Anda di halaman 1dari 3

ANALISIS SWOT

Pada 2 hingga 6 Oktober yang lalu, pelajar-pelajar guru PISMP ambilan Jun 2015 telah
selesai menjalani aktiviti Bina Insan Guru (BIG) bertempt di Kem Paya Pahlawan, Kubang
Pasu, Kedah Darul Aman. Ini merupakan pengalaman baharu dan berharga yang tidak
mungkin saya akan peroleh untuk seumur hidup saya. Apabila saya dan rakan-rakan tiba di
destinasi di sana, kami terus dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan
B. Kumpulan A terdiri daripada pelajar-pelajar guru kelas Bimbingan & Kaunseling manakala
kumpulan B terdiri daripada kelas Matematik, Sejarah dan Tesl. Dalam penulisan ini, saya
akan mengemukakan analisis swot yang menerangkan aspek kekuatan, kelemahan, peluang
dan ancaman sepanjang saya menjalani program BIG ini.

Kekuatan.

Berdasarkan perspektif peribadi saya, kekuatan yang dapat diwujudkan melalui aktiviti
BIG ini adalah semangat kerjasama. Ini dibuktikan melalui penghasilan lukisan mural di
Sekolah Kebangsaan Darulaman Height. Walaupun kami hanya diperuntukkan masa sekitar
4-5 jam, kami mampu menyiapkannya dalam masa yang sigkat dan lukisan yang dihasilkan
juga menarik dan cantik. Ini juga menunjukkan para peserta juga mempunyai kepakaran dan
kreatif dalam menghasilkan mural. Ini juga dapat dibuktikan melalui aktiviti Kembara.
Semangat berpasukan atau kerjasama dalam kumpulan berjaya dibentuk dan dibuktikan
apabila kami dapat menyelesaikan aktiviti sedemikian dengan pantas walaupun keadaan
hutan pada waktu itu licin dan basah akibat hujan yang melanda pada malam sebelumnya.
Menurut pensyarah penyelaras BIG, beliau berpuas hati dengan semangat kerjasama yang
ditunjukkan semua ahli. Selain itu, nilai-nilai keguruan dapat dipupuk melalui program bina
insan guru ini. Ini dapat ditonjolkan melalui slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang
bertemakan pengucapan awam dan Kesantunan Berbahasa. Melalui LDK ini, kami
didedahkan dengan tatacara menyampaikan ucapan di khalayak ramai dengan protokol yang
betul. Di samping itu, program ini juga dapat membentuk keyakinan dalam diri peserta. Ini
dapat dilihat melalui aktiviti Kembara yang mencabar fizikal dan mental kami sebagai peserta
BIG. Malalui aktiviti ini, saya dapat melihat kesemua peserta mempunia keyakinan dengan
diri sendiri untuk sampai ke destinasi yang ditujui. Mereka sanggup mendaki bukit yang
mempunyai bentuk fizikal muka bumi yang licin. Seterusnya, komitmen yang ditunjukkan oleh
para peserta melancarkan lagi perjalanan program ini. Bagi pendangan saya, saya melihat
semua peserta memberikan komitmen yang tinggi sewaktu menjalankan aktiviti yang bermula
dari hari pertama sehingga hari terakhir.
Kelemahan.

