Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN AKTIVITI

TARIKH

: 31 JANUARI 2013

HARI

: KHAMIS

MASA

: 2.30 4.00 PETANG

TEMPAT

:DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN

Kursus i Think ini merupakan salah satu kursus akademik untuk para guru di
Sekolah Kebangsaan Seri Impian sebagai satu alat untuk digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Sekolah Seri Impian adalah salah satu sekolah
perintis yang mengamalkan konsep i Think di dalam pengajaran agar murid dapat
memahami konsep pelajaran dengan lebih mudah dan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih seronok. Oleh itu, kursus I Think ini ditekankan dalam Latihan
Dalam Perkhidmatan ( LDP ) yang diwajibkan oleh setiap guru untuk menghadiri
kursus ini.

Saya berpeluang untuk menghadiri kursus ini .Banyak ilmu pengetahuan


tentang peta pemikiran yang dapat saya pelajari. Sebagai guru pelatih, ilmu ini
sangat berguna kepada saya kerana dengan adanya peta pemikiran ini, ia dapat
merangsang pemikran murid untuk menjana pemikiran supaya menjadi lebih kreatif
dan kritis.

Aktiviti pada minggu ini ialah pembelajaran untuk membuat peta pemikiran
Pelbagai Alir. Gru yang mengetuai kursus i Think ini telah memberi maklumat yang
sangat berguna iaitu bagaimana membuat peta pemikiran pelbagai alir dan juga ciriciri yang ada pada peta tersebut. Setelah diterangkan oleh guru tersebut, kami
diarahkan untuk membuat contoh peta pelbagai alir secara berkumpulan. Dengan

kerjasama oleh guru-guru yang lebih berpengalaman, banyak idea yang dapat
difikirkan dan ditulis di dalam kertas majung dan kemudian dibentangkan.

Kesimpulannya, melalui kursus ini, saya dapat mempelajari peta pemikiran


yang mana bagi saya merupakan pengalaman serta ilmu yang baru.

REFLEKSI

Perjumpaan kali ini adalah perjumpaan kali pertama bagi saya mengikuti
kursus I Think memandangkan guru- guru yang lain merupakan perjumpaan kali
keempat. Ini menandakan saya telah ketinggalan tiga minggu untuk mempelajari
peta pemikiran. Akan tetapi, ia tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya
akan sering bertanya dengan guru-guru yang telah mengikuti kursus ini.Saya perlu
mempelajarinya kerana banyak faedah yang akan saya dapat daripadanya.
Kemahiran berkomunikasi perlu saya tingkatkan dari semasa ke semasa supaya
saya berasa tidak kekok untuk bergaul dengan guru-guru di sekolah ini.

Melalui perjumpaan kali pertama ini, saya dapat menambah ilmu


pengetahuan iaitu bagaimana membina peta pemikiran. Ini merupakan ilmu baru
kepada saya kerana ini merupakan pertama kali saya mengetahui konsep i Think
yang memperkenalkan beberapa peta pemikiran.

Selain itu juga, dengan mempelajari peta pemikiran ini ( peta alir ), saya
dapat mengaplikasikan di dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Ia dapat
menjadikan pengajaran dan pembelajaran saya menjadi lebih menarik. Tambahan
lagi, pemikiran murid-murid juga menjadi lebih kreatif dan kritis.

Kesimpulannya, ilmu atau kemahiran yang baru sememangnya memberikan


kesan yang sangat baik untuk diaplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Ia bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap pembelajaran mereka.

LAPORAN AKTIVITI

TARIKH

: 2 FEBRUARI 2013

HARI

: SABTU

MASA

: 7.45 12 TENGAH HARI

TEMPAT
SEKOLAH

: SEKITAR SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN DAN PADANG

Pada 2 Februari 2013 bersamaan hari Sabtu, Sekolah Kebangsaan Seri


Impian telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa 2013 peringkat ekolah
Kebangsaan Seri Impian. Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Seri Impian iaitu Encik Zakaria Othman. Seramai 762 orang murid
mengambil bahagian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu tahap satu yang
terdiri daripada prasekolah ,tahun satu,dua dan tiga mengambil bahagian dalam
sukaneka manakla tahap dua mengambil bahagan dalam sukaneka.

Saya

dipertanggungjawabkan

dalam

membantu

acara

sukaneka

dilangsungkan. Saya menjaga lorong bagi setiap acara yang dipertandingkan. Ia


bertujuan supaya murid-murid berlari dalam lorong yang betul.

Setelah semua acara sukaneka dipertandingkan serta semua murid selesai


merentas desa, acara penyampaian hadiah dilakukan pada pukul 10.30 pagi. Semua
pemenang sukaneka dan merentas desa diberikan pingat .Bagi Tahap Dua untuk
acara merentas desa hanya sermai 10 orang terpantas sahaja yang menerima
pingat. Juara bagi merentas desa pada tahun ini disandang oleh Rumah Hijau.
Majlis bersurai pada pukul 12.00 tengah hari.

REFLEKSI

Kejohanan Merentas Desa 2013 peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Impian


banyak memberikan saya pengalaman yang sangat berharga dalam menguruskan
sesuatu aktiviti agar aktiviti berjalan dengan lancar dan sempurna. Saya
dipertanggungjawabkan untuk membantu dalam sukaneka bagi prasekolah dan
Tahap Satu. Ia merupakan pengalaman baru dalam menguruskan sukaneka kepada
murid-murid.

Melalui acara sukaneka ini, saya dapat melihat kesungguhan dalam membuat
aktiviti bagi setiap lorong dan juga bagaimana murid-murid memberikan semangat
kepada rakan-rakan mereka. Di samping itu juga, saya dapat melihat semangat
setiakawan antara murid-murid di mana mereka sentiasa bantu-membantu. Ia
secara tidak langsung memberikan pengajaran yang sangat berguna kepada diri
saya.

Kesimpulannya, pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh sangat


berharga dalam hidup saya dengan melihat semangat kesukanan dan setiakawan
antara satu sama lain. Saya sebagai guru akan terus menerapkan semangat ini
kepada murid-murid.

BACAAN YASSIN PERDANA

Bacaan Yassin Perdana adalah aktiviti yang dilakukan pada setiap hari
Jumaat pada setiap hujung bulan. Bacaan Yassin dilakukan bersama-sama dengan
guru dan murid-murid membaca Yassin dan mendengar tazkirah yang disampaikan
oleh ustaz yang bertugas.Tazkiran ini mudah disampaikan kerana guru dan muridmurid di Sekolah Kebangsaan Seri Impian semuanya beragama Islam. Ini
memudahkan ustaz yang memberikan tazkirah kepada murid-murid dan guru-guru.

Guru-guru diberikan Surah Yassin yang diambil daripada surau sekolah dan
murid-murid perlu membawa sendiri Surah Yassin. Secara keseluruhannya, bacaan
Yassin ini dijalankan setiap Hari Jumaat setiap hujung bulan sebagai aktiviti yang
wajib dibaca pada pagi Jumaat beserta dengan tazkirah ringkas.Ia bertujuan supaya
membudayakan bacaan Yassin dalam diri murid-murid dan melahirkan murid yang
berdisiplin serta berakhlak mulia.

Anda mungkin juga menyukai