Anda di halaman 1dari 6

PENILAIAN KENDIRI

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan antara elemen yang wajib dilaksanakan oleh
semua guru pelatih. Pada semester ini, kami pelajar guru dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Pulau Pinang semester 6 diberikan tugasan untuk menganjurkan ceramah interaksi profesional
dengan guru cemerlang. Bagi melaksanakan program ini dengan jayanya, sebagai langkah
pertama kami telah mewujudkan sebuah jawatankuasa pelaksanaan.
Dalam perancangan tersebut semua ahli jawatankuasa telah memahami tanggungjawab
mereka yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas bagi menjayakan ceramah ini.
Tugas yang diberikan kepada saya adalah ajk kebersihan. Tugas saya adalah memastikan
kawasan sekitar dewan persidangan bersih dan mengutip sampah yang terdapat di dalam
dewan tersebut.

Saya suka akan tugas saya ini. Walaupun tugas ajk kebersihan ini tidak

disukai oleh kebanyakkan pelajar guru tetapi saya suka akan tugas ini. Ini kerana tugas ini telah
mengajarku makna menjaga kebersihan dan menghormati orang yang memungut sampah.
Sememangnya Program BIG pada kali ini telah memberikan banyak manfaat
pada diri saya sebagai seorang bakal guru. Dengan melibatkan diri dalam bina insan guru fasa
keenam ini, saya telah dapat belajari beberapa perkara yang penting dalam hidup saya sebagai
seorang bakal guru ataupun manusia. Perkara yang pertama ialah, kerja yang beban itu akan
menjadi ringan apabila semua orang melaksanakan tanggungjawab mereka masing-masing
dengan sempurna. Hal ini kerana kami sekelas harus menganjurkan ceramah tersebut dalam
masa yang singkat, ini kerana kami keluar berpraktikum selama dua bulan. Walaupun, semua
berada jauh daripada IPG tetapi setiap orang telah menjalankan tugas masing masing tepat
pada masanya.
Seterusnya, saya telah menyumbang masa lapang saya untuk membantu rakan rakan
saya yang lain. Contohnya, saya telah membantu ajk peralatan untuk mengambil barang
barang yang diperlukan untuk program BIG ini. Melalui program ini saya telah mempelajari
beberapa nilai murni yang menjadi panduan hidup sebagai seorang bakal guru. Antaranya ialah
mempelajari nilai keyakinan, berfikiran terbuka, tolong menolong antara satu sama lain dan
pengurusan masa yang sistematik. Ceramah interaksi profesional dengan guru cemerlang ini
diadakan bagi tujuan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pensyarah cemerlang iaitu Pn.
Hajjah Faridah Hanim Bt. Haji Omar. Ianya, adalah sebagai persediaan kepada bakal-bakal
pelajar guru yang akan pergi ke sekolah nanti. Melalui program ini guru-guru pelatih tahu

bagaimana cara untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan di
sekolah nanti.
Saya gembira kerana dapat menimba ilmu baharu serta pengalaman semasa BIG
keenam ini dijalankan. Program BIG adalah satu program yang sangat mantap dan berkesan
pengisiannya dalam usaha untuk membentuk dan melahirkan insan guru yang dapat mencapai
matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru. Oleh itu, sebagai
seorang bakal guru, perkara yang terpenting adalah komitmen yang tinggi dan berterusan amat
diperlukan. Pengalaman-pengalaman yang diperolehi daripada program BIG ini merupakan
persiapan yang baharu sedikit jika hendak dibandingkan dengan cabaran yang akan ditempuhi
pada masa hadapan. Justeru itu saya yakin dengan ceramah BIG ini, pada masa akan datang
dapat memperbaiki kekurangan dalam diri saya.
Selain itu, penganjuran ceramah ini telah memberikan banyak kesan positif yang amat
mendalam terhadap kerjaya saya. Hal ini demikian kerana daripada ceramah ini, saya sedar
bahawa sebagai seorang bakal guru yang mempunyai etika sosial yang sempurna, kita
haruslah sentiasa mengamalkan sikap merendah diri dan berani berucap tidak kira di mana
sahaja.
Kami telah memilih Pn, Hajjah Faridah Hanim Bt.Haji Omar untuk memberikan ceramah
ini kerana beliau merupakan pensyarah matematik cemerlang yang terbaik di peringkat IPG
KPP. Bagi menimba serba sedikit ilmu daripadanya kami telah memilh beliau untuk
mengadakan interaksi profesional ini. Berdasarkan dari temubual yang telah dijalankan
bersama dengan Pn, Hajjah Faridah Hanim Bt.Haji Omar, banyak maklumat dan pengetahuan
baharu yang telah diperolehi dan telah beliau kongsikan bersama dengan saya. Beliau banyak
memberi sumbangan terhadap pembangunan dan peningkatan prestasi akademik di sekolah
yang telah diajarnya. Saya berasa amat berbesar hati kerana dapat melaksanakan temubual
bersama dengan beliau walaupun pada hakikatnya beliau sangat sibuk dengan tugas-tugasnya.
Bagi beliau, guru tidak seharusnya bersikap garang kepada murid, seharusnya guru
perlu melayan murid seperti anak masing-masing. Walaubagaimanapun, guru perlu juga
bersikap tegas supaya murid akan sentiasa menghormati dan menyanjungi guru tersebut.
Apabila murid berasa hormat dengan guru, maka ilmu yang disampaikan oleh guru juga akan
dapat disampaikan dengan baik. Malah, murid tersebut tidak akan berasa takut dengan guru
tersebut. Saya juga telah mengajukan soalan mengenai perancangan sebelum mengajar
sesebuah kelas, bagi Puan Faridah Hanim, perancangan merupakan satu perkara yang amat

