Anda di halaman 1dari 6

Refleksi HARI PERTAMA ABDUL HALIM BIN ROSELI

Program Bina Insan Guru kali ini meminta kami untuk melaksanakan aktiviti program anak angkat. Hal ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kami tentang asam garam dalam kerjaya sebagai guru ini. Di samping mendedahkan kami untuk lebih mesra dan mengambil tahu dengan masyarakat sekeliling. Pada hari pertama, kami telah disambut dengan meriah ketika menjejakkan kaki ke SK Pulai Sebatang. Orang kampung telah mengalu-alukan ketibaan kami dan ianya sangat menyeronokkan. Setelah bersalaman dengan orang kampung, kami semua menuju ke dewan sekolah bagi mendengar taklimat program. Kami mendengar taklimat dan kata aluan daripada setiausaha JKK Kampung Pulai Sebatang iaitu Puan Faizah. Puan Faizah juga sempat memaparkan satu persembahan power point

berkaitan kampung tersebut. Hal ini supaya kami lebih mengenali serta mengetahui serba sedikit berkaitan dengan Kampung Pulai Sebatang. Pada waktu malam pula, aktiviti ceramah pendidikan ibu bapa diadakan pada jam 9 malam di dewan Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang. Ceramah tersebut akan disampaikan oleh salah seorang pensyarah IPTHO iaitu Dr. Hairudin Bin Mohd Amin. Semua peserta pulang ke rumah keluarga angkat, selepas mendengar sedikit taklimat daripada pengurusi program iaitu Saudara Mohamad Ayub Bin Mohamad Noor berkaitan aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari kedua kami disana. Program ini merupakan satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, prihatin, bersemangat juang yang tinggi, berketrampilan, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan yang jitu. Antara objektif program ini adalah mendekatkan diri dengan masyarakat setempat yang sesuai dengan profesion perguruan seterusnya dapat menguasai kemahiran interpersonal.

Kesimpulannya, tugasan BIG ini sangat bagus untuk di laksanakan oleh guru pelatih kerana melalui program ini, pelbagai pengalaman berguna boleh dikumpul dan diaplikasikan ketika menjadi guru di sekolah kelak. Melalui tugas ini juga,saya sebagai guru pelatih perlu menimba pelbagai pengalaman yang boleh dijadikan bekalan untuk lebih berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab serta bersiap sedia untuk menghadapi halangan dan cabaran yang bakal saya tempuhi sewaktu bergelar guru suatu hari kelak. Selain daripada itu juga, melalui pengalaman ini juga,saya dapat mengaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini secara tidak langsung, dapat melahirkan idea-idea kreatif yang dapat memberansangkan perasaan ingn tahu murid-murid sekolah. Saya amat berpuas hati dengan segala kerjasama yang ditunjukan oleh pihak sekolah dengan pihak kami.

Refleksi HARI KEDUA ABDUL HALIM BIN ROSELI

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu wadah ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Melalui aktiviti yang telah saya lalui, secara tidak langsung saya dapat mengenal diri dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Ketika melaksanakan BIG kali ini saya, salah satu slot aktiviti yang saya suka ialah membantu penduduk kampung untuk mengecat rumah seorang penghuni kampung tersebut. Secara tidak langsung, saya dapat menyemai semangat kesyukuran saya kepada Tuhan kerana memberi saya kesenangan hidup serta dapat hidup dalam keadaan yang bersederhana. Saya ditugaskan untuk mengecat rumah tersebut dengan warna biru. Semasa melaksanakan aktiviti mengecat tersebut, saya dapat belajar tentang cara-cara mengecat yang betul. Memang tidak dinafikan juga, sewaktu di kampung saya, saya juga pernah mengecat rumah saudara saya. Dapat juga saya merasakan suasana kampung walaupum kini saya berada di perantauan. Salah satu aktiviti ialah mengadakan sukaneka di padang Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang. Saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh pendudukan kampung kerana turut hadir bagi memeriahkan aktiviti yang dijalankan serta mengambil bahagian dengan aktiviti yang telah kami sediakan. Antara aktivitinya ialah pertandingan futsal, boling kelapa, isi air dalam botol, bola angina dan membawa getah menggunakan straw. Melalui aktiviti sukaneka ini, pengalaman yang

menyeronokkan dapat dilihat semasa aktiviti dijalankan. Hubungan di antara kami bersama orang kampong menjadi semakin rapat. Saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh pendudukan kampung kerana turut hadir bagi memeriahkan aktiviti yang dijalankan serta mengambil bahagian dengan aktiviti yang telah kami sediakan.

Pada sebelah malam pula, pada pukul 9.00 malam, kami dalam kumpulan masing bersiap sedia untuk melakukan persembahan kami untuk dipertontonkan kepada penduduk kampung Pulai Sebatang. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan membuat persembahan yang berbeza seperti nyanyian, lakonan, sketsa, tarian, puisidra dan pentomen. Pada malam tersebut, kami berasa amat seronok kerana dapat bersama-sama memeriahkan malam terakhir kami di kampung Pulai Sebatang bersama keluarga angkat kami

Refleksi HARI KETIGA ABDUL HALIM BIN ROSELI

Pada hari ketiga pula, aktiviti 10,000 langkah bersama dengan penduduk kampung dan para pelajar Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang telah dijalankan. Setelah hampir 45 minit berjalan kaki, akhirnya sampai ke destinasi yg pertama iaitu Wednesday Ditch Farm iaitu sebuah ladang kuda yang diusahakan oleh jurutera yang merupakan salah seorang penduduk kampung tersebut. Kami berkesempatan melihat beberapa ekor kuda miliknya dan beliau juga telah menerangkan beberapa fakta mengenai kuda kepada kami. Banyak ilmu-ilmu baru yang berkaitan dengan kuda kami perolehi daripada pengusaha lading tersebut. Secara tidak langsung, saya berasa berminat untuk memiliki ladang kuda seperti pengusaha tersebut.Ianya satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Setelah aktiviti 10000 langkah selesai, upacara penutup telah dijalankan. Semasa aktiviti penutupan berlaku, perasaan sedih amat dirasai kerana terpaksa berpisah dengan keluarga angkat masing-masing. Di sini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung kerana memberi kerjasama yang amat padu kepada kami kerana telah bersama-sama membantu kami sepanjang kami melaksanakan program BIG ini secara tidak langsung mahupun secara langsung. Tidak lupa juga kepada ibubapa angkat saya iaitu Pn Faziah sekeluarga kerana sudi menerima saya sebagai anak angkat serta menyediakan tempat tinggal yang amat selesa serta menyediakan makan minum yang cukup kepada saya dan rakan seperjuangan saya yang lain. Saya berasa amat seronok dan senang untuk berbual dengan ibubapa angkat saya kerana mereka mudah untuk di bawa berbual di samping saya dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai latar belakang keluarga saya serta dapat menambah pengetahuan saya untuk mengetahui sejarah silam Kampung Pulai Sebatang.

Anda mungkin juga menyukai