Anda di halaman 1dari 8

Refleksi Chua Wee Phern 700726-01-5322 KUMPULAN BC 2 PPG AMBILAN JUN 2011

REFLEKSI INDIVIDU

Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya


dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap
sebagai faktor kekuatan dalam program Semarak Kasih ini. Pertama, dari awal
proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian
tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan
alatan-alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat
kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, “ Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing”. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan
program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya
dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat
menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani.

Kekuatan program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia


ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai di antara ahli kelas kami
yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program
seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai
contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses
mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana
kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk
menyempurnakan tugas tersebut.

Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi


sikap kerjasama antara murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah. Ini
kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam
melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung.
Refleksi Chua Wee Phern 700726-01-5322 KUMPULAN BC 2 PPG AMBILAN JUN 2011

Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang
penuh dalam setiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan kawasan untuk
aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam menjayakan program ini.
Contohnya semasa aktiviti makanan waktu rehat semasa aktiviti bengkel
dijalankan.Kerjasama guru yang bertugas semasa mengedarkan makanan
kepada murid-murid dapat mengeratkan hubungan di antara kami. Kami juga
turut rasa dihargai kerana merancang program Bina Insan Guru di tempat
tersebut.

Tidak dapat kita nafikan bahawa, kepimpinan merupakan satu


komponen kemahiran yang penting dalam pembinaan dan pembangunan insan
yang cemerlang. Kepimpinan membantu manusia untuk mencapai tujuan dan erti
kehidupan yang jauh lebih bermakna dari sebelumnya. Kepimpinan juga
membantu manusia untuk mencapai keharmonian dan perpaduan yang
seimbang khususnya dalam pembinaan suatu bangsa atau tamadun.

Namun, harus kita fahami dan sedari bahawa, setiap diri manusia
ini memerlukan daya dan kemahiran memimpin walaupun hanya sekadar untuk
pembangunan dalam diri sendiri. Kepimpinan bukanlah sesuatu kelebihan atau
pemberian Allah kepada seseorang tetapi ia berdasarkan latihan dan
bimbingan .

Oleh yang demikian, Bengkel Kepimpinan dibentuk bagi


membantu dan memberikan alternatif kepada pihak sekolah bagi menjalankan
latihan kepimpinan di peringkat sekolah. Ini adalah sebagai salah satu usaha
bagi menyediakan lebih ramai barisan pelapis kepimpinan akan datang. Peserta
akan didedahkan dengan beberapa elemen penting sebagai pelapis kepimpinan
akan datang.

MATLAMAT AKHIR BENGKEL Pelajar akan dapat


meningkatkan keyakinan diri sebagai pemimpin serta memahami peranan
Refleksi Chua Wee Phern 700726-01-5322 KUMPULAN BC 2 PPG AMBILAN JUN 2011

asas .dan utama mereka sebagai pemimpin serta melaksana tugas mereka
dengan tekun, bersungguh-sungguh serta ikhlas di sekolah.

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk


mengikuti program bengkel ceramah mengenai Etiket Sosial bersempena
dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di SJKC PEI
HWA pada 20 Mei 2013 yang lepas iaitu “Bengkel Etiket Dan Sosial 2013”. Kami
telah berterima kasih dengan Guru Besar kami iaitu Puan Teo Ah Eeng dan telah
member kebenaran mengadakan bengkel tersebut.

Penceramah iaitu Puan Boe, Puan Chew , Puan Tan dan Puan
Chua telah mendapat satu tajuk atau aktiviti kecil. Kami berasa gembira kerana guru-
guru yang dipilih untuk menjadi penceramah atau pengelola aktiviti menerima cabaran
dengan begitu rela sekali. Selepas pengawas tahun 3 hingga tahun 6 yang telah
mengikuti program ini di sekolah, saya yakin dan percaya bahawa ia akan
memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi mereka.
Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah murid-murid dapat dan
perolehi daripada aktiviti ini.

