Anda di halaman 1dari 45

Kesimpulannya Program Bina Insan Guru ini berupaya melahirkan pendidik yang berkarisma dan berketerampilan dari semua

sudut fizikal, jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. Tambahan lagi, program ini menjamin pengalaman kepada semua guru pelatih untuk menjadi seorang pendidik yang berguna untuk masyarakat dan negara. Segala aktiviti dalam program ini telah dilaksanakan dengan sebaiknya serta semua peserta telah memberikan komitmen yang menyeluruh terhadap semua aktiviti yang dijalankan. http://seliparsurau.blogspot.com/2010/06/laporan-bina-insan-guru-big.html#

Kendiri Sebelum menjalani program ini kami terlebih dahulu telah melaksanakan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan melakukan Progam BIG kali ini, para peserta telah mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali yang mana mesyuarat ini telah banyak membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Bagi saya secara peribadi, amat bertuah kerana Ahli jawatankuasa tertinggi pada kali ini terutamanya pengerusi BIG fasa ke-4 telah melalukan tugas atau peranan yang sangat baik dimana mereka telah menggerakkan seramai 78 orang guru pelatih untuk melalukan tugasan masingmasing tanpa sebarang masalah yang boleh menyebabkan program ini tidak dijalankan. Saya juga sedar memikul tanggungjawap yang sangat besar bukan lah mudah dan memerlukan kecekalan dan ketabahan. Saya berharap semoga suatu hari nanti saya juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan dan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam diri saya.

Semasa menjalani program Bina Insan Guru bagi fasa yang ke-4 ini, saya dan rakan

guru pelatih yang lain telah berpeluang untuk mengadaptasi diri dengan keadaan persekitaran masyarakat iaitu keluarga angkat kami masing-masing. Tidak dinafikan perasaan gementar untuk berhadapan iaitu berkomunikasi dengan keluarga baru apatah lagi keluarga angkat saya pada kali ini adalh berlainan bangsa dan agama. Namun saya terus cekalkan hati saya untuk mencuba sesuatu yang baru. Peluang mendapat keluarga angkat di Kg Balung Cocos , Tawau sabah merupakan satu peluang yang sangat berharga dan amatlah rugi jika disia-siakan.

Selain itu, pelbagai aktiviti yang telah diberikan dan dipimpin oleh pensyarah dan kem komandon telah memberikan impak yang sangat mendalam kepada diri saya. Aktiviti yang diberikan sebagai contoh iaitu semasa aktiviti refleksi. Sebenarnya aktiviti ini ialah merupakan aktiviti yang amat menarik perhatian saya. Selepas mendengar rakan guru pelatih saya membuat refleksi, saya sedar bahawa saya semakin mengenali mereka dan saya bersyukur kerana dapat mengenali meraka sebagai rakan-rakan saya. Melalui aktiviti ini juga, saya dapat mendengar pelbagai luahan rasa iaitu pengalaman mereka, apa yang mereka rasa , apa yang mereka lalui dan sebagainya.

Saya juga sedar bahawa amatlah penting bagi kita untuk menepati masa dan mengurus masa dengan baik. Pada program kali ini, saya telah menyedari bahawa pengurusan masa saya adalah lebih baik berbanding BIG fasa pertama dahulu. Perkara ini saya sedari sendiri dan juga mungkin dialami oleh guru pelatih masingmasing. Perkara seperti ini merupakan satu peningkatan yang sangat baik dan amat penting untuk diri setiap guru pelatih, bak kata pepatah masa itu emas.

Organisasi Sebelum menjalankan sesuatu program, ahli jawatankuasa tertinggi perlulah dibentuk terlebih dahulu. Bagi Program Bina Insan Guru Fasa ke-4 pada kali ini, kami telah sebulat suara melantik saudari Nur Izatie Nadia Binti Subri dari kelas PISMP Pengajian Sosial sebagai pengerusi Program Kembara Sosial Dan Khidmat Masyarakat dan dibantu oleh saudari Heni Binti Somiun dari kelas Pemulihan. Seterusnya, ahli-ahli jawatankuasa yang lain turut dilantik.

Saya telah menjadi ajk Malaysia cergas yang mana diketuai olah saudari

Sclolasstika Sigging. Kami telah melakukan beberapa aktiviti sepanjang BIG diadakan. Antaranya ialah aktivit pemanasan badan, tarian Waka-waka, Poco-poco dan juga menaikkan bendera. Disini saya sedar bahawa kerjasama dan komitmen setiap ajk amatlah diperlukan. Selain dari itu, menghormati ketua dan ajk-ajak lain juga amat penting. Saya amat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan rakan ajk dan juga ketua saya.

Pada program kali ini juga saya telah ditempatkan dalam kumpulan 4 iaitu terdiri daripada Saudari Amirah Azmi, Farhana Hussin, Rinnie Bernard, Eda Edward,Grace dan juga saudari Syukri. Pada pendapat saya secara peribadi, saya amat bertuah ditempatkan dalam kumpulan ini kerana saya sebenarnya tidak rapat dengan mereka sbelum ini dan hanya mengenali sedikit sahaja mengenai mereka. Dikesempatan ini saya telah berpeluang untuk mengenali mereka dengan lebih dekat dan juga bekerjasama dengan mereka sebagai satu kumpulan. Setiap tugasan yang diberikan membolehkan kami mengamalkan komunikasi sosial yang tinggi melalui kerjasama dalam kumpulan dan menjadi lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Tidak dinafikan banyak pengalaman menarik yang kami tempuhi bersama sepanjang program BIG dijalankan. Disini saya sedar semangat bekerjasama dalam kumpulan amatlah penting dan sentiasa melibatkan diri secara aktit adalah amat berbaloi kerana dapat memberikan sumbangan secara bersama.

Kesimpulannya, sebagai bakal guru pada masa hadapan maka adalah penting bagi kami untuk sentiasa bersiap sedia untuk memikul beban dan menggalas tanggungjawab ketika memikul sesuatu tugas yang berat di samping sentiasa bekerjasama demi kebaikan bersama.

Kerjaya

Sebagai bakal pendidik kelak saya sedar kemahiran sosial dan berkomunikasi amatlah penting untuk dititik beratkan. Kerjaya sebagai seorang guru bukan sahaja

mendidik anak bangsa bahkan merupakan egen perubahan kepada masyarakat. Program BIG fasa ke-4 yang bertemakan Kembara sosial Dan Khidmat Masyarakat ini telah memberi pengalaman baru kepada kami mengenai aktiviti luar yang berkonsepkan khidmat dan interaksi sosial dengan persekitaran dan anggota masyarakat. Untuk menjadi seorang guru, hubungan dengan komuniti, bukan sahaja dengan komuniti sekolah, tetapi juga komuniti masyarakat adalah penting disebabkan guru menjadi role-model kepada mereka. Segala tindak tanduk serta tutur kata kami sebagai bakal guru akan diperhatikan dan dinilai oleh mereka yang berada disekeliling kami.

Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ), saya telah menyedari banyak perkara baru mengenai kekuatan diri, kelemahan diri dan sebagainya. Terdapat pelbagai aspek diri telah dicungkil melalui aktivit dalam LDK. Saya sedar, sebagai bakal pendidik kelak, adalah amat penting bagi saya untuk mempersiapkan diri kepada risiko dalam bidang kerjaya yang amat saya minati ini. Sebagai bakal pendidik, saya haruslah sentiasa tabah, rajin, berusaha, tidak mudah putus asa, rasional dalam mengambil tindakan, cuba mengeratkan silaturahim dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang penting sebagai seorang bakal pendidik.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam LDK amat berguna kepada saya dan boleh dijadikan sebagai satu cara untuk saya lebih mengenali anak-anak didik saya kelak. Sebenanya aktiviti dalam LDK yang dijalankan banyak menekankan kepada kemahiran emosi, kemahiran berfikir dan kemahiran sosial. Dengan adanya penerapan beberapa kemahiran ini, diri setiap individu dapat dipertingkatkan lagi. Cara ini boleh saya aplikasikan semasa saya menjadi pendidik kelak. Apa yang jelas, kami sebagai bakal pendidik haruslah lebih peka kepada spek-aspek yang melibatkan keperibadian sebagai seorang guru di samping menjadikan FPK dan FPG sebagai tunjang selama menyarung identiti sebagai seorang pendidik dan mencurahkan bakti sepenuhnya kepada anak bangsa kelak.

Komuniti

Komuniti merupakan masyarakat yang berada dekat atau berada di sekeliling kita.

Maka oleh itu adalah penting untuk kita menjalinkan hubungan yang erat dan murni diantara masyarakat. Pada program BIG kali ini yang bertemakan Kembara Sosial dan Khidmat masyarakat, fokus yang beri keutamaan adalah pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Oleh yang demikian, kata kunci pembinaan guru yang bermanfaat kepada masyarakat boleh diberikan penekanan utama.

Dalam program kali ini para guru pelatih berpeluang mempunyai keluarga angkat masing-masing. Kesempatan mempunyai keluarga angkat ini merupakan salah satu cara kita untuk berada lebih dekat dengan masyarakat disekeliling kita. Amalan seperti ini boleh kita lakukan apabila kami sudah mula bekerja kelak. Dimana kami akan ditempatkan di tempat-tampat yang jauh di pedalaman yang mana kami tidak mengenali sesiapa pun. Oleh yang demikian adalah amat penting berada lebih dekat dan rapat dengan masyarakat kerana mereka merupakan orang-orang yang boleh kita harapkan semasa kita berada seorang diri di sana kelak. Selain itu dengan adanya hubungan yang erat dengan masyarakat maka lebih muda untuk guru mengadaptasi sesuatu keadaan sosial,ekonomi, pendidikan dan sebagainya dalam sesuatu masyarakat. Bagi pandangan saya, saya berasa amat betuah kerana mempunya keluarga angkat iaitu En Mendez Bennie yang juga merupakan ketua masyarakat di Kg tersebut.

Di samping itu, program ini juga telah memberikan pengalaman baru yang sangat berharga kepada kami mengenai aktiviti luar khususnya dalam memberi khidmat kepada masyarakat dimana kami menjalankan aktiviti gotong-royong. Bagi pendapat saya amalan bergotong royong ini sebenarnya merupakan satu gambaran sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat. Apabila sudah mengajar kelak guru haruslah berkejasama dengan masyarakat dalam apapupun aktiviti dan menjadi role model kepada masyarakat disekeliling. Bekerjasama dengan masyarakat adalah sikap yang murni dan harus dicontohi oleh setiap guru pelatih apabila menjadi pendidik kelak. http://lifeisalong-longjourney.blogspot.com/2010/08/refleksi-bina-insan-guru-fasa4.html

5.0

REFLEKSI KENDIRI Dalam ruangan ini, saya ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak

terhingga kepada Tuhan kerana telah memberkati perjalanan Program Bina Insan Guru Siri 6/2012 ini dengan sempurnanya sehingga kini ia dapat didokumentasikan ke dalam bentuk penulisan. Sesungguhnya, Program Bina Insan Guru yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di Kem Sri Banai, IPDA KDA dan DPuncak Bris Lake Resort, Sik, Kedah ini memberikan banyak input yang berguna kepada saya untuk membina nilai nilai sahsiah keguruan, meningkatkan daya ketahanan dan fizikal saya dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial sebagai bekalan untuk menjadi seorang guru yang gemilang suatu masa kelak. Sepanjang Program Bina Insan Guru ini, saya menempuhi pelbagai cabaran, dugaan dan halangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing kami yang diketuai oleh Encik Mohd. Nadri b Mohd Khir @ Mt. Khir. Saya menyedari bahawa aktiviti aktiviti yang didedahkan kepada kami bukanlah hanya untuk berseronok semata mata sebaliknya terdapat mesej penting yang ingin disampaikan melalui perlaksanaan aktiviti tersebut dan terpulang kepada diri individu itu sendiri untuk melihat, menilai, mengkaji dan mengaplikasikan mesej mesej yang ingin disampaikan itu. Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan program yang ulung ulung kali saya sertai dan ia merupakan pengalaman yang tiada ternilai harganya serta amat sukar diperolehi. Melalui program ini, saya dapat menyerap beberapa nilai murni untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan memberi peluang kepada saya untuk menilai kemampuan diri sebagai persediaan menjadi seorang guru yang proaktif, kreatif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi. Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Bina Insan Guru ini ialah aktiviti Water Confident, aktiviti Jungle Trecking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti berkayak, masakan rimba, kawad

kaki, BBQ dan malam kebudayaan yang pasti mempunyai motifnya yang tersendiri untuk para peserta nilai dan kaji. Kebaikan yang pertama, saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk bergaul, berorganisasi dan bekerjasama dengan mereka yang tidak sempat saya kenali sebelum ini. Pembahagian peserta kepada beberapa kumpulan seperti Kumpulan Alpha, Kumpulan Bravo dan Kumpulan Charlie telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk mengenali ahli kumpulan masing masing dengan lebih rapat seperti Noorhidayu binti Shoib dan Muhamad Hafifi bin Muhamed Yusof daripada kelas PAI 2 serta Alniza binti Ahmad Bariman dan Nura Atiqa binti Amran daripada kelas PK3. Saya mendapati bahawa setiap ahli kumpulan memiliki personaliti yang tersendiri dan mampu menyerlahkan diri mereka dalam kumpulan dan secara tidak langsung berlaku persaingan yang sihat antara kumpulan kumpulan yang dibentuk. Selain itu, kami melaksanakan tugasan yang diberikan bersama sama walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan. Namun begitu, motivasi yang tinggi dalam kalangan ahli kumpulan akhirnya membuahkan kejayaan yang membanggakan. Saya juga berpeluang menjadi ketua dan orang yang dipimpin dalam kumpulan tersebut terutamanya ketika menjalankan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Daripada detik itu, saya menyedari bahawa tanggungjawab sebagai seorang ketua amatlah besar kerana seseorang itu harus menitikberatkan semua aspek manakala sebagai seseorang yang dipimpin kita haruslah melaksanakan arahan yang diberikan oleh ketua dengan sebaik baiknya. Tuntasnya, seorang bakal guru memang harus memiliki kemahiran komunikasi yang berkesan, dapat bersosial dengan baik dan bekerja secara ikhlas dengan masyarakat yang pelbagai ragam dan tingkah laku. Kebaikan yang kedua, saya dapat membina keyakinan diri untuk berucap di khalyak ramai. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang diadakan sepanjang Program Bina Insan Guru ini memberi peluang kepada saya untuk menyuarakan pendapat dan idea serta mengkritik dan mendengar pandangan daripada pihak lain. Misalnya, perdebatan mengenai ciri ciri yang penting untuk menjadi seorang guru menampilkan bakat beberapa orang rakan saya yang petah bercakap dan lantang bersuara membangkang hujah hujah yang difikirkan kurang revelan. Melalui situasi ini saya dapat mempraktikkan bahawa seseorang itu harus peka dan fokus terhadap orang yang memberi hujah agar dia dapat membidas hujah hujah tersebut dengan baik. Pendek kata, aktiviti perdebatan ini merupakan latihan kepada saya dan rakan

rakan untuk menjadi seorang guru yang boleh berucap dan mencurahkan idea terutamanya ketika mengendalikan mesyuarat di sekolah kelak. Seandainya, saya tidak didedahkan dengan kemahiran berucap seperti ini sudah tentu saya akan mengalami kesukaran dalam mengendalikan apa apa perkara yang memerlukan pandangan dan idea saya, bahkan juga saya mungkin akan mengalami masalah untuk bekerjasama dengan guru guru lain dalam meneruskan agenda mesyuarat. Kebaikan yang ketiga pula ialah saya dapat mengukur sejauh mana kebolehan diri saya dan seterusnya bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Misalnya dalam aktiviti Water Confident saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk belajar berenang dengan baik kerana saya memang tidak pandai berenang namun bantuan daripada rakan rakan dan jurulatih kami sendiri akhirnya telah saya berjaya juga mengatasi ketakutan saya berada di dalam air tasik. Menyedari hakikat bahawa seorang guru itu mungkin akan ditempatkan di mana mana sahaja tak kira di bandar mahupun luar bandar, pendedahan seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal guru untuk bersikap lebih yakin mengalas tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Bukan itu sahaja, sebagai seorang bakal guru saya harus berusaha dengan lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh pihak atasan dengan sempurna dan jayanya. Kebaikan yang keempat pula berkaitan dengan nilai bertolak ansur antara satu sama lain. Nilai ini dapat diterapkan apabila setiap malam kami satu kumpulan bergilir gilir berkawal di kawasan khemah daripada jam 12 hingga ke jam 6 pagi. Meskipun, tugas berkawal malam ini amat memenatkan namun dengan adanya nilai bertolak ansur dalam kalangan ahli kumpulan yang bertugas mengikut jadual waktu sedikit sebanyak telah melancarkan perlaksanaannya. Seandainya, setiap daripada kami mementingkan diri dan tidak mahu bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan nescaya tugas ini akan mengalami kegagalan. Lantaran itu, saya percaya bahawa suatu hari kelak saya pasti akan diberi tugas oleh golongan atasan bersama sama dengan guru lain yang memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat utama tercapai. Ini jelas menunjukkan bahawa Program BIG ini amat penting kepada kami sebagai bakal guru sebagai persediaan awal menghadapi alam perguruan yang pastinya mencabar kesabaran diri. Kebaikan yang kelima pula berkisarkan tentang kreativiti dan fleksibel seorang bakal guru. Kreativiti dan fleksibel ini diselitkan melalui persediaan malam

kebudayaan di mana kami berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang meriah dan persembahan yang menarik bagi menjayakan malam kebudayaan tersebut. Dalam masa yang singkat, kami dikehendaki membuat persembahan kumpulan dan mempersembahkan persembahan bertemakan Maharaja Lawak. Ketika ini, saya mendapati bahawa setiap peserta BIG kreatif dalam memberi idea yang bernas demi menghasilkan sebuah persembahan yang baik. Bukan itu sahaja, nilai fleksibel dalam diri dapat diterapkan ketika kami mengadakan masakan rimba semasa Jungle Trecking iaitu kami menyesuaikan diri dengan suasana di dalam hutan yang tidak mempunyai apa apa kemudahan. Situasi seumpama ini sedikit sebanyak menyedarkan saya bahawa sekiranya saya ditugaskan mengajar di kawasan pedalaman, saya harus menggunakan daya usaha dan kreativiti saya sendiri untuk menghasilkan alat bantu mengajar. Hal ini demikian kerana tidak semua kawasan pedalaman dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap, jadi saya harus mengasah pemikiran saya dari semasa ke semasa dengan idea idea dan pengalaman baru bagi membantu anak didik di daerah yang semakin dilupakan itu membawa mereka ke puncak kejayaan. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyatakan cadangan penambahbaikan dalam Program Bina Insan Guru ini iaitu berkenaan dengan lokasi program diadakan dan masa untuk mengurus diri peserta program BIG. Sesungguhnya, Kem Sri Banai memang merupakan tempat yang sesuai untuk mengadakan aktiviti perkhemahan namun kemudahan tandas yang rosak dan terhad amat menyukarkan kami yang menyertai program BIG ini untuk menggunakannya terutamanya bagi pelajar perempuan bahkan kami hanya boleh menggunakan tandas di kawasan perkhemahan sahaja. Selain itu, masa mengurus diri peserta BIG amat terhad sehingga ada yang dikenakan hukuman gara gara pergi ke tandas, sesungguhnya peserta program BIG harus diberikan masa mengurus diri dengan secukupnya supaya mereka dapat memanfaatkan masa yang ada untuk mengurus diri. semoga kekurangan ini dapat diperbaiki untuk Program Bina Insan Guru yang akan datang. Kesimpulannya, Program BIG ini banyak mendatangkan kebaikan kepada diri saya di mana seluruh kekuatan mental dan fizikal saya diuji sepenuhnya bermula daripada panasnya bahang matahari, kesejukkan air tasik DPuncak Bris Resort, kepenatan meredah hutan, berkayak dan aktiviti lain yang mencabar telah dilalui. Sesungguhnya, pendedahan awal melalui aktiviti aktiviti yang diadakan dapat memberi gambaran kepada saya bahawa dunia perguruan merupakan bidang yang

mencabar dan menyeronokkan. Bahkan, melalui program BIG ini saya juga dapat mengetahui dan mengukur kemampuan dan ketahanan fizikal dan mental saya dalam menghadapi sesuatu tugasan iaitu sama ada bersedia ataupun belum. Pengalaman dan pengetahuan yang baru ini penting sebagai bekalan kepada saya sekiranya saya ditugaskan di kawasan luar bandar kelak. Secara keseluruhannya, saya amat gembira dan menikmati perjalanan keseronokkan sepanjang BIG ini. Pengisiannya amat bermakna sehingga banyak perkara yang dapat saya pelajari daripada program ini.

