Anda di halaman 1dari 10

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA : Mohd Fadhli bin Mohd Yakof OPSYEN : PISMP BAHASA MELAYU (SJKT) Aambilan januari 2012

Pada awal bulan September yang lalu, kami PISMP ambilan Januari 2012 seramai 130 orang telah menjayakan program Bina Insan Guru fasa 4 yang dijalankan dari 10 September 2013 hingga 12 September 2013 bertempat di SK. Mantob, Kiulu, Tuaran, Sabah. Guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2012 seramai 130 dari 6 unit iaitu: i. PISMP Bahasa Melayu (SJKC) - (25 orang) ii. PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKT) - (20 orang) iii. PISMP Bahasa Cina (SJKC) - (25 orang) iv. PISMP Prasekolah (SK) - (19 orang) v. PISMP Matematik (SK) - (23 orang) vi. PISMP Pendidikan Islam (SJKC) - (18 orang) Program ini telah telah disertai oleh Penyelaras program BIG iaitu En. Amidy bin Malagob dan beberapa orang pensyarah yang juga merupakan tutor bagi Kumpulan Bahasa Melayu (SJKT), Bahasa Melayu (SJKC), Pra-Sekolah, Pengajian Agama Islam, Pengajian Matematik dan Pengajian Cina Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran iaitu Puan Jaslinah Magantal, Puan Sarimawathy binti Jumanie, Puan Chin Satt Fung, Encik Tajip bin Tassan, Puan Ng lee Fong dan Puan Norhafizah binti Zakaria. Aktiviti kembara sosial dan khidmat masyarakat merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan berdasarkan garis panduan Program Bina Insan Guru semester empat yang telah ditetapkan untuk guru pelatih kursus PISMP ambilan Januari 2012 Institut Pendidikan Guru, Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Matlamat Program Bina Insan Guru pada kali ini ialah program ini menjadi salah satu pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi,

mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Sebelum dapat menjayakan program ini, pelbagai perkara perlu diambil kira, seperti matlamat yang ingin dicapai, organisasi yang mantap, perancangan yang rapi, dan persiapan yang sempurna. Untuk mencapai semua perkara di atas, kerjasama dan kesepakatan antara semua pihak amatlah perlu. Tanpa mengira perbezaan kelas dan jawatan, semua perlulah bersatu agar program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna. Beberapa mesyuarat telah diadakan untuk mencapai kata sepakat dalam menjalankan program ini. Kami telah belajar mengenai tatasusila bermesyuarat yang betul, bagaimana jika sesorang itu hendak memberi pendapat dan sebagainya. Juga bagaimana untuk mengawal sesebuah mesyuarat itu daripada menjadi tidak terkawal. Malah disiplin masa juga ditekankan kerana semua ahli perlu sampai pada masa yang telah ditetapkan. Di dalam mesyuarat tersebut juga biro-biro diterangkan tentang bidang tugas agar mereka jelas dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Hari keberangkatan ke SK. Mantob, Kiulu menunjukkan guru pelatih IPGM Kent amat menitikberatkan pengurusan masa. Seawal jam 7.30 pagi semua peserta telah berkumpul di Dataran Kent IPGM. Guru pelatih telah bersama-sama mengangkat peralatan dan makanan dari stor pusat ke kawasan tapak kami berkumpul. Sepakat membawa berkat telah terpahat dalam jiwa semua guru pelatih yang mengikuti program ini. Pengumpulan peserta sekali lagi dilakukan untuk kepastian pembahagian kumpulan anak angkat. Taklimat juga sering diberi dari semasa ke semasa sepanjang program berlangsung. Apabila sampai di SK Mantob, semua peserta telah membina khemah mengikut kumpulan. Selepas mendirikan khemah peserta telah bersama-sama menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Apa yang menariknya progam BIG kali ini ialah kami telah diberi sebuah keluarga angkat yang kebanyakannya terdiri daripada ibu dan bapa tunggal dan keluarga yang sederhana. Kami juga berpeluang untuk bersama dengan keluarga angkat pada hari kedua program. Kami telah bersama dengan keluarga angkat selama

