Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN SWOT

Saya Naveenah Balakrishnan, pelajar T3 S1 Pengajian Melayu. Tiada perkataan


yang lain selain rasa syukur kepada Tuhan kerana diberi kesempatan masa dan kebaikan
kesihatan kepada saya sepanjang Program BIG ini berlangsung, Saya juga ingin
mengucapkan segolongan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Latib Bin Rahman,
pensyarah mata pelajaran MPU 3112 yang banyak memberikan bimbingan untuk
menyiapkan tugasan ini. Kami diberi tugasan untuk membuat refleksi mengenai Program
BIG yang telah disertai. Analisa SWOT merupakan salah satu teknik yang berkesan untuk
membuat sebuah refleksi yang cemerlang.

Kekuatan:

Beberapa kekuatan dapat dikenalpasti melalui program bina insan guru (BIG) ini.
Pertamanya ialah, program BIG dapat membentuk keyakinan dalam diri peserta. Seseorang
individu yang bergelar guru perlu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi apabila
berhadapan dengan orang ramai. Maka, aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) seperti
membuat lakonan, membentangkan hasil perbincangan dan aktiviti keyakinan dalam air
dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan dalam diri peserta program ini. Aktiviti seperti ini
memberi peluang untuk para peserta bagi menonjolkan bakat terpendam mereka di
kalangan orang ramai. Secara tidak langsung ia pasti akan membentuk keyakinan dalam diri
peserta.

Selain itu, semangat kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan antara peserta juga
melancarkan pergerakkan program ini. Sikap bertolak ansur dan bekerjasama dalam
kumpulan memudahkan proses persediaan untuk mengendalikan program ini. Sebagai
contohnya, setiap peserta sanggup mengkorbankan masa mereka untuk menghadiri
mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa supaya dapat memberi
pandangan dan cadangan mereka terhadap keputusan yang diambil supaya program yang
dirancang berjalan dengan lancar. Lebih lagi, semangat kerjasama juga ditunjukkan semasa
pengagihan kerja antara satu sama lain. Semua peserta diberi tugas masing-masing supaya
lebih adil dan secara tidak langsung semangat berpasukan dapat dipupukan.

Kelemahan;

Sehubungan dengan itu, saya ingin menyatakan beberapa kelemahan yang telah
dikenalpasti dalam Program Bina Insan Guru ini. Pertamanya ialah, beberapa arahan yang
dinyatakan oleh jurulatih adalah kurang jelas dan tidak difahami oleh para peserta. Hal ini
menyebabkan para peserta mengalami kekeliruan terhadap arahan yang dinyatakan oleh
jurulatih, keadaan ini juga menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara peserta
dengan peserta dan peserta dengan jurulatih. Sebagai contohnya, arahan untuk
memecahkan kumpulan A dan B semasa menjalani aktiviti abseling dan keyakinan dalam air
adalah agak mengelirukan dan tidak begitu jelas.

Di samping itu, peralatan yang tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti juga
merupakan salah satu kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam program BIG ini. Sebagai
contohnya, jaket keselamatan yang dibawa adalah hanya 70 buah dan tidak mencukupi
untuk 107 orang peserta. Kekurangan peralatan untuk aktivti seperti membina rakit dan
keyakinan dalam air menyebabkan para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan yang
berbeza dan aktiviti dijalankan secara berasingan. Keadaan ini menjadi satu halangan
kepada para peserta bagi menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain melalui
menjalani aktiviti seperti ini secara berkumpulan dan bersama.

Peluang :

Lebih lagi, program BIG ini juga dapat menyediakan peluang kepada saya untuk
mendapatkan pengalaman yang baru. Misalnya, saya tidak pernah melakukan khidmat
komuniti dan abseling sebelum ini. Jadi, apabila saya melibatkan diri dalam aktiviti seperti
ini, saya rasa seronok dan dapat memeroleh pengalam yang baru. Pada masa yang sama,
saya juga dapat menyedari tentang kepentingan melakukan khidmat komuniti sebagai
seorang bakal guru. Sebagai ahli jawatankuasa, saya juga dapat berpeluang untuk
mengetahui proses-proses yang perlu dilalui untuk mengendalikan dan menjayakan
sesebuah program. Ini juga memberi satu pengalaman yang agak bermakna kepada saya.

Seterusnya, saya juga berpeluang untuk mempelajari kemahiran baru melalui


program ini. Contohnya, aktiviti keyakinan dalam air sememangnya membantu saya untuk
mempelajari cara berenang ke hadapan dan ke belakang. Kemahiran-kemahiran asas
berenang yang diajarkan oleh para jurulatih juga memberi peluang kepada saya untuk
menguasai bakat berenang ini. Selain itu, saya juga berpeluang untuk membantu dan
berkerjasama antara kawan-kawan saya sepanjang perjalanan program ini. Saya sangat
bersyukur kerana dapat membantu kawan-kawan yang menghadapi kesukaran semasa
menaiki bukit yang agak licin. Tanpa kerjasama yang kuat antara satu sama lain, aktiviti
kembara tersebut tidak dapat ditamatkan dengan jayanya.
Ancaman:

Ancaman yang kami menghadapi sepanjang perjalanan program ini adalah


disebabkan cuaca yang terlalu panas. Kami juga telah menjumpai kepanasan yang terlalu
tinggi dan tidak dapat melaksanakan beberapa aktiviti seperti pembinaan rakit dan abseling
dengan selesa kerana mudah letih disebabkan cuaca yang agak panas. Selain itu, kawasan
aktiviti kembara yang licin juga menjadi satu ancaman bagi pihak kami. Hal ini adalah, kami
menghadapi kesukaran untuk mendaki dan beberapa peserta tergelincir daripada tapak
tersebut.

Cadangan Penambahbaikan

Lantaran itu, penyelesaian adalah perlu bagi mengelak masalah-masalah seperti


yang disebutkan daripada berulang pada masa hadapan. Berikut merupakan antara
cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa hadapan iaitu, yang pertama
adalah hal berkaitan dengan arahan yang tidak begitu jelas. Bagi isu ini, jurulatih perlu lebih
peka apabila ingin memberi arahan kepada para peserta. Arahan yang diberikan perlu lebih
jelas dan mudah difahami oleh mereka. Cadangan kedua ialah berkenaan dengan peralatan
yang tidak mencukupi. Bagi mengatasi masalah ini, pihak penganjur program perlu
memastikan bahawa peralatan yang diperlukan adalah mencukupi untuk semua peserta
agar semua dapat melibatkan dalam aktiviti yang dijalankan dengan serentak.

Kesimpulannya Program Bina Insan Guru ini berupaya melahirkan pendidik yang
berkarisma dan berketerampilan dari semua sudut fizikal, jasmani, emosi, rohani, sosial dan
intelek. Tambahan lagi, program ini menjamin pengalaman kepada semua guru pelatih untuk
menjadi seorang pendidik yang berguna untuk masyarakat dan negara. Segala aktiviti dalam
program ini telah dilaksanakan dengan sebaiknya serta semua peserta telah memberikan
komitmen yang menyeluruh terhadap semua aktiviti yang dijalankan.
LAMPIRAN
Gambar 1: Menyusun barang-barang dalam bas

Gambar 2 : Sampai di Kem Paya Pahlawan


Gambar 3 : Penghasilan rakit

Rajah 3 : Aktiviti berkayak


Gambar 4 : Aktiviti sekolah

Gambar 5 : Aktiviti gotong-royong


Gambar 6: Abseiling

Gambar 7: Kembara
Gambar 8: Senaman pagi

Gambar 9: Aktiviti LDK


Gambar 10 : Sesi moral

Anda mungkin juga menyukai