6.0

PENUTUP

Secara keseluruhannya, Program Bina Insan Guru Siri 6/2012 ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh ketiga tiga kelas iaitu Kelas PK 3, PAI 2 dan MT 2. Program Bina Insan Guru yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di Kem Sri Banai dan DPuncak Bris Resort, Sik Kedah ini memberikan banyak kebaikan dan kesan positif kepada diri guru pelatih dalam membina sahsiah permulaan sebagai seorang guru di samping melengkapkan diri dengan daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Melalui Program Bina Insan Guru inilah guru pelatih akan mengenali identiti diri dengan lebih dekat, mengasah bakat serta kebolehan diri dengan lebih baik dan mengatasi segala kelemahan serta kekurangan diri demi mencapai matlamat profesionalisme perguruan. Kesan positif yang dapat diterapkan melalui

perlaksanaan aktiviti sepanjang Program Bina Insan Guru ini ialah kemahiran berkomunikasi secara berkesan, berani melontarkan idea dan peka kepada pandangan orang lain, yakin pada diri dan bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab, bertolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu tugasan serta memupuk kreativiti dan bersikap fleksible dalam apa jua keadaan sekalipun. Semoga Program Bina Insan Guru pada masa yang akan datang lebih mencabar dan menyelitkan lebih banyak mesej mesej penting untuk saya sebagai bakal guru lihat, kaji dan praktikkan dalam diri. http://wwwmsbutterfly.blogspot.com/2012/05/program-bina-insan-guru-fasa-1siri.html Saya menyedari bahawa tanggungjawab sebagai seorang ketua amatlah besar kerana seseorang itu harus menitikberatkan semua aspek manakala sebagai seseorang yang dipimpin kita haruslah melaksanakan arahan yang diberikan oleh

ketua dengan sebaik-baiknya. Tuntasnya, seorang bakal guru memang harus memiliki kemahiran komunikasi yang berkesan, dapat bersosial dengan baik dan bekerja secara ikhlas dengan masyarakat yang pelbagai ragam dan tingkah laku. Saya dapat mengukur sejauh mana kebolehan diri saya dan seterusnya bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Misalnya dalam aktiviti Water Confident saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk belajar berenang dengan baik kerana saya memang tidak pandai berenang namun bantuan daripada rakan-rakan dan jurulatih kami sendiri akhirnya telah saya berjaya juga mengatasi ketakutan saya berada di dalam air. Menyedari hakikat bahawa seorang guru itu mungkin akan ditempatkan di mana-mana sahaja tak kira di bandar mahupun luar bandar, pendedahan seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal guru untuk bersikap lebih yakin mengalas tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Bukan itu sahaja, sebagai seorang bakal guru saya harus berusaha dengan lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh pihak atasan dengan sempurna dan jayanya.

Lantaran itu, saya percaya bahawa suatu hari kelak saya pasti akan diberi tugas oleh golongan atasan bersama-sama dengan guru lain yang memerlukan kami bertolak-ansur supaya matlamat utama tercapai. Ini jelas menunjukkan bahawa Program BIG ini amat penting kepada kami sebagai bakal guru sebagai persediaan awal menghadapi alam perguruan yang pastinya mencabar kesabaran diri.

Kursus BIG ini juga merupakan satu media untuk membolehkan saya memahami akan diri saya dengan lebih mendalam lagi. Iktibar dan kesedaran ini telah saya peroleh sepanjang saya menghadiri dan menyertai aktiviti LDK yang diadakan sepanjang kursus tersebut dijalankan. Dalam LDK tersebut, kami telah diminta membuat beberapa kajian soal selidik seperti Soal Selidik Minat Kerjaya (Self-Directed-Search/SDS). Daripada aktiviti-aktiviti soal selidik yang telah saya jalankan, saya dapat memahami diri saya dengan lebih mendalam lagi. Bagi Soal Selidik Minat Kerjaya, saya sedar bahawa ciri social adalah amat penting sekali bagi pekerjaan sebagai seorang guru kerana kita sentiasa berhadapan dan dengan murid dan mendidik mereka. Sekiranya kita tidak suka bersosial ataupan berurusan

dengan orang lain, maka adalah sukar bagi kita sekiranya kita ingin menjalankan tugas kita dengan baik. Dan sudah tentu ciri-ciri yang lain, seperti artistic, investigative, reality, dan sebagainya juga adalah amat penting sebagai pelengkap bagi pekerjaaan kita sebagai seorang guru. Kajian soal selidik dan aktiviti ini penting bagi saya kerana ia telah meningkatkan semangat saya untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab, berdedikasi, dan bersentiasa berpusatkan murid dalam melakukan semua perkara.

Saya turut dapat memahami tentang flora dan fauna serta lautan dengan lebih mendalam melalui BIG ini. Semasa melakukan aktivti darat, iaitu kembara ke hutan rimba, kami telah dibahagikan tugasan untuk menyiapkan lembaran kerja eksplorasi flora dan fauna. Kami dikehendaki untuk memerhatikan flora dan fauna sepanjang kami memasuki ke hutan rimba di Lundu dengan berjalan kaki dari tempat perkhemahan. Selain itu, kami dikehendaki untuk mencatatkan ciri-ciri flora dan fauna tersebut dan dan menerangkan fungsinya. Oleh itu, saya berpeluang untuk melihat banyak haiwan dan tumbuhan yang tidak pernah saya lihat selama ini dan mendapat banyak pendedahan dan pengetahuan tentang flora dan fauna yang telah dibentang dan dikongsikan pengalaman bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Sementara aktiviti berakit di laut semasa aktiviti air merupakan sesuatu yang baharu kepada saya kerana ia merupakan kali pertama saya berakit di laut. Saya berpeluang untuk mendekati lautan dan merasai keunikan alam sekitar. Saya turut merasai kesukaran menghidupkan api dan memasak di hutan rimba dan juga di persisiran pantai. Semua ini adalah sebagai persiapan kepada saya selepas menamatkan pengajian sekiranya saya ditempatkan di tempat pedalaman. Walaupun agak susah dan penat, tetapi ia telah membakar semangat saya untuk tabah meneruskan kehidupan dan lebih memahami hutan rimba dan lautan.

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Kem Alapong, Lundu pada 18 April hingga 21 April 2011 yang lalu. Kursus BIG ini sebenarnya merupakan fobia bagi saya selama semester ini memandangkan majoriti kursus BIG ini adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang sekaligus menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 4 hari 3 malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Pertama sekali, saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah bertangguh atau tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti yang seterusnya. Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang lebih cepat dan menyebabkan kami menghadapi kekurangan masa bagi sesuatu sesi atau slot aktiviti. Sepanjang BIG ini, saya sentiasa patuh akan masa dan menasihati atau memberitahu akan rakan yang lain supaya membuat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, kami dikehendaki berada di Dewan Serbaguna 10 minit lebih awal bagi aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) seperti yang telah diamanahkan oleh Puan Rojiah. Oleh itu, apabila kami terdengar bunyi wisel yang menandakan tiba masanya untuk pergi ke dewan, kami akan terus melepaskan segala kerja dan tugasan yang kami sedang buat dan pergi ke dewan bagi memastikan kelancaran sesuatu aktiviti. Pendek kata, saya berpendapat bahawa sikap menepati masa haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan sesuatu aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, kursus BIG ini juga berjaya membina keperibadian saya yang sempurna, seperti memupuk sikap keterbukaan, toleransi, kerjasama, tolongmenolong, kerajinan, kesabaran, ketabahan, dan sebagainya dalam diri saya. Hal ini demikian kerana sepanjang 4 hari dan 3 malam ini, saya dan juga rakan-rakan yang lain terpaksa melakukan banyak perkara yang tidak pernah saya lakukan dalam seumur hidup saya, seperti mendirikan gajet, memasang rakit, berakit,

menghidupkan api dan memasak di hutan rimba dan di tepi pantai, dan banyak lagi. Saya sedar bahawa tanpa nilai-nilai yang saya perkatakan di atas, semua itu mustahil dapat dilaksanakan dan dilakukan. Malah daripada BIG ini, saya sedar bahawa kerjasama yang sepenuh dan koheren dalam kalangan ahli kumpulan

adalah penting demi menyiapkan sesuatu tugasan tepat pada masanya. Oleh itu, kursus BIG ini telah berjaya memupuk nilai-nilai moral yang baik dalam diri saya, membina modal insan yang lebih sempurna dan menjadikan saya seorang yang lebih baik dalam semua aspek. Di samping itu, kursus BIG ini juga merupakan satu media untuk membolehkan saya memahami akan diri saya dengan lebih mendalam lagi . Iktibar dan kesedaran ini telah saya peroleh sepanjang saya menghadiri dan menyertai aktiviti LDK yang diadakan pada setiap pagi dan malam sepanjang kursus tersebut dijalankan. Dalam LDK tersebut, kami telah diminta membuat beberapa kajian soal selidik seperti Soal Selidik Minat Kerjaya (Self-Directed-Search/SDS), Inventori Pengurusan Konflik, What Motivates You?, dan Self Esteem Test. Daripada aktiviti-aktiviti soal selidik yang telah saya jalankan, saya dapat memahami diri saya dengan lebih mendalam lagi. Bagi Soal Selidik Minat Kerjaya, saya sedar bahawa ciri social adalah amat penting sekali bagi pekerjaan sebagai seorang guru kerana kita sentiasa berhadapan dan dengan murid dan mendidik mereka. Sekiranya kita tidak suka bersosial ataupan berurusan dengan orang lain, maka adalah sukar bagi kita sekiranya kita ingin menjalankan tugas kita dengan baik. Dan sudah tentu ciriciri yang lain, seperti artistic, investigative, reality, dan sebagainya juga adalah amat penting sebagai pelengkap bagi pekerjaaan kita sebagai seorang guru. Bagi Inventori Pengurusan Konflik pula, saya bersyukur kerana selepas menjalani inventori tersebut, saya merupakan salah seorang yang berada pada kategori yang normal. Namun, ini menyedarkan saya supaya sentiasa berwaspada dan mengambil berat tentang perasaan dan pengurusan konflik saya demi menjadikan saya seorang yang lebih sempurna dan seimbang dari semua aspek. Malah, untuk soal selidik What Motivates You pula, saya sedar bahawa kerjaya yang menyeronokkan, melakukan kerja yang bermanfaat dan cabaran tugas/ kerja merupakan antara 3 aspek yang harus menjadi prioriti dan keutamaan dalam memilih pekerjaan berbanding dengan aspek-aspek yang lain seperti cuti, ganjaran, gaji, jaminan masa hadapan dan sebagainya. Kajian soal selidik dan aktiviti ini penting bagi saya kerana ia telah meningkatkan semangat saya untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab, berdedikasi, dan bersentiasa berpusatkan murid dalam melakukan semua perkara. Malah, saya juga sedar bahawa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan adalah amat penting. Hal ini demikian untuk memastikan

