
dan langkah-langkah keselamatan.

[ Guru-Guru yang bertanggungjawab ditugaskan menjalankan semua langkah-langkah


keselamatan ]

Saya dengan ini memperakukan bahawa sepanjang pengetahuan saya segala keterangan yang
diberikan dalam borang ini adalah betul dan benar.

...................................................................
(Tandatangan Guru Besar / Pengetua )

Nama Penuh: ...................................................................................

Jawatan dan Cop Rasmi Sekolah: ...................................................


BAHAGIAN F.

ANALISIS MAKLUMAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1. NamaSekolah
:______________________________________________

2. Telefon/Fax
:______________________________________________

3. InsuranTakaful dibayar pada :____________ No. Resit Rasmi:


______________

4. LokasiSekolah :Dalam Bandar / Luar Bandar

5. Tarikh Lawatan :_________________________

6. Bilangan Pelajar :__________________________

7. Nama Guru :____________________________


____________________________
____________________________
____________________________

8. No. TelefonBimbit :______________________________

9. KategoriDestinasiLawatan (Tandakan _/ pada yang berkaitan):-

9.1 SainsTeknologi :
9.2 MercuTanda :
9.3 Galeri :
9.4 Sejarah :
9.5 Kesenian/Kebudayaan :
9.6 Lain-lain :
10. Waktu Lawatan : Sekolah /CutiSekolah Kali ke : __________

11. PenganjuranKelab / Persatuan : _________________________


12. TaburanPeserta
Perempua
Lelaki Jumlah
Bil. Terlibat n
M C I M C I M C I
Guru / Stafsokongan
Murid
Jumlah
PENGESAHAN PEGAWAI PELULUS

Permohonan di atas * diluluskan / tidak diluluskan.

Tandatangan :

Nama Pegawai Pelulus :

Jawatan :

Jabatan :

Tarikh : Cap Rasmi Jabatan :


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING,
34600 KAMUNTING,
TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN.

(Kod Sekolah: AEA 6052 / Telefon: 05-8913723 / No. Fax : 05-8913741)


Email : smkkamunting@ppdlm.edu.my

“ PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN ”


Rujukan Tuan :
Tarikh : 4 Januari 2016

Kepada,

.................................................................................
.................................................................................
.................................................................................
Tuan/Puan,
Perlantikan Sebagai : 1. ..........................................................................................
2. ..........................................................................................
3. ..........................................................................................

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya
mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 96 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41,
Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, saya dengan sukacita melantik tuan
seperti yang tercatat di atas berkuatkuasa mulai tarikh surat ini.

2. Dengan perlantikan ini bermakna tuan secara rasmi bertanggungjawab atas perjalanan dan
kegiatan unit kokurikulum di atas serta berkuasa menasihati, menegur dan mengarahkan Ahli
Jawatankuasa Persatuan dan semua ahli persatuan demi memastikan unit kokurikulum
berkenaan tidak terkeluar daripada tujuan dan matlamat penubuhannya. Tuan juga secara
rasmi bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti unit kokurikulum berkenaan mematuhi
sepenuhnya semua peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan dan
Kerajaan Malaysia.

3. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan tanggungjawab
yang diberikan ini dengan cekap dan berkesan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( HJ. MOHD HARITHUDDIN BIN SATARI)


Pengetua Kanan,
SMK Kamunting.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING,
34600 KAMUNTING,
TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN.

Kod Sekolah: AEA 6052


No. Telefon : 05-8913723
No. Fax : 05-8913741

“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

Ruj. Kami :
Tarikh :

Kepada,

................................................................
................................................................
................................................................

Tuan/Puan

PERLANTIKAN SEBAGAI JURULATIH SMK KAMUNTING

Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah bersetuju melantik pihak tuan sebagai
jurulatih
…………………………………………………………. bagi tahun ......................

3. Pihak sekolah berharap melalui perlantikan ini, tuan dapat memberi sumbangan
kepada
kecemerlangan sekolah. Tuan juga secara rasmi bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti
pasukan sekolah ini mematuhi sepenuhnya semua peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang
ditetapkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian
Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.

Sekian. Terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang Menjalankan Tugas,

(HJ. MOHD HARITHUDDIN BIN SATARI)


Pengetua Kanan
SMK Kamunting

s.k

1. Fail Kokurikulum
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING,
34600 KAMUNTING,
TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN.

(Kod Sekolah: AEA 6052 /Telefon: 05-8913723 / No. Fax : 05-8913741)


Email : smkkamunting@ppdlm.edu.my

“ PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN ”


Rujukan Tuan :
Tarikh : 4 Januari 2016

Kepada,

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting,
34600 Kamunting,
Perak

Tuan/Puan,
MEMOHON KEBENARAN MENGUTIP DERMA KEAHLIAN

Merujuk perkara di atas, saya selaku Bendahari


..............................................................................
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting dengan penuh rasa tanggungjawab memohon
kebenaran untuk mengutip derma keahlian bagi
..............................................................................
Sebanyak RM .................. daripada setiap ahli untuk jangka masa satu tahun. Kutipan ini
adalah penting untuk menjayakan aktiviti persatuan ini.

Diharapkan pemohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian. Terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

( )
Bendahari ..........................................,
..............................................................
SMK Kamunting.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING,
34600 KAMUNTING,
TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN.

(Kod Sekolah: AEA 6052 /Telefon: 05-8913723 / No. Fax : 05-8913741)


Email : smkkamunting@ppdlm.edu.my

“ PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN ”


Rujukan Tuan :
Tarikh : 4 Januari 2016

Kepada,

………………………………………………………………….,
Bendahari,
………………………………………………………………….,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting,
34600 Kamunting,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

KELULUSAN MENGUTIP DERMA KEAHLIAN

Merujuk perkara di atas, saya selaku Penolong Pendaftar Sekolah meluluskan


permohonan tuan mengikut Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub
dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb.Mei 1998 P.U.(A) 196, untuk
mengutip derma keahlian
…………………………………………………………………………….. sebanyak RM3.00
(Ringgit Malaysia : Tiga sahaja) daripada setiap ahli.

2. Sehubungan dengan itu, diharapkan


…………………………………………………………………………. akan bergerak aktif di
samping menjaga nama baik sekolah.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HJ. MOHD HARITHUDDIN BIN SATARI)


Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting,
34600 Kamunting,
Perak Darul Ridzuan.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING
34600 KAMUNTING, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 058913723 Faxs : 058913741

KEBENARAN IBU / BAPA / PENJAGA

A) Saya _______________________________________No. KPT


___________________________
(Nama penuh Ibu / Bapa / Penjaga dalam huruf besar)

Memberi kebenaran kepada * anak / jagaan saya


___________________________________
(Nama penuh pelajar dalam huruf besar)

No. KPT : __________________________ Tingkatan : __________Tahun :


_____________
Mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Daerah LMS seperti berikut :

Nama Aktiviti
Tarikh
Masa
Tempat

B) Saya juga membenarkan pihak penganjur atau wakil mengambil tindakan mendapatkan
rawatan atau pertolongan perubatan untuk * anak / jagaan saya sekiranya didapati perlu.

C) Sesungguhnya saya faham bahawa :


i) Pihak penganjur atau wakil akan mengambil langkah serta prosedur keselamatan dan
pencegahan kemalangan semasa aktiviti-aktiviti dijalankan.

ii) Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan mahkamah/mendakwa pihak sekolah/
Jabatan Pendidikan Perak/ Pejabat Pendidikan Daerah sekiranya terjadi apa-apa kemalangan
ke atas anak / jagaan saya.

Alamat * Ibu / Bapa / Penjaga : Tarikh : ________________

__________________________ Tel. (R) : ________________

__________________________ Tel. (P) : ________________

__________________________ HP : _________________

Tandatangan *Ibu / Bapa / Penjaga : ___________________________________


Nama * Ibu / Bapa / Penjaga : ( )

NAMA GURU YANG MENGURUS : T.TANGAN

………………………………………………
.………………..
TEL :

Anda mungkin juga menyukai