Anda di halaman 1dari 3

Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.

t kerana dengan
berkat dan rahmatNya, saya dan rakan-rakan dari kelas PPG Sains Kumpulan 1
selamat menjalani program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 yang melibatkan aktiviti
perbengkelan dan lawatan penanda aras bagi kategori sekolah yang mendapat
anugerah cemerlang dari Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).

Kedua-dua

aktiviti ini telah selamat dijalankan di SK St Annes Convent, Jalan Bukit Awi, Kulim,
Kedah pada hari Khamis bersamaan dengan 27 November 2014 yang lalu. Terima
kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Encik Mohd Akhir Bin Awang di atas
kehadiran, komen dan bimbingan beliau terhadap pelaksanaan program ini dan juga
memberikan panduan bagaimana menyediakan folio laporan program serta
persediaan bahan-bahan lain yang dan maklumat yang perlu ada di dalam folio yang
akan disemak oleh beliau nanti. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pihak
sekolah berkenaan terutamanya Guru Besar sekolah, Puan Rohaya yang
bersungguh-sungguh, jelas dan telus dalam memberikan maklumat berkaitan
sekolahnya kepada kumpulan kami. Walau pun diperingkat awal cadangan tarikh
kami telah ditolak kerana ada pertindihan dengan program lain di sekolah tersebut,
namun dengan baik hatinya dan sifat ingin membantu guru pelajar seperti kami,
maka akhirnya cadangan tarikh baru diterima oleh pihak sekolah.
Memandangkan lokasi sekolah tersebut terletak agak jauh dari rumah saya
dan menjangkau negeri lain, maka saya mengambil keputusan untuk bertolak lebih
awal dengan berpandukan plan lokasi yang diberikan oleh rakan-rakan. Saya agak
keliru dengan persimpangan lampu isyarat yang begitu banyak di samping
kedudukan sekolah yang berada betul-betul di tepi jalan raya yang mempunyai kadar
trafik yang sangat sibuk. Namun begitu, sikap berani dan yakin diri perlu ada dalam
diri seorang guru bagi memastikan saya sampai ke

destinasi yang ditujui.

Pengalaman ini juga mengajar saya erti berani dan mematuhi peraturan keselamatan
di jalan raya. Setelah melalui sesi lawatan di sekitar sekolah bersama rakan-rakan,
saya memperolehi idea baru sebaik sahaja melihat banner yang dilekatkan di papan
kenyataan sekolah.

Menurut seorang guru Sains dari sekolah tersebut, idea

mencipta banner berinformasi ini tercetus kerana dia mendapati ruang untuk
mempamerkan bahan-bahan pembelajaran di sekolahnya sangat kecil dan terhad.
Oleh yang demikian, berpandukan kemahirannya dalam ICT, guru tersebut membuat
sendiri dan mereka bina bahan melalui perisian MS Power Point dan seterusnya
1

dihantar ke kedai bagi tujuan cetakan. Sikap kreativiti dan inovasi yang ditunjukkan
oleh guru tersebut harus saya contohi bagi memastikan pelajar saya turut mendapat
manfaat daripada hasil tangan kita sendiri.
Melalui penerangan berkaitan dengan prestasi cemerlang sekolah dalam sesi
perkenalan dengan Guru Besar sekolah berkenaan dan juga maklumat dari
Penolong

Kanan

Kokurikulum

dalam

sesi

soal

jawab,

saya

memperolehi

pengetahuan dan memahami bahawa bukan suatu perkara yang mudah untuk
menjadikan sesebuah sekolah itu cemerlang dan tidak juga mustahil sekiranya
sekolah saya juga mampu meraih anugerah seumpama itu. Apa yang saya lihat,
kemahiran mengurus dan mentadbir serta ciri-ciri seorang pengurus dan pentadbir
perlu mantap dari pelbagai aspek. Di samping itu juga kelebihan ini dibantu pula oleh
guru-guru yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas serta disokong
oleh kakitangan sekolah lain yang bertindak dalam melicinkan urusan-urusan
sekolah. Menjadi seorang pemimpin juga perlu tegas dan berdisiplin dan sentiasa
menyokong setiap perkara yang dilakukan oleh orang bawahannya.

Saya juga

begitu kagum dengan keberanian Puan Rohaya selaku Guru Besar sekolah
berkenaan yang berani membuat keputusan sendiri terhadap sesuatu perkara yang
penting dan perlu dibuat keputusan serta-merta.
Saya juga dapat merasakan rakan-rakan saya juga mempunyai pandangan
yang sama dengan saya terhadap kepimpinan sekolah ini. Kami saling memberi
pendapat antara satu sama lain tentang perlunya perubahan terhadap corak
pengurusan sedia ada di sekolah yang kami bertugas jika inginkan kejayaan seperti
yang telah dikecapi oleh sekolah ini. Satu perkara yang sangat menarik perhatian
saya ialah beliau mengambil keputusan untuk tidak mengadakan sebarang kelas
tambahan untuk murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR.

Rasional beliau

bertindak demikian adalah kerana murid tidak perlu ada kelas tambahan sekiranya
pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkesan dan latihan yang diberikan oleh
guru adalah mencukupi. Masa terluang di rumah boleh digunakan oleh murid untuk
rehat dan mengulangkaji serta menyiapkan latihan kerja rumah yang diberikan oleh
guru. Guru-guru di sekolah tersebut juga tidak dibebani dengan kelas tambahan
kerana menurut beliau, masa selepas sekolah sepatutnya digunakan oleh guru untuk
rehat yang cukup, bersama keluarga seterusnya guru dapat memulakan langkah
2

yang bersemangat untuk menjalankan tugas pada keesokan harinya. Pandangan


beliau ini sangat berbeza dengan kebanyakan guru besar yang ada sekarang. Ini
jelas dilihat di mana-mana sekolah pun, kelas tambahan harus dijalankan selepas
waktu persekolahan atau di hujung minggu. Ianya mesti dijalankan kerana
melibatkan agenda yang dipersetujui dalam setiap mesyuarat Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG). Adalah menjadi perkara yang janggal sekiranya kelas tambahan
tidak diwujudkan. Pada pandangan peribadi saya, ada benarnya pendapat Puan
Rohaya itu.

Sekiranya guru dan murid sama-sama dibebani dengan tugasan

tambahan yang dijalankan di luar waktu persekolahan, ianya seolah-olah merampas


masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk masa peribadi seseorang itu. Namun,
saya sendiri sebagai guru tahun 6, mengajar kelas tambahan adalah menjadi
kebiasaan kepada saya dan rakan sejawat.

Kami tidak berkira soal wang dan

tenaga asalkan masa murid kami terisi dengan ilmu di samping dapat memenuhi
masa hujung minggu murid bagi mengelakkan murid membuang masa dan terjebak
dengan gejala yang tidak sihat.
Secara keseluruhannya, banyak manfaat yang diperolehi melalui program kali
ini. Saya dapat melihat kerjasama dan persefahaman terjalin erat di antara saya dan
rakan-rakan dalam setiap slot yang terdapat di dalam tentatif bermula dari sesi
pendaftran sehingga bersurai. Bagi menguji kesefahaman dan tanggungjawab kami
terhadap tugas yang diberikan dalam jawatan kuasa, kami juga ditemu ramah oleh
pensyarah penyelaras program untuk menilai dan mengetahui apa peranan setiap
jawatan kuasa induk dan jawatan kuasa kerja yang diwujudkan dalam program ini.
Dari segi pengalaman saya yang sudah melalui BIG ini sebanyak 5 kali dengan
pelbagai task yang diberikan dan juga berada di bawah pelbagai jawatan kuasa
kerja, saya dapat menilai peningkatan diri saya dari aspek pengurusan, kepimpinan
dan penyediaan laporan serta membuat refleksi kendiri. Segala pengalaman dan
pengetahuan yang diperolehi daripada program ini akan saya jadikan panduan untuk
saya meneruskan aspirasi pendidikan saya yang bertugas di sekolah rendah. Insya
Allah.

Anda mungkin juga menyukai