Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN AJK PERALATAN

SEBELUM

Sebulan sebelum program bermula, Ajk peralatan telah menempah barang-barang


yang diperlukan sepanjang program BIG tersebut. Sebagai contoh jaket keselamatan,
plastik sampah, peralatan siaraya dan banyak lagi. Kami telah meminta pesanan dari setiap
AJK yang memerlukan peralatan untuk ditempah di stor IPGKPP. Setelah mendapat
maklum balas, AJK Peralatan telah membuat satu senarai yang mengumpulkan maklumat
berkaitan semua peralatan yang perlu ditempah untuk kegunaan setiap ajk. Seminggu
sebelum program tersebut berlangsung ajk peralatan telah mengambil barang-barang yang
telah ditempah untuk diperiksa semula keadaan barang-barang tersebut samaada cukup
dan boleh digunakan dengan baik. Sehari sebelum bergerak ke tapak program, AJK
Peralatan sekali lagi membuat pemeriksaan berkaitan peralatan-peralatan yang ditempah
agar tidak terlepas pandang.

SEMASA

Semasa program berlangsung AJK peralatan menghadapi sedikit masalah apabila


terdapat beberapa peralatan yang disimpan ditempat lain tanpa pengetahuan AJK Peralatan
sendiri. Hal ini menyebabkan, ajk terpaksa mencari diseluruh tempat kawasan kempaya
pahlawan sehinggalah ditinggalkan oleh bas semasa hendak bergerak untuk mengikuti
program interaksi bersama sekolah. Namub begitu, masalah-masalah tersebut dapat diatasi
dengan baik. Selepas kejadian itu, ajk peralatan meminta semua ajk yang terlibat untuk
memastikan menjaga peralata-peralatan yang mereka pinjam agar tidak berlaku perkara
yang tidak diingini. Tambahan lagi, ajk peralatan memainkan peranan yang sangat penting
sepanjang program selama 5 hari 4 malam di kem tersebut kerana setiap aktiviti yang
dijalankan akan melibatkan ajk peralatan secara optimum. Oleh yang demikian, ajk
peralatan telah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin sehinggalah program
selesai sehingga semua peralatan yang dipinjam dihantar semula ke stor IPGKPP.

SELEPAS

Selesai sahaja memikul tanggungjawab sebagai ajk peralatan selama 5 hari 4


malam, kami telah menguruskan pemulangkan peralatan yang dipinjam bersama staff stor
IPGKPP. Selepas itu, tugasan yang diberikan oleh pensyarah juga dilaksanakan selepas
program iaitu menulis laporan reflektif menggunakan format SWOT untuk mengenalpasti
segala kekurangan dan kelemahan yang ada sepanjang program. Seterusnya, laporan ajk
juga dibuat untuk dihantar kepada setiausaha program selesai sahaja semua tugasan untuk
dimasukkan ke dalam laporan program.

Anda mungkin juga menyukai