sehari suntuk untuk belajar tentang kesusahan dan masalah yang menimpa keluarga angkat kami. Kami telah menemuramah keluarga angkat kami dalam keadaan santai untuk mengetahui lebih mendalam tentang profil keluarga ini. Kami melihat aspek kekuatan yang ada dalam keluarga ini kerana mereka mempunyai kemudahan yang cukup lengkap seperti peti ais, mesin basuh, televisyen, dapur gas, bilik air, tandas, bilik tidur dan sebagainya. Keluarga angkat kami merupakan keluarga yang sederhana. Ayah angkat kami merupakan seorang pekebun dan ibu angkat kami Rosbinah merupakan seorang yang aktif dalam pergerakan politk. Mereka telah berumah tangga selama beberapa tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Ayah kepada ibu angkat kami iaitu Angit Saraung tinggal bersama di rumah dan merupakan seorang yang rajin melakukan kerja kampung. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang telah saya perolehi melalui program keluarga angkat ini antaranya saya telah mengetahui bahawa keluarga angkat saya yang beragama kristian (SDA) mempunyai beberapa pantang larang iaitu tidak boleh meminum minuman yang boleh merosakkan badan contohnya kopi, arak dan sebagainya. Selain itu, mereka juga tidak boleh memakan ikan yang tidak bersisik dan tidak boleh memakan babi. Pengalaman seterusnya yang saya perolehi ialah say telah dapat mempelajari kemahiran memukul gong. Aki Angit Saraung banyak mengajar kami bermain alat muzik tradisional ini sehingga kami mampu bermain dengan baik. Program ini amat bermanfaat kerana kami berpeluang untuk menyelami kesusahan hidup orang lain. Selain itu, kami juga dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain terutamanya dalam kumpulan anak angkat. Mungkin sebelum ini kami hanya bertanya khabar jika bertemu di jalanan namun sekarang hubungan itu lebih erat dan bagaikan adik-beradik. Kami juga belajar tentang kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang mana merupakan kemahiran yang sangat penting buat setiap insan apatah lagi apabila bergelar guru kelak. Program BIG ini juga telah mengajar kami tentang pengurusan masa yang sepatutnya dimiliki oleh kami bakal pendidik. Masa sentiasa berjalan dan tidak akan menunggu kita, malah kita yang sepatutnya mengejar masa. Jadi kami perlu mematuhi jadual tersebut dan memastikan aktiviti dapat dijalankan tepat pada masanya. Kami

tidak akan menghadapi masalah sekiranya masing-masing memiliki tahap disiplin yang tinggi. Di sana juga kami dikehendaki memastikan kebersihan dan kekemasan tapak perkhemahan. Program BIG ini juga telah banyak memberi faedah kepada kami. Ia dapat memberi pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Kami telah mendapat gambaran bagaimana untuk menganjur sesebuah program yang melibatkan masyarakat setempat. Pengalaman ini dapat dipraktikkan ketika kami menjadi seorang guru kelak dan ditugaskan untuk menjadi guru pembimbing sesuatu kelab dan sebagainya. Ketika di sana, seribu satu faedah telah kami semua perolehi. Antaranya ialah kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kesimpulannya, pelbagai perkara yang dilalui sepanjang program ini diharapkan dapat mematangkan kami dalam menempuh alam perguruan kelak. Pelbagai kemahiran baru dapat dicapai antaranya kemahiran membuat keputusan, kemahiran pengurusan masa, malah bakat kepimpinan juga dapat diasah. Perkara sebegini dapat memberi pengalaman yang tiada nilainya malah dapat dijadikan panduan yang amat berguna pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Hari pertama (10 September 2013)

Gambar 1 : Ucapan Alu-aluan daripada ketua kampung.

Gambar 2 : Meninjau kawasan rumah keluarga angkat.

Gambar 3 : Kali pertama berjumpa dengan keluarga angkat iaitu Puan Rosbinah.

Gambar 4 : LDK 1 dikendalikan oleh Encik Fauzi.

Gambar 5 : Aktiviti LDK 1, melukis pelan rumah keluarga angkat.

Hari kedua (11 September 2013)

Gambar 6 : Sedikit buah tangan buat keluarga angkat

Gambar 7 : Kumpulan kami bersama-sama menyediakan sarapan pagi

Gambar 8 : Sesi suai mesra dan temu ramah mengenai profil keluarga angkat.

Gambar 9 : ahli kumpulan perempuan bersama dengan ibu angkat mencari sayur pucuk ubi.

Gambar 10 : Saya membantu mengangkat pasir sambil ditemani oleh Aki Angit Saraung

Gambar 11 : Ahli kumpulan perempuan juga membantu mengangkat dan memasukkan pasir ke dalam karung.

Gambar 12 : Setelah penat bekerja, kami semua melakukan kerja di dapur

Gambar 13 : hasil masakan gabungan bersama kumpulan lain.

Gambar 14 : Gambar kenangan bersama keluarga angkat.

Hari Ketiga (12 September 2013)

Gambar 15 : Gambar kenangan bersama dengan guru besar SK. Mantob, Kiulu, Tuaran.

Anda mungkin juga menyukai