penting bagi memulakan pengajaran dalam sesebuah kelas. Menurut beliau, setiap kelas
mempunyai tahap yang berbeza, jadi sebelum memulakan pengajaran, guru perlu memahami
tingkah laku dan tahap murid di dalam kelas tersebut. Hal ini kerana, apabila guru mengetahui
dan memahami perihal murid di dalam sesebuah kelas itu, maka ia akan memudahkan guru
untuk merancang segala aktiviti yang boleh dibuat semasa pengajaran dan pembelajaran.
Oleh sebab itu, perancangan guru boleh menentukan sama ada objektif pengajaran di
dalam kelas tercapai atau tidak. Pada pendapat beliau lagi, guru tidak seharusnya
membezakan murid mengikut tahap pencapaian mereka. Ada diantara guru yang tidak mahu
mengajar murid yang berada di kelas akhir sebaliknya mementingkan murid yang berada di
kelas hadapan sahaja. Bagi beliau, ini merupakan satu kelakuan yang tidak seharusnya ada
dalam setiap diri para pendidik. Beliau berkata, murid di kelas akhir ini biasanya amat
berpotensi untuk berjaya, akan tetapi cara pengajaran bagi kelas hujung sepatutnya tidak boleh
disamakan dengan cara mengajar di kelas hadapan. Murid dikelas hujung ini harus diberi
bimbingan yang lebih kerana murid-murid di kelas seperti ini agak lewat untuk memahami
sesuatu perkara dalam pelajaran. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam
pembangunan IQ murid-murid.
Selepas menghadiri ceramah interaksi profesional dengan guru cemerlang saya telah
bertekad untuk menjadikan Puan Faridah Hanim sebagai role model saya dalam mengejar cita
cita saya sebagai seorang guru yang berkualiti dan berketrampilan. Di samping itu, saya juga
akan mengingat setiap nasihat yang diberikan oleh Puan Faridah Hanim kepada saya. Hasil
daripada ceramah ini, saya dapat merumuskan bahawa ceramah seperti ini adalah amat
berguna kepada saya sebagai pendidik. Ini kerana melalui ceramah ini saya dapat mengetahui
banyak perkara berkaitan pengurusan bilik darjah dan perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan oleh saya apabila menjadi guru kelak. Saya sangat
berpuas hati dengan ceramah interaksi professional dengan guru cemerlang ini.
Tuntasnya, melalui program BIG ini, kami telah mendapat banyak faedah yang berguna.
Oleh itu, semua perkara ini boleh diaplikasikan pada masa yang akan datang apabila saya
menjadi seorang guru kelak.

LAMPIRAN

Gamb
ar 1.1 : Mengutip sampah selepas ceramah

Gambar 1.2: Mengumpul sampah untuk di buang.

RUJUKAN

Arbaugh, F. and Brown, C.A. (2005). Analyzing Mathematical Task: A Catalyst forChange?

Journal of Mathematics Teacher Education. 8, 499-536. Springer.

Ball, D. L., Thames, M. H. and Phelps, G. (2008). Content Knowledge for Teaching: WhatMakes
it Special?. Journal of Teacher Education. 59 (5), 389-407. Sage Publications.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2006). Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kennedy, M. M. (2002). Knowledge and Teaching. Teachers and Teaching: Theory and
Practice. 8 (3), 354-370. Taylor and Francis Group.

Rowland, T. (2008). The Purpose, Design and Use of Examples in the Teaching of
Elementary Mathematics. Educational Studies of Mathematics. 68, 149-163.
Springer.

Skemp, R. R. (1987). The Psychology of Learning Mathematics: Expanded American


Edition. New Jersey: Lawrence Earlbaum Associates.

Stein, M.K., Grover, B.W. and Henningsen, M. (1996). Building Student Capacity for
Mathematical Thinking and Reasoning: An Analysis of Mathematical Tasks Used in
Reform Classrooms. American Educational Research Journal. 33 (2), 455-488. Sage
Publications.

Ticha, M. and Hospesova, A. (2006). Qualified Pedagogical Reflections as a Way to


ImproveMathematics Education. Journal of Mathematics Teacher Education. 9, 129156.Springer.

Watson, A. and Mason, J. (2002). Extending Example Spaces as a Learning/Teaching


Strategy in Mathematics. Proceedings of PME 26. 21-26 July. Norwich, University
of East Angelia, 377-385.

Zodik, I. and Zaslavsky, O. (2008). Characteristics of the Teachers Choice of Examples in


and for the Mathematics Classroom. Educational Studies in Mathematics. 69, 165182. Springer.

Anda mungkin juga menyukai