Sememangnya bengkel ini telah memberikan impak positif


yang besar dalam diri murid-murid  sebagai seorang bakal pemimpin dalam
senantiasa beretika sosial dan berprotokol dalam banyak aspek. Pertama sekali,
saya sedar bahawa hidup beragama merupakan elemen yang terpenting
dalam kehidupan kita. Hal ini demikian kerana ia akan menjadi panduan hidup
iman kita sepanjang hayat. Kalau kita tidak mempunyai sebarang kepercayaan
dan agama dalam hidup kita, kita akan berasa sangat pasif, gelisah dan
terganggu apabila kita melanda dilemma kehidupan atau cabaran dalam
kehidupan kita. Jadi, agama diibaratkan sebagai suluh lampu dan berperanan
untuk menyuluh kehidupan kita serta memandu kita agar menjalani kehidupan
pada hala jalan yang betul, halal dan benar.
Selain itu, saya juga sedar bahawa dasar dan latar keluarga
yang sihat dan seimbang juga amat penting dalam penbentukan seorang
insan yang beretika sosial. Selepas mendengar ceramah yang disampaikan
oleh guru-guru, murid-murid dapat mempelajari bahawa ajaran keluarga
Refleksi Chua Wee Phern 700726-01-5322 KUMPULAN BC 2 PPG AMBILAN JUN 2011

merupakan unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada pembentukan insan


yang mempunyai etika sosial. Sememangnya hidup dengan beretika harus
dimulakan pada ibu bapa terlebih dahulu kerana merekalah yang melahirkan,
menjaga dan mendidik kita sejak dari kita lahir lagi. Ini bermakna kita
meluangkan paling banyak masa untuk bersama dengan mereka. Jadi, sekiranya
ibu bapa memberikan didikan keluarga yang sempurna kepada anak-anak
mereka, seperti membantu anak-anak membanding beza antara kebaikan dan
keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam melakukan semua perkara,
maka adalah tidak menjadi masalah bagi mereka apabila mereka pergi ke
kumpulan masyarakat yang lebih besar dan ketika bersosial dengan orang
ramai.
Menghadiri seminar bengkel ini juga telah memberikan kesan
positif yang amat mendalam terhadap masa depan murid-murid. Murid-
murid sedar bahawa sebagai seorang bakal pemimpin yang mempunyai
etika sosial yang sempurna, kita haruslah sentiasa mengamalkan sikap
merendah diri tidak kira di mana sahaja. Sememangnya semua orang harus
bersikap merendah diri dan tidak sombong, terutamanya terhadap orang yang
lebih tua, berpengalaman dan veteren daripada kita. Kalau tidak, kita akan
sentiasa dilebelkan dengan istilah angkuh, sombong, lawa, dan banyak lagi
perkataan yang tidak sedap didengar dan negatif. Yang teruknya, sekiranya kita
dilebelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di atas, adalah sangat susah
bagi individu tersebut untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya bukan orang
yang semacam itu. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengawal tingkah laku,
pertuturan dan pemikiran kita pada kadar yang boleh bersamaan dengan rendah
diri agar kita dapat bergaul dengan orang lain dengan harmoni, tenteram dan
sejahtera tanpa sebarang prejudis dan bias terhadap orang itu.
Malah, sebagai seorang pemimpin yang beretika sosial, kita
haruslah sentiasa berpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi
oleh semua pihak, sama ada rakan sejawat, ibu bapa, murid, ataupun
masyarakat awam. Berpenampilan sempurna ini sebenarnya merujuk kepada
bagaimana kita mahu mempamerkan dan menonjolkan kepada orang lain.
Dalam konteks ini, ia merangkumi banyak aspek dan memerlukan ilmu dan
pengetahuan yang khusus, tidak kira cara berpakaian, cara pertuturan, cara
Refleksi Chua Wee Phern 700726-01-5322 KUMPULAN BC 2 PPG AMBILAN JUN 2011