keselamatan kita terjamin dan demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, saya pelajari bahawa kita haruslah mematuhi semua peraturan dan undang-undang kerana setiap peraturan yang ditetapkan mempunyai kewajaran dan rasionalnya. Contohnya, apabila kami mula sampai ke Kem Alapong, kami telah diberi taklimat ringkas oleh Encik Micheal Tarang Jelaming, Penyelaras Kursus BIG ini tentang peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi sepanjang 4 hari 3 malam ini. Dalam taklimatnya, beliau telah menegaskan tentang aspek pengangkutan, pakaian, kawasan larangan, pergerakan, kebersihan, bilik air, menepati masa, tempat makan, adab makan, keselamatan, kecemasan, tazkirah, dan sebagainya. Begitu juga untuk setiap aktiviti, seperti aktiviti air dan aktiviti darat, arahan dan peraturan telah dijelaskan terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang aktiviti. Pada pengamatan saya, ini penting, khususnya semasa di aktiviti air kerana saya tidak tahu berenang dan dengan peraturan dan arahan yang dibagi akan memastikan saya sentiasa selamat dan tidak berada dalam keadaan yang membahayakan. Oleh itu, bersyukur kerana dengan arahan jelas yang diberi, saya dapat selamat menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Saya juga sedar bahawa kita haruslah bertanggungjawab dalam semua perkara yang telah diamanahkan kepada kita. Hal ini demikian kerana kami akan bertukar peranan ataupun jawatan berselang 6 jam secara bergilir-gilir. Antara jawatan yang telah saya sandangkan sepanjang 4 hari 3 malam ini termasuklah ketua, penolong ketua, setiausaha, Quarters Master (QM) makanan, QM peralatan, penolong QM makanan, penolong QM peralatan dan sebagainya. Malah, setiap orang berpeluang menyandang jawatan tersebut dan merasai kesenangan dan kesusahan jawatan tersebut, memandangkan setiap jawatan mempunyai

tugasannya yang tersendiri. Namun, saya sentiasa berwaspada, bertanggungjawab, berhati-hati dalam setiap tugasan yang diamanahkan kepada saya. Pendek kata, BIG ini telah melatih saya untuk menjadi seorang yang tidak mudah pecah amanah dan melakukan yang terbaik dalam semua perkara. Saya turut dapat memahami tentang flora dan fauna serta lautan dengan lebih mendalam melalui BIG ini. Semasa melakukan aktivti darat, iaitu kembara ke hutan rimba, kami telah dibahagikan tugasan untuk menyiapkan lembaran kerja eksplorasi flora dan fauna. Kami dikehendaki untuk memerhatikan flora dan fauna sepanjang kami memasuki ke hutan rimba di Lundu dengan berjalan kaki dari tempat perkhemahan. Selain itu, kami dikehendaki untuk mencatatkan ciri-ciri flora

dan fauna tersebut dan dan menerangkan fungsinya. Oleh itu, saya berpeluang untuk melihat banyak haiwan dan tumbuhan yang tidak pernah saya lihat selama ini dan mendapat banyak pendedahan dan pengetahuan tentang flora dan fauna yang telah dibentang dan dikongsikan pengalaman bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Sementara aktiviti berakit di laut semasa aktiviti air merupakan sesuatu yang baharu kepada saya kerana ia merupakan kali pertama saya berakit di laut. Saya berpeluang untuk mendekati lautan dan merasai keunikan alam sekitar. Saya turut merasai kesukaran menghidupkan api dan memasak di hutan rimba dan juga di persisiran pantai. Semua ini adalah sebagai persiapan kepada saya selepas menamatkan pengajian sekiranya saya ditempatkan di tempat pedalaman. Walaupun agak susah dan penat, tetapi ia telah membakar semangat saya untuk tabah meneruskan kehidupan dan lebih memahami hutan rimba dan lautan. Di samping itu, saya berpendapat bahawa kursus BIG ini mampu mencungkil bakat dan potensi yang sekian terpendam dalam diri seseorang. Sebagai contoh, saya baru perasan bahawa saya mempunyai bakat untuk menyanyi selepas menghadiri kursus ini apabila saya dikehendaki untuk mewakili kumpulan saya dalam pertandingan karaoke solo pada malam persembahan. Selain itu, semasa sesi pembentangan pada slot moral, saya juga berpeluang untuk membentang salah satu bahagian pada hari yang ketiga, iaitu mengenai langkahlangkah untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. Dari situ, bakat membentang dan juga berdebat dengan pendapat kumpulan-kumpulan lain dapat terbentuk. Malah, saya perhatikan sebenarnya terdapat banyak orang yang mahir memasak dalam kumpulan kami. Saya bersyukur kerana dengan bakat dan potensi memasak yang ada dalam kalangan ahli kumpulan saya, kumpulan kami telah berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan memasak. Jadi, saya berpendapat bahawa BIG membolehkan setiap orang melihat kebolehan, bakat dan potensi sendiri yang tidak perasan selama ini dan dari situlah seseorang itu akan berusaha untuk mengasah dan meningkatkan kebolehan dan bakat masing-masing. Lantas, saya percaya dan berpegang kuat kepada prinsip kita haruslah berani mencuba sesuatu yang baharu dan tidak mengalah kalah sehingga kita mencuba dengan sedaya upaya. Sebagai contoh, kumpulan kami, iaitu kumpulan 4 dikehendaki mempersembahkan persembahan dikir barat untuk malam

persembahan tersebut. Walaupun tidak ada orang dalam kalangan kami yang pandai dikir barat, namun kami tetap mencuba dengan menggunakan kaedah dan

cara yang tersendiri. Berkat hasil daripada usaha dan kerjasama setiap ahli kumpulan, kami berjaya mempersembahkannya dengan agak berjaya dan mendapat tempat kedua pada malam persembahan tersebut. Jadi, ini jelas membuktikan bahawa semua perkara akan berhasil dan menampakkan kejayaan sekirannya kita berusaha gigih dan mempunyai iltizam untuk membuat perkara tersebut. Saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna melalui BIG ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia adalah golongan yang hidup berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita. Dengan mengambil contoh BIG ini, saya telah berjaya mendapatkan banyak bantuan daripada rakan sekelas dan juga rakan dari kumpulan yang lain dengan berkenalan dan berkomunikasi dengan mereka, sama ada semasa memasak, mendirikan bendera, memasang khemah, membina gajet, menhidupkan api, terlibatan dalam kawalan sentri, dan sebagainya. Tanpa bantuan daripada rakan yang lain, adalah mustahil saya dapat melaksanakan semua ini. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat penting bagi memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Kursus ini juga secara langsung merapatkan hubungan silaturahim sesama rakan sekelas dan juga rakan-rakan juga kumpulan yang lain. Semua ini tidak dapat saya pelajari jika tidak menjalankan BIG pada semester ini. Terdapat beberapa kelemahan pada diri saya yang telah saya perasan dan sedar sepanjang saya menjalankan BIG ini. Antaranya termasuklah saya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, sebelum menjalankan BIG ini, saya telah dimaklumkan bahawa mewakili kumpulan kami untuk menyertai pertandingan karaoke solo pada malam persembahan. Pada mulanya saya amat menolak dan tidak mahu kerana takut akan menjatuhkan air muka. Namun atas dorongan dan sokongan dari ahli kumpulan dan juga rakan sekelas, saya telah mengambil keputusan untuk menyanyi. Begitu juga semasa aktiviti air dan aktiviti water confident, sebenarnya saya takut untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut kerana saya fobia akan air dan tidak pandai berenang. Malah, saya juga berasa takut melakukan aktiviti abseiling kerana saya gayat tinggi. Namun

dengan bantuan rakan yang sama kumpulan dan sekelas,saya telah berjaya menjalankan semua aktiviti yang dirancang oleh pihak institut dengan lancar dan berjaya. Jadi, selepas BIG ini, saya dapati keyakinan saya meningkat dan sentiasa berasa berkeyakinan diri dalam melakukan semua perkara. Selain itu, saya juga mendapati bahawa saya agak lemah dari segi mental dan fizikal. Dari segi mental, dahulu saya sering mengambil alternatif mudah dengan memutus asa apabila berhadapan dengan masalah yang meruncingkan. Saya juga tidak begitu kuat dalam konteks melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti dalam berlari, memasang khemah, mamasang rakit, berakit, dan sebagainya. Saya sedar bahawa semua aktiviti yang dirancang dalam BIG adalah bertujuan untukmemupuk, menguji, dan meningkatkan ketabahan dan keberanian diri sebagai seorang guru melalui semua aktivti tersebut. Mengetahui kelemahan saya itu sekarang, jadi saya bertekad menjadi seorang yang sentiasa sihat dan kuat dari aspek mental dan fizikal. Saya juga akan sentiasa melatih dan meningkatkan aspek fizikal dan mental saya, seperti bersenam pada masa lapang, membaca buku-buku motivasi, sentiasa berbual-bual dan mendapatkan nasihat yang berguna dan padat dengan senior ataupun guru pensyarah saya. Nescaya selepas menjalani BIG ini dan mempraktikkan semua langkah yang telah saya cadangkan di atas, saya akan menjadi seorang yang cerdas dan cergas pada masa yang akan datang . Bagi cara-cara penambahbaikan pula, pada pendapat saya, program BIG ini akan menjadi lebih menarik jika sesetengah slot dan sesi diisi dengan aktivitiaktiviti IQ yang mencabar, seperti stesen games, dilemma konflik, main peranan, dan sebagainya. Permainan berbentuk stesen games merupakan salah satu cadangan yang sangat digalakkan. Dalam stesen games, setiap kumpulan haruslah menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam setiap stesen, sama ada berbentuk fizikal atau mental. Setiap kumpulan hanya boleh pergi ke stesen yang seterusnya sekiranya mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Dengan ini, barulah semangat bekerjasama antara kumpulan dapat dipraktikkan dengan baik, lantas ia dapat menguji ketabahan seseorang peserta menyelesaikan masalah dalam situasi yang begitu meruncingkan. Selain itu, saya juga dapati bahawa bahan makanan, sama ada yang kering ataupun yang basah yang dibekalkan adalah terlalu banyak dan tidak dapat dihabiskan bagi kumpulan kami. Oleh itu saya ingin mencadangkan agar mengurangkan kuantiti bahan mentah untuk sesi makanan untuk mengelakkan

pembaziran. Kita juga boleh mengurangkan kuantiti makanan dengan berkongsi sesuatu bahan dengan kumpulan yang lain. Sebagai contoh, sebungkus serbuk kari, Ajinamoto, ataupun santan boleh dikongsikan dalam 2 kumpulan kerana bukan setiap kali kumpulan tersebut akan memasak menu yang sama setiap hari. Tambahan pula, slot moral boleh ditambahbaikan dan dimurnikan dengan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Contohnya semasa slot moral, kita bukan sahaja akan membuat pembentangan, tetapi juga boleh melakukan aktivti-aktiviti yang lebih menarik seperti berinteraksi, forum,

perbahasan, public speaking, dan sebagainya. Sememangnya peruntukan 4 hari 3 malam bagi kursus BIG ini adalah sedikit mendesak dan tidak mencukupi. Oleh itu, saya ingin mencadangkan bahawa alangkah baiknya jika kursus BIG ini diadakan selama 5 hari dan 4 malam supaya masa untuk setiap aktivti yang dirancang mencukupi, tidak terdesak dan kesannya para peserta akan dapat belajar dan memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan pada tahap yang maksima. Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang kerana menyediakan aktiviti yang begitu bermakna untuk guru-guru pelatih untuk mengisi masa lapang kami dan juga untuk melatih kami untuk menjadi seorang guru yang sentiasa tabah menghadapi cabaran, berani menghadapi segala masalah dan meningkatkan semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang dedikasi dan cinta akan pekerjaannya. selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Micheal Tarang Jelaming, ketua pegawai Pengurusan BIG Siri 5 Tahun 2011 kerana sentiasa membantu kami sepanjang kem BIG ini. Ucapan terima kasih juga tidak lupa ditujuakan kepada Encik Mohd. Azhar bin Zainal, ketua jurulatih, merangkap penasihat Teknikal, atas segala tunjuk ajar, nasihat dan juga pertolongan beliau sepanjang kem BIG ini. Tidak lupa juga kepada semua para jurulatih, fesilitator-fesilitator, tutor-tutor kumpulan, khususnya tutor kumpulan saya, Encik Ambikaphati, dan juga staf-staf Kem Alapong, terima kasih diucapkan kerana sentiasa membimbing, membantu dan menolong kami. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan BIG ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Secara keseluruhannya, program BIG ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini

merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang. Ternyata banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan semasa BIG (bina insan guru). Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Saya berasa seronok dan bersemangat menyertai aktiviti BIG ini. Diharapkan agar aktiviti ini dijalankan setiap tahun. Saya juga belajar untuk memberi kerjasama yang jitu dan bertolak ansur dengan ahli kumpulan. Saya dapat rasakan satu ikatan terjalin semasa aktiviti BIG ini. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini. http://2bluefish.blogspot.com/2011/10/refleksi-kendiri-big-pismp-sem-1-april.html

REFLEKSI 1 Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang, memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang. Apa yang penting, keikhlasan dalam menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu sendiri. Kualiti dan sikap profesional seorang guru adalah sangat penting untuk ditonjolkan. Bukan sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi guru-guru. Pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di dalam kelas, sebailknya, ia juga boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas. Buktinya, murid akan melihat gaya seorang guru itu di dalam kehidupan bermasyarakat, bagaimana pertuturan mereka, personaliti, dan kesantunan

mereka. Ia akan sentiasa mejadi contoh. Ini secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan di kalangan masyarakat Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sediri dan dipersekitaran dirinya. Kerohanian dan akhlak keguruan itu menjadi titik permulaan untuk perkara tersebut. Apa yang penting, seseorang yang melalui proses menjadi guru hendaklah memahami domain pembangunan diri yang seimbang, seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, memahami konsep, nilai dan etika keguruan, memahami citra diri sebagai seorang insan guru dan membina pemikiran yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap profesion keguruan itu sendiri. Selain itu, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami konsep akuantabiliti professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina komitmen dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan guru sebagai seorang pendidik, pembimbing dan pembina akhlak anak-anak muridnya. Guru juga perlu membina permikiran yang proaktif ke atas kerjaya ini dan betapa pentingnya perkhidmatan pendidikan itu dalam proses melahirkan tenaga sumber manusia yang akan menggatikan generasi sekarang ini. Juga betapa pentingnya kesedaran sosial dan perkhidmatan guru itu sendiri. REFLEKSI 2 Seorang guru akan pastinya akan sentiasa berdiri di khalayak ramai, hadapan para guru lain, murid-murid dan juga ibu bapa murid itu sendiri. Dalam proses mengajar dan memahami murid, guru hendaklah menggunakan kata-kata yang sesuai dan mudah difahami oleh mereka. Selain itu, guru juga perlu mengetahui tahap pemikiran anak-anak murid meraka agar ucapan yang disampaikan boleh diterima dan dapat aplikasikan kelak, serta menggunakan laras bahasa yang tepat. Terdapat pelbagai etika sosial dan protokol dalam proses menjadi guru yang cemerlang. Ia termasukah semasa proses pengucapan awam ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kesantunan bahasa dalam menyampaikan isi dan kemahiran mendengar secara efektif. Selain itu, guru juga hendaklah tidak boleh melupakan tertib di meja makan, terutamanya semasa majlis-majlis formal dan rasmi,

dan juga etika pemakaian, di mana guru hendaklah mengikut tertib dan pakaian yang betul mengikut tema majlis. Guru juga hendaklah mempunyai kemahiran pengurusan dan perubahan diri. Seperti contoh, guru boleh menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri dalam budaya masyarakat yang baru apabila dihantar untuk mengajar ke tempat yang baru kelak. Guru juga boleh melakukan perubahan pada diri sendiri jika berhadapan dengan masalah yang baru, dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dengan fikiran yang positif dan rasional. Seorang guru yang cemerlang juga dapat mengenali dan menilai diri sendiri dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan agar boleh mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru juga dapat mengenali potensi diri yang ada pada mereka agar guru dapat merebut semua peluang yang ada dalam meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam kerjaya mereka di bidang pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membantu melahirkan guru yang seimbang dari semua bidang, dan seterusnya dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak murid mereka. Namun begitu, apa yang penting, guru dapat menunjukkan kepekaan mereka terhadap segala aktiviti yang berlaku di persekitaran mereka, dan memberikan tidak balas yang rasional. Juga, menunjukkan kemahiran yang baik dan tinggi dalam bidang pengurusan hubungan dengan masyarakat sekolah dan luar, juga kepada semua pihak yang berkaitan seperti komuniti pendidikan yang ada di Malaysia, sama ada peringkat rendah, menengah, mahupun peringkat tinggi. Selain itu, komitmen yang penting semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru, ataupun tugastugas lain seperti jurulatih, guru bertugas, atau guru disiplin hendaklah ditunjukkan dengan baik dan cemerlang agar dapat melaksanakan peranan tersebut dengan ikhlas.

REFLEKSI 3

Pengurusan dalam bidang pendidikan merupakan satu aspek yang penting dan sangat perlu dititik beratkan, bukan sahaja pada pihak pentadbiran, tetapi juga kepada guru-guru. Ini kerana ia merupakan satu tugas yang pelu dilaksanakan oleh guru-guru juga. Seperti yang diketahui umum, bidang pendidikan di sekolah mempunyai hubung kait yang kuat dengan pihak kerajaan. Ini kerana sebagai penjawat awam, kerajaan memberikan satu keistimewaan agar guru-guru dapat memberikan yang terbaik dalam bidang pendidikan itu khasnya. Guru-guru juga terlibat dengan perundangan mereka sendiri, termasuklah, nilai, etika, profesion, dan tatatertib. Guru-guru hendaklah merujuk kepada dokumen-dokumen penting seperti Surat Pekeliling Ikhtisas dan Pekeliling Perkhidmatan agar apa sahaja yang guru-guru lakukan tidak menyalahi undang-undang keguruan itu sendiri. Selain itu, pekelilingpekeliling yang dihantar kepada pihak sekolah adalah sebagai salah satu cara daripada pihak kerajaan untuk menyampaikan perkara-perkara yang baru, juga sebagai garis panduan atau pemudahcara untuk melakukan sesuatu aktiviti ataupun menyelesaikan sesuatu perkara. JPN, ataupun nama panjangnya Jabatan Pendidikan Negeri adalah sangat penting. Antara tugas yang perlu mereka lakukan ialah memantau pergerakan pendidikan yang dilakukan disekolah, memberi batuan kepada sekolah yang memerlukan, dan memudahkan perhubugan dengan sekolah-sekolah lain juga dalam bidang pengurusan pendidikan, kurikulum, dan juga ko-kurikulum. Guru sentiasa perlu menjadikan diri mereka fleksibel semasa menjalankan tugas. Ini kerana guru perlu percaya, bahawa tugas mereka kini bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, tetapi terdapat beberapa tugas sampingan yang boleh

membebankan diri sendiri jika tidak diurus dengan baik dan sempurna. Ini bermakna, seorang guru itu perlu tahu mengurus perubahan diri yang berlaku ke atas diri mereka, organisasi yang ada disekolah dalam bidang kurikulum ataupun kokurikulum juga persekitaran sektor pendidikan itu sendiri. Guru yang baik boleh membina pemikiran yang positif dan rasional serta dapat memotivasikan diri mereka dalam profesion guru itu sendiri. Guru hendaklah sentiasa mengetahui tugas mereka dan mengambil berat atas semua perkara yang

mereka lakukan. Guru juga mesti menghayati konsep kerjaya mereka ini adalah salah satu kerja ibadat dan sungguh berjasa. REFLEKSI 4 Dalam proses menjadi seorang guru, terdapat pelabagai ilmu pengetahuan yang baru, yang diperolehi. Semua itu diperolehi memlalui pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), dan juga ketika menjadi guru pelatih semasa waktu pratikum. Guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Ini kerana kerjaya guru yang menyampaikan ilmu juga merupakan satu ibadat, dan membimbing anakanak murid agar menjadi insan yang berguna kelak. Guru-guru juga memainkan peranan penting dalam proses melahirkan generasi akan datang yang cemerlang dan dalam memimpin negara pada masa akan datang. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang proses menjadi guru ini sangat berguna dan perlulah saya aplikasikan kelak semasa menjadi guru sebenar kelak. Potensi yang ada pada saya hendaklah saya huraikannya dengan cara dan kaedah yang betul, mengikut tertib agar dapat dikembangkan dengan baik. Begitu juga personaliti yang ada pada saya, hendaklah saya menjaga nama baik kerjaya dalam bidang pendidikan ini sebagai seorang guru agar tidak memberikan kesan buruk kepada saya, dan bidang keguruan itu khasnya. Ilmu yang saya perolehi ini secara langsung ataupun tidak langsung hendaklah digunakan sepenuhnya. Perbincangan dengan para guru dan para pensyarah untuk proses meningkatkan tahap profesional saya sebagai seorang guru kelak adalah sangat penting. Ini kerana, kadang-kala diri sendiri itu tidak mampu untuk melihat kekurangan yang ada, sebailiknya orang lain yang melihat sudah pastinya dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada. Seterusnya, daripada proses itu sendiri, saya juga boleh berbincang dengan mereka, mendapatkan nasihat untuk menambahbaik dan menutup kelemahan saya dengan cara yang betul dan baik. Ini kerana apabila melakukan perbincangan, kita dapat

memperolehi lebih banyak nasihat dan pelbagai pandangan, pendapat dan akhirnya dapat memberikan pelbagai jalan penyelesaian yang baik. Apa yang penting, proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu mengambil masa yang lama. Ini kerana kita akan belajar daripada pengalaman yang ada. Oleh itu, kita haruslah sabar dan sentiasa berfikiran positif juga rasional agar tidak memberikan kesat buruk kepada diri sendiri. Juga, saya perlulah sentiasa mengamalkan sikap profesional, etika, tatatertib, dan juga personaliti sebagai seorang guru. http://mcana71.blogspot.com/2010/05/refleksi-bina-insan-guru.html

REFLEKSI Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik

menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui program ini juga, saya telah belajar untuk menepati masa. Setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan kami untuk bersiap sedia 10 minit lebih awal. Saya juga telah mengakui pepatah yang menganggap masa itu sebagai emas. Menepati masa adalah sangat penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan berlangsung dengan lancar. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah mencabar seperti berkayak dan jejak kembara. Aktiviti seperti ini dapat memupuk sifat berkerjasama dan ketahanan diri yang utuh.akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua

http://cikgumadrid.blogspot.com/2010/04/laporan-bina-insan-guru-siri-1-2010.html

REFLEKSI PERKHEMAHAN 25-27 JULAI 2011 KEM ETNO-BOTANI, GUA MUSANG, KELANTAN Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di kem etno botani gua musang. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Di sana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam hal membuat gajet. Kami telah membahagikan

ahli-ahli PPIM kepada beberapa kumpulan dan membuat gajet yang berlainan. Seronok rasanya dapat mempraktikkan ilmu ikatan dan simpulan di sana. Disana saya belajar tentang erti semangat berpasuka. Jika kami tidak bekerjasama tidak mungkin kami dapat hidup dengan aman dan selesa disana. Kami membahagikan tugas dengan adil dan kami melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh amanah sekali. Aktiviti yang amat mencabar saya sekali ialah aktivti memanjat gunung untuk masuk ke gua. Letih sekali rasanya kerana kami terpaksa mendaki bukit yang begitu curang sekali dan trak laluannya adalah panjang. Memasuki gua ialah satu pengalam yang amat bermakna sekali ini kerana ini adalah pengalaman pertama saya memasuki gua. Sungguh indah ciptaan Allah dan ini membautkan saya rasa bersyukur sekali. Tidak cukup dengan itu, aktiviti didalam gua adalah amat terkesan sekali di hati saya. Ini kerana dengan keadaan gua yang amat gelap kami diarahkan untuk bertafakur dan mengingati kesalahan kami, menginsafi diri. Sungguh kecil rasanya diri ini berbanding tuhan pencipta sekalian alam ini. Ianya amat menginsafkan saya. Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan. Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua unit beruniform dan pensyarah pembimbing. Majlis kami pada malam itu dirasmikan dengan gemilangnya oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru kami iaitu Tuan Haji Hashim bin Deraman. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara perasmian ini. Kami dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap kumpulan. Ianya akan menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu. Semasa perarakan masuk Pengarah kedalam dewan, pengarah diberi peluang untuk mencuba pelbagai tarian, simbolik kepada malam kebudayaan. Tema pada pada malam itu adalah bebas tetapi hendaklah mempunyai unsur-unsur alam sesuai dengan tempat perkhemahan kami. Terdapat 5 kumpulan yang membuat persembahan pada malam itu. Persembahan yang pertama ialah daripada unit beruniform Puteri Islam. Sesungguhnya persembahan mereka pada malam itu sungguh memberikan pengajaran yang berguna kepada semua guru pelatih. Apa

yang ingin mereka sampaikan disini ialah tidak semestinya apabila seseorang menjadi jahat mereka akan menjadi jahat untuk selamanya. Persembahan yang lain pula ialah dari kumpulan pengakap dengan dikir yang sangat kreatif dan menghiburkan hati. Walaupun berunsurkan hiburan tetapi terdapat pelbagai mesej yang ingin disampaikan oleh mereka terutamanya hal-hal yang berkaitan moral. Seterusnya, guru pelatih disajikan dengan sedikit lakonan dan tarian yang sungguh indah dan mengasyikkan oleh unit Pandu Puteri. Tarian yang lemah gemalai dan tidak ada kecacatan langsung amat mengasyikkan para guru pelatih. Kadet Remaja Sekolah dan juga PBSM pula tampil dengan lakonan yang memberi banyak pengajaran kepada semua tetapi dibuat dalam suasana yang cukup santai dan menghiburkan. Kesimpulannya, kesemua guru pelatih dapat menghiburkan diri disamping mengambil banyak pengajaran daripada persembahan-persembahan oleh unit-unit beruniform. Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti

perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini. Bertolak ansur, memupuk sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah perkara yang saya dapat disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual beli. InsyaAllah saya akan gunakan ia untuk menjadi insane yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru yang cemerlang.

REFLEKSI Dalam Bina Insan Guru Fasa I ini, saya dikehendaki untuk mengikuti satu perkhemahan selama empat hari tiga malam iaitu dari 22 Februari hingga 25 Februari 2011. Saya bersama ahli kumpulan saya dikehendaki membuat laporan tentang program ini. Setelah selesai menghadiri perkemahan ini, saya telah memperoleh pelbagai faedah. Antaranya ialah dapat menguji ketahanan fizikal saya melalui aktiviti-aktiviti yang lasak seperti kembara, berkayak, berenang dan menyelam. Aktiviti seperti ini sangat sesuai kepada bakal guru kerana seorang guru itu perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat untuk mendidik anak bangsa tambahan pula kebanyakan guru yang baru perlu mengajar dalam pedalaman yang sememangnya akan mempunyai bebanan kerja yang banyak.dan mencabar. Selain itu, saya juga telah dapat input-input yang berguna hasil daripada LDK yang dijalankan. Antaranya ialah Ia dapat menguatkan semangat dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang berdisiplin. Bak kata Tuan Haji Ariffin bahawa kerja adalah satu tanggungjawab, setiap kerja yang kita dapat adalah amanah. Oleh itu, apa yang saya dapat pelajari disini ialah saya perlu mengamalkan etika kerja yang saya terima tidak kira ketika masih pelajar atau sudah menjadi guru dan perlu mengutamakan kualiti kerja tidak kira susah mana kerja tersebut. Semasa membuat program ini, saya tidak dapat menafikan bahawa terdapat sedikit kekurangan. Salah satunya ialah tentang tapak perkhemahan iaitu di belakang maktab. Perkhemahan di belakang maktab ini menjadikan semangat perkemahan itu tidak rasa sepenuhnya kerana suasana tapak perkemahan itu tidak seperti perkemahan yang selalu dilakukan orang ramai dan ianya berdekatan dengan taman perumahan guru. Di sebabkan hal tersebut, saya rasa perkhemahan ini menjadi tidak begitu sukar kerana semua kemudahan sudah ada disekeliling contohnya ada bekalan elektrik dan kawan-kawan saya yang tidak terlibat juga boleh membantu kalau diminta pertolongan kerana jarak antara tapak perkhemahan dengan asrama kami adalah sangat dekat. Selain itu, dalam program ini saya mengalami beberapa kesulitan iaitu tentang perkongsian khemah yang agak ramai iaitu satu khemah seramai lapan

orang. Saya menjadi sukar untuk tidur kerana terpaksa tidur berhimpit. Disebabkan itu, saya menjadi agak mengantuk pada siang hari kerana kurang tidur lebih-lebih lagi apabila duduk dan mendengar ceramah. Oleh yang demikian, bagi saya program ini banyak memberi faedah dan input-input yang sangat berguna. Segala penat lelah saya mengikuti perkhemahan ini saya harapkan dapat memberi perubahan dan impak yang besar kepada diri saya. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak yang berusaha menjayakan program ini kerana telah banyak bersusah payah untuk menjadikan program ini berjalan dengan lancar dan saya ingin meminta maaf kepada mana-mana pihak jika ada kesilapan yang saya lakukan sepanjang program ini berjalan. Sekian, wasalam.

MOHD AFWAN HANIF BIN MOHD SHUKRI PISMP 1.02

REFLEKSI Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya melaksanakan Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru (BIG ISG2302) Fasa Kedua ini pada masa yang telah dirancang dengan baik tanpa sebarang kekangan atau halangan yang besar. Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Julai 2011 iaitu pada hari Ahad bertempat di Kampung Tenai Air Gelugor, Gemenceh, Negeri Sembilan. Secara tentatifnya program yang dilaksanakan seperti membersihkan masjid, surau, balai masjid, dan kawasan perkuburan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas segala tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang saya dan rakanrakan menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada penyelaras BIG(ISG 2302), Mejar Azman bin Kanil dan mentor, Tuan Haji Baharullah bin Adam. Dalam melaksanakan program ini banyak pengalaman dan ilmu yang dapat saya timba dan peroleh samada sebelum, semasa dan selepas pelaksanaannya. Saya berasa amat bertuah kerana masih diberi peluang oleh Allah s.w.t mengikuti subjek BIG (ISG 2302) ini di samping dapat mempelajari banyak ilmu dan berkongsi pengalaman bersama pensyarah dan rakan-rakan guru pelatih yang lain. Saya berasa bersyukur dengan kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak sejak dari perlantikan ahli jawatankuasa tertinggi lagi. Saya dan rakan-rakan guru pelatih DPLI Unit Sejarah seramai 24 orang juga berasa amat berbesar hati dengan kerjasama dari penduduk Kampung Tenai Air Gelugor. Daripada pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru (BIG ISG2302) Fasa Kedua tersebut saya dapat mengesan beberapa kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahmbaikan yang dapat dilakukan. Faktor-faktor tersebut juga dapat dikenal pasti berdasarkan kepada komen-komen yang diberikan semasa post mortem dan daripada pemerhatian saya sendiri. Kekuatan yang dapat saya kesan daripada pelaksanaan program ini ialah kerjasama antara rakan guru pelatih yang ditunjukkan membuat saya rasa amat bersyukur, bangga dan gembira kerana kerjasama yang ditujjukkan ibarat tunggak atau tiang yang menentukan kekukuhan sesuatu bangunan. Saya juga berbesar hati

dengan kepimpinan yang ditunjjukkan oleh Pengarah Program iaitu Norafeshah binti Rohim dan Timbalan Pengarah Programnya iaitu Norharnani Jelani serta ahli jawatankuasa pelaksana yang lain yang sentiasa memastikan perjalanan program dilaksanakan dengan baik dan lancar. Saya sebagai ajk pengangkutan juga berasa bertanggungjawab dalam memastikan program berjalan dengan baik dan sistematik. Saya juga berasa teruja dengan semangat dan kebijaksanaan rakan-rakan guru termasuk saya dalam berkomunikasi dengan orang kampung apabila tiba di perkampungan tersebut. Sambutan orang-orang kampung sememangnya di luar jangkaan saya. Ini kerana, kami dihidangkan dengan pelbagai pengisian termasuk sesi taklimat, suai kenal, sarapan, sesi bergambar, sesi temu bual bersama wartawan akhbar SINAR, gotong royong, dan banyak lagi. Keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak amat menyenangkan. Saya bangga melihat kesungguhan dan kekreatifan rakan guru pelatih termasuk saya apabila tentatif awal untuk membersihkan kawasan perkuburan diubah kepada melukis mural pada dinding Balai Masjid Kampung Tenai Air Gelugor. Di sini, saya sedar bahawa segala yang dirancang boleh berubah pada bila-bila masa dan yang penting kami mempunyai sifat bersedia pada sebarang kemungkinan. Dari aspek lain, tidak banyak kelemahan yang dapat saya berikan kerana secara keseluruhan program dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. Pada masa akan datang Saya dan rakan-rakan guru pelatih akan berusaha memberi yang terbaik kepada setiap program dan projek yang akan dijalankan. Saya bersyukur kerana sekiranya terdapat tanda-tanda kelemahan wujud, setiap anggota unit prihatin dan bekerjasama dalam mengatasi segala kelemahan tersebut. Oleh yang demikian, segala kelemahan dapat diatasi. Melalui program khidmat masyarakat ini, beberapa penambahbaikan dapat dicadangkan bagi menambahkan pengisian serta menjadikan program lebih bermakna. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah dengan membuat program lanjutan ke kampung berkenaan atau kampung lain dengan pengisian yang pelbagai dan menarik. Selain itu, sumbangan kepada penduduk kampung atau masjid mahupun surau boleh dipelbagaikan selain sumbangan wang dan sejadah. PENUTUP

Pelaksanaan

projek

ini

juga

banyak

menambah

pengetahuan

dan

pengalaman saya tentang cara penganjuran dan pengurusan program khidmat masyarakat yang betul dan terancang. Selain itu, saya juga dapat menghayati ciriciri kerohanian, nilai dan akhlak keguruan dan melatih guru pelatih agar dapat mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari serta penampilan diri yang sesuai. Di samping itu, melalui pelaksanaan program ini semangat berpasukan dapat diperkukuh dan mengeratkan silaturrahim. Seterusnya, saya amat bersyukur kerana Allah mengizinkan saya memperkukuhkan

pengetahuan sedia ada saya. Jutaan terima kasih jua buat rakan-rakan dan juga kepada orang perseorangan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sekali lagi saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang disumbangkan diberkati oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat serta dapat memberi manfaat kepada semua. Sekian,terima kasih.

REFLEKSI (MANFAAT / KEKUATAN / KELEMAHAN DIRI)

MANFAAT

Manfaat yang boleh kami terima sepanjang aktiviti kembara ini ialah merangsang minda untuk berfikir. Berfikir mengenai kebesaran Allah S.W.T dengan ciptaan-Nya

yang tidak ternilai, tentang cabaran yang perlu diharungi sepanjang berada di dalam profesion perguruan.

Selain itu ia juga dapat melatih ketahanan mental dan fizikal. Ketahanan mental dan fizikal ketika mendaki bukit, ketika hujan lebat dan ketika memasak dengan keadaan semua kelengkapan dan keperluan basah. Sekiranya peserta BIG ini tiada ketahanan mental dan fizikal yang kuat, sudah tentu kami tidak dapat menamatkan aktiviti ini dengan baik. Ia diumpamakan seperti menguji ketahanan fizikal dan mental ketika mendidik anak-anak murid di sekolah.

Aktivit kembara ini juga dapat menjadikan kami supaya sentiasa tadabbur kepada alam. Berbuat baik kepada alam dengan tidak merosakkannya dengan sesuka hati. Aktiviti kembara ini juga menguji kesabaran dalam menghadapi segala cabaran.

KEKUATAN

Kekuatan aktiviti kembara ini ialah semangat kerjasama. Kerjasama yang wujud dikalangan peserta BIG ini sangat kuat sentiasa bersama sehingga ke akhir aktiviti ini. Contohnya kerjasama yang wujud ketika mendaki bukit. Peserta-peserta

bersama-sama menarik tangan rakan-rakan yang lain bagi memudahkan ia naik ke atas. Sekiranya tiada semangat kerjasama, berkemungkinan ada peserta yang jatuh.

KELEMAHAN DIRI

Terdapat juga kelemahan diri yang wujud sepajang berjalannya aktiviti kembara ini. Antaranya ialah tiada keyakinan pada diri untuk solat dalam keadaan yang serba kekurangan seperti di tepi pantai. Ini kerana terdapat beberapa orang peserta tidak menunaikan solat zohor di tepi pantai kerana was-was dengan keadaan yang kotor.

Selain itu, kurangnya persediaan yang sempurna untuk mengikuti aktiviti kembara ini. Contohnya tidak menyediakan beg plastik sebagai persediaan menghadapi cuaca hujan.

S Strength (Kekuatan) Sesungguhnya, program lawatan Penandaarasan ini sangat memberikan banyak input yang berguna kepada kami. Salah satu input yang berguna adalah pengurusan lawatan yang melibatkan interaksi dengan pihak atasan seperti Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak yang mana kami perlu menghantar surat kepada pihak tersebut bagi memaklumkan program kami. Bahkan juga dalam proses

perbincangan dengan pihak sekolah yang dipilih, penganggkutan dan penginapan yang mana perlu dibincangkan dengan sebaik mungkin yang mana telah mendewasakan kami untuk berfikir di luar kotak apatah lagi untuk menjadi seoarang guru. Selain itu, program ini juga telah memberi peluang kepada kami sekelah untuk berhubung dan berkomunikasi dengan lebih baik sebagai sebuah institusi pentadbiran dalam sesebuah organisasi terutamanya untuk menjayakan program seperti ini. Program seperti ini sangat memerlukan perbincangan yang rapi dan penyediaan kertas kerja yang mantap dan memikirkan banyak andaian bagi memudahkan proses program ini berlangsung.

Selain itu, program ini juga telah memberi kami input berguna mengenai pengurusan sekolah yang mantap dari segi akademik, kokurikulum dan pentadbiran hal ehwal murid di sekolah. Penggunaan sistem rumah yang mana banyak membantu mengurangkan masalah disiplin dan juga meningkatkan pencapaian diri dan sekolah boleh diaplikasikan di mana-mana sekolah untuk menjadi sekolah cemerlang juga suatu hari nanti.

W Weakness ( Kelemahan) Di dunia ini, tiada benda yang begitu sempurna. Walaupun sesuatu benda itu nampak sempurna, mesti ada sedikit kekurangannya. Begitu juga dengan program BIG ini. Antaranya ialah kekangan masa dan kewangan. Memandangkan kami ingin mengelakkan daripada kelewatan mengadakan lawatan ini, jadi kami ingin mengawalkan program agar tidak mengganggu terutamanya sewaktu praktikum dan juga selepas praktikum. Namun, masalah kewangan menjadikan kami mungkin terpaksa menunda program tersebut. Masalah kewangan ini ekoran daripada kami menunggu elaun kami dimasukkan. Jadi, program ini agak mengejar masa dan masa persiapan untuk program ini turut agak singkat. Setiap AJK agak kelam kabut dalam membuat persiapan namun kekangan ini berjaya diatasi dengan jayanya. Sekalung tahniah untuk semua AJK.

O Opportunities (Peluang) Dari segi peluang, saya melihat banyak kesempatan yang dapat saya gunakan untuk memperbaiki diri dan pengurusan sesuatu program pada masa akan datang. Saya dapat melihat peluang untuk memperbaiki diri sendiri di dalam mengurus diri dengan lebih efisien. Disiplin, etika dan sahsiah yang baik dan sikap ringan tulang akan menjadikan lebih ramai orang untuk menjadi lebih mesra dan berdampingan dengan kita. Perbincangan dan saling bertolak ansur telah membuka peluang kepada kami untuk bertukar-tukar pendapat dan menerima pendapat dengan rakan yang lain khususnya dalam proses mendapatkan pengangkutan yang baik semasa kami berangkat ke Kuching dan kembali ke Kuching.

Di samping itu juga, melalui program seperti ini juga membantu saya dalam menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan guru pelatih yang lain di samping dengan para pensyarah dan juga pihak sekolah yang menerima kunjungan ini. Lawatan Penandaarasan seperti ini juga memberikan kami peluang untuk menimba ilmu daripada sekolah yang kami lawati iaitu Sekolah Menengah Sains Kuching. Maklumat mengenai sistem rumah dan pengurusan yang lain akan membantu kami dan mungkin boleh diaplikasikan di sekolah kami pada masa akan datang dan akan memberikan manfaat yang berguna kepada bukan kepada kami sahaja tetapi juga kepada pihak murid dan sekolah kami kelak. Kesemua perkara itulah yang akan menjadi perkara penting yang akan saya amalkan dalam menjadikan diri lebih baik pada masa akan datang.

T Threats ( Ancaman) Terdapat beberapa ancaman yang dapat saya kenalpasti semasa

pengurusan program ini. Kesemua ancaman ini hendaklah dibuang supaya sesuatu program itu dapat dijalankan dengan telus dan memuaskan hati semua pihak. Antaranya ialah kekangan masa. Sepatutnya masa perlu dirancang dengan teliti. Selain itu, ancaman seterusnya ialah pengangkutan. Semasa kami membincangkan mengenai pengangkutan yang digunakan untuk ke Kuching dan kembali ke Miri, kami mendapat banyak masalah. Tiket tidak dapat ditempah apabila kami menggunakan kapal terbang kerana masalah surat yang dikatakan belum sampai ke sekolah dan ini telah menyebabkan kami terlepas peluang untuk mendapatkan tiket murah. Namun, kami mempunyai pelan kedua iaitu menggunakan bas.

Penutup Keseluruhannya, program ini banyak memberi pengetahuan baharu yang berguna kepada kami sebagai bakal pendidik untuk menempuh alam persekolahan kelak. Harapan saya, agar pada masa hadapan, saya mampu untuk menjadikan sekolah

saya sebagai sekolah harapan di Malaysia dengan menggunakan Sekolah Menengah Sains Kuching sebagai penanda aras. Diharapkan juga agar Sekolah Menengah Sains Kuching akan terus maju, cemerlang, gemilang dan terbilang di Malaysia dengan pencapaian guru, murid dan ibu bapa yang sememangnya memainkan peranan penting dalam menjadikan sebuah sekolah tersebut sebagai sekolah cemerlang.

REFLEKSI KESELURUHAN

Saya telah mengikuti Program Bina Insan Guru sesi pertama bermula 12

April sehingga 15 April 2010. Program

ini telah

berlangsung selama 4

hari. Peserta yang terlibat dalam Program ini terdiri daripada guru-guru pelatih pengajian Sains, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Sesungguhnya banyak pengalaman dan input yang berguna yang saya perolehi sepanjang kursus tersebut. Input dan pengalaman ini adalah penting untuk diaplikasikan semasa saya bertugas sebagai seorang guru nanti.

Program ini mendedahkan saya tentang alam perkhemahan. Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam aktiviti perkhemahan. Di sini saya dapat mempelajari kaedah mendirikan khemah dengan cara yang betul. Suasana hidup di dalam khemah mengajar saya erti ketabahan,

kerjasama, bertoleransi dan berani. Tanpa pengalaman

tersebut sudah

pasti saya akan kelam kabut apabila terlibat dalam aktiviti perkhemahan di sekolah nanti.

Selain

itu,

perkhemahan

BIG

ini

turut

mengajar

saya

bagaimana mengurus diri dan masa dengan baik. Aktiviti perkhemahan ini member kesedaran kepada saya bahawa masa itu emas dan harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Suasana panas sepanjang program tersebut menjadikan saya kurang selesa untuk menjalankan aktiviti. Tetapi berkat kesedaran saya terhadap tanggungjawab dan amanah yang diberikan, maka saya berusaha menjalankan aktiviti sebaik mungkin. Kerjasama antara semua ahli juga menjadikan aktiviti menjadi mudah dan dapat berjalan dengan lancar. Suasana menjadi agak kelam kabut untuk menguruskan diri kerana masa yang diperuntukkan

dan menjalankan aktiviti amat terhad. Di sini kami

telah bergilir-gilir ketika memasak dan menguruskan diri. Hal ini bagi memastikan semua aktiviti dapat dijalankan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Melalui program ini juga mengajar saya cara menyesuaikan diri dengan rakan sebaya dan pensyarah. Saya belajar berkomunikasi dengan rakan dan pensyarah dengan baik. Hal ini adalah sangat penting supaya saya tidak kekok apabila berhadapan dengan rakan sekerja yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan juga berhadapan dengan ibu bapa serta masyarakat ketika saya bertugas sebagai guru nanti. Kerjasama dengan ahli kumpulan

adalah amat penting. Sikapa mementingkan diri hendaklah dihapuskan bagi membentuk hubungan yang baik antara ahli kumpulan. Kerjasama juga amat penting dan perlu ditekankan dalam aktiviti berkumpulan. Dengan

kerjasama, kerja yang berat pun akan menjadi mudah.

Semasa mengikuti aktiviti LDK saya menyedari bahawa kita harus mempunyai keberanian dalam mengutarakan pendapat atau pandangan. Kita juga harus menghormati penting pendapat bagi dan pandangan kata orang lain.

Perbincangan adalah

mencapai

sepakat.

Sebagai

seorang guru kita hendaklah berfikiran kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini penting bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dan semua pelajar dapat menerima apa yang diaajar. Sementara iti perbincangan penting dalam mebuat keputusan.

Pengalaman saya ketika menjalankan aktiviti kembara member analogi yang cukup berguna kepada saya. kesusahan dan cabaran yang dihadapi sepanjang menjalankan aktiviti kembara mendidik diri saya menjadi

seorang yang sabar dan tabah dalam apa juga situasi. Kehidupan sebagai seorang guru adalah amat mencabar tambahan pula dalam keadaan dunia yang pesat membangun dalam era kemodenan. Kesabaran mendidika anak bangsa penting bagi melahirkan individu yang berwibawa pada masa akan datang. Di samping itu, saya juga mempelajari nilai kepercayaan terhadap ketua. Sebagai anak buah, kita sewajarnya menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap kebolehan ketua. Nilai kepercayaan dan kefahaman juga penting untuk dipraktikkan agar semua tugas dapat dijalankan dengan mudah. Sesungguhnya kerjasama daripada setiapa ahli kumpulan adalah amat penting dan harus diamalkan dalam kehidupan seharian. Setiap individu haruslah amanah terhadap tugas yang diberikan.

Keyakinan juga merupakan salah satu nilai yang perlua dalam diri setiap individu. Kita harus percaya terhadap kebolehan diri sendiri dan tidakj mudah mengalah dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Aktiviti berakit ketika menjalankan aktiviti air berjaya meningkatkan keyakinan dalam diri saya. Saya mulai sedar bahawa setiap pekerjaan haruslah dijalankan dengan bersungguh- sungguh dalam mencapai matlamatnya.

Program Bina Insan Guru ini juga menanam semangat inkuiri yang tinggi dalam diri saya. saya mula mengambil serius tentang kepentingan mencari ilmu baru. Sebagai seorang bakal guru sudah tentu saya harus membekalkan diri saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar tidak ketinggalan seperti katak di bawah tempurung kelak.

Secara keseluruhannya, Program Bina Insan Guru ini telah banyak mendedahkan saya kepada ilmu pengetahuan baru. Di sini saya berpeluang memuhasabah diri bagi membaiki kelemahan yang ada pada saya. Perkara ini adalah amat penting sebagai persediaan saya menghadapi kehidupan sebagai seorang guru pada suatu hari nanti.

REFLEKSI KESELURUHAN

Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama

semasa bergelar seorang pendidik kelak. Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada alam perkhemahan. Ini kerana dalam program ini kami sendiri yang mengatur dan merancangkan segala persiapan perkhemahan. Daripada pemilihan ahli jawatankuasa

sehingga kepada hal-hal yang lebih rumit lagi, semuanya diatur oleh para pelatih sendiri. Ini sangat penting sebagai latihan untuk saya sekiranya ingin membawa pelajar- pelajar saya untuk mengadakan perkhemahan kelak. Tanpa pengalaman seperti ini, kita pasti akan kelam kabut untuk menguruskan perkhemahan semasa di sekolah nanti.

Yang kedua, perkhemahan BIG ini mengajar saya cara menguruskan diri dalam keadaan suntuk dan tidak selesa. Dengan keadaan cuaca yang terlalu panas, aktiviti sukar untuk dilaksanakan. Namun, berkat kerjasama ahli kumpulan, kami berjaya mengatasi masalah tersebut. Dengan pengurusan masa yang agak terhad, saya belajar bagaimana menguruskan diri saya sendiri. Contohnya, menguruskan masa untuk membersihkan diri (mandi) sendiri tanpa

memberi bebanan atau gangguan kepada orang lain. Maksudnya, tidak mementingkan diri sendiri dengan membiarkan orang lain sahaja menguruskan tugasan kumpulan sedangkan saya bersenang lenang mandi.

Yang ketiga, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Saya belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam jadual. Selama ini, saya selalu membuat jadual namun tidak mengikutinya. Semasa BIG ini, saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu dalam masa yang telah ditetapkan. Apa yang saya tahu, yang paling penting adalah azam dan pembahagian tugas. Misalnya, kami telah diberi masa dari pukul 6 pagi hingga 8 pagi untuk berehat, membersihkan diri, memasak dan makan. Jika kita tidak berazam untuk melakukan semuanya dalam masa 2 jam yang diberikan, kita tidak akan ada cukup masa. Namun, sekiranya kita tidak dapat membahagikan tugas-tugas antara ahli kumpulan dengan baik, kita juga tidak mungkin dapat menyelaesaikan tugasan tadi dalam

masa 2 jam tersebut.

Keempat, saya belajar bagaimana kehidupan dalam satu kumpulan. Segala cabaran, halangan atau kenangan manis dan pahit yang dikongsi bersama mengajar pelbagai nilai yang amat berguna. Nilai yang paling ketara ialah semangat setiakawan dan kerjasama. Nilai ini dapat saya hayati semasa pembahagian alatan di maktab lagi. Semua ahli kumpulan bekerjasama untuk mendapatkan alatan yang mencukupi. Kemudian, semasa memunggah barangan dari bas ke dalam kem, semuanya berjaya dilakukan kerana kerjasama yang kukuh antara pelatih. Selain itu, saya dapat melihat nilai toleransi dan persefakatan berlaku dalam kumpulan kecil mahupun besar. Secara tidak langsung, apabila berada dalam lingkungan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai sedemikian, kita juga akan belajar untuk mengamalkan nilai yang sama. Dalam satu kumpulan, jika tiada kesepakatan dan toleransi, maka semua -tugas akan menjadi berat. Ini kerana semua orang bersikap mementingkan diri sahaja dan tidak mahu berkorban untuk melakukan sesuatu. Sikap inilah yang akan merosakkan sesuatu kumpulan itu. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita haruslah bekerjasama, bertoleransi dan mempunyai persepakatan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita supaya tugas kita mendidik pelajar-pelajar kita menjadi mudah.

Kelima, saya turut belajar sesuatu daripada aktiviti LDK iaitu kita harus berbeza daripada orang lain. Berbeza maksudnya mempunyai identity yang tidak ada pada orang lain. Sebagai seorang guru, kita harus melakukan kelainan semasa mengajar untuk meningkatkan kefahaman pelajar kita. Selain itu, ini dapat mengelakkan kebosanan. Jangan selalu bergantung kepada idea orang lain sahaja, tetapi mencuba sesuatu yang baharu. Untuk menjadi

seorang guru yang disukai pelajarnya, sikap kreatif haruslah ada bagi mewujudkan kelainan.

Keenam, semasa memasuki hutan saya belajar satu analogi yang cukup berguna. Saya melambangkan pelbagai jenis flora dan fauna yang

terdapat dalam hutan tersebut sebagai sikap manusia yang bakal saya hadapi kelak. Saya melalui banyak jenis jalan seperti jalan rata, curam, berbatu-batu, berair dan sebagainya. Ini ibarat kehidupan seorang guru yang kadang-kadang gembira, sedih, mencabar, sukar, dipenuhi air mata dan sebagainya. Namun, ianya mesti ditempuhi juga demi anak bangsa.

Ketujuh, saya mempelajari nilai kepercayaan kepada ketua. Ketua dilantik untuk mengetuai ahlinya. Namun tanpa kepercayaan dan kesefahaman daripada ahliahli di bawahnya, ketua tersebut tidak akan berjaya melaksanakan tugasnya sebagi seorang ketua. Semasa kami berada di dalam hutan, kami telah tersesat. Namun begitu, kami tidak mempersalahkan ketua kami sebaliknya

mempercayai kebolehannya. Sekiranya kami mula mempersalahkannya dan tidak mempercayainya pada masa itu, saya rasa kumpulan kami akan tidak bersefahaman dan mengalami masalah yang lebih teruk lagi. Kepercayaan kami telah mengembalikan semangatnya untuk memimpin kumpulan kami untuk mencari jalan keluar.

Kelapan, saya belajar untuk yakin kepada kebolehan diri sendiri dan jangan mudah mengalah. Ini saya pelajari semasa kami mengikuti aktiviti berakit. Pada mulanya, saya kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri setelah melihat rakit rakan-rakan hampir karam. Namun, saya tidak mudah mengalah dan telah mencuba. Setelah berjaya, barulah saya sedar bahawa keyakinan diri adalah sangat penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Saya menganalogikan kesukaran tersebut sebagai pelajar yang degil. Namun, dengan usaha yang gigih dan keyakinan pada kebolehan kita, maka kita tetap akan dapat mengatasi kedegilan mereka itu.

Kesembilan,apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling kita

merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun semua ilmu itu tidak akan datang dengan petikan jari sahaja. Jadi tanggungjawab kita adalah mencari dan mengggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga. Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang paling malang dan miskin dalam dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua segi kehidupan ini. Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah kita dapat.

Sesungguhnya, Program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Disebalik semua keseronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri dan mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan input yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak.

Anda mungkin juga menyukai