Bagi aspek kelemahan, saya melihat guru-guru di Sekolah Kebangsaan Darulaman


kurang memberi perhatian dan pemantauan sewaktu aktiviti interaksi bersama sekolah
dijalankan. Ini terbukti pada hari kedua kami menjalankan aktiviti di sekolah berkenaan, saya
mendapati warga sekolah khususnya guru-guru kurang memberi layanan dan perhatian
kepada kami yang menjalankan aktiviti bersama-sama murid tahun 6 di sana. Kami hanya
melihat seorang sahaja guru perempuan yang sentiasa memantau aktiviti-aktiviti sepanjang
kami berprogram di sana. Di samping itu, saya berpendapat bahawa masa yang
diperuntukkan terlalu singkat untuk melaksanakan semua aktiviti dengan sempurna. Ini
dapat dilihat melalui semua aktiviti yang dijalankan sepanjang keberadaan kami di sana.
Contohnya, Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti air terlalu singkat dan ini membuatkan
ilmu yang disampaikan kepada kami juga tidak menepati piawaian yang sebenar. Ini juga
dapat dilihat melalui slot LDK yang bertemakan Kemahiran Berbahasa dan Pengucapan
Awam. Sememangnya slot itu penting kepada kami selaku bakal pendidik. Akan tetapi masa
yang diperuntukkan untuk slot tersebut hanya sekitar 1 jam 30 minit sahaja. Maka ilmu yang
disampaikan sewaktu aktiviti tersebut tidak dapat diperoleh dengan sempurna. Seterusnya,
saya juga melihat pemilihan tarikh perlaksanaan Program Bina Insan Guru agak tergesa-
gesa. Program BIG yang dijalankan ini sejurus selepas kami menjalani program praktikum
selama 3 bulan membuatkan kami agak keletihan. Lantaran itu, saya juga mendapati kami
kurang dari aspek kemahiran dalam menguruskan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
murid-murid sekolah. Saya melihat perkara sedemikian apabila terdapat sedikit kekangan
daripada aktiviti interaksi bersama murid-murid sekolah. Sesetengah aktiviti dan permainan
yang dijalankan kurang mengasah kemahiran berfikir murid-murid. Kami sepatutnya
merancang aktiviti atau permainan yang berunsurkan kemahiran berfikir yang menepati
pembelajaran abad ke-21.

Peluang.

Bagi aspek peluang, saya merasakan aktiviti BIG yang dijalankan ini menjadi satu
platform kepada kami selaku bakal-bakal pendidik. Ini kerana aktiviti-aktiviti yang
dijalankan menguji ketahanan fizikal dan mental kami selaku bakal pendidik. Ini kerana murid-
murid yang lahir dalam dunia teknologi hari ini mempunyai seribu satu masalah yang perlu
ditanggani oleh guru-guru untuk masa yang akan datang. Jadinya, saya bersyukur kerana
dapat melibatkan diri sebagai peserta BIG dan sedikit sebanyak mampu mengasah ketahanan
fizikal dan mental saya. Selain itu, fasiliti yang ada di Kem Paya Pahlawan terdiri daripada
fasiliti yang amat baik. Seperti yang kita semua sedia maklum, kem tersebut dikelolakan di
bawak Perbadanan Menteri Besar negeri Kedah Darul Aman dan semua fasiliti di sana baik
dan dapat digunakan dengan kadar yang maksimum. Kami bersyukur kerana tiada sebarang
kerosakan langsung terhadapa semua fasiliti di sana dan kami dapat menggunakannya tanpa
sebarang halangan. Seterusnya, kami juga dibimbing barisan pensyarah atau jurulatih yang
berpengalaman dari Unit Kokurikulum IPG Kampus Pulau Pinang. Perkara sedemikian tidak
dapat dinafikan lagi apabila saya melihat daripada pasangan mata kasar ini bahawa kesemua
jurulatih yang terlibat merupakan orang-orang yang hebat dan berpengalaman. Ini
termasuklah aktiviti dari aspek fizikal mahupun LDK.

Ancaman.

Bagi pandangan saya, saya merasakan sepanjang kami berkampung 5 hari 4 malam
di sana, saya merasakan kami kurang berhadapan dengan ancaman. Walaubagaimanapun,
saya merasakan ancaman yang utama adalah bentuk fizikal muka bumi yang agak licin.
Ini merupakan ancaman kepada kami untuk menjalani aktiviti Kembara pada hari keempat di
sana. Bentuk fizikal muka bumi yang agak licin telah membuatkan destinasi yang kami tujui
itu mencabar. Selain itu, saya juga berhadapan dengan ancaman masalah kesihatan. Ini
terjadi kepada diri saya semasa saya hari kedua program tersebut berlangsung di mana saya
berhadapan dengan masalah demam dan batuk. Ini sedikit sebanyak telah memberi
gangguan kepada saya untuk menjalani aktiviti BIG pada hari berkenaan dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai