Anda di halaman 1dari 4

Refleksi Chua Wee Phern 700726-01-5322 KUMPULAN BC 2 PPG AMBILAN JUN 2011

REFLEKSI INDIVIDU

Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya


dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap
sebagai faktor kekuatan dalam program Semarak Kasih ini. Pertama, dari awal
proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian
tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan
alatan-alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat
kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, “ Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing”. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan
program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya
dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat
menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani.

Kekuatan program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia


ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai di antara ahli kelas kami
yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program
seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai
contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses
mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana
kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk
menyempurnakan tugas tersebut.

Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi


sikap kerjasama antara ahli PIBG, warga sekolah,murid-murid, guru-guru dan
kakitangan sekolah. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa
bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program
Refleksi Chua Wee Phern 700726-01-5322 KUMPULAN BC 2 PPG AMBILAN JUN 2011

ini berlangsung. Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan
sokongan yang penuh dalam seiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan
kawasan untuk aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam menjayakan
program ini. Contohnya semasa aktiviti makanan waktu rehat semasa aktiviti
kelas tambahan dijalankan.Kerjasama guru yang bertugas semasa mengedarkan
makanan kepada murid-murid tahun enam dapat mengeratkan hubungan di
antara kami. Kami juga turut rasa dihargai kerana merancang program Bina
Insan Guru di tempat tersebut.

Kebaikan pertama khidmat social yang dilakukan untuk aktiviti


kelas tambahan tahun enam ialah dapat memudahkan kerja yang berat dapat
dijalankan dengan mudah. Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu
mengikuti kelas tambahan ialah pemahaman mereka terhadap pelajaran akan
menjadi semakin kukuh. Kelas ini begitu penting buat murid yang lemah dalam
sesuatu pelajaran
Salah satu kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh
memberikan banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan
murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang
turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti
peperiksaansebenarnya.
Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan
berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi
peperiksaan pula. Mereka yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir
serupa berasa yakin untuk menjawab dengan tenang dan tepat setiap soalan
yang diberikan itu.

Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid


memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang
diadakan selepas waktu sekolah biasa menyukarkan murid-murid untuk terbabit
dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa
menonton televisyen.
Refleksi Chua Wee Phern 700726-01-5322 KUMPULAN BC 2 PPG AMBILAN JUN 2011

Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalkkan mengikuti


kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah. Namun, jumlah
kelas yang dihadiri oleh murid ini juga harus dikawal supaya mereka tidak
menghabiskan sepanjang masa dengan menghadiri kelas tambahan sahaja.
Kualiti lebih penting daripada kuantiti menghadiri kelas.

Walau bagaimana pun, masih terdapat beberapa kelemahan yang


menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai.
Kelemahan ialah kelas tambahan mengurangkan masa rehat pelajar pada
hujung minggu. Ia juga merenggangkan hubungan pelajar dengan ahli keluarga.

Ia juga menyebabkan pelajar dibebani dengan pelbagai tugasan yang lebih


banyak. Ia juga mengurangkan aktiviti riadah pelajar. Ia juga memberikan
tekanan kepada sesetengah pelajar.

Cadangan saya untuk memupuk motivasi di kalangan murid untuk


mengikuti kelas tambahan di sekolah secara penuh perhatian dan memupuk
semangat berusaha secara bersungguh-sungguh di rumah mengenai ilmu yang
telah disampaikan oleh guru semasa kelas tambahan di sekolah. Guru juga perlu
memupuk semangat bercuba dan menghadapi cabaran di kalangan murid
semasa kelas tambahan dijalankan di sekolah. Guru juga boleh memberikan
movitasi inrinsik dengan pujian apabila murid-murid dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi semasa kelas tambahan dijalankan di sekolah.
Ini akan memupuk semangat cinta dan menghargai semangat kehormonian pada
masa kelak.

Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman


yang dilalui sepanjang tempoh separuh hari dua, kita perlu mempunyai
perancangan yang rapi bermula dari peringkat penubuhan jawatankuasa
sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem supaya program yang dilaksanakan
berjaya dan mampu menarik perhatian. jadikan pengalaman orang lain dan
Refleksi Chua Wee Phern 700726-01-5322 KUMPULAN BC 2 PPG AMBILAN JUN 2011

pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat pertimbangan bijak untuk


menghadapi masalah akan datang.
Program membina insan guru ini dapat memberi manfaat
kepada saya untuk belajar menggunakan window live movie marker untuk
mengumpulkan gambar-gambar aktiviti kelas tambahan ke dalam CD. Saya
telah dapat belajar cara-cara yang betul untuk menjadikan gambar-gambar
tersebut memunyai pelbagai pergerakan yang kreatif dan menarik. Ini juga
memberi keyakinan kepada saya untuk menghadapi masalah secara tenang.
Walaupun, masa yang diberi untuk menyiapkan tugas ini tidak mencukupi, tetapi,
dengan kerjasama kawan sejawat, cabaran kerja kursus ini telah dapat saya
menghadapi dengan teratur dan bersistematik. Saya berterima kasih kepada
kawan sejawat saya iaitu Boe Boon Chyong dan Tan Kui Huah yang telah
memberi kerjasama yang bagus untuk menyiapkan kerja tugasan ini. Saya juga
berterma kasih kepada pensyarah yang telah memberi bimbingan kepada kita
untuk menyiapkan kerja tugasan ini secara mesra.

Anda mungkin juga menyukai