perhubungan dan komunikasi dengan orang lain. Dengan mengambil contoh


tentang cara berpakaian dalam kalangan pemimpin; selepas mendengar
ceramah tersebut, murid-murid sedar bahawa kita haruslah berpakaian
mengikut norma-norma yang disetujui ramai dan peraturan yang ditetapkan.
Sebagai seorang bakal pemimpin, kita haruslah berpakaian
berdasarkanimpression sebagai seorang pemimpin. Oleh itu, pakaian-pakaian
yang jenis singkat, ketat, menjolok mata dan tidak menutup aurat haruslah
dielakkan walaupun kita berada di luar kawasan sekolah, di pusat membeli
belah, di cafe makanan, dan sebagainya. Sama juga seperti kasut, tas tangan,
rambut, kuku, barang-barang perhiasan, dan sebagainya, kita haruslah memakai
mengikut peraturan dan norma masyarakat yang ditetapkan.
Bengkel ini juga turut memberikan impak positif yang amat
mendalam terhadap masyarakat dan komuniti di sekeliling murid-
murid . Dalam konteks ini, ia merujuk kepada aspek pertuturan dan komunikasi
dengan orang lain. Selepas mendengar penerangan daripada guru, murid-murid
sedar bahawa sebagai seorang manusia yang hidup masyarakat, kita haruslah
mempunyai tatacara perkenalan, pertuturan dan cara bermakan yang betul,
terutamanya semasa menghadiri majlis-majlis rasmi. Oleh itu, kita haruslah
menjadikan prinsip “satu hari satu kawan” sebagai amalan dan pegangan hidup
kita. Sebagai seorang pemimpin yang inisiatif, kitalah yang harus memulakan
sesebuah hubungan persahabatan. Janganlah kita tunggu orang lain mengambil
tindakan terlebih dahulu, tetapi kitalah yang harus aktif mengambil langkah untuk
berkenalan dengan orang lain.
Oleh yang yang demikian, saya sedar bahawa untuk
menjayakan sesebuah hubungan persahabatan, kita haruslah mempunyai
tatacara berkenalan yang betul dan sesuai. Perkenalan mempunyai cara dan
seni yang tersendiri yang perlu diketahui oleh setiap individu supaya sesi
perkenalan dapat berjalan dengan lancar. Yang pertama sekali, pastikan kedua-
dua pihak bersedia untuk diperkenalkan. Orang yang diperkenalkan haruslah
memandang mata yang menerima perkenalan tetapi jangan terlalu lama. Jika
kita berjabat tangan dengan orang lain, janganlah kita berjabat terlalu lama
Refleksi Chua Wee Phern 700726-01-5322 KUMPULAN BC 2 PPG AMBILAN JUN 2011

ataupun terlalu lekas menarik tangan seperti kita jijik dengan tangan orang
tersebut. Yang paling penting sekali, kita haruslah jujur dalam perhubungan
dan tidak melakukan apa-apa yang akan merosakkan perhubungan
tersebut.

Iktibar lain yang saya dapat daripada bengkel ini


termasuklah kita haruslah mempunyai tatacara dan tatatertib makanan yang
betul dan tepat. Antara kekuatan yang saya dapat ialah saya mula mengetahui
dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan etiket sosial dan protokol, seperti
cara menggunakan sudu dengan betul semasa makan, cara makan yang betul
iaitu perlu mendahulukan jenis makanan yang mana, cara berpakaian yang
sesuai dalam majlis-majlis tertentu serta cara-cara duduk yang betul. Yang lebih
spesifik lagi, saya tahu bahawa semasa menjamu makanan di high table, saya
perlu menunggu pelayan menarik kerusi dan selepas duduk dia akan meletakkan
napkin di atas paha, dan banyak lagi Selain itu, saya mula sedar akan
kepentingan etiket sosial dan protokol dalam kehidupan saya sebagai seorang
bakal pendidik, di mana seorang pendidik perlu melibatkan diri dalam suatu
majlis ataupun suasana yang begitu berprotokol, misalnya perlu menghadiri
makan malam di hotel dan sebagainya.
Malah, saya juga sedar bahawa kita haruslah mempunyai
tatacara perbualan sosial yang betul dan sesuai demi memulakan,
mengekalkan dan memajukan sesebuah perhubungan. Dalam seminar ceramah
tersebut, terdapat 11 jenis prinsip yang terkandung dalam tatacara perbualan
sosial. Antaranya termasuklah kita perlulah menggunakan prinsip berhenti, lihat,
dengar barulah bercakap. Janganlah kita menjadi “jurujual” ataupun “jet-plane”.
Jangan pula kita membuat bising seperti “concorde” pula. Sepatutnya kita perlu
bercakap dengan orang yang berada di kiri dan di kanan kita. Malah,kawalan
mata dan anggota adalah amat penting sekali agar orang berada selesa
berkomunikasi dengan kita. Kita juga perlu peka dengan sekeliling kita. Kalau
orang yang kita bercakap itu hanya menjawab “ya... tidak...” sahaja, ia
bermaksud orang itu tidak berminat tentang topik yang dibincangkan. Oleh yang
demikian, topik perbualan kita haruslah sesuai dan berpatutan. Janganlah kita
membincangkan perkara-perkara yang tidak sesuai seperti hal-hal peribadi,
agama, politik, dan sebagainya, kecuali topik-topik berkenaan adalah minatnya.
Sebaliknya, kita boleh membincangkan topik-topik seperti muzik, makanan,
buku, berkebun, dan lain-lain semasa kita berbual atau bersosial dengan orang
lain. Namun, apa yang paling penting dalam tatacara perbualan sosial ialah
Refleksi Chua Wee Phern 700726-01-5322 KUMPULAN BC 2 PPG AMBILAN JUN 2011

hormat-menghormati. Contohnya, kita patut mematikan telefon bimbit semasa


makan dan berkomunikasi. “Dalam sesebuah perhubungan, yang tua
dihormati, menghormati yang tua satu kewajipan; dengan yang sebaya
kesantunan dan dengan yang muda kasih sayang”. Dengan mengamalkan
semua ini, pasti ia akan memberikan impak positif terhadap negara
kita apabila semua pelancong yang melawat ke negara kita memuji rakyat
Malaysia bersopan-santun, beretiket sosial dan bersahsiah murni. Dengan itu,
nescaya imej baik negara kita akan meningkat dan disanjung di persada
dunia.
Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat
daripada apa yang diperkatakan oleh sepanjang bengkel etiket sosial ini. Semua
pengalaman dan pengetahuan yang murid dapat akan murid-murid aplikasikan
agar menjadi seorang pemimpin yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan
agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih
sekali lagi kerana memberikan peluang kepada murid-murid untuk menyertai
aktiviti ini.

Walau bagaimana pun, masih terdapat beberapa kelemahan yang


menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai.
Kelemahan ialah murid-murid yang menyertai bengkel ini kurang mempunyai
daya kreatif yang sewajarnya untuk aktiviti kumpulan. Pemimpin di kalangan
murid-murid masih kurang sikap berdisplin yang baik dan sikap berdikari yang
baik sebagai teladan kepada murid-murid lain. Ia menyebabkan aktiviti kumpulan
kurang berjaya.

Cadangan saya untuk memupuk motivasi di kalangan murid


untuk menjadi seorang pengawas yang berdisiplin dan berdikari ialah guru-guru
perlu sentiasa mengingatkan pengawas yang telah melakukan kesilapan
memperbaiki sikap yang kurang baik tersebut di sekolah . Guru juga perlu
memupuk semangat bercuba dan menghadapi cabaran di kalangan murid
semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sekolah. Guru juga boleh
memberikan movitasi inrinsik dengan pujian apabila murid-murid dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa menghadapai masalah di
Refleksi Chua Wee Phern 700726-01-5322 KUMPULAN BC 2 PPG AMBILAN JUN 2011

sekolah. Ini akan memupuk semangat cinta dan menghargai semangat


kehormonian pada masa kelak.

Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman


yang dilalui sepanjang tempoh bengkel dijalankan , kita perlu mempunyai
perancangan yang rapi bermula dari peringkat penubuhan jawatankuasa
sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem supaya program yang dilaksanakan
berjaya dan mampu menarik perhatian. jadikan pengalaman orang lain dan
pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat pertimbangan bijak untuk
menghadapi masalah akan datang.
Program membina insan guru ini dapat memberi manfaat
kepada saya untuk belajar menggunakan window live movie marker untuk
mengumpulkan gambar-gambar aktiviti bengkel ke dalam CD. Saya telah dapat
belajar cara-cara yang betul untuk menjadikan gambar-gambar tersebut
memunyai pelbagai pergerakan yang kreatif dan menarik. Ini juga memberi
keyakinan kepada saya untuk menghadapi masalah secara tenang. Walaupun,
masa yang diberi untuk menyiapkan tugas ini tidak mencukupi, tetapi, dengan
kerjasama kawan sejawat, cabaran kerja kursus ini telah dapat saya menghadapi
dengan teratur dan bersistematik. Saya berterima kasih kepada kawan sejawat
saya iaitu Boe Boon Chyong dan Tan Kui Huah yang telah memberi kerjasama
yang bagus untuk menyiapkan kerja tugasan ini. Saya juga berterma kasih
kepada pensyarah yang telah memberi bimbingan kepada kita untuk menyiapkan
kerja tugasan ini secara mesra.

Anda mungkin